Friday, 1 May 2015

Sepetang Semasa Intervasity Medical Quiz Challenge.

"Semua orang reserve date tau. 25 Mac ni. Dayah ada kuiz medik." Dari awal bulan lagi Dayah dah pesan.
Tapi tetiba pulak saya ada sekolah ganti pada tarikh tu. Kena iring students pi lawatan pulak tu.

Mujur juga kuiz tu depa buat dua sesi. Sesi pertama pada sebelah pagi dan sesi kedua pada sebelah petang. Malangnya hanya top 3 sahaja yang layak ke pusingan sesi kedua ni.

"Umi pergi sesi petang je lah. Dayah make sure dapat top 3.." Memandai saya mengarah. Padahal sedih gak tak dapat join sesi pagi. Tapi sebenarnya sesi pagi tu tak sesuai pun untuk audience. Peserta jawab dalam kumpulan masing-masing. So tak ada thrill apa pun nak tengok. 

Sesi pagi tu ada 2 round. First round UIAM dapat nombor 2. Second round depa tak umumkan keputusan mungkin sebab nak bagi semua suspen siapa yang dapat top 3. So by kol 2.30 pm semua orang dah nervous. 

Alhamdulillah kami sempat tiba semasa depa sedang umumkan top 3. Dan UIAM termasuk dalam list. So sempat la tengok performance semua peserta yang layak ke pusingan akhir tu. Punya la susah soalan yang depa bagi. Sepatah haram pun saya tak paham.... Rasa macam dah berkarat benar otak ni. Sabo je lah. Apa-apa pun akhirnya rezeki berpihak kepada UIAM.....Alhamdulillah.
Tahniah juara. Tempat pertama daripada 19 team.
Tiga IPT yang layak ke pusingan akhir...UPNM, UITM dan UIAM.
Nina ambik aura kakak..

"Dewan apa tu umi?" 
"Entah!...tanya kakak."
Team UIAM yang mantap.
Kampus HUKM yang baru.

PS: Baru perasaan, kami je the only parents yang datang...

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...