Tuesday, 23 September 2014

Projek Cuti Sekolah: Tukar Rel Ganti Langsir

Dah masuk 3 tahun rupanya saya berpindah rumah. Dan selama itu juga saya mentaati perintah hubby tidak mengetuk dan menggerudi dinding rumah. Alasan...rumah baru cat sayang pulak kalau nampak berlubang-lubang. Kalau kat rumah Selayang dulu suka hati saya je nak paku atau gerudi dinding. Gantung je apa yang terlintas di fikiran. 

"Rasa macam nak tukar rel langsir lah... nak pakai yang kayu pulak.." Hubby diam je.
Bila hubby diam saja itu petanda baik. Mungkin setuju tapi tidak la membantah. So start je cuti sekolah baru ni saya terus pi Giant. Alasan asal nak pi kedai buku cari 1 set buku PT3 untuk anak bujangku. Nak suruh study masa cuti sekolah. Kebetulan je terbeli rod kayu tu. Orang kata semangat jangan dibiarkan padam. Sementara berhajat yang baik-baik elok disegerakan.

Dah nak kena gerudi dinding pulak nak lekatkan tapak rel tu. Drill yang sedia ada tu yang cordless biasa je. Setakat dinding lembut boleh la. Kena batu konkrit jenuh berpeluh sampai bengkok mata gerudi. Lepas tu pulak asyik tak cukup power.
3 tahun terperuk kat dalam setor. Alhamdulillah masih utuh.

So pi cari drill baru pulak. Jumpa yang jenis Black and Decker 500 watt yang ada hammer drill sekali. Beli kat Ace Hardware Melawati. Harga RM237. Rasa macam okay sebab sebelum tu saya jumpa kat kedai hardware lain brand biasa je tanpa aksesori harga RM300. Tapi kena tambah mata drill sebatang RM5.
Set lengkap siap dengan mata gerudi pelbagai saiz, siap dengan free gift srew driver dan sepana pelbagai saiz juga lampu suluh siap ngan bateri sekali.

"Umi nak jadi kontraktor ke lepas ni...?" Memandai je anak bujangku..

"Buat la apa yang patut. Jangan runtuh dinding rumah sudah." Hubby dah mula bersuara. 

So aktiviti pertama ialah menggerudi dinding konkrit yang keras tuh untuk letak tapak rel. Mula nak buat langsir sampai ceiling. Rumah ni agak tinggi berbanding rumah Selayang dulu. So terpaksa pulak beli tangga yang lebih tinggi sikit sebab tangga yang sedia ada macam tak cukup tinggi. Gayat la pulak. Hmm..dah tua-tua ni gayatnya makin menjadi-jadi. So buat je lah setakat yang termampu walaupun kurang sikit cantiknya. Sebenarnya boleh je nak upah interior designer untuk buat semua tu. Tapi macam hilang satu kepuasan. Perasaan puas melihat hasil kerja sendiri walaupun tak seberapa. Perasaan yang bak kata Sabri Yunus "...hanya dia dan Allah S.W.T sahaja yang tahu."
Saya letak rod kayu dalam 4 inci lebih tinggi dari rel besi yang asal.

Seharian jugak la memproses dinding yang keras tu. Entah berapa kali naik tangga turun tangga naik tangga turun tangga naik tangga turun tangga.......berpeluh jangan cerita lah. Dah macam jogging pusing stadium dua tiga round. Hmm, semangat waja gitu. Habis lebam berlubang dinding rumah saya. Hentam saja lah labu....

Dah siap menggerudi semua baru pi cari kain langsir kat Nagoya (Aeon Big). Kali ni dapat sokongan penuh dari hubby. Siap pi teman pilih kain. Tolong bayar. Tolong angkut masuk kereta....

Maka bermula lah sesi menjahit langsir. Konon nak cuba langsir eyelet. Google je cara nak buat lepas tu cuba jaya. Leceh sikit tapi Alhamdulillah agak puas hati dengan hasilnya. Seharian juga memproses lubang eyelet sebanyak tiga puluh lubang tuh.

Akhirnya....Tadaaa...

Weekend baru ni teman hubby pi kenduri kat Bangi Golf Resort. Lepas tu teman hubby pi USIM. Ada conference apa tah. So sementara menunggu hubby conference saya jalan-jalan kat Nilai Square. Saja nak cuci mata tengok langsir. Kawan-kawan dok sebut-sebut beli-belah langsir kat Nilai. Punya la banyak kedai jual langsir. Sebelum ni dah beberapa kali juga lalu kawasan tu tapi belum tergerak hati nak membeli. Konon langsir sedia ada masih elok lagi.
Saja belek-belek sample yang depa gantung buat display. Tertera tanda harga RM96.

"Harga ni untuk satu set ke dik?" Saja nak tanya.

"Tak kak..... Itu harga untuk satu meter. Tapi sekarang kita ada offer. Harga RM60 satu meter...." Mak aih. Telan air liur je lah.

"Dah masuk upah jahit ke?" Saja saya tanya. Padahal sah-sah dah tawar hati.

"Belum. Upah jahit RM12 satu kaki lebar. Kita boleh siap dalam masa satu jam." Ligat kepala otak saya dok mencongak jumlah harga untuk sliding door saya. Saiz 10 kaki lebar darab RM12. So upah jahit sahaja dah RM120. Kain pulak perlu 12 meter. So kos kain 12x60= RM 720. Jumlah RM840. Itu untuk satu sliding door 10 kaki lebar. Hmm....

Rasanya jenis kain dia lebih kurang sama je dengan yang saya beli kat Nagoya tu. Harga RM12.90 semeter. Jenis kain 'blackout'. Tak perlu upah jahit pun. Sebab saya kan isteri mithali yang pandai serbi-serbi. Sendiri bikin sendiri pakai. Tak de sapa nak kata apa......:)


P.S Tunggu projek baru masa cuti akhir tahun pulak.




1 comment:

Drill Lubang Skru @ Water Heater Area Putrajaya: 0176431977 said...

Salam tuan blog, nak tumpang iklan sikit ye...

Pemasangan Shower Water Heater / Drill @ Tebuk lubang Skru dinding konkrit, dinding jubin, pemasangan bracket TV, PEmasangan kipas siling, kipas dinding, pelbagai jenis lampu, pasang frame, cermin, rak dinding dan sebagainya.... Untuk Kawasan Putrajaya dan area bersebelahan dengannya...

Sila lihat blogspot saya untuk info lanjut: http://shower-heater.blogspot.com
atau boleh hubungi saya terus di 0176431977 (Call / sms / WhatsApp)

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...