Thursday, 12 June 2014

Medical Check up pulak...

"Kat Hospital Ampang tak boleh buat Puan. Boleh cuba Klinik Kesihatan Ampang ataupun kat Cheras Baru.Yang paling bagus Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kat situ semua ada puan....." Bagus sungguh budi bahasa hamba Allah yang jawab talipon saya tu..

Lama juga saya dok menggoogle cari info pasal medical check up ni. Baru saya tahu rupa-rupanya kalau nak kerja dengan kerajaan kena buat medical check-up ngan klinik atau hospital kerajaan sahaja. Klinik atau hospital swasta tidak diterima. Memang pun. Kalau ikut borang medical check-up tu memang kena buat kat klinik/hospital kerajaan sahaja.

So saya pun call HKL.

"Puan cari bangunan kayu. Depan hospital bersalin. Dekat-dekat dengan masjid. Nama dia Wisma Kayu.. Tapi tak boleh siap dalam satu hari puan. Mungkin beberapa hari baru dapat result.." Hamba Allah yang ni pun bagus budi bahasanya.

So pepagi Isnin baru ni kami decide untuk pergi HKL. Hmm...kata je pagi. Pada hal kol 8.00 baru keluar rumah. Redah je walaupun tahu susahnya nak dapat parking. Tiga kali kami pusing dengan penuh harapan. Kereta penuh melimpah hingga ke luar kawasan hospital. Memang sah-sah satu kotak parking pun tak de yang kosong. Tengok manusia kat Wisma Kayu tu pun punya la ramai. Hmm.... Sabo je lah...:(

So terpaksa lah buat plan B pulak. Malas pulak nak ke Ampang atau Cheras Baru sebab masalah jalan jam sukar dijangka. So saya cuba call Klinik Kesihatan Keramat AU2.

"Kat sini tak ada X-Ray. Buat Medical check-up biasa boleh la. Kalau nak X-Ray kena datang ambik borang dulu lepas tu buat X-Ray kat HKL... " Hmm HKL lagi..

Akhirnya kami pi Klinik Kesihatan Keramat AU2. Cuba nasib. Masa tu dah dekat kol 11.30am. Alhamdulillah terus dapat parking. Orang pun tak ramai.

"Okay, boleh buat kat sini. Tapi hari Selasa, Rabu dan Khamis kol 2.00 ptg sahaja...." 
Kenapa la depa buat sistem yang pelik-pelik. Sungguh! Urusan begini memang memerlukan sifat sabar yang sangat tebal. Adoyai.

"Okay. Kita balik. Singgah beli lunch. Makan-makan dulu....." Hubby memang cool.

Hari Selasa kami pi jenjalan ke Shah Alam. Shopping-shopping. Makan-makan. Hari Rabu kami pi Nilai pulak. Hari Khamis hubby keje. Eh! Bilanya nak pi buat Medical check-up ni. Minggu depan dah buka sekolah.

"Tak payah kalut lah. Kita hantar borang acceptance dulu. Report Medical check-up boleh hantar masa report duty nanti..." Hubby maintain cool je.

Alhamdulillah masa hantar borang, pegawai tu sendiri cakap boleh buat check-up tu kat mana-mana hospital/klinik panel depa. Depa tau betapa lecehnya sistem yang depa sendiri buat tu. So depa bagi pilihan nak buat medical check-up tu kat mana-mana hospital. Kalau nak murah pi yang kerajaan. Kalau mampu apa salahnya guna yang swasta. At least jimat masa. Bak kata hubby, duit boleh dicari. Tapi masa menunggu yang terbuang tak dapat di cari ganti....

Akhirnya kami pi ke Damai Service Hospital, Melawati. Alhamdulillah, semua siap dalam masa 1 jam setengah je. Parking senang. Staf pun friendly. Bayaran pun tak mahal. Register RM5, X Ray RM30, Urine Test RM10, lain-lain RM25. Jumlah semua RM70. Ujian darah tak payah buat sebab kami dah tahu kumpulan/jenis darah.


P.S Sila bertanya walaupun semua perkara dah jelas tertulis. Tak yah nak skema sangat....

22 comments:

Unknown said...

semua dapat result hari yang sama ke buat dekat Damai Service Hospital Melawati.

Masniah Said said...

ye..boleh dapat result terus.

Unknown said...

Thanks.. Ada 1 lg.. Btul ke boleh buat medical checkup kat hospital or klinik swasta.. Just nk kepastian je.. Tq.

Masniah Said said...

boleh. bergantung kepada borang yg diberi. Biasa kalau kerja kerajaan kena buat kat hospital kerajaan. Kalau kerja swasta biasanya x kisah kat mana-mana asalkan kita sanggup bayar.

Anonymous said...

Assalammualaikum kak, nak tanya yang 'lain-lain' tu termasuk ambil darah tak?

Masniah Said said...

wslm...ye dik. termasuk ambik darah.

fendyana said...

Salam kak tumpang tny..klau p medical checkup tok keja gomen nih p hosp kerajaan xdpt ka result ari yg sama?medical checkup utk keja gomen suma sama kan kak?ada 1 column ni dia mintk tandatangan saksi pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesionaldan ke atas dalam perkhidmatan awam..nk mintak sain sapa kak..x paham lah..tlg explain

Unknown said...

Salam fendyana, kalo wat medical checkup kat hospital kerajaan memang slalu lambat dapat result. Paling awal 1 minggu. Swasta memang dapat hari yang sama seperti Damai Service Hospital Melawati dan Hospital Puswari. Kebanyakan semua borang medical adalah sama dan takde perubahan. Untuk tandatangan saksi pegawai tu boleh pakai pengetua sekolah menengah sahaja. Kena dapatkan tandatangan tu dulu baru boleh wat medical checkup.

Unknown said...

Sekarang kalau nak buat medical checkup walaupun penjawat awam, nak buat di klinik kerajaan, tetap kena charge. Dulu free aje. Baru2 ni buat, kena rm 190. Baik pergi swasta. Harga sama, cepat pun cepat.

Unknown said...

Sekarang kalau nak buat medical checkup walaupun penjawat awam, nak buat di klinik kerajaan, tetap kena charge. Dulu free aje. Baru2 ni buat, kena rm 190. Baik pergi swasta. Harga sama, cepat pun cepat.

Unknown said...

Salam..nak tanya..saya cuma nak kepastian saje..sebab saya masih lagi blur..betul kan boleh buat medical checkup untuk keje govt di hospital swasta??

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalam...sy nak tnya...sy dpt twran keja gov..n kena buat medical check up..tp sy pregnant..diorang xtnya pulak sy pregnant ke ape...sy takut jgk..hari lapor dri nnti..diorang xtrima sy??boleh bg pndapat x..mgkin lari tajuk..maaf..tp sy betul2 confuse nii..

Masniah Said said...

Setahu saya begitu lah. Biasanya kalu nak kerja gomen kena check up kat hospital/klinik gomen.Tapi begantung juga kepada bos kat department tu. Kalu dia x kisah bolah je buat kat swasta. Cuba tanya dia dulu.

Masniah Said said...

Setakat ni x pernah dengar pulak org pregnant x diterima bekerja. Biasanya depa hanya nak tahu kita sihat atau tidak untuk sesuatu pekerjaan tu. Kalu masa interview depa dah puas`hati ngan kita, sepatutnya tak de masalah masa lapor diri nanti.Insya allah. Selamat menempuh alam pekerjaan.

Anonymous said...

Untuk tandatangan saksi untuk medicak checkup...selain pengetua sekolah...siapa lagi yang boleh sain??

Unknown said...

Pengawai kerajaan pangkat 41 ke atas..

PUTERA07 said...
This comment has been removed by the author.
PUTERA07 said...

klu misal kate kite amek signature ketua kampung kt bhgian saksi tuh boley diterima x???mohon pencerahan

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian ini..dr otw nk g medical td sy refer entry nie..hihi..sy bru je lepas bt medical check up kt klinik kesihatan kulim utk msok keje kerajaan..td g hospital, dia ckp g kt klinik kesihatan je..mngkin sbb hujan kot org xramai, dlm 35mnit je dah siap x ray, urine, cek tekanan darah, berat, tinggi, cek mata n semua lah..tp tak sangka plak free 100% je medical check up semua td..yg paling bestnye kakitangan klinik kesihatan kulim sume friendly..service A++..yg nk medical check up nnti jgn lupa bwk surat tawaran kerja yepp..

Unknown said...

Salam nak tnya mmng kerja mana2..mula kena jalani medical checkup ke??? Or kerja kerajaan je?

Ouhacoy said...

kalau nak xray saje berape ea? boleh ke buat time tu juga?

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...