Tuesday, 26 February 2013

Larian rakyat

Minggu depan sekolah saya akan mengadakan acara merentas desa sempena sukan sekolah. So sekarang ni nak ambik mood untuk berlari (Ehem..) Keinginan tu ada cuma tenaga je tak tau ada ke tidak. Dalam usia begini rasanya macam dah tak larat dah nak berlari macam dolu-dolu. Huh..saja je cari alasan nak salahkan usia. Nenek saya dulu steady je boleh berjalan kaki berbatu-batu dalam usia 85 tahun. 
Selalu juga Mr Hubby ajak saya berjogging keliling taman. Hubby memang runner. Saya je malas nak berpeluh2 cam tu. Saya lebih suka mengerjakan laman rumput saya. Anak bujang saya yang dua orang tu rajin juga menemani ayah mereka pi berjogging.
Kebetulan pada bulan Disember lepas Adun Ulu Kelang buat  larian rakyat. Semangatlah 3 Abdul tu mengajak saya join sekali. Mentang2 la depa tu kuat bersukan...
Kategori Terbuka Lelaki
Patutnya semua peserta pakai T-shirt hijau. Tapi ada yang tak dapat sebab ramai sangat peserta.

"Umi wajib lari..." Hamboih...Nak cabar kita... Okay saya sahut cabaran. Ramai juga masyarakat sekitar Ukay Perdana ni yang join larian rakyat tu. Ada beberapa kategori. Kategori Terbuka, Remaja, Kanak2 dan Veteran. Anak2 saya pakat masuk semua kategori yang ada. Anak2 dara saya je tak join sebab depa dok asrama, masa tu tak cuti. Saya dan Mr Hubby masuk kategori veteran. Aduhai... dah veteran rupanya kami ini...
Maka berlari lah kami mengikut laluan yang dah ditetapkan. Fuh!..Fuh!...sesungguhnya! Saya memang sesuai dalam kategori ini. Penat. Penat. Bukannya berlari pun. Jogging pun tidak. Briskwalking je. Kesian Nina terpaksa ikut saya je. Teman umi takut pengsan tengah jalan. Patutnya Nina kategori kanak2 perempuan. 
Alhamdulillah sampai juga ke garisan penamat.
'Cepat puan!...lari,lari, ada nombor lagi' Semangat pak cik yang jaga garisan penamat tu bagi sokongan kat saya. Rupa-rupanya masih ada hadiah menanti saya.
"Tempat ke 7 dimenangi oleh...Puan Masniah."
Top 10 tuh. Tak tahulah berapa orang veteran wanita yang masuk. Entah2 ada 7 orang je.. Haha.
 Pemenang tempat 1,2 dan 3 dapat pingat dan hamper. Top 10 dapat hadiah saguhati dan hamper berisi air 100+, macam2 coklat, gula2, biskut, saputangan dan lain2 apa tah dah tak ingat. Alhamdulillah berkat mendengar kata suami. Aktiviti riadhah keluarga gitu. Kami cuma bayar yuran pendaftaran RM2 seorang. Setiap peserta dapat baju-T percuma, pisang 3 biji, nasi lemak sebungkus dan air sirap boleh refill berkali2.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...