Friday, 27 August 2010

Kenapakah nila itu harus menitik..??


Semalam saya dikejut dengan berita kecurian (lagi?) dalam kawasan sekolah. Kalau sebelum ini hanya kecurian kecil-kecilan melibatkan barang2 murid, sejak akhir2 ini melibatkan kehilangan barang2 guru pulak. Baru saja berlaku kecurian laptop guru, tak sampai sebulan handphone dan dompet guru pulak dicuri. Kejadian berlaku dalam bilik guru, dibulan Ramadhan yang mulia semasa semua murid sepatutnya menghadiri kelas tadarus di surau sekolah. Yang paling menyedihkan kecurian itu dilakukan oleh murid yang terdidik di al amin sejak dari darjah 1 lagi. Subhanallah.

'Tak sangka betul budak al-Amin boleh buat keja tu. Tu yang sekolah al-Amin sejak dari darjah 1 tu...' komen sorang guru yang dah lama mengajar di sekolah tu.

Memang kalau difikirkan tidak selayaknya budak al-Amin mencuri. Mencuri adalah dosa besar yang telah ditetapkan hukumnya dalam al-Quran. Hukum hudud. Sabit kesalahan boleh dipotong tangannya. Dah la curi barang guru. Duit dalam dompet diambil, dompet tu di sumbat dalam lubang tandas pulak. Simcard hp dipatahkan lepas tu handphone tu nak dijual. Isunya bukan soal barang apa yang dicuri tapi kesalahan mencuri itu sendiri.

Apakah ini ujian Allah terhadap sekolah yang banyak bercakap tentang Islam seterusnya terpaksa melakukan seperti apa yang dicakapkannya???

Takutnya mengingati firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu lakukan”. Surah as-Sof: 2-3.

Teringat semasa sekolah dulu. Kalau berlaku apa-apa kes besar seperti ini, 'guilty and proven guilty' semua aktiviti sekolah akan diberhentikan serta-merta. Semua murid akan diarahkan berkumpul didewan. Guru besar akan membuat pengumuman dan murid yang bersalah itu akan dihukum (biasanya public canning) untuk memberi pengajaran kepada murid lain. Pastu kena buang sekolah.

Wallahu'alam.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...