Cuti sekolah dah seminggu berlalu tapi rasa macam tak cuti jer. Cuti pun asyik gi sekolah jer. Dari hari Isnin hingga Jumaat asyik ulang-alik smk sg P jer sebab dok mengantar mengambik anakanda cun tu gi kelas tambahan. Weekend ni pulak dia ada seminar SPM berita harian kat UIA, kena mengantar mengambik lagi. Waduh-waduh asyik on the road aje.
Sibujang handsome tu pun kena gi sekolah juga. Bukan kelas tambahan tapi kelas pemulihan. Nak kena pulihkan otak dia biar boleh menghafaz. Mujurlah kena stay kat sekolah dari Selasa hingga Khamis. So tak payahlah kena mengantar dan mengambik dia. Tapi buat cerita lain pulak.. masa first day register tu tak pakai baju sekolah. Suka hati dia jer bergaya pakai baju melayu sorang-sorang. Ummi pun dengan amat perihatinnya balik ambik sepersalinan baju sekolah dan hantar balik ke sekolah. Petang tu pulak dia talipon menyatakan kelaparannya. Ummi penyayang ni keluar semula hantarkan makanan pulak.
Tapi yang paling best sekali ialah ayah pun turut bercuti selama cuti sekolah nih. So setiap hari asyik fikirkan 'destinasi percutian' kat sekitar KL nih. Merata tempatlah yang dah dilawati. Tapi half day trip jelah sebab nak allow masa nak mengambik orang yang kelas tambahan tuh.. kacau betul. Kalau tidak dah boleh ke Langkawi ke Pangkor ke ...Bali , Jakarta, London.... hahaha.
Tak pe, next week cuti lagi. Real cutilah kot....Oh tidak hari Rabu and Khamis ummi pulak ada kelas tambahan. Okaylah kot sebab sume kertas periksa dah habis tanda. Tinggal key in markah dalam komputer jer. Happy happy hols. Ayah nak bawa kita gi jalan-jalan lagi...wawi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Meja troli beroda
Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...
-
Tanggal 14 Mac 2015 majlis menyambut menantu sebelah pengantin lelaki pulak. Orang Kedah kata bertandang. Orang Kelantan kata hantar men...
-
Dah setel bab lapor diri di Kolej, nak kena mohon pinjaman/biasiswa pulak. Kalau ikutkan surat tawaran tu semua pelajar sudah ditawarkan pin...
-
"Kat Hospital Ampang tak boleh buat Puan. Boleh cuba Klinik Kesihatan Ampang ataupun kat Cheras Baru.Yang paling bagus Hospital Kuala ...
1 comment:
alahai, comel lah korang ni. ;)
Post a Comment