Wednesday, 12 June 2024

Happy 1st Birthday Little Princess.

"Dah berapa cucu Mas sekarang?" Begitulah FAQ sejak akhir-akhir ini bilamana ada peluang berjumpa dengan sahabat handai. Sebelum ini selalu dihujani dengan soalan lazim, anak berapa, kerja apa, dah kawen ke belum.

Alhamdulillah, setakat ini kami dikurniakan dengan 4 orang cucu sebagai penyambung zuriat saya dan hubby. Terkini adalah anak pertama dari anak ke-3 saya yang lahir pada hari guru (16hb Mei) tahun lepas yang genap setahun usianya pada 16hb Mei tahun ini.

Sebagai menghargai kurniaan usia sikecil, ibu dan papa mengadakan jamuan kesyukuran untuk keluarga dan sahabat terdekat mereka. Nenek dan Tok Ayah tumpang gembira sahaja.😁

The invitation.


The Growth Chart.

The Family, missing Ciksu.😢

The Grandparents.

The Vogue Nenek.😜

The Princess.😍

The cupcakes.

The birthday cake.

"Happy Birthday Lily Humaira. Semoga membesar menjadi insan solehah dan penyejuk mata ayah bonda." Amiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 11 June 2024

Mother’s Day 2024

(Catatan tertunda)

Setiap tahun ada sahaja ucapan ‘Happy mother’s Day…’ daripada hubby, anak-anak dan rakan-rakan seperjuangan. 

Antara ucapan yang saya suka.

Kadang-kadang bersekali dengan ucapan Hari Guru, bilamana kedua-dua tarikh berada dalam bulan Mei. Sejak tahun lepas kemeriahan hari guru saya terisi dengan kehadiran cucu baru yang lahir pada hari guru 16hb Mei 2023. The little princess merupakan anak sulong dari anak ke-3 saya.

The little princess dah masuk setahun. 

Tahun ini Hari Ibu jatuh dalam bulan Syawal. Kebetulan anak sulong saya buat majlis hari raya dan jamuan makan-makan keluarga maka depa sekalikan dengan buat surprise Hari Ibu. 

Hidangan penuh meja.

…and desserts.



Tiga generasi.

Penambah kolestrol.

“Ummi… nanti ada parcel untuk ummi tau…” Bila terima mesej dari anak bongsu yang jauh di mata (namun sentiasa dekat di hati) saya terus bukak pintu. Bagai di kata, ada bungkusan (shopee) atas tembok pagar rumah. Hadiah sempena hari ibu katanya.

Kepingan lego bunga-bungaan.

Siap tak sampai 5 minit.

Peneman baru di meja catatan.🥰

Namun hadiah teristimewa saya seharusnyalah kehadiran seorang suami penyayang yang memungkinkan diri ini bergelar ibu…seterusnya menjadi nenek. Semoga Allah rahmati keluarga kecil ini hingga akhir hayat. Amiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 10 June 2024

Ganti gutter bocor

Gutter depan rumah ni pun dah lama bocor. Dah alang-alang saya panggil orang repair bumbung bocor baru-baru ini, saya minta depa gantikan gutter baru untuk depan rumah ini sekali.

Pemasangan gutter sebelum ini agak lousy. Saya memang tak puas hati dengan kerja mereka. Masa buat pemasangan awal dahulu, depa pasang dua batang kayu dan sangkut gutter tu pada kayu tersebut. Bila asyik bocor, lama kelamaan kayu tu pun mula mereput. Satu daripada kayu tu dah tanggal dan jatuh ke lantai. Dan gutter itu makin bocor tidak mampu menahan air hujan. 

Untuk yang baru ini, saya minta depa tanggalkan semua yang lama dan gantikan dengan yang baru. Depa ganti dengan batang besi dan pateri terus ke besi awning sebelum gantung gutter sepanjang besi itu. Memang nampak lebih kukuh. Saya juga minta depa cat warna asal gutter daripada kelabu kepada warna coklat supaya senada dengan warna rumah.

Depa tanggalkan dan buang semua gutter lama.

Gutter baru sepanjang 20 kaki.

Depa ukur dan potong gutter mengikut spesifikasi.

Siap pasang.

Saya menunggu hujan selama dua hari bagi menguji kebocoran gutter baru ini. Bila hujan turun, memang sah gutter baru ini bocor juga. Saya ambik gambar dan tandakan pada bahagian yang bocor dan hantar gambar pada orang yang pasang gutter untuk tindakan. 

Saya tandakan kawasan yang bocor teruk.

Nampak kebocoran sepanjang gutter dengan jelas.

Alhamdulillah esoknya depa terus datang dan pateri semula dan letak silikon pada penyambung atap. 

Usai mereka buat kerja, saya menunggu hujan turun lagi bagi menguji hasil kerja mereka. Alhamdulillah, selepas menunggu hampir seminggu (macam musim kemarau pulak) hujan pun turun dan gutter tersebut sudah tidak bocor lagi. Mudah-mudahan gutter baru ini dapat bertahan lebih lama. Amiin.🌹

Jumlah kos RM900. (Kerja-kerja repair kebocoran FOC).

{Boleh baca cerita gutter sebelum ini di sini}.

Sekian.😊

Sunday, 9 June 2024

Tebang pokok putat dan kemaskan kawasan sekitarnya.

Saya dah tanam pokok putat di rumah ini lebih 5 tahun yang lalu. Di sebelahnya saya tanam pokok serai kayu (salam, samak atau bay leaf). Menariknya kedua-dua pokok ini sangat subur dan cepat membesar. Agaknya tanah rumah ni berasal dari hutan, maka tersedia zat yang cukup untuk pokok-pokok yang juga berasal dari hutan. Walau dibiarkan begitu saja tetaplah mereka berdiri gagah memasak bumi. Saya tanam pokok ni di bahagian dapur belakang rumah sebagai tanaman herba. Kononnya, bila duduknya dekat dengan dapur akan memudahkan capaian bila-bila diperlukan dalam masakan. Tak sangka pulak ianya membesar bagai johan hingga memenuhi ruang belakang dapur dan menyemakkan pandangan. Akhirnya saya decide untuk pangkas bagi clear.

Pokok samak dan pokok putat yang merimbun hampir mencapai bumbung rumah.

Asalnya saya minta pakcik pemotong rumput tolong pangkaskan. Tapi nampak tak kemas. So saya buat penambahbaikan dengan memotong batang pokok itu dengan gergaji hingga pendek/rendah. Jenuh jugak makcik mengumpul kudrat yang dah hujung-hujung ini. Tapi takpe, kita tambah dengan ujian kesabaran dan pasrah. Kata orang biar sikit-sikit lama-lama jadi bukit... kita potong sikit-sikit lama-lama putus jua.😁

Batang pokok putat sebesar betis makcik.

Saja biarkan gergaji terbenam dalam dahan pokok putat itu dan snap gambar sebagai kenangan.

Baki batang pokok putat yang tinggal.

Batang yang nak kena usung ke luar pagar. 

Tinggal tunggul sahaja.

Batang tunggul pokok salam.

Kemaskan pokok pandan.

Rumput pun dah siap potong.

Alhamdulillah selesai kerja-kerja di halaman rinduku untuk hari ini. Semoga mata saya terus melihat yang indah-indah sahaja selepas ini. Yang penting badan rasa segar dan sihat selepas mengeluarkan peluh di laman sendiri. Semoga kekal sihat hingga ke akhirnya. Amiin.🌹

Cerita tentang pokok-pokok herba sebelum ini boleh baca di sini.

Sekian.😊

Friday, 7 June 2024

Me-time @ Ampang Puteri sambil check mata

Dah beberapa lama saya rasa tidak selesa dalam mata sebelah kiri. Kadang-kadang rasa kering, kadang rasa kabur dan berpasir, kadang rasa nak pejam je mata. Bila datang rasa-rasa itu saya akan letak/titiskan EyeMo atau Optrex. Rasa lega untuk seketika. Tapi bila lately ni ada rasa macam senak dan berdenyut dalam mata maka saya ambik keputusan untuk terus ke pakar mata. 

Saya buat appoinment secara online dan pilih tarikh paling awal yang available. So pada awal pagi hari Jumaat yang mulia ini bersempena dengan 1hb Zulhijah 1445 saya keluar ke hospital Ampang Puteri. Hubby dah siap pesan supaya tiba awal agar senang parking. Alhamdulillah dapat parking dengan selesa dan dapat giliran nombor uno sebab datang awal. Depa buat sistem first come first serve walaupun semasa booking slot online, yang kosong hanya pada pukul 12.10 tengahari. Oleh kerana baru pukul 9.15 pagi maka saya duduk minum di kantin hospital dahulu.

Sarapan ringkas. Kita lupakan sebentar masalah kolestrol.

Pukul 10.30 pagi saya masuk menunggu di klinik. Oleh kerana doktor belum tiba, saya duduk menunggu dengan sabar sambil terus menikmati me-time yang datang sekali sekala ini.

Klinik yang cantik.

Masih kosong.

Menghampiri pukul 11 pagi patients lain mula datang memenuhi ruang menunggu.

Pukul 11.30 pagi nama saya pun dipanggil untuk berjumpa doktor. Lepas saya ceritakan segala kegusaran, doktor pun buat beberapa 'test' yang perlu. Kemudian doktor letak sedikit ubat bius dalam mata saya sebelum memeriksa kornea mata menggunakan mesin khas.

"Everything seems normal. Vision good, 6/6 for both eyes. Eye stress pun normal, 14 for both eyes. Nerves okay, mata tak merah, kornea pun cantik..."

"You ada migrain ke? Sometimes migrain might hit the nerve menyebabkan mata tak selesa." Doktor menyambung lagi, mungkin sebab nampak saya macam tak puas hati.

"In that case, you might need to reduce the cause to that or ambik pain killer and banyakkan berehat..." Gitulah. Betul dah tu, baru saya perasan sebenarnya saya mungkin ada migrain berdasarkan simptom-simptom yang doktor sebutkan. 

Doktor tidak bekalkan apa-apa ubat untuk mata saya. Saya cuma perlu titiskan artificial tears (eye drop) seperti biasa bila-bila rasa kurang selesa. Tanpa ubat hospital, saya cuma perlu bayar RM200 untuk consultation dan RM7 untuk registration. Jumlah RM207. Boleh bayar menggunakan QR di klinik sahaja, so jimat masa, tak perlu queque di kaunter bayaran. Usai semua urusan, saya singgah beli makanan take away untuk makan tengahari.

Dah lama mengidam spageti bolognese.

Lepas ni nak kena tingkatkan ketenangan hidup. Mudah-mudahan kekal sihat hingga ke akhirnya. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...