Tuesday, 14 March 2023

Makan makan @ Restoran Sederhana KL

"Malam ni kita makan sederhana je, takyah mahal mahal..." Seperti biasa anakanda saya akan bersedia untuk makan keluarga pada setiap hujung minggu. Asalkan ayah yang bayar, semua orang onzz sahaja. Kali ini kami ke Restoran Sederhana KL. Nama je sederhana tapi harga masih kayangan. Semua menu ala-ala nasi campur, kedai nasi Padang. Alhamdulillah makanannya sedap dan sangat membuka selera. Asalnya saya cuma nak kongsi-kongsi nasi sahaja, tapi akhirnya menambah hingga tiga empat pinggan dengan tambahan hidangan lauk juga. Tak tahulah rezeki depa atau rezeki kami, yang penting kami pulang dengan perut terlebih kenyang. 😄

Pilihan masing-masing tapi kita share makan sama-sama.


Pilihan kuah.

Pilihan lauk yang ada.

Posing dulu sebelum balik…mengambil kira  objek latar belakang itu.

Dah, jom balik.

Objek wajib in KL.😄

Itu sahaja cerita penting pada hari Sabtu, 18hb Februari yang perlu disimpan.

Sekian. 😊

Wednesday, 8 March 2023

Lunchdate @Lotus Ampang

"Jom lunch... nak gi Hameediyah ke gi Lotus?" Tiba-tiba pulak hubby mesej, walau malam tadi dah komfem tak nak keluar lunch sebab takut tak sempat habis meeting. Dan saya pulak baru balik dari buat spek baru sebelum singgah Giant beli groceries. Tapi bila hubby mesej ajak keluar lunch, kita turutkan sahaja. Usai mengemas barang-barang dapur yang dibeli tadi, saya keluar semula, dan tiba di Lotus Ampang pukul 12:45 tengahari, sedang elok dapat parking sementara orang belum ramai. Kami ke My Mum Chicken Rice, Lotus Ampang. 

Set nasi ayam for him.

Tahu goreng JB for extra.

Mee goreng for makcik.

"Sepatutnya masuk kedai nasi ayam, makan nasi ayamlah... kenapa order mee goreng?" Entahlah... tetiba saya rasa nak makan mee goreng. Alhamdulillah menepati selera saya.

Sekian.😊

Monday, 6 March 2023

Jalan-jalan @ Taman Tasik Perdana.

"Mana ada orang pergi jogging weekdays... bahaya." Bukan main lagi hubby buatkan saya seram bila isteri mithalinya menyatakan hasrat nak berjogging dengan seorang sahabat pada hari Isnin yang indah. 

Tapi kita cekalkan hati dan buktikan yang there is nothing to worry asalkan hubby bagi izin. 

Kami gerak pukul 8:15 pagi dari Wangsa Maju. Jalan ke Taman Tasik Perdana agak jam sebab menuju ke pusat bandar. Tapi takpe... kita isi masa dengan borak santai dalam kereta dan selamat tiba di taman dalam pukul 9:00 pagi. Kami parking di atas bukit berhadapan bangunan Memorial Tun Abdul Razak. Lepas tu turun tangga menuju ke kawasan tasik. 

Suasana agak tenang. Ramai juga pengunjung lain tapi kebanyakannya makcik pakcik pencen. Sorang dua sahaja nampak macam anak-anak muda. Tapi depa sibuk buat photoshoot. So kiranya saya dan sahabat hanya menambahkan suasana tenang dalam taman. Kami berjalan laju, mendaki dan panjat tangga sikit-sikit. Selebihnya kami hanya berjalan santai sambil menikmati keindahan alam ala-ala healing gitu.😁

Kita pepandai je selpi wefi.😁

Abaikan filter melampau itu.

Makcik masih bambam.

Jinak-jinak merpati.


Rusa-rusa sedang berehat gamaknya.

Gugusan jambu air... macam takde yang sudi.

Air terjun yang tenang.

Hajat nak masuk melawat tapi tutup pulak

Nanti kita datang lagi.

Alhamdulillah saya dan sahabat selamat balik rumah selepas dua pusingan/tawaf keliling taman tasik yang mengambil masa hampir dua jam.

Sekian. 😊

Sunday, 5 March 2023

Jogging @ Taman Tasik Pudu Ulu

Kata orang, setiap kita sentiasa merindui zaman slim dulu-dulu, namun terpaksa  kita buang rindu itu jauh-jauh dan menerima hakikat bahawasanya masa tidak mungkin dapat diputar kembali. Apa-apa pun hari ni kita sambung aktiviti jogging. Walau badan terasa makin berat... moh ler kita teruskan berlari dalam daya upaya yang ada.😊

Jogging track @ Taman Tasik Pudu Ulu.



Makcik yang makin membolat.😁


Striking pulak kaler kasut ni.

Dah puas berlari, seperti biasa kita layan hubby pi cari nasi berlauk pulak. Jogging-makan-jogging-makan, hmm entah bila la nak kurus. 

Sekian.😊

Saturday, 4 March 2023

Teman Stayover @ Hotel Perdana KL

Untuk kesekian kalinya saya menemani hubby lagi. Kali ini depa ada program 3 hari 2 malam di Hotel Perdana KL. Oleh kerana depa buat program pada hari bekerja, Khamis-Sabtu, maka hubby join program terus dari tempat kerja. By petang bila dah komfem masuk bilik baru saya gerak dari rumah. Malas nak duduk dalam bilik hotel sensorang masa hubby sibuk berprogram. Lagipun hotelnya hanya dalam 20 minutes drive dari rumah, mudah nak ulang-alik.

So pada hari Khamis saya turun dari rumah dalam pukul 4:30 petang dan tiba di hotel pada pukul 5:00 petang. Terus masuk parking lot di basement B1. Jalan/lorong masuk ke parking agak sempit jadi makcik sangat berhati-hati supaya kereta tidak tercalar. Depa belum ada sistem cashless atau TnG, so kena ambik tiket di mesin tepi palang sebelum palang terbuka. Parking free je, cuma kita perlu endorse tiket di kaunter hotel sebelum keluar. Ruang keluar pun sempit juga… aduhai semput makcik tahan nafas cari ketenangan sambil pusing stereng kereta. Alhamdulillah nafas masih panjang.

Asalnya, pada hari Khamis tu kami bercadang nak cari makan (early dinner) di luar sambil kengkonon nak sambut wedding anniversary yang ke 32 tahun. Tapi memandangkan hubby dah berprogram dan bermesyuarat sejak pagi dan malam nanti nak sambung program sesi malam pulak maka kita cancel je semua perancangan makan malam. Kita order room service sahaja. Mudah dan selesa. Sempatlah hubby ambik masa untuk duduk berehat sebelum nak sambung program semula. Kami cuma order yang menu mudah-mudah sahaja… nasi goreng kampung, fish & chips dan puding raja buat pencuci mulut. Benarlah kata orang small thing matters most dan love langguage masing-masing berbeza. Kita terima sahaja apa adanya. Happy 32rd Anniversary untuk kita. Semoga kekal tua bersama dalam bahagia.💝




Esoknya, hari Jumaat, pepagi lagi saya dah gerak balik rumah. Hubby ada program seharian, jadi eloklah saya pulang ke rumah menguruskan apa yang patut. Pukul 3:30 petang, saya gerak ke hotel semula dan tiba dalam pukul 4:00 petang. Kena gerak awal bagi mengelakkan kesesakan trafik di petang hari Jumaat. Fenomena biasa bagi masyarakat KL.  Kebetulan depa skip program sesi petang maka saya terus pick-up hubby di lobi hotel dan terus ke KLCC jalan-jalan cuci mata sambil singgah @kedai buku Kinokuniya, favourite pitstop hubby setiap kali ke KLCC. Usai beli buku senaskah dua, kami ke restoran Serai @ Suria KLCC, order satu set nasi kerabu dan satu set platter... share dua orang. Sharing is caring, gituh.

Set nasi kerabu


Serai Tasting Platter, macam-macam ada.

Esoknya saya tidak bercadang untuk ke mana-mana, hanya nak berehat dan melepak dalam bilik sahaja. Lagipun saya dah bawa bekal makanan yang mencukupi sementara menunggu hubby habis program. Depa hanya ada program disebelah pagi sahaja so by tengahari dah boleh check-out dan balik rumah, home sweet home.

Kami pernah menginap di sini sebelum ini. Bila disoroti kembali ada semacam dejavu pulak, macam cerita lama berulang kembali. Boleh baca ceritanya di sini.

Sekian.😊

Jogging @ KLCC Dan Kemas Kabinet Bawah Dapur

Dalam dua minggu ini perhatian saya banyak terarah kepada projek declutter dan menyusun semula barang-barang dalam rumah ini. Walaupun sibuk...