Thursday, 25 August 2022

Medical check-up untuk masuk kerja

Lepas dah komfem hubby terima kerja yang ditawarkan hari tu maka bermulalah sesi things to do before masuk kerja. Pertama sekali kena isi dan hantar borang penerimaan ke ofis KUPTM di Cheras. Lepas tu kena buat medical check-up. Makcik rasa macam dejavu pulak sebab sebelum ini dah banyak kali melalui sesi perjalanan masuk kerja untuk hubby dan anak-anak. So setakat nak teman pi medical check-up tu small matter sahaja.

Mengikut borang medical check-up tu, kami kena berurusan di klinik atau hospital kerajaan sahaja. Yang paling mudah adalah ke Klinik Kesihatan Cheras. Tapi kena buat appoinment online dahulu. Depa akan bagi tarikh dan masa yang sesuai. 

Tenang sahaja.

Temu janji kami pada pukul 3:00 petang. Usai solat zohor kami terus gerak dari rumah. Waktu kami tiba keadaan sangat tenang. Parking pun mudah. Terus beratur untuk berurusan di kaunter saringan. Depa check appoinment dan go through borang medical check-up untuk pastikan semua butiran lengkap diisi.

“Kena buat test dadah dulu ni Encik… tapi kat klinik sini takde servis. Encik kena buat kat Klinik Medivron… paling dekat kat Permaisuri. Bila dah dapat result boleh datang jumpa doktor.” Gitu pulak kisahnya. Maka kami pun ke klinik sana. Parking pulak takde. Sudahnya saya drop hubby sahaja dan double park tepi jalan sambil melepak dalam kereta.

Me-time😍

Rasanya depa buat ujian air kencing dan test darah. Alhamdulillah semua berjalan lancar walau memakan masa selama 45 minit. Depa caj RM80. Lepas itu kami ke Klinik Kesihatan semula. Kali ini parking mula penuh tapi rezeki kami dapat menyelit. Alhamdulillah.

Result ujian dadah… macamana entah nak baca… tapi doktor kata semua okay.

By the time kami sampai ke kaunter pendaftaran jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Kena isi borang pendaftaran dan bayar RM1 untuk pendaftaran dan RM20 untuk urusan medical check-up. Jumlah bayaran, RM21 sahaja.


Resit bayaran.

“Murah sangat caj klinik kerajaan ni… singgit je. Medical check-up RM20… hmm beza sangat dengan test dadah tadi… sampai RM80.” Mulalah makcik mengomen.

Check tekanan darah dulu.

Unit patologi untuk check air kencing.

Dah kosong.

By pukul 5.30 petang klinik pun dah kosong. Kami orang terakhir keluar dari klinik. Alhamdulillah tahap kesihatan hubby memuaskan. Minggu seterusnya dah boleh masuk kerja. 😊

Karipap gulung katanya.

Sejak hubby masuk kerja rutin harian saya pun turut berubah. Kalau dulu bila pepagi rasa malas nak masak kita bercanda di kedai sahaja. Kini hari-hari saya akan masak sarapan walau sesimple-simple menu. Biasanya kita hidang roti sandwic sahaja. Sesekali jika rajin bolehlah kita bersantai-santai di dapur.

Kebetulan haritu kehabisan roti maka kita merajinkan diri menguli tepung.  Saya dah biasa menguli tepung  masa anak-anak kecik dahulu. So kali ini kita uli adunan karipap. Mudah sahaja resepinya. Saya letak dua cawan tepung gandum dan dua sudu margerin. Kacau biar jadi serbuk roti kemudian tambah air sejuk sesudu dan uli. Tambah air jika perlu. Bila dah sebati, bulat-bulatkan dan biarkan sebentar sebelum di canai.

10 ketul sedia untuk di canai.

Saya guna serunding daging sebagai inti.

Abaikan kejadian yang kurang bulat itu.

Kita cuba lagi

Sedia untuk digoreng dalam minyak sederhana panas

Siap.

Dah siap buat sarapan bolehlah teruskan kerja lain selayaknya bagi memenuhi masa duduk rumah. 

Moga Allah bantu selamanya.🌷


Wednesday, 24 August 2022

Sepagi di Hotel Zenith, Putrajaya. (Teman temu duga kerja)

Bila hubby ada program di Putrajaya lagi, kita pun sambung excited. Seronok pulak nak jadi isteri cerdik dan solehah... penyejuk hati, penajam fikiran... di rumah dia isteri, di jalanan kawan... pabila kita buntu dia penunjuk jalan...🎡🎡😊

Sebenarnya ini cerita lama. Sejak bulan Mac 2022 lagi. Tapi dok simpan buat pekasam. Ceritanya hubby dapat interview kerja tapi sebab nak tunggu result interview dulu sebelum nak cerita apa-apa akhirnya terlupa. Cemana ntah tetiba ada rezeki orang suruh apply kerja kosong kat KUPTM hari tu. Kebetukan tengah takde nak buat apa (baca: pencen), so hubby pun sesaja test market. Alhamdulillah depa panggil interview selepas beberapa sesi interview online.

Zenith Hotel Putrajaya.

Banyak rupanya program kat hotel hari ni.

Hubby punya giliran nombor 6. Kami tiba dalam pukul 10.35 pagi. Kalau dikira congak tolak tambah giliran hubby mungkin pada pukul 11.30am. Sementara menunggu giliran kami lepak minum sambil hubby prepare apa nak jawab masa interview nanti.

Hiasan hotel yang unik.

Cafe latte as always



Member muka nervous. 

Sementara hubby pergi interview makcik ronda tengok kawasan. Masuk toilet je pun… tapi sebab takde orang maka kita selpi macam orang muda. Lepas tu sambung  termenung kat coffee house semula.

Bersih dan cantik bilik airnya.



10.35am-12.54pm sahaja.

Alhamdulillah interview hubby berjalan lancar dan hubby dapat menjawab soalan yang diajukan dengan jelas dan yakin. Sebagai isteri mithali haruslah makcik rasa bangga dan mengharapkan hubby dapat masuk kerja semula bagi menghilangkan kebosanannya duduk rumah. Padahal makcik yang penat nak melayan…πŸ˜†πŸ’Ÿ

Usai urusan temuduga kita jalan- jalan cari lunch pulak sambil snap-snap gambar dari dalam kereta sahaja. Malas makcik nak menjakun ditengahari buta.



“Rasa macam lulus je… Insya Allah ada reseki dapat kerja ni… “ teruja pulak dengar hubby sangat confident.

Insya Allah… aamin.

… Dan pada pertengahan bulan Jun 2022 baru-baru hubby masuk kerja semula. Maka berakhirlah makcik bergelar bini orang pencen. Now back to makcik pencen semula… πŸ˜€

Thursday, 9 June 2022

Cucur bawang simple.

Hujan-hujan ni memang seronok layan cucuq sambil minum kopi. Kali ini kita mencucuq versi simple pulak.

Mula-mula saya hiris 2 biji bawang holland, rendam segenggam ikan bilis supaya lembut dan potong daun kucai segar dari laman. 

Kemudian saya masukkan 3 cawan tepung gandum ke dalam bekas dan campurkan semua bahan tadi. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Masukkan satu setengah cawan air panas dan kacau laju-laju... (penat jugak la sebab dia jadi macam doh). Bila dah sebati masukkan setengah cawan air biasa dan kacau rata... jadi macam rupa adunan cokodok.

Lepas tu panaskan minyak dan goreng macam buat cokodok. Jemput-jemputkan pakai tangan je... tapi bila nak angkat haruslah pakai senduk/sudip/dsb... kang melecur pulak tangan tu.

Saya suka guna banyak bawang

Goreng dalam minyak yang banyak, api sederhana.

Lebihan adunan boleh simpan dalam fridge. Esok sambung goreng.

Gorengan kali kedua.

Sebenarnya haritu makan kat IJN. Depa jual RM7.90 for 7 biji. Tak puas makan sebab share 3 orang. So kali ini kita buat je kat rumah. Sendiri masak sendiri makan... Alhamdulillah.


Friday, 3 June 2022

Pesta buku Antarabangsa 2022, WTC

Dah lama saya tak pergi pesta buku. Sejak anak-anak dah habis sekolah dah jarang jejak kaki ke mana-mana pesta buku. Lagi  pulak sejak PKP hari tu kalau ada berminat dengan memana buku saya beli online sahaja.

"Jom la Ummi gi booth kak Iman. Kita pakai pink..." 

Kebetulan anakanda join pesta buku tahun ini, kita singgah bagi moral support.




Ambik aura awek muda.

Dalam tidak berhajat membeli apa-apa buku tu sempat lagi capai satu tajuk yang menarik perhatian saya. Depa bungkus dalam plastik so tak tahu apa rupa isi dalamnya. Tapi makcik mencuba sahaja sebab tengok dari sinopsisnya nampak menarik.


"Bila masa pulak awak in pain?" Haha...entahlah. It's just a book. Does it have to do with anything?😁

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...