Friday, 15 October 2021

Breakaway: Hilton KL.

Sejak kes covid mula menurun dan rentas daerah dan negeri dilonggarkan maka kita pun mulalah mencari-cari tempat menarik untuk keluar sarang. Kebetulan pulak kerajaan umumkan Selangor takde air selama 4 hari maka kita pun terus cari alternatif tempat untuk menginap. Schedule penutupan air bermula hari Rabu jam 9:00 pagi dan dijangka berakhir pada hari Sabtu.  Alhamdulillah hotel Hilton buat promo, so bolehlah kita breakway buat semalaman. Kami gerak hari Rabu petang selepas Zohor dan tiba di lobi hotel pukul 3:00 petang, just nice untuk check-in.

"Booking Encik untuk room sahaja. Kalau nak breakfast boleh tambah sekarang. RM49 each person. Tapi kalau walk-in esok harganya RM80 seorang..." Gitu pulak ceritanya. Tapi kami tak ambik breakfast pun sebab hotel ni kat sebelah Nu Sentral sahaja. Kami decide untuk cari breakfast kat sana sahaja.

Check-in

Kami parking kat P1 kemudian naik ke lobi hotel. Sebelum masuk parking depa check kereta luar dalam, siap buka bonnet lagi. For security katanya. Parking fee murah, RM3 je sehari tapi kena endorse di kaunter tiket sebelum check-out.


Pastikan lorong laluan yang betul sebab hotel ni sebelah menyebelah sahaja.

Bilik kat tingkat 27. 

Katil king size.

Bilik air nampak terus dari sebelah katil... sesuai untuk honeymoon.

Dari tingkat 27 boleh nampak pemandangan hutan batu dengan jelas. So kita mengadap tingkap sahaja sambil melepaskan pandangan ke langit yang diselubungi awan.



Bumbung KL Sentral.

Taman Tasik Perdana dari kejauhan.

Selepas check-in kami berehat sebentar sebelum keluar merayau ke KL Sentral. Depa sediakan connecting bridge dari hotel terus ke bangunan KL Sentral. OTW keluar tu sempat lagi kami meninjau kawasan.


Level 27.
Tak pasti kenapa depa letak batu bulat besar gedabak ni kat sini.


Perhiasan di ruang santai lobi hotel.

Berkenan pulak tengok tangga berhias ni.

Kami tiba di KL Sentral sebelum pukul 5:00 petang untuk mengelakkan keadaan sesak orang balik kerja. 

Suasana lengang. Alhamdulillah.

Sambil melihat-lihat keadaan sambil planning tempat nak cari makan. Banyak jugak kedai makan yang buka dengan mengamalkan perjarakan sosial. Kami masuk kafe Coffee Beans memandangkan suasananya kurang sesak. Depa minta bukti double dose vaccine dengan Mysejahtera sebelum masuk. Usai makan kita jalan-jalan posing-posing cara orang pencen sebelum balik berehat di bilik hotel.

Panini tuna. RM17.50

Salmon OG bagel, RM20.50. Pilih roti sendiri.



Sunset.

By night.

Esoknya awal pagi kami keluar lagi ke KL Sentral sebelum manusia lain mula berkumpul untuk ke tempat masing-masing. Awalnya nak sarapan kat McD tapi melihatkan tempatnya agak sempit risau pulak takut tak ada penjarakan sosial maka kami cari restoran yang lebih luas. 

Menu yang ada.

Kopi-O, telur separuh masak dan roti toast sapu kaya+butter.

My all time favourite, telur separuh masak letak kicap cair.

Usai sarapan kami patah balik ke hotel dan lepak-lepak di lobi hotel sambil melihat pemandangan kawasan sekitar. 

Penginapan keluarga polis Brickfield.

Kawasan Bukit Tunku.

Bangunan Parlimen saujana mata memandang.

Sebelum check-out kami ambik sedikit masa lagi untuk melawat kawasan santai di tingkat 8. Ada Spa & Gym, Boardwalk, Iketeru dan swimming pool. 


Boardwalk ala-ala terowong dalam gua.

Saja turun menyebok tepi kolam.

Tepat pukul 12:00 tengahari kami dah terpacak depan kaunter untuk check-out. Alhamdulillah kami dapat memanfaatkan masa sepenuhnya sepanjang tempoh menginap di sini.

Sempat lagi posing dalam lif sebelum masuk kereta.

Moga Allah mudahkan urusan seterusnya.

Saturday, 9 October 2021

Bidai belakang rumah

 “Ummi tak nak tambah dapur ke?”

Setakat ini saya belum berminat untuk tambah menambah. Ruang yang ada sudah mencukupi untuk aktiviti masak memasak dan me-time saya. Saya cuma perlu susun dan kemas dengan segala kekangan yang ada. 

Masa awal-awal pindah ke sini kami tak ada buat apa-apa renovation. Cuma repair dan ganti apa yang patut. Saya cuma tambah kitchen kabinet. Kemudian letak tiles dan tambah bumbung(awning) kat area belakang dapur, guna sebagai laundry area dan jemur kain. Kemudian saya gantung bidai untuk privasi. Bidai tu saya beli dari Mr DIY dan kedai hardware yang berdekatan rumah. Saya beli sikit-sikit mengikut keperluan kemudian gantung dan pasang sendiri dengan pertolongan anak-anak bujang. Apabila saya letak dapur extra di luar untuk memasak especialy untuk menggoreng, saya tambah bidai menutupi seluruh kawasan belakang dapur. Dah rupa extra bilik tanpa dinding dan pintu tingkap pulak.🥰

Bidai macam-macam saiz dan corak... ikut stok yang ada.


Kata orang, berangan itu percuma... so sesekali berme-time di daerah ini tetiba rasa nak upgrade area sekangkang kera ini. Dan kerana rasa itu juga percuma, maka kita teruskan sahaja anganan dan perasaan itu. Jangan berlebih sudah.

Ihsan google. Thank you owner.

Sebelum itu... kita sedut sikit tazkeerah untuk diri sendiri.

Dalam kitab Mukasyafatul Qulub karangan Imam Al-Ghazali bahaya bagi umat muslim dalam berangan lebih dan mengikuti hawa nafsunya, mengutip dari hadis Nabi Muhammad Saw, beliau bersabda,

“Sesungguhnya yang paling mengkhawatirkan atas kamu adalah dua hal, angan-angan yang muluk/berlebih dan mengikuti hawa nafsu. Dan sesungguhnya angan-angan muluk lupa kepada akhirat, sedang mengikuti hawa nafsu akan menghalangi kebenaran”

Apa-apa pun rezeki Allah itu sentiasa ada. Lambat atau cepat, sesuai atau tidak hanya Dia yang maha mengetahui. Kita cuma perlu yakin... moga Allah bantu selamanya.

Benar lah adanya.

Saturday, 2 October 2021

Tabiat mak-mak pakaikan baju anak.

Sejak subuh lagi hujan dah mula turun. Tak lebat sangat... beghek-beghek kata orang Klate. Kalau jenis hujan begini boleh membawa hingga kepetang. 

So dalam pada duduk berkurung di rumah makcik belek album lama. Teringat zaman ada anak kecik. Asyik sibuk memanjang. Bila semua dah besar panjang dan bernikah kawen sunyi pulak rasa rumah. 

Seronok pulak tengok gambar anak dara dua beradik ni. Yang sulung baru berusi tiga tahun plus dan yang nombor dua pulak baru setahun plus. Makcik tengah mabuk sebab dalam perut makcik ada lagi sorang bakal keluar. Lupa dah zaman bila... tapi rasanya dalam tahun 1995-1996.






Sekarang ni bila tengok gambar cucu sama jugak pesennya... pakai baju mesti nak kena sama.🥰

PS: Padahal mak-mak yang terlebih excited.😁

Thursday, 30 September 2021

Cempedak goreng

Dah tiga hari buah cempedak ni tersadai atas meja belakang rumah. Saya beli di gerai berdekatan rumah. Depa jual timbang kilo. Sekilo RM6. Memandangkan tiada sapa di rumah saya ambik sebiji sahaja. Berat 2 kilo.

Kata orang kalu nak beli cempedak, pilih buah yang cekang bulat. Tapi saya tengok semua sama je. So saya ambik yang paling dekat. Betullah... bila dibelah... bahagian yang kurang cekang tu memang tak ada isi berbanding dengan bahagian yang cekang padat.


Selepas diselak-selak dapatlah ulasnya dalam semangkuk besar... ada dalam 50 ulas.

So kita bancuh tepung beras dengan air kapur. Tambah sedikit garam dan kunyit... celup buah cempedak dan goreng dalam minyak yang banyak. Saya goreng cukup-cukup untuk makan sahaja. Selebihnya saya masukkan dalam tupperware dan simpan peti sejuk.

Alhamdulillah cukuplah buat minum petang orang pencen suami isteri. Tak berani nak makan banyak sebab takut berangin satu badan. Almaklumlah... dah usia lebih setengah abad ni nak kena berhati-hati dengan pemakanan.

Sama banyak isi dan biji.

Masa kecik-kecik dulu selalu makan biji cempedak rebus tanpa masalah angin. Tapi sekarang terpaksa tolak tepi.

Bijinya sedap.. rasa ala-ala buah berangan.

Esoknya anak-anak semua balik untuk staycation.... maka saya sambung goreng buah yang disimpan semalam. Alhamdulillah dapat share dengan anak beranak pulak.

Gorengan kedua.

Sungguh benar kata orang... air tangan sendiri lebih berkat. Makan banyak mana pun badan masih maintain tanpa angin. Lebih-lebih lagi bila makan bersama keluarga. Alhamdulillah. 🥰

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...