Tuesday, 24 November 2015

Bila unify rosak.....

"Tnet dah ada? 

Rasanya dah masuk 10 hari internet kat rumah ni bermasalah. Hari tu dah call TM Service Center. Depa datang check dan ganti kepala socket free of charge. Sambil tu depa promote untuk upgrade service supaya lebih laju. Selama ni saya guna pakej basic tu je. Bayar bil RM157 sebulan. Alhamdulillah saya dah guna service Unify ni lebih daripada tiga tahun tanpa sebarang masalah. Itupun sebab termakan pujuk rayu sahabat sekerja yang mula berjinak-jinak dengan business ni pada masa tu. Saya pun dah tak ingat berapa dia caj kos pemasangan. Yang pasti saya puas hati dengan service unify selama ini. Yang penting kena bayar bil on time....

Selepas dua hari depa tukar kepala socket tu tetiba service unify ni kong balik. Connected tapi tak dapat internet. Dah la cuti sekolah baru bermula. Maka resah gelisah anak-anak tanpa internet mula terserlah. Dunia mereka seolah dihalang tembok besar. 
Kami ada juga cuba DIY apa yang patut. Biasanya kalau tak dapat internet kita hanya perlu tutup semua suis. Biar dia rehat dalam 10 saat. Lepas tu on balik. Insya Allah line internet akan muncul semula. Tapi kali ni dah berapa kali on off, on off, yang dinanti tak juga kunjung tiba. 


Setelah beberapa hari bersabar akhirnya kami diberitahu masalah tak dapat internet tu mungkin disebabkan oleh gangguan kabel. Unify hantar kontraktor untuk uruskan.  Sebab katanya staff Unify ni tak ada insuran untuk cover panjat memanjat ni. Kang jatuh terlentang tak ada sapa nak bertanggung jawab. So kena panggil kontraktor khas untuk uruskan hal kabel dan wiring ni. Awal pemasangan dulu kabel wayar tu depa masukkan ikut laluan dalam bumbung rumah sebab tak nak bagi nampak serabut wayar kat diding. Lagipun masa tu kan baru pindah rumah. So sayang pulak nak suruh depa tebuk dinding. Tapi atas nasihat pakar seeloknya wayar tu biar nampak di mata.  So kali ini depa buat wiring baru. Buat laluan tepi dinding lepas tu tebuk masuk melalui atas sliding door. Senang lain kali kalau rosak, staf Unify sendiri pun boleh selesaikan. Dah tak perlu panggil kontraktor luar lagi.
Alhamdulillah setelah sabar menunggu proses pembaikan siap dalam masa satu jam. Depa caj RM200 untuk kos pemasangan semula. Warranti selama 2 bulan sahaja. Boleh call depa semula untuk apa-apa service free of charge dalam tempoh dua bulan tu.

Akhirnya tembok besar dunia tanpa sempadan terbuka semula. Hanya sempadan iman yang dapat menjadi benteng ketahanan manusia sejagat...

PS: Dan saya pun dah boleh berblog semula.....:)

Thursday, 12 November 2015

Abuni Pindah Rumah........

Sedar tak sedar dah lebih sebulan Abuni jadi mak. Alhamdulillah hingga kini anak-anaknya membesar dengan sihat. Semuanya hidup dengan selamat. Setakat ini belum dapat dipastikan berapa bilangan jantan dan betina. Semuanya nampak sama je.

Dalam masa sebulan hayat mereka, bukan main bersuka ria buat bilik Amin macam rumah sendiri. Dah la beranak dalam laci baju, habis merata sudut depa buat territory sendiri. Risau pulak takut depa melepas najis sesuka hati. Setakat ni Alhamdulillah Abuni sangat mengambil berat tentang kebersihan anak-anaknya. 
Lapik kaki depan bilik air dah jadi port baik depa.. 
Dari kiri...Bujay (yang sulung), Malik Nor (no 2), Alijay (ke3) dan Pokpok (bongsu)...
Elok je depa susun diri sendiri ikut usia memasing.

Sebelum ni saya sediakan makanan Abuni beserta airnya dalam bilik Amin. Kesian pulak nak suruh dia turun makan kat bawah. Takut bentan. Eh...ada ke kucing bentan lepas beranak? Sejak anak-anak kucing tu dah mula pandai keluar dari laci sibuk pulak depa join sekaki  menjamu selera makanan maknya. Tetiba pulak bilik Amin mula mengeluarkan aroma yang kurang enak. Saya suspek anak-anak kucing tu dah mula terberak tercirit sebab makan makanan yang tak sesuai dengan umur depa. Takut rosak pulak segala usus dan ginjal nanti. 
Sebenarnya saya dah sediakan tempat penginapan mereka di bahagian hujung balkoni rumah kami. Kemain bertaraf 4 bintang. Konon apabila anak-anak kucing tu dah besar sikit boleh lah letak depa kat situ. Saya lapik tikar getah supaya senang nak cuci sekiranya anak-anak kucing tu terberak terkencing merata. Tapi.......tiba-tiba pulak si Abuni tu buat port berak dia kat situ. Padahal kawasan luar rumah saya ni banyak je tanah untuk dibuat jamban. Boleh pilih je mana-mana port yang dia suka. Kat balkoni tu jugak dia nak melepas. Kemain dah tak nak turun berak kat luar rumah. Kengkonon masih dalam pantang tak boleh nak turun tangga. Dah la makan tido dia saya jaga, sekarang nak kisahkan kencing berak dia pulak. Jenuh la pulak saya nak kena buang dan cuci taik kucing tua tu. Adoyai......sabar je lah. Setakat taik anak kucing tu boleh tahan lagi. 


Akhirnya saya terpaksa pindahkan mereka ke tempat yang lebih sesuai, yang kurang menyusahkan saya. Kesian Amin terpaksa menahan bau-bauan yang menyesakkan saluran pernafasan selama ini. So hujung minggu baru ni dengan bantuan Ein dan Nina, kami bertungkus lumus menguruskan proses perpindahan anak-anak kucing tu. Kawasan laundry belakang dapur saya pulak menjadi tempat baru mereka.

Alhamdulillah mereka pandai menyesuaikan diri di tempat baru. Rupa-rupanya kucing pandai mengajar anak-anak tentang kebersihan. Setiap pagi Abuni akan ajak anak-anaknya buang najis di tempat yang saya sediakan. Dia hanya perlu ajar sekali dua sahaja. Lepas tu anak-anak kucing tu akan pandai sendiri mencari tempat untuk melepaskan hajat.
Kawasan perumahan baru. 
Sabar je Abuni melayan anak-anaknya menyusu gaya bebas.
Dah mula pandai bermain...

PS: Mudah-mudahan kami boleh mengutip pahala dengan kehadiran mereka......

Tuesday, 10 November 2015

Projek Bubur Asyura Kasih Sayang

Minggu lepas tetiba rasa nak buat projek bersama guru-guru. Sebenarnya dah lama saya teringin mengembalikan nostalgia lama di mana semua guru duduk bersama dalam suasana santai tanpa memikirkan masalah sekolah. Sejak kebelakangan ini semua orang sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing hingga terlupa akan ukhuwah yang mulai rapuh. Alhamdulillah dengan sedikit inisiatif serta sokongan beberapa guru yang mempunyai gelora rasa yang sama akhirnya projek bubur asyura ini berjaya dilaksanakan.

Tidak memakan banyak belanja pun. Kita buka kepada siapa yang ingin menyumbang. So masing-masing guru membawa bahan yang sedia ada dari rumah masing-masing. Konsep sukarela. Ada yang sediakan bahan. Ada yang sediakan tenaga untuk proses penyediaan dan proses mengacau. Ada yang sediakan masa, sama-sama duduk borak menemani chef yang sibuk di dapur dan macam-macam lagi.
Chef dan little chefs.. 
Alhamdulillah hasil usaha bersama kami dapat menyediakan dua periuk besar dan satu kuali besar bubur asyura untuk dikongsi bersama semua guru.
Proses agihan.. 
Teraju utama
Pisang kami tak campur dalam bubur sebab takut lembik sangat. Kami potong kecik-kecik dan terus masukkan dalam bekas untuk agihan. Lepas tu baru kami tuang bubur tu ke dalam setiap belas yang dah disediakan itu.
Bahan utama:
3 kg tepung beras
3 kg santan segera
2 kg keledek putih (rebus biar empuk)
2 kg keledek oren/kuning (rebus biar empuk)
2 kg pula pasir
2 kg gula merah
3 tin kacang kuda
3 ting kacang merah
3 tin jagung manis
1 kg kacang hijau (rebus biar empuk)
300g biji sagu
sesikat pisang
daun pandan

Campur semua bahan, masuk dalam periku/kuali, tambah air dan kacau bergilir-gilir tanpa henti hingga masak.

Alhamdulillah pada hari Jumaat 30 Oktober 2015, semua warga al Amin dapat merasa bubur asyura kasih sayang versi utara sikit sorang.

PS: Tahun depan mungkin boleh buat bubur asyura versi Kelantan pulak..



Saturday, 7 November 2015

Pengalaman bleeding 3

Sehari selepas jumpa doktor pakar O&G kat Hospital Damai saya mendapat panggilan telefon dari hospital Ampang Puteri.

"Result pap smear puan dah ada ye. Semuanya normal..."


Alhamdulillah Allah masih mengurniakan kesihatan yang baik kepada saya. Suspen juga menunggu keputusan yang tak pasti selama ini. Apatah lagi memikirkan punca utama penyebab kematian wanita ialah cancer cervik selepas cancer payudara.


Keputusan pap smear kat Hospital Damai saya belum ambik lagi. Tak pe lah as long as result Ampang Puteri dah keluar perasaan lega tu dah ada. Lagipun kata orang kalau keputusannya normal sepatutnya dah tak perlu runsing. Serahkan semuanya pada Allah. Tak perlu pun nak cari second opinion. So tunggu je next year untuk another pap smear test.....

Cumanya masalah sekarang ni ialah period and bleeding ni masih tak berapa betul, sambil mencipta suatu rentetan sejarah perjalanan dalam hidup saya. Fasa menopause kata orang cerdik pandai sekarang.

6 Oktober 2015: 
Buat check up kat Ampang Puteri sebab bleeding banyak sangat. Rasanya masa tu dah masuh hari ke 20 bleeding non stop. Sangat heavy.  Doktor bagi pil Norcolut suruh makan selama 21 hari non stop untuk berhentikan pendarahan. Tapi saya makan 10 hari je sebab selepas makan selama 4 hari bleeding dah mulai berkurangan.

13 Oktober 2015: 
Buat pap smear kat Ampang Puteri sebab bleeding dah stop completely, Masih teruskan makan Norcolut tu sebelum berhenti selepas 10 hari.

18 Oktober 2015: 
Bleeding datang semula. Saya anggap ianya period yang normal sebab dalam cycle yang normal. 

19 Oktober 2015: 
Saya pi buat check-up kat Damai Service Hospital sebab Ampang Puteri fully booked. Saya minta doktor buat scan and another pap smear test. Doktor bagi pil Transamin untuk stop pendarahan. Tapi saya tak makan pun sebab nak bleeding tu stop sendiri. Alhamdulillah bleeding tu slowly berkurangan dan berhenti selepas 4 hari.

25 Oktober 2015: 
Bleeding heavy semula, Berterusan seperti period biasa. Alhamdulillah tidak heavy seperti sebelum ini. Saya mulai rasa period ni weng semula... Apa-apa pun saya perlu sucikan diri apabila period tu mencapai 15 hari. Lepas 15 hari dah dikira darah istihadhah.

2 November 2015: 
Masih bleeding macam period. So saya buat ijtihad sendiri. Dengan berat hati saya telan je pil yang doktor bagi hari tu. Hari pertama saya ambik pil Transamin ikut arahan doktor. Sambil google tentang side effect dan sebagainya. Sebenarnya saya kurang berkenan dengan pil ni. Tak tahu kenapa, cuma rasa kurang selesa. So saya makan untuk sehari saja, lepas tu saya tukar kepada pil Norcolut semula.

3 November 2015: 
Saya sambung makan pil Norcolut seperi arahan yang doktor bagi hari tu. Kali ini bertekad untuk habiskan semua saki baki pil yang ada. Nak jadi patient yang baik yang mengikut arahan doktor. Walau jauh disudut hati saya benci makan pil hormon ini tapi kita kena tetap berusaha dan berikhtiar untuk menjauhi penyakit. Apa-apa pun kepada Allah tempat kembali. Kekuasaan menyembuh segala penyakit hanyalah padaNya. Makan pil ni hanyalah sebagai suatu ikhtiar...

Hari ni 7 November 2015..... saya masih teruskan mengambil pil Norcolut ni pagi dan malam walaupun bleeding dah berhenti sepenuhnya. Masih kuatkan semangat untuk menghabiskan butiran pil bertuah ni. Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit ini hormon saya kembali normal.


PS: Bersedia menghadapi gejala menopause dengan senyuman

Friday, 6 November 2015

Keropok Losong Raya Posa..

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya asyik teringat keropok lekor. Nak yang Terengganu punya je. Kalau dapat keropok Losong memang terbaik lah. Alhamdulillah dapat menantu orang Terengganu. So setiap kali depa balik kampung pasti tidak lupa buah tangan keropok Losong. Tapi biasa lah, jarang nak dapat yang fresh. Selalunya depa balik simpan dalam peti sejuk sehari dua baru bawa mai umah saya. Tapi jauh di lubuk hati saya masih teringat-ingat yang freshly made. Rebus terus makan panas-panas. Tak perlu goreng.

So masa balik beraya baru ni kami purposely balik ikut Lebuh Raya Pantai Timur. Nak melalui Terengganu. Nak singgah beli keropok lekor Losong.  Sepanjang perjalanan terbayang diruang mata keropok lekor yang segar baru angkat dari periuk rebusan. Macam perempuan bunting sulung layaknya. Mengidam entah apa-apa...

Alhamdulillah sepanjang perjalanan cuaca sangat terang dan nyaman. Jarang dapat menikmati langit yang sebiru itu.
Sampai ke destinasi, rupa-rupanya keadaan tidak seperti yang dibayangkan. Manusia berpusu-pusu beratur untuk mendapatkan keropok lekor idaman. Setiap pelanggan buat order berkoyan-koyan. Tiga orang tukang gentel keropok (sebelum dicampak dalam 3 biji kawah/periuk besar) pun belum tentu cukup untuk memenuhi permintaan yang tinggi itu. Nak kena tunggu keropok yang direbus tu masak dulu mau menyampai ke tengah malam. Rupa-rupanya ramai manusia seakan perempuan bunting sulung mengidam entah apa-apa.. 

Apa nak dikata....memang tiada rezeki saya nampaknya. Dengan penuh sabar kami meninggalkan gerai keropok losong nan satu itu. Sebenarnya kami lebih mementingkan keselamatan pemanduan balik ke rumah. Takut bermalam di Karak Highway pulak. Sangat merbahaya. 

Sampai sahaja di rumah saya terus keluarkan ikan kembung dan ikan sardin yang dah lama tersimpan dalam peti sejuk. Siang dan buang semua tulang belulang. Lepas tu saya tumbuk sampai lumat. Tambah tepung sagu dan sedikit tepung jagung serta secubit garam. Kemudian saya uli hingga menjadi doh yang lembut. Lepas tu gentel panjang-panjang sebelum campak dalam periuk berisi air panas yang sedang menggelegak. Tunggu sampai keropok tu timbul baru angkat.
Tak susah pun buat keropok ni. Tapi biasa lah kalau yang beli tu lebih sedap. Dengan 2 ekor ikan kembung + 3 ekor sardin dapat lah satu hidangan untuk keluarga terchenta....
Saya lebih suka makan yang panas-panas lepas rebus. Fresh dan lebih sihat. 
Selebihnya saya goreng untuk hubby dan anak-anak.

PS: Tidak lah berapa losong tapi cukup untuk memenuhi hajat agar tidak kempunan.

Jogging @ KLCC Dan Kemas Kabinet Bawah Dapur

Dalam dua minggu ini perhatian saya banyak terarah kepada projek declutter dan menyusun semula barang-barang dalam rumah ini. Walaupun sibuk...