Saturday, 3 January 2026

Repair pintu kabinet bawah sinki dapur

Kabinet dapur saya dah berusia hampir 15 tahun. Saya pasang bersekali dengan renovate rumah sebelum mula-mula pindah masuk ke rumah ni dahulu. Walau bahagian lain masih utuh, pintu bawah sinki mula kembang dek percikan air sinki… menandakan tuan rumah yang rajin bekerja di dapur, masak-memasak dan basuh-membasuh. 

Mula-mula pintu sebelah kanan semakin senget apabila engsel pintu bahagian bawahnya tertanggal. Bila di semak balik rupa-rupanya engsel pintu kabinet pun dah berkarat. Punyalah tuan rumah ni tidak ambil kisah perihal maintenance. Tahu buka tutup buka tutup pintu sahaja. Bila keadaan begini, kita cuba buka tutup dengan lebih berhemah. Namuh bila engsel pintu sebelah kiri pulak tercabut maka terpaksalah kita ambik tindakan.

Mula-mula saya cuma tambahkan paku keliling tapak engsel tu. Tapi lama kelamaan ianya tertanggal semula. Akhirnya saya cabut semua dan pasang engsel baru. Kita DIY sahaja dengan kudrat yang ada.

Engsel lama dengan tapak yang reput.

Kebetulan semalam saya menemani hubby buat kerja di Datum Jelatek, saya ambik peluang ke Mr DIY beli engsel pintu. (Dan seharusnyalah penuh troli dengan barang-barang lain juga.😁)

Engsel pintu kabinet saiz medium.

Peralatan sedia ada.

Done untuk sementara waktu.

Semoga dapat bertahan untuk beberapa waktu lagi. Abaikan lubang bekas angsel lama.😁

Saya dah berangan untuk ganti semua pintu kabinet yang rosak tu. Tapi kita tengok sebut harga dan bajet dahulu, juga bila masa yang sesuai. Kalau ada rezeki tidak kemana. Buat masa ini kita berpada dahulu dengan apa yang ada. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki yang lebih baik selepas ini. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Thursday, 1 January 2026

Last Day of 2025, Just Another Routine Day

31hb Disember 2025

Seperti 364 hari yang lepas saya menjalani hari terakhir ditahun 2025 seperti hari-hari biasa. Bangun pagi dengan rasa syukur masih dikurniakan umur yang panjang. Dan seperti biasa manusia makan untuk hidup, kita mulakan hari ini dengan sarapan. Kebetulan hari ini adalah rutin menemani hubby buat kerja, so kita singgah sarapan dulu. 

Hubby nak buat kerja di KL East, so kita singgah Q-Bistro PV Melati on the way. Pertama kali saya teringin nak makan roti puri. Ayuhlah kita mencuba.

Roti puri ni nampak kembung besar dari luar, tapi bila keluarkan angin dia haluih je sebenarnya.



Licin... Alhamdulillah.

Usai sarapan kami ke Coffee Bean KL East. Tempatnya agak selesa untuk duduk buat kerja. Wifi pun laju. Sementara hubby buat kerja saya pusing mall (me-time) sebelum penuhkan troli dengan groceries dari Jaya Grocers.

Khusyu' buat kerja.

By tengahari kita cari lunch pulak. Kami sambung duduk di Restoran Suka Hati di level yang sama. Menarik jugak konsep hidangan mereka. Saya order nasi lemak sambal bilis petai dan telur mata. Harga RM18. 

Walaupun dine-in, depa bungkus plastik ikat tali rapia.

Looks yummy. Saya makan separuh sahaja.

Tak habis makan, kita bungkus semula bawak balik.👍

Saya beli eye patch. Pertama kali nak guna untuk hilangkan eyebag bawah mata. Nanti kita tengok hasilnya.

By malam anak-menantu no-3 bawak cucu balik rumah nenek. Kebetulan kami belum makan malam, kita sambung cari dinner pulak. Kami ke Restoran Fiske, Keramat. Walau pengunjung agak ramai tapi kami masih ada rezeki dapat tempat duduk. Sempena malam tahun baru, depa jemput clown bagi memeriahkan suasana. 

Comel je clown ni.


Dapat belon free daripada pakcik clown.

Alhamdulillah, done rutin harian pada hari terakhir tahun 2025. Semoga tahun 2026 memberi lebih banyak kebaikan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Kenduri Norma @D’ Tunjung, Kota Damansara

 25hb Disember 2025

Cuti hari Krismas minggu lepas kami sempat memenuhi jemputan kenduri kahwin anak kepada rakan sekerja saya dahulu. Depa buat kenduri di D’Tunjung Banquet Hall, Kota Damansara. Dewannya cantik. Semasa kami tiba tetamu dah ramai. Saya hanya sempat bersalaman dengan tuan rumah di pintu masuk dan bergambar cepat-cepat.


Dengan ibu pengantin.

Sahabat saya ini bermastautin di Oman. Dan hari ini mereka menerima dua orang menantu sekali gus untuk kedua-dua anak perempuan mereka yang sedang menyambung pelajaran di Universiti tanah air. 

Adik dan pasangannya.

Kakak dan pasangannya.

Alhamdulillah dapat bersua dengan mantan guru-guru yang sama tempat kerja dahulu, bersalam dan bertegur sapa sepatah dua. Kami tidak dapat berlama-lama kerana memberi laluan tempat duduk kepada tetamu yang lain pulak. 

Antara yang sempat bergambar kenangan.

Sahabat guru yang selalu dalam ingatan.

Terimakasih kepada tuan rumah atas jemputan. Tahniah kepada kedua-dua mempelai. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Aamiin. 🌹

Sekian.😊 

Wednesday, 31 December 2025

Kenduri @MISTIQA Seremban

27hb Disember 2025

Pada hari Sabtu yang lepas kami memenuhi undangan majlis perkahwinan anak kepada kawan hubby. Mereka dah berkawan sejak dari sekolah menengah di negeri Cik Siti Wan Kembang dahulu. Depa buat kenduri di dewan MISTIQA, Seremban.

Kami turun dari rumah di Ampang dalam pukul 10:30 pagi dengan harapan dapat tiba di sana dalam pukul 11:45 pagi jika tiada aral melintang. Rupa-rupanya perancangan Allah melebihi segalanya. Kami tersangkut dalam jalan jam dan tiba di sana hampir pukul 1:00 tengahari. Sangkaan saya, kami akan bersesak dengan para tetamu jemputan sebab biasanya pukul 12:30-1:00 tengahari  adalah waktu puncak para tetamu tiba ditambah lagi dengan kedatangan/perarakan masuk rombongan pengantin. Rupa-rupanya salah tekaan saya. Rombongan pengantin dijangka tiba selepas waktu Zohor. So semasa kami tiba suasana agak tenang dan kami dapat duduk makan dengan selesa. Yang penting dapat bergambar dengan tuan rumah sebagai kenangan.

Hubby dan kawan sekolah menengahnya.

Dengan tuan rumah yang peramah.

Terimakasih kepada tuan rumah yang menyediakan pelbagai juadah. Mengikut pengumuman (yang tak henti-henti) dari pengacara majlis, para tetamu boleh menikmati laksa kuah pekat, cendol, air balang, ais krim, dan macam-macam menu yang saya pun dah lupa. Semua juadah tu terletak agak jauh dari meja kami, segan pulak makcik nak bangun duduk, bangun duduk mengambil makanan. Kami hanya makan nasi dan semangkuk bubur kacang yang dihidang di sebelah meja kami. Cukuplah buat makcik dan pakcik pencen yang nak cut sugar.

Nasi putih, ayam goreng pedas, daging salai masak lemak, pajeri nenas, acar buah, ikan kering dan ulaman. Lengkap sepinggan secukup rasa.

Bubur kacang yang yummy.

Usai menjamu selera, cadangnya nak mengopi di bandar Seremban tapi cari punya cari macam tak best pulak. Beberapa kali kami pusing-pusing keliling bandar akhirnya kita berhenti rehat di Taman Tasik Seremban. Cuaca agak nyaman dengan langit mendung so bolehlah kita melihat-lihat kawasan dengan tenang walau nampak gerimis mendatang. Sebenarnya cuaca begini lebih selesa berbanding jika cuaca panas.

One for the memory.


Tetiba rasa bulatnya diriku ini.

Kami tidak berlama-lama di sini memandangkan masih jauh perjalanan untuk balik Ampang. Kalau masa datang tadi mengambil masa lebih dua jam untuk tiba, kami tidak mahu mengambil risiko terperangkap dalam jam bila pulang nanti. Lagipun keadaan cuaca menampakkan bila-bila masa sahaja hujan bakal turun. So ayuhlah kita pulang.

Alhamdulillah rezeki masih memihak kepada kami dan perjalanan balik pun agak lancar. Walau banyak kenderaan tapi kami berjaya tiba di rumah dalam masa satu jam setengah sahaja. Home sweet home. Semoga ada rezeki untuk menghadiri kenduri yang lain pulak. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Wednesday, 24 December 2025

Sarapan @Mak O Mak & Kedai Buku

Setiap minggu dah jadi rutin menemani hubby buat kerja di kedai kopi. Biasanya satu atau dua hari dalam seminggu kami akan rotate kedai kopi sekitar Lembah Kelang ini sebagai tempat buat kerja. Tapi hari ini kita off rutin. Kita cuma keluar untuk sarapan di Mak O Mak, Melawati kemudian jalan-jalan masuk Melawati Mall cari buku dan beli groceries di Village Grocers.

Lontong yang yummy for makcik.

Portion sarapan di Mak O Mak ini agak mewah so bolehlah kita sharing and caring. Depa sediakan pinggan-mangkuk dan sudu-garpu self service. Kalau perlu mangkuk tambahan boleh ambik sendiri.

Share lontong sorang separuh.

Big breakfast for hubby.

Usai sarapan kita cari buku di MPH, Melawati Mall pulak. Seperti biasa hubby akan cari buku akademik sementara saya akan cari novel bacaan umum.

Sekarang ini saya seronok membaca siri novel tulisan Freida Mc Fadden. First novelnya yang saya baca ialah The Ex, beli di kedai buku Changi Airport, Singapore years back. Tertarik dengan cara penceritaannya saya beli novel The Housemaid, The Inmate dan sekarang sedang menghabiskan The Housemaid Is Watching. Setelah sekian lama bercuti membaca novel English, nak kena improve balik segala vocab yang dah berkarat selama ini. Semoga sentiasa dikurniakan rezeki kesihatan dan kelapangan masa. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...