Wednesday, 2 February 2022

Bunga telur kenduri kawen.

Kata orang, tak lengkap kenduri kawen kalau takde bunga telur. Katanya lagi, ia adalah sebagai lambang kesuburan bakal pengantin. Jadi bila ada kenduri kawen saya sentiasa teruja kalau dapat bunga telur sebagai doorgifts.  Walau tak percaya itu semua... saya sendiri suka bunga telur. 

Untuk kenduri kahwin dua anak saya sebelum ini, saya hanya buat dalam 50 set sahaja. Untuk kali ini pun saya guna konsep yang sama... saya hanya perlu gi kedai alat kelengkapan perkahwinan dan pilih saja bentuk rekaan bunga telur yang sesuai. Oleh kerana bajet tidak besar, saya cuma pilih yang sederhana sahaja.

Kemudian beli telur 2 tray (ada 60 biji). Walau cuma perlu 50 biji kita rebus je semua... boleh cover in case ada yang rosak atau pecah nanti.

Telur saiz C, kecik molek.

Bagi memastikan kejadian telur rebus yang cantik... pastikan telur itu disimpan pada suhu bilik. Jangan masuk dalam peti ais. Susun telur dalam periuk, masukkan air hingga telur tenggelam. Tambah sesudu garam dan sesudu minyak. Kemudian rebus dengan api sederhana hingga air menggelegak. Biarkan menggelegak hingga 5 minit kemudian tutup api. Angkat telur dan rendam dalam air sejuk sebentar kemudian sejatkan. Biarkan hingga telur sejuk sebelum masukkan ke dalam uncang bunga telur.

Rebus dengan api sederhana besar.

Sejat dulu dan biarkan sejuk. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.

Ready nak isi dalam bekas bunga telur.


Bersila atas lantai paling best.

Siap.

Bila dah lama tak buat kenduri tetiba rasa sangat teruja bila dapat sibuk-sibukkan diri buat persediaan kenduri kawen lagi. Alhamdulillah.

Tuesday, 1 February 2022

Cuti CNY 2022: Jalan-jalan cari kereta dan cari makan@ KL East

 "Cuti hari ni nak gi mana?"

"Rehat kat rumah je... penat kenduri hari Sabtu belum habis lagi."

Maka akurlah kita dengan hajat sidia yang nak berehat kat rumah.

"Jom keluar... " Tetiba pulak tukar skrip lepas sarapan nasi goreng homemade dari air tangan bini. Apa-apa sajalah... kita turutkan sahaja.

By pukul 11.45 pagi kami dah tercongok dalam showroom Perodua Setapak. Hubby nak cari kereta baru untuk puteri bongsunya. Pilihan yang ada.... Axia atau Myvi. Pandai-pandailah depa bincang. Saya malas nak campur. Yang nak bawa anaknya, yang nak bayar, ayahnya... kita mampu tengok saja.😅

Axia for test drive.

Saya minat Bezza.🥰

Ativa pun okay.

Sementara nak buat keputusan  kita pi cari lunch kat KLEast dulu. 

@ Ole-ole Bali.

Apple juice and Barley.



Muka happy makcik-pakcik dapat makanan.

Lepas dah kenyang perut bolehlah sambung perjalanan cuci-mata dalam KLEast. Kita window shopping je sambil posing sana-sini...

Cari rimau... sempena tahun baru Cina.

Depan restoran pun jadi.😄

Hiasan sempena CNY.

Basikal tua.




Done.. isi waktu rehat sempena cuti Tahun Baru Cina 2022. 

Tuesday, 18 January 2022

Birthday breakaway... Perdana KL

Kami jarang buat apa-apa plan untuk birthday. Tapi sempena birthday hubby pada hari 7th December baru-baru ini tetiba pulak rasa nak staycation. So kami buat booking kat Hotel Perdana KL untuk satu malam. Bila dah jadi YB (yang bersara) walaupun tarikh hari lahirnya jatuh pada hari bekerja kami tiada masalah nak kena ambik cuti. 

Kebetulan hubby ada program di Istana Sultan Perak kat KL regarding zakat Etiqa disebelah pagi maka kami decide untuk gerak ke hotel selepas solat Zohor. Sementara tu saya masak dulu untuk makan tengahari. Selebihnya saya bungkus untuk bawa ke hotel buat bekal. 

Kami turun dari rumah dalam pukul 2.30 petang. Jarak perjalanan hanya memakan masa 30 minit sahaja. By pukul 3.00 petang dah boleh check-in dan masuk bilik di tingkat 27.


Kena check suhu sebelum masuk lif ke bilik hotel.

Bilik hotelnya ala-ala apartment satu bilik siap dengan ruang TV/tamu dan ruang dapur serta peralatan memasak yang simple tapi lengkap dengan teko cawan pinggan mangkuk sudu garpu. Cukup la untuk dua orang makcik dan pakcik pencen.

Ruang dapur dengan stove dan peti ais dua pintu

Ruang dapur bahagian sinki

Bilik air simple.


Ruang TV.

Bila dah setel masuk bilik, kita pun bukak bekal repeat makan left over tengahari tadi. Banyak pulak makcik bawa bekal, tak salah untuk berjimat cermat dan banyakkan makan buah, katanya.

Bekal dari rumah.

Lepas makan kami lepak-lepak dalam bilik sahaja sementara menunggu perlawanan bolasepak Malaysia lwn Vietnam (4-0). Dari tingkap bilik kami hanya nampak bangunan Tabung Haji yang terletak betul-betul di sebelah bangunan hotel. 

Bangunan Tabung Haji dari tingkap bilik.

Kemain makcik posing dalam lif nak turun ke lobi.

Usai solat Maghrib kami turun berjalan kaki ke KLCC. Jaraknya hanya sepelaung so bolehlah tambah bilangan steps. Kami dinner di Serai@KLCC. Seperti biasa tekak Melayu haruslah cari nasi.... lagi pulak birthday boy (tua)... tekak Kelantan asli... mana maunya segala kek bagai. Hanya nasi yang dapat mengenyangkan, katanya.

Nasi kerabu ayam percik for birthday boy.

Nasi putih dengan asam pedas Serai untuk saya.

Tambah jus limau soda

Mampu habiskan separuh sahaja sebab portion agak besar.

Usai makan kami jalan-jalan tepi tasik melihat panorama malam yang dihiasi lampu. Kebetulan masih lagi dalam musim Krismas dengan replika pokok krismas depan pintu masuk Suria KLCC maka semua orang pakat berselfi dan wefi. Makcik pun tak lepas peluang... padahal nak pegang camera hp pun ke laut.

Ini sahaja gambar wefi yang paling decent.



Lagi satu pose dalam lif... makcik baru nak up.

Kami tiba di bilik hotel semula agak lewat malam. Rasa kelakar pulak bila dah tua baru ada peluang nak ambik angin malam. Masa muda-muda dulu dok sibuk kalut dengan anak-anak. Bila dah pencen ni dan anak-anak pun dah besar panjang barulah umi dan ayah dapat peluang mencari ketenangan. Esoknya pulak bersarapan di Cafe Binjai dengan mengabaikan segala pantang larang diet untuk sementara waktu. Kita nikmati apa yang disajikan dengan aman. Seperti biasa hubby akan pilih menu Melayu... dan saya akan pilih western food. 

Fettuccine carbonara+sliced beef etc etc for me.

Penuh pinggan tapi small portion je semua.

Fruit salad

Pastry.. saya pilih croissant. Comel je buatannya.

Usai sarapan kami ke bangunan Tabung Haji yang terletak betul-betul di sebelah Hotel Perdana. Jalan kaki saja... morning walk katanya. Tujuan asal hanya nak setelkan urusan penukaran kad ATM Bank Islam yang dah nak expire hujung bulan Januari ini. Tapi bila masuk sahaja bangunan Tabung Haji ni tiba-tiba terasa rindu ingin mengunjungi rumah Allah sekali lagi... so kita lepak sekejap ambik feel dan berdoa semoga urusan haji yang entah bila nanti dipermudahkan Allah. 

Alhamdulillah selesai staycation sempena birthday hubby cara orang pencen. Sebenarnya birthday tak birthday pun usia kita tetap meningkat dari hari ke hari... dan bakinya jugak makin pendek. 

PS: Semoga dengan usia yang berbaki ini dapat dipenuhi dengan amal ibadat sebagai bekalan ke sana nanti. Amiin.

Monday, 17 January 2022

Sekali sekala melihat langit...

Suatu pagi temankan hubby pi PPZ Wilayah kat Taman Shamelin. Depa ada shooting apa entah untuk year end report. Tempatnya dekat je ngan rumah, dalam 15 minit driving sahaja without traffic jam tapi boleh sesat kalau tak biasa. Thank you to google map... Keluar rumah pukul 9.00 pagi, pukul 9.15 dah sampai. Appointmentnya pukul 9.30 pagi... so ample time untuk berlemah gemalai.

Katanya shooting tu ambik masa 30 minit sahaja, so sementara menunggu hubby habis kerja kita lepak-lepak sekejap kat dataran depan bangunan PPZ ni. Nak cari kedai pun semuanya tak menarik. Kedai makan pun belum buka sebab belum masuk waktu lunch hour lagi. Makcik pulak jenis penakut kalau kat tempat tak biasa. Pandang kiri kanan semua bangunan ofis sahaja. So kita nganga sambil tengok langit. Tiba-tiba terasa lamanya tak keluar rumah melihat pemandangan alam. Hari itu langit sangat terang dan cuaca sangat cantik. Maka kita snap jap fenomena alam hutan batu ini.



Kerawang besi depan entrance PPZ.

Cantik pulak bila pandang dari bawah.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Hubby siap kerja dalam masa yang dijanjikan. Lepas tu boleh jalan-jalan, shopping-shopping pulak..😊

Memandangkan hari masih awal kami terus ke Wangsa Maju. Agak lama saya tidak ke AEON Big, dah lupa bila last saya berkunjung ke sana. Sementara belum ramai orang kami terus masuk kedai makanan Arab/Yemeni for early lunch. Lupa pulak apa nama kedainya.

Adani tea (Yemeni tea)... ala-ala teh tarik tapi berempah.

Lentil soup.

Kebab plater.

Teman sepanjang jalan.

Alang-alang dah keluar tu boleh la berlama-lama lepak makan dan minum sambil teman hubby meneruskan kerja-kerja online. Sekarang ni memana pun boleh mengadap hp untuk buat kerja. So sementara hubby sibuk dengan kerja-kerja onlinenya kita rilek-rilek je perabih makanan atas meja.

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...