Sunday, 13 September 2015

Abu Abuni

Dah lama saya tak bercerita tentang kucing. Take for granted depa sentiasa ada dok teman saya bila kesunyian. Daripada arwah Minah dan Lili kemudian Abu dan Ali, kini berteman baru bernama Abuni setelah Abu tak balik-balik hingga kini. Saya pun dah tak ingat bilamasa exactly si Abu tu hilang atau menghilangkan diri. Dah puas dah kami pusing satu taman Ukay Perdana ni. Merata ceruk longkang kami jengok kot-kot dia terjatuh dalam longkang. Hingga ke Bukit Mulia dan Bukit Antarabangsa. Kot-kot la dia sesat tak reti nak balik. Akhirnya kami pasrah je lah. Abu sudah tidak bersama kami lagi. Sama je macam kisah Lili. Terkubur tanpa pusara...:(
Pelayan setia Abuni. 
Sebenarnya Abuni ni datang tak diundang. Lepas Abu hilang saya dah agak serik nak bela kucing. Dah penat rasa kehilangan. Tapi fikirkan si Ali tinggal sendirian bagus juga Abuni jadi teman. Ein la yang jadi mangsa tukang buang najis dan temankan Abuni bila kami semua pegi sekolah. Nasib baik juga masa tu dia baru habis matrik. So berbaloi lah juga cuti 5 bulan tu. Tapi sejak Ein masuk masuk UM, Abuni seperti kehilangan. Macam murung je. Dah tak aktif lagi. Termenung sana termenung sini. Sian Abuni. 
Nampak sangat tak ceria..
Masa kecik dulu Abuni memang sebijik replika Abu versi betina. 
Teman setia saya sepanjang masa. Terutama waktu menanda kertas peperiksaan semester 1 baru ni.
Masa awal-awal dulu macam bapak ngan anak. Ali pun macam malas nak layan budak kecik. 
Setelah 6 bulan badan Abuni dah semakin bulat.
Macam kucing bunting pun iya juga.

Silap pulak si Abuni ni betina. Memang cari pasal lah duduk dengan Ali. Risau pulak takut rumah saya nanti jadi pusat ternak kucing.  Sabo je lah.

PS : abu dalam kenangan

Pulut Ikan Kering

Pagi tadi tetiba teringin nak makan pulut ngan ikan kering. Padahal dah siap buat nasi lemak untuk breakfast. Siap bersambal sotong lagi. Tu la padahnya buat kerja depan TV. Rancangan apa tah tunjuk makanan pulut ikan kering tu.
"Jom ayah pi R n R Nilai...." Tetiba pulak nak menyusahkan hubby. Kami pernah singgah breakfast kat situ masa on the way gi USIM. Boleh tahan juga rasanya. Sebenarnya pulut tu makanan pagi orang-orang Utara. Dah lama tak pekena makanan warisan ni.
"Ala..buat lah sendiri. Nasi lemak boleh buat, tak kan kukus pulut tak boleh."
Hmmm..

Kebetulan petang tadi hubby teringin nak makan dim sum so dapatlah saya penuhi hajat sendiri. 
Dim sum beli ready made kat Az Zain. Frozen. Balik rumah kukus je. 

Sementara kukus dim sum tu saya sukat beras pulut dalam 2 cawan. Mujur ada pulut lebihan buat nasi dagang raya puasa hari tu. Basuh dan rendam pulut tu lebih kurang setengah jam. Lepas tu sejat dan kukus hingga masak.
Alas lubang periuk ngan daun pandan supaya kurang tiris. Pulut pun akan berbau harum nanti
Guna kukus tradisional aje walaupun hari tu ada kawan offer beli periuk Noxxa..:) 
Saya guna ikan gelama. Rendam dahulu untuk mengurangkan masinnya. Lepas tu digoreng garing. Sebenarnya nak guna ikan apa pun boleh asalkan ikan kering. 
Pulut +kelapa parut+ikan kering (+sambal sotong+sambal ikan bilis+ bilis goreng leftover nasi lemak pagi tadi)

Alhamdulillah. Tercapai juga hajat nak makan pulut ikan kering. Biasanya orang makan pulut ni waktu pagi. Saya buat minum petang. Lajak sekali untuk dinner. 

Masa saya kecik-kecik dulu makan pulut ni time menuai. Kadang-kadang depa masak untuk bagi makan orang baca tahlil kenduri arwah. Pulut tu letak dalam piring kaca warna putih lapik daun pisang. Letak sejemput kelapa parut dan sehiris ikan kering goreng. Pastu bungkus piring tu dengan sapu tangan. Lepas tu agih-agihkan kepada jemaah yang baca tahlil tu untuk dibawa pulang. Sapa yang nak makan terus pun boleh. Tuan rumah akan jamu kopi 0 buatan sendiri bersama biskut empat segi yang orang sekarang panggil cream crackers

PS: Mungkin banyak lagi makanan tradisi yang semakin dilupakan...

Friday, 15 May 2015

Life goes on... puteri sulong dah nikah rupanya.

"Umi dah tengok ke gambar yang Iman bagi?"

"Dah.....tapi, betul ke umi nagging ?" 

"Mesti la....kalau tidak, tak kan la SPM Iman boleh dapat 9A. Dayah dapat 10A+...." Tak sangka pulak selama ni depa anggap saya ni a nagging mom.

Well, nasib baik it turned out to be a nice nagging. Walaupun saya rasa saya dah sangat baik. Konon tak suka nagging, tak suka berleter, tak suka marah-marah. Rupa-rupanya ada juga yang terbabas. Anak-anak lah yang merasai segalanya.  

Diam tak diam, nagging tak nagging dah besar gajah dah rupanya puteri sulung saya tu. Dari puteri kini dah jadi permaisuri. 

Dengan sekali lafaz.

selamat diijabkabulkan.

tanpa drama airmata.

Raja sehari.

"Pengantin perempuan patut dok belah kiri...." Dayah berbisik pada saya...

"Kenapa.." 

"Mak Ngah kata..."perempuan kan dari tulang rusuk kiri lelaki. So bila nikah kiranya bini dia baru keluar dari tulang rusuk tu la...sebab tu kena duduk sebelah kiri"..." Haha...lawak pulak. Saya sendiri pun tak pernah tahu ada peraturan pengantin perempuan nak kena duduk sebelah mana.. Adoyai...ada jugak macam ni eh?? Suka hati lah. Ikut je lah.

baru betul.


Sian Nina... lepas ni kak Iman dah tak layan dia.


PS: Hmm.... Saya sendiri pun suka duduk sebelah kanan Hubby....

Monday, 11 May 2015

Hari-hari Hari Ibu

"Umi tahu tak kenapa Alex Ferguson tak nyanyuk?" Anak bujang saya kalau bercakap memang asyik berkait pasal bola aje.

"Entah... Kenapa eh?" kisah pulak saya Alex Ferguson tu nyanyuk ke tidak.

"Sebab Alex Ferguson tu sentiasa berfikir. Sampai tua tua pun masih berfikir... Otak dia sentiasa berjalan sebab tu tak nyanyuk." Wah panjang jugak observation anak bujangku ini, saya memujinya dalam hati.

"Cuba Umi tengok orang tua kat kampung yang duduk saja tu... tak ada benda nak buat, tak ada benda nak fikir...last last mesti nyanyuk." Amboih..begitu sekali kesimpulan dia..

Malam tu saya tak dapat tidur. Sungguh! Saya mula berfikir. Ada logiknya juga kesimpulan yang dibuat oleh anak bujang saya itu. Apabila hubby mula komen tentang masalah nyanyuk ni pedihnya terasa hingga ke ulu hati. Menjelang usia emas ini saya seperti sudah mula merasakan kesan kenyanyukan ini. Tapi Alhamdulillah setakat ini saya masih ingat untuk pulang ke rumah.


Lupa pulak semalam hari ibu. Adoyai...Dah masuk kategori nyanyuk ke.??? Patut la semenjak dua menjak ni kat TV asyik cerita tentang kasih ibu. Tapi tak sempat nak menghayati pun. Sibuk je memanjang. Walaubagaimanapun pada saya sepatutnya hari-hari adalah hari ibu. Tapi kalau setiap hari nak sambut hari ibu jenuh pulak nak layan anak-anak bagi hadiah...:)
Alhamdulillah Allah kurniakan saya anak-anak yang sentiasa menjadi penyejuk mata.  

Nina's creation..
Habis semua adik beradik dia tolong sign..Siap buat signature ayah sekali.

Fresh red roses...my favourite. Anak-anak saya memang terbaek..

" Tak pe umi. Kalau umi sesat nanti Iman akan cari umi..." Saya tahu itu suatu gurauan. Tapi tetap membuatkan saya pegun seketika. Sungguh!....Dihujung usia hanya anak-anak lah penyejuk mata. Dan mereka tak akan terbayangkan pun apa umi terchenta ni bakal lalui di akhir usia nanti...:(

Sebenarnya banyak doa yang Nabi SAW sarankan untuk menghindarkan sifat nyanyuk ini. Antaranya seperti yang diriwayatkan dari Anas r.a., katanya Nabi s.a.w. sering berdoa:

 "Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia (nyanyuk), dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati." ( H.R Bukhari & Muslim. ) 

Terdapat ulama yang menggalakkan membanyakkan bacaan Al-Quran dan banyakkan berfikir.


P.S  Mohonlah pada Allah SWT agar kita semua dilindungi dari penyakit nyanyuk ini.  


Sunday, 10 May 2015

Selamat Hari Pekerja dan selamat berpesta buku....

Weekend baru ni terkebetulan dapat cuti berganda. Cuti Hari Pekerja pada hari Jumaat membawa ke cuti Hari Wesak pada hari Ahad sambung pulak cuti ganti hari Isnin. So banyak la angan-angan yang dah siap terpasang dalam kepala saya. Angan-angan je lah sebab belum tentu dapat direalisasikan. Almaklumlah.....hidup ini tidak akan terlepas dari rutin harian dan amanah lain yang dah terpikul regardless cuti atau tidak.

Dan... pepagi Jumaat yang kononnya cuti hari pekerja tu, saya dah keluar rumah ambik anak bujang kat sekolah. Rajin guru Tarbiyah kat sekolah tu buat program Qiyam tanpa mengira cuti atau tidak. Tak sangka pulak jalan menuju ke sana sangat sesak. Rupa-rupanya warga KL pakat balik kampung sempena cuti panjang. Dan sememangnya lah laluan ke Pantai Timur akan mengungguli carta kesesakan yang amat kritikal. So berfeeling-feeling balik kampung lah saya sensorang dalam kereta tu. Sempat pulak snap gambar di jalan raya sementara kereta terhenti. Bayangkan seluas-luas MMR2 tu pun tak mampu nak menampung kenderaan warga kita. Sungguh kaya rupanya orang kita. Punya kereta hingga melimpah keseluruh jalan raya....Owh! sungguh bosan dan tension saya menghadapi kesesakan begini sorang diri. Perjalanan yang sepatutnya hanya 10 minit menjadi 1 jam....Sungguh tidak adil. 
Exit UIAM dari MRR2. Sangat sesak..
Join sekali dengan kesesakan ke tol Gombak, padahal nak exit ke al Amin je pun.

Alhamdulillah on the way balik menuju ke Ampang jalan okay.  Terus bersiap untuk ke pameran buku PWTC pulak. Masuk KL jalan sesak semula. Penuh dengan bas lawatan dari luar KL. Nak masuk parking lot pun beratur panjang. So sempat lah pulak menghayati keindahan KL di tengahari.
First time menghayati keindahan bangunan PWTC ni...
Sesak dengan manusia pulak... 
Nampaknya hari ni memang hari sesak se Malaysia. Walau apa pun alasan manusia bersesak-sesak ke pameran buku ni, saya turut bangga kerana dapat bersama merasai suasana sesak ini. Sekurang-kurang ada niat nak bersama buku walaupun tak beli setabuk.......
Nina excited jumpa penulis buku, Ain Maisarah. 
Alhamdulillah anak-anak dara saya mewarisi minat membaca dari hubby. Anak bujang ikut gene saya gamaknya. Nak pi pameran buku pun nak kena paksa....

PS: Bila tah nak habiskan baca buku yang bertambun kat rumah nih...

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...