Wednesday, 1 May 2013

Mencekodok pulak...

Saya jarang buat jemput2 a.k.a cekodok. Sebabnya?
"Cekodok umi tak sedapla...." Cis!
Sabar je la....
Kebetulan hari ni cuti Hari Pekerja. Panjang je list things to do saya. Ada pulak beberapa biji pisang yang dah lebu. Boleh la saya lenyek je buat cekodok. Hangpa suka ke tak suka ke sukahati lah.... Kalau tidak membazir je. Budak2 ni bukannya nak makan kalau dah pisang rupa macam gitu. 
Cekodok superb. Bunga ros tu petik dari laman, saja nak buat hiasan...

"Eh...sedap la cekodok umi hari ni..." Haha...macam-macam budak2 ni nak membodek. Sekejap je licin.

Inilah resepi mudah saya. Kot2 la depa nak cuba bila saya dah tak ada nanti...
Bahannya
2 cawan pisang lenyek (pisang apa2 pun tak kisah)
2 sudu besar gula perang (brown sugar)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu segar (Tak letak pun tak apa)
secubit garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonat (Tak letak pun ok..)

Gaul semua bahan. Biarkan adunan selama 30 minit. Lepas tu jemput-jemputkan dengan jari dan goreng dalam minyak yang banyak (deep fry) dengan api perlahan. Balik2 kan sentiasa supaya masak sekata. Siap..

Sunday, 31 March 2013

Kenduri lagi..

Petang tadi pi kenduri kawen lagi. Sekarang ni hampir setiap minggu ada aje jemputan kawen. So kebetulan pi hantar anak dara saya ke UIA PJ, terus je lah ke majlis tuh.

Pengantin lama.....nak cari menantu pulak.

Kami sampai dah nak habes majlis. Orang pun dah tak ramai. So sempat la menikmati juadah dengan santai. Biasanya nak cepat je sebab nak bagi peluang orang lain duduk pulak. First time saya pi kenduri kawen dihidangkan nasi arab. Biasanya nasi minyak, ayam masak merah dan daging masak hitam. Kali ni siap ada keema dan roti sekali. Makanan kegemaran tuh. Apa lagi. Rezeki...

Sempat lagi berposing-posing. Segan pulak nak bergambar ngan pengantin. Ambik gambar syok sendiri je lah.. Rugi Iman tak join sekali. Pinky....Sweet sangaaat...

Friday, 29 March 2013

Beralih arah..

Hari ni break dari routine mengemas. Sejak cuti ni asyik ber 5S je. Sebenarnya hari ni hubby plan nak pi Taman Burung. Dah banyak kali dah buat planning nak pi Taman Burung ni tapi Allah tak izin. Ada je hal yang menyebabkan hajat tu tak kesampaian. Sebelum ni asyik tak dapat parking. Penuh je memanjang. Cuti sekolah lah katakan. Kali ni tak cukup masa pulak. Nak kejar solat Jumaat. So, lepas hantar anak bujang saya pi camping tadi terus tukar plan pi Ikano Power Centre. Konon nak cari ikan untuk kolam yang ala2 siap tak siap tuh. Sambil tu nak cari filter kolam yang masih terbengkalai ....panas hati ngan pak cik kolam tu belum reda lagi! Sabor je la..
Terpikat pulak ngan caption nih. Tak ada la saya setuju 100% especially part last tu..

Puas kami pusing Pet Safari kat IPC tu. Anak2 teringin pulak nak bela hamster lah, rabbit lah, kucing lah. Hamboih! Depa ingat senang nak bela binatang ni??? Cakap je nak bela.. End up saya juga yang kena buat semua benda. Bukan senang nak bela binatang nih. Leceh macam bela orang juga. Bela orang boleh gak dipeluk cium. Tak lalu nya nak peluk cium binatang yang busuk2 tu.

Sabar je adik tu melayan soalan2 saya..
Lepas bincang2 pasal filter kolam ngan sales assistant tu banyak pulak benda nak kena consider. Kolam dah siap buat tapi banyak salah dan silapnya. Tak sesuai untuk buat kolam ikan. Takut hayat ikan tu tak lama sebab habitat tak sesuai. Zalim tu!
Last2 pi beli akuarium. Nak bela ikan dalam akuarium pulak dah. Kami beli yang simple je. Beli balang kaca saiz 2 kaki, lampu, filter kecik, batu2 kecil 3 bungkus, batu2 besar 2 bungkus, nutrafin (untuk nyah klorin) dan 2 pohon pokok dalam air. Semua DIY. Satu kerja pulak nak memasang benda2 tu. Alhamdulillah berkat kerjasama satu keluarga terhasil lah akuarium pertama kami. Nice and sweet...

Baru siap pasang. Esok baru nak pi cari ikan dan aksesori lain pulak..

Apa jadi ngan kolam ikan? Untuk sementara ni jadi kolam mandi dulu. Seronok anak2 bongsu saya dua beradik tu berkubang pagi dan petang.
 Siap main boling air lagi....

Hangpa main la puas2. Lepas repair nanti nak letak ikan koi. Apa la.. baru je siap nak kena repair balik. Bila la nak boleh repair tu? Hmmm..kos lagi. End up jadi berganda-ganda pulak. Tu la lain kali cari yang profesional. Mahal sikit tak apa. Puas hati. 

Tuesday, 26 March 2013

Memasu pulak..

Hari ini saya berkebun lagi. Selepas siapkan breakfast (mihun je pun) dan menghantar anak bujang saya pi training bola terus sinsing tangan alih pokok2 hiasan saya yang struggling untuk hidup tuh. Kesian depa. Dah la nak kena berebut sesama sendiri untuk hidup, datang pulak rumput rampai yang menyibuk tumpang sekaki. Pokok2 tu saya cabut dan pecahkan kepada beberapa pasu lain.


Ni pokok bunga mahkota berduri. Baru je tahu nama dia. Malam tadi saya google. Dia ada macam2 warna. Tapi saya suka warna kuning je. Asalnya sepasu tapi saya pecahkan jadi 5 pasu. Bayangkan betapa seksanya mereka bersesak2 untuk hidup dalam satu pasu yang sempit. Serasa kejam pulak selama ini...Astaghfirullah.. 

Yang ni saya masih tak tau nama apa. Saya pecahkan jadi 3 pasu. Yang tak tahan tu siput babi suka benar dengan pokok ni. Dah jadi macam sarang  depa pulak. Setiap pagi ada aje sang siput tu dok bertenggek kat dalam pasu. Setiap kali juga saya kutip dan lempar ke luar pagar. Esoknya ada balik. Menguji kesabaran betul.

Pokok di atas ni pun tak tau juga apa nama dia. Saya dah lama berkenan ngan pokok daun ni. Hari tu pesan ngan Cikgu Zalina tolong belikan kat sungai buluh. RM5 je sepohon. Dah agak besar saya ubah jadi 2 pasu.

Pokok puding kat atas tu pun dah besar panjang..eh tinggi. Nanti nak kena alih ke atas tanah. Nak kena korek lubang dulu.

Yang di atat ni pulak kena pasang kayu pencancang sebab pokok jenis memanjant. Saya main belit je kat kayu tuh. Tak ada seni langsung.. Bunga dia pun kuning juga. Berbunga masa beli dulu je. Lepas tu macam dah merajuk tak nak keluar bunga lagi. Masih tak tau nama apa.. Main tanam je.

"Umi ni tak habis2 ngan pokok.." Haha.. anak2 saya dah mula dengki. Selama ni saya hanya membelai depa siang malam. La ni saya dah mula berpaling tadah.. Sian anak-anak saya. Biar lah. Depa dah besar panjang, dah pandai jaga diri sendiri. Rasanya tak salah saya menyemai semula hobi yang tak sempat saya penuhi selama ini.

Apa-apa pun betul lah kata orang menanam ni kena banyak bersabar. Macam bela anak. Kena jaga dengan penuh kasih sayang. Insyaa Allah mereka akan subur dan menyejukkan mata memandang.

Monday, 25 March 2013

Akhirnya...

Akhirnya fasa menanam rumput tiba juga. Sakit hati juga kerja ngan depa ni. Janji 10 hari, jadi sebulan lebih. Sungguh menyakitkan hati. Dah la masa tu saya sibuk ngan sukan sekolah, tak sempat sangat nak tengok depa buat kerja. Kita cakap lain, depa faham lain. Bila buat jadi benda lain. Saya pulak jenis kalau tak kena dengan jiwa memang saya akan bangkang habis-habisan. Setiap kali balik kerja saya kena betulkan balik apa yang depa dah buat. Pak cik rumput tu janji akan beli rumput yang terbaik. Saya setuju dengan harganya yang agak tinggi sebab dia beriya-iya nak bagi rumput yang paling baik. Rupa-rupanya hampeh. Saya pernah beli sendiri harga RM1.80. Dia charge harga RM3.50 konon sebab rumput gred A. Tapi sebab dah janji terpaksalah bayar.. Janji pakai mulut je, tak tulis apa pun. Sesia je belajar akaun...

Rumput yang dah bertambun.. terlebih beli pulak tu! Kita pulak yang tanggung kos dia. 

Patutnya dia tabur pasir dan letak tanah gam dulu. Tanah yang warna oren2 tu. Lepas tu tabur baja taik kambing sikit lepas tu baru letak rumput. Saya belajar buat ni ngan Pak Cik Aji Nursery kat tepi Highway Gombak tu. Saya dah pernah tanam sendiri rumput carpet ni. Alhamdullah memang menjadi. Tapi yang ni dia main atur je atas tanah gersang tu.. Hish panas betul hati saya...

Kawasan depan ni nampak cantik sebab dia letak rumput yang elok. Yang tak elok dia campur aduk letak kat bahagian belakang2. Lepas 2 hari banyak rumput tu yang syahid. Kering kontang, gersang...adus!
Terpaksalah saya mengarah anak bujang saya tukang siram rumput tu petang2. Mujurlah hubby volunteer siram waktu pagi sebelum gi kerja.

Banyak benda yang saya belajar dari fasa menanam rumput ni.Yang paling penting ialah cari orang yang mahir dalam tugasannya. Tapi masalah besar ialah kami ni cepat sangat kesian kat orang. Nak2 pulak orang tu nampak macam patut dibelas kasihankan. Lagi pun dalam business kat Malaysia ni saya kenal 3 jenis manusia je.
1) Orang Cina
2) Melayu/Islam yang dah berjaya
3) Melayu/Islam yang baru mula berniaga.
Biasanya kami ambik yang ke 3 sebab dengan niat nak tolong Melayu/sesama agama. Racist? Ya..itulah masalahnya. Awal2 lagi dah tak betul. Sebenarnya dah beberapa kali niat saya nak menolong Melayu/Islam ni memakan diri sendiri. Biarlah Allah sahaja membalas apa saja yang telah berlaku. Pengalaman saya sepanjang deal dengan beberapa kontraktor selama ni hanya Cina sahaja yang bersikap profesional. Mahal memang mahal. Tapi berbaloi dengan servis yang disediakan. Hmmm...

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...