Sunday, 24 March 2013

5S pulak...

Pagi tadi bersambung lagi aktiviti keluarga untuk sepanjang cuti sekolah ni. Sama-sama mengemas opis hubby untuk hari ke2.  Insyaa Allah tak lama lagi hubby akan berhijrah. Punya la banyak Mr Prof ni simpan barang sepanjang berada di IPT ni. Buku saja dah berkotak-kotak. Dengan kertas lagi dan serba mak nenek..Semalam sempat angkat buku-buku dan fail je. Hari ni buat 5S. Selongkar, susun. sisih, simpan dan apa tah lagi satu. Tak ingat dah. Yang saya ingat bila buat kerja2 kemas-mengemas ni, depa panggil 5S.

Mulakan dengan Bismillah...

Ni baru sebahagian kecil yang nak dikemas...
Yang tak bestnya banyak barang2 tu boleh dibuang je. Sedih juga sebab terpaksa kena buang barang2 yang banyak meninggalkan kenangan dan punca rezeki kami sekeluarga selama ni. Banyak nota-nota sejak hubby belajar kat UK dulu terpaksa dilupuskan. Sayang jugak sebenarnya. Mana tahu boleh buka muzium suatu hari nanti... Tak pe lah, hubby kata kenangan tu boleh disimpan dalam hati...

Lepas ni dah tak dapat dah masuk bilik ni lagi..huhu.

Break kejap..Saya berkenan kolam buatan nih, nampak simple je..

Sebenarnya masih ada lagi yang belum siap packing. Insyaa Allah akan sambung minggu depan. Kerja punggah memunggah ni boleh buat masa weekend je. Masa lain takut ganggu orang ramai..

Malamnya...had a nice treat at The Rawsha...

Thank you hubby...sedapnya Istanbul kebab. Lega tak yah masak..Next weekend kat mana pulak eh?


Friday, 22 March 2013

Kari hijaukah?

Esok bermula cuti pertengahan semester pertama. Masa untuk bersama keluarga sepenuhnya. Sejak awal bulan Februari saya balik lambat hampir setiap petang. Setiap Sabtu ada program sekolah. Terasa saya telah mengabaikan keluarga tercinta. Kesian anak2 dan hubby yang sangat memahami. 
Balik petang tadi terus saya bersemangat untuk menebus masa yang hilang itu. Hasilnya terhidanglah juadah kari hijau saya. Akhirnya tercapai juga hajat saya nak masak ayam kari hijau. Not bad for a first timer. Dengan tak pernah rasa dan tak pernah tengok rupa bentuknya, terhasil juga juadah makan malam saya sekeluarga. Saya campak je apa yang patut berdasarkan resepi yang saya google hari tu. 


Tengokkan rempahnya selepas di blend memang sangat tidak menarik. Semacam je rupa hijaunya. Mulanya rasa nak merajuk juga sebab Nina kata " Eee.. yek.. apa tu umi?" Ye lah.. biasanya saya blend cili boh je.
Tapi bila dah tumis sedap je baunya. Bila makan terasa keenakannya. Hmmm....

"Betul ke rasa dia cam tuh?" Saya bertanya minta kepastian. Tengok hubby makan macam sedap je. Dia tak kata sedap pun. Saya je yang perasan. Hubby memang pandai jaga hati saya. Jarang komen. Dia makan je apa saya masak.
"Entah lah.. nanti suatu hari kita gi makan kat kedai. Tidak pun beli je yang dalam tin ke apa ke.." Haha sungguh tidak positif.
"Ni yang umi blend tadi tu ke?"
"Sedap je...Tak tau la patutnya rasa macamana tapi sedap la.." Haha Nina memang mewarisi sifat hubby. Pandai jaga hati saya. Siap tambah dan ratah lagi.

Wednesday, 13 March 2013

Resepi baru, belum cuba, belum tahu....


Dah lama saya tak berlunch date dengan Hubby. Dah dekat sebulan kot. Alasan? Sibuk ngan sukan sekolah. Tambah pulak dengan jadual waktu sekolah tahun ni tak berapa nak matching dengan lunch break Hubby. Agak sukar nak berdating...

Alhamdulillah semalam berpeluang pi Rumah Thai kat Melati Prima. Mulanya Hubby nak order kari hijau Thai. Saya memang tak pernah makan. Usah kan makan, tengok pun tak pernah. Peghak sungguh! Tapi dah habis pulak. So makan je la apa yang biasa saya makan. Tomyam Songkla, ayam pandan, telur bistik dan kerabu mangga muda.

Balik rumah petang tu saya pun google lah nak tengok macamana la rupa bentuk kari hijau Thai nih. Konon nak cuba masak untuk dinner pulak. Kebetulan Hubby ada kelas malam, so konon nak buat surprise lah...Haha..surprise la sungguh! Punya la banyak bahan yang nak digunakan utk buat pes dia. Malang sungguh, bahan2 tu tak ada dalam stok saya. Maklum la tak sempat nak bershoping2 sejak2 kalut ngan sukan ni. Akhirnya masak je la apa yang biasa saya masak. Ayam masak merah, pajeri nenas dan ikan kerisi goreng garing.

Apa2 pun saya save lah resepi yang agak2 sesuai dengan tahap kerajinan saya. Banyak versi sebenarnya. Saya pilih yang agak mudah. Insyaa Allah boleh la saya menambah koleksi resepi campak mencampak saya.

KARI HIJAU AYAM
Bahan untuk dikisar (utk buat pes kari hijau)
2-3 btg serai dihiris halus
4-5 ulas bawang putih
1-3 cili hijau (jika nk pedas, blh tmbh lagi)
5-6 biji bawang merah
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
1/2 cawan daun ketumbar segar (dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih segar (basil leaves)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil belacan
1 sudu besar jus limau nipis / kasturi
1 sudu kecil gula perang / gula biasa
1/4 cawan santan kelapa
1/2 - 1 inci kunyit hidup
1/2 inci - 1 inci lengkuas (dihiris)
Bahan-Bahan Lain
1/2 ekor ayam (dipotong)
Daun limau purut
Santan kelapa
Air suam
Air stok ayam (optional)
Bahan-Bahan Sayur (boleh ikut selera sendiri)
Lada benggala hijau & merah (potong dadu)
Kacang panjang / Kacang buncis (hiris serong)
Tomato (dibelah 2 atau 4)
Terung (potong sederhana - jgn terlalu nipis)
* Boleh juga letak kentang
* Sukatan dan ukuran semua bahan-bahan boleh diubah ikut selera dan kesesuaian masing-masing.

Cara memasak:
Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak & tumis pes kari tadi sampai naik bau wangi. Kemudian masukkan santan kelapa & kacau sebati.
Masukkan ayam dan kacau sebati. Kemudian masukkan daun limau purut. Jika kurang air, tambah santan / air stok ayam dan air suam. Kacau sebati. Tutup kuali dan biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan bahan-bahan sayur. Bila nak hidang hiaskan dengan daun ketumbar & hirisan limau nipis.
Kalau ada lebihan pes boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan masa akan datang.

Macam senang je. Insyaa Allah saya akan cuba resepi ni suatu hari nanti. Patutnya cuba dulu baru buat entry. Apa la....

Tuesday, 5 March 2013

Dah 22 tahun...


"Cuba dengar lagu ni.." tetiba Hubby kuatkan volume radio kereta untuk saya. Kami dalam perjalanan nak pi mana tah dah tak ingat. Lama dah. Tapi sejak saat itu setiap kali terdengar lagu itu ada semacam satu perasaan halus menyelinap dalam hati saya...Ewah! 

Kopratasa :Permata (Untuk Isteri Ku)
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


Kini setiap kali tiba 2hb Mac saya akan selalu ingat bait-bait puisi di atas. Puisi yang di lagukan. Saya rasa la. Mana la saya tau tentang seni2 ni. Rasanya lagu ni dah lama wujud, lama sebelum saya bernikah. Sekarang ia semacam memberi satu motivasi kepada saya...

Terimakasih Hubby kerana telah menyiapkan satu daerah paling sunyi dalam hati untuk saya isi sebagai isteri.  Saya juga sangat ingin menjadi wanita mulia, yang tahu harga budi dan hati seorang lelaki bernama suami.... Mudah2an ikatan yang telah terjalin selama 22 tahun ini diberkati Allah dengan sakinah, mawaddah wa rahmah serta berkekalan hingga ke syurga. Amin....

Kolam ikan pulak...

Saya baru berkira-kira nak buat kolam ikan.  Macam la saya ni rajin nak menguruskan ikan-ikan tu. Nak kena bagi makan on time, bersih kolam regularly, jaga air jangan ada jentik2 dan sebagainya..

"Alah...alang-alang nak tanam rumput buat la lanskap terus.." Kebetulan pulak Hubby dok sebut-sebut seronok juga kalau bela ikan, macam tau-tau je rasa hati saya. So saya pun suruh pak cik rumput tu stop kejap kerja2 rumput dia sebab saya nak siapkan kolam ikan dulu. Tetiba pulak pak cik rumput tu kata dia pun pandai buat kolam ikan. Adus....
Kemain Pak Cik rumput tu semangat korek lubang kolam tu. Terus beli pasir dan batu-bata...Lepas tu tersadai beberapa hari..Nak marah pun tak sampai hati.
Kesian anak2 saya dah tak ada tempat nak sepak bola. Padang dah jadi gurun sahara. Kering kontang. Penuh ngan pasir. Kebetulan pulak cuaca sangat panas. 

"Pandai ke Pak Cik rumput tu buat kolam ikan...? Hmm..itu lah persoalannya.Terpaksa lah saya memulakan operasi mencari kontraktor kolam ikan pulak. Lubang dah korek. Nak tak nak terpaksa lah teruskan pembinaannya. Tapi saya tak nak Pak Cik Rumput tu buat. Ntah jadi apa pulak nanti. Rata-rata kontraktor bagi quotation tersangat lah mahalnya. Untuk kolam sebesar yang dah di gali tu koman2 pun minta RM15K. Huh... Akhirnya dapatlah sorang Pak Cik ni..Nampak macam okay.. Dia datang bawa 2 orang pekerja. Tak la macam pak cik rumput tu buat kerja sorang2. Entah bila nak siap.

Dah mula nampak rupa...

Tetiba hujan malam tu.. Sah dah jadi kolam. Penuh dengan air tanah merah. Anak2 sibuk suruh buat kolam renang pulak....

Pak Cik Kolam tu bertungkus lumus pasang lantai konkrit. Dah nampak hasilnya dalam masa 2 hari.
Dah letak waterproof pada lantai dan dinding kolam. Dah masuk minggu ke2 dah nih. Behind schedule lagi. Dia janji boleh siap dalam masa seminggu. Dah la padang rumput tak berumput-rumput lagi. Dah masuk sebulan dah... Setiap kali balik rumah rasa panas je hati ni tengok kerja2 depa yang tak siap2 tuh...

"Tu la hari tu dok mengata orang dapat kontraktor lembap..." Hubby selalu mengata saya. Sebelum ni saya selalu bercerita ada sorang kawan saya ni bina rumah tak siap2 sampai sekarang. Dah masuk 2 tahun dah. Buat pagar senget, tak sampai seminggu, runtuh. Buat bumbung rumah tak sampai sebulan, bocor. Akhirnya asyik repair benda yang tak siap2 tu. Tah bila nak dapat masuk rumah baru. Murah memang la murah. Tak berkira pulak tu. Tak kisah bila tuan rumah nak bayar upah.

"Orang ambik kontraktor biar la yang professional. Ada jadual kerja yang tepat. Mahal sikit tak pe la, asalkan kita puas hati..." Hmm.. memang kena selalu ingat benda ni. 
Apa-apa pun terpaksa lah saya redha dengan apa yang ada. Bertanggung jawab penuh dengan apa yang bakal berlaku...ewah!. Hubby tukang bayar je... 


Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...