Sunday, 9 September 2012

Gulai darat daging versi ringkas, sebab kita tidak serajin mak-mak dulu-dulu..


Hamboih tajuk. Lamanya rasa tak update blog. Banyak cerita tersimpan dalam minda. Alhamdulillah pagi ni saya dapat masa untuk menyendiri setelah sekian lama tidak merasa berhujung minggu. Menyendiri? Menyendiri lah sangat... Ni pun tengah dok tunggu daging empuk atas dapur. Entah kenapa lama benor menunggu daging tu masak. Saja nak menerai resepi gulai darat nih. Tak pernah masak pun. Makan pun tak pernah. Kebetulan ada lebihan daging untuk masak rendang raya hari tuh.
Resepi dari Mr Goole. Saya modified dari beberapa resepi untuk kemudahan diri sendiri.

Bahan-bahannya
1 kg daging dipotong kecil.
1 cawan santan segera
3 sudu besar kerisik
2 biji kentang.
2 sudu besar rempah gulai darat (saya beli rempah ni kt pasar sabtu taman melawati)

Bahan-bahan Kisar
2 Ulas Bawang putih
10 ulas bawang merah
15 biji cili kering
1 inci lengkuas

Caranya
Gaul semua bahan kecuali santan. Perap dalam 15 minit, kemudian masukkkan dalam periuk dan masak atas api sederhana hingga daging empuk.

Bila daging empuk masukkan santan, kentang, garam, gula melaka. Biarkan mendidih dan kentang empuk. Siap. Dan sepatutnya sedap. Tunggu je lah dia masak. Nasi dah masak. Ikan tengah goreng. Sayur baru nak potong.
Mr Hubby nak balik lunch jap lagi. Harap2 sempatlah siap.

Monday, 2 July 2012

Puding roti, laksa johor dan cili kisar. Apa kaitan?


Semenjak dua menjak ni saya selalu tengok2 resepi dalam tnet. Saja cari idea nak masak apa. Selalunya saya masak main campak2 je. Ikutlah apa nak jadi bergantung kepada tahap kerajinan saya. Biasanya tahap tu paras bawah minima lah. Saya jarang dok dapur melebihi satu jam. Kalau resepi tu meminta komitmen masa, saya akan ubahsuai supaya tidak menjejaskan tahap keikhlasan saya pula.
Pagi ni kebetulan cuti sempena hari kokurikulum semalam, saya ambik masa untuk kemas dapur sambil tengok2 apa yang boleh dimasak. Guna je apa bahan2 yang ada kat dapur tu. Malas nak keluar gi beli barang. Kebetulan pulak ada stok roti hotdog, saya buat la puding roti yang sangat simple, hopefully nice.
5 biji roti hotdog saya belah dua dan susun dalam dulang. Pakai roti apa pun tak kisah. 2 biji telur saya pukul bersama 3 sudu besar gula. (saya guna handmixer medium speed selama 30 saat je). Bila dah kembang saya masukkan 2 cawan susu segar ( susu apa2 pun boleh) Kacau2 dengan senduk lepas tu tuang atas susunan roti tadi. Biarkan dia meresap dan roti tu kembang kejap (dalam 1 minit). Lepas tu bakar dalam oven 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit (saya guna oven elektrik). Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan dalam petisejuk. Sedap dimakan bersama ice-cream. Mudah kan, jumlah masa persediaan hanya 10 minit sahaja.
Sebelum tu saya buat laksa johor versi mudah juga (mohon maaf ya orang2 johor kalau resepi sebenarnya bukan macam ni). Saya rebus 2 keping isi ikan tenggiri segar bersama  5 ekor udang besar (dibuang kulit) dan sedikit isi kurau kering. Lepas tu saya blend sekali dengan air rebusan tu. Kemudian saya tumis 1 sudu besar cili kisar(*) yang dibancuh besama 1 sudu besar rempah kari. Bila rempah dah berbau wangi saya masukkan 1 hiris lengkuas dan 2 batang serai (semua ambik kat taman herba saya) Ewah.. taman herba!. Lepas tu masukkan hasil blender tadi, kacau2. Bila mendidih saya masukkan satu cawan santan pekat (yang dah siap kat kedai), 1 sudu besar kerisik (pun beli yang dah siap), garam mengikut rasa dan 1 keping asam keping. Biarkan mendidih lagi dan kuahnya pekat. Sambil menunggu kuah masak tu saya rebus spageti, buat sambal belacan, siang taugeh dan hiris timun, daun kesum dan bunga kantan. Semua ni pun saya buat dalam masa tak sampai 1 jam sebab semua bahan dah tersedia.
* Cili kisar tu memang sentiasa ada dalam peti ais saya. Biasanya saya akan beli cili kering 300 gram (Iman yang tukang potong dan buang biji) Lepas saya rebus hingga lembut, cuci dan toskan. 300 gram bawang merah dan 3 clove bawang putih (Iman tukang bukak kulit) dan 1 inci halia dibersihkan. Saya blend semua benda2 tu, masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan selama 2 minggu. Saya tak suka gunakan cili boh yang jual kat kedai. Heheh.. dalam hal mencili nih saya memang wajib buat sendiri. Kira rajin la tu.....

Thursday, 26 April 2012

Alahai lamanku


Berpetang-petang saya mencabut pokok-pokok temucut (kemuncup) sekitar rumah saya. Meliar benar sejak akhir-akhir ni. Awal2 pindah sini dulu rasanya tak ada lah pokok temucut ni sesubur sekarang ni. Dah jadi rupa padang temucut pulak. Sebelum ni saya sibuk tebas lalang, habis lalang timbul temucut. Bila fikir-fikir balik, baik biar je lalang tu tumbuh. Dia tak kacau saya. Si temucut ni sangat menjengkelkan. Pantang lalu je, sibuk nak melekat kat kain.

Ada teori kata sebab saya upah pakcik bangla mesin rumput hari tu. Dia siap mesin segala pokok yang saya tanam. Habis anak pokok pulasan, pokok limau purut dan pokok katak puru saya tinggal tunggul. Sakit hati saya simpan sendiri. Sapa suruh saya pi upah dia. Patutnya saya bagi briefing dia dulu pokok mana yang kena potong. Anak-anak pokok saya tu pulak baru setinggi 2, 3 jengkal, bercampur aduk pulak dengan rumput dan lalang. Tak salah lah kalau dia tak perasan. Aduh..kesian saya.

Sekarang ni memang saya serabut nak membasmi pokok-pokok temucut ni. Dah google cara-cara dalam tnet ni tapi tak jumpa pulak. Malas dah nak suruh orang mesin rumput. Saya cabut sikit-sikit konon-konon sebagai exercise petang-petang. Tapi la ni asyik hujan pulak. Hmm.. makin subur laa temucut tu.

Monday, 19 March 2012

Tayar bengkak rupanya......

Hari Sabtu hari tu pi ambik kereta selepas 5 hari tersadai kat bengkel tu. Tengok jumlah caj dia mak aih.. makan 3 bulan gaji saya. Heheh..seperti biasa hubby cover semua. Tapi masalah keta gegar tu masih ada. Dia suspek 'drive shaft' bengkok, tapi bila check betul2 rupa2nya tayar belakang tu terutama yang belah kiri tu bengkak. So depa cadang tukar tayar kat kedai tayar je.

So petang tadi, lepas kerja saya terus singgah kedai tayar kat Melawati. Kompem dua2 tayar belakang dah bengkak. Memang kena tukar cepat, takut meletup tetengah highway. Bila buka tayar tu nampaklah pulak 'absorber' dia tak berapa nak elok. Depa kata la, saya bukannya tau apa2. Depa cadang tukar baru dua2 belah.

Pak cik foreman tu cerita lah "dlm tayar ni ada urat2 yg diperbuat drpd steel. kalau ada urat dlm tayar ni yg putus bersebabkan hentakan yg kuat spt terkena lubang atau batu besar boleh menyebabkan tayar bengkak...., satu lagi kalau shock absorber dah out, dia juga boleh menyebabkan permukaan haus yg tidak rata - boleh juga menyebabkan tayar bergegar.."

Hmm.... betul lah tu kot.Saya ni kalau bab2 keta ni memang out. Memang pun laluan saya ada lubang2 besar dan banyak bump. Saya tukar keempat2 tayar dengan dua2 absorber sekali. Puas hati. Jenis tayar Bridgestone. tak taulah elok ke tidak brand tu.

Lepas tu buat balancing, chamber ngan rim tayar...pastu buat allignment. . Redha je lah. Mudah2an lepas boleh drive safely. Wallahualam.

Friday, 16 March 2012

Susahnya berajal di negeri orang..

Hari Jumaat lepas, pukul 11.30 malam saya dikejutkan dengan berita kematian abang kepada hubby, CK (bukan nama sebenar). Mula2 tu rasa macam mimpi, sebab masa hubby kejut saya nak sampaikan berita tu saya sedang nyenyak tidur. Macam mamai2 tak percaya. Dahla anak2 saya pun pakat ramai2 masuk bilik. (Depa tengah tengok rajalawak. Saya seperi biasa tidur awal, lagi pulak siang hari tu sibuk dengan TESPER sekolah, penat...)

Rupa2nya CK tu dengan isteri dia ikut rombongan umrah, lepas tu pi ziarah, lepas tu pi lawatan sampai ke Europe. Depa transit kat London. Pagi kejadian tu arwah mengadu sakit dada dan sesak nafas, hotel call doktor tapi tak sempat bawa pi hospital arwah dah sampai ajal. Tapi depa bawa juga pi hospital untuk bedah siasat. Kena tunggu hingga hari Isnin berikutnya sebab Sabtu dan Ahad depa cuti. Saudara kat kampung dah mula kalut sebab depa tak mau simpan mayat lama2.

Hari Sabtu tu Hubby (dan saya) pun terpaksalah call sana-sini nak cuba cepatkan proses hantar balik mayat ke Malaysia. (Kesian Nina, umi ngan ayah tak dapat join hari sukan dia. Nasib baik kak Iman dan Kak Dayah ada tolong cover). Masalahnya pagi Sabtu kat Malaysia, kat London masih malam sebab beza masa 8 jam. Nak tunggu sana siang pun no point juga sebab Sabtu (dan Ahad) pejabat tutup. Last2 call operator minta nombor Pejabat Luar Negeri. Alhamdulillah dapat contact wakil ambassy Malaysia di sana. Hari Isnin depa buat bedah siasat dan janji akan dapat keputusan hari Rabu berikutnya. Hubby pun beli tiket untuk balik KB dengan harapan jenazah akan tiba malam tu dan boleh sama2 mengiringi jenazah sampai ke kampung.

Malangnya depa tak dapat pastikan punca kematian dan kena buat test lagi. Kena tunggu sampai hari Khamis pulak. Terpaksalah tukar tarikh tiket kepada hari Jumaat pulak. Alhamdulillah pagi tadi dapat tahu punca kematian disebabkan kuman dalam paru2. Depa akan release mayat secepat mungkin. Tapi kena tunggu daftar kematian kat Registrar pulak. Kena tukar tarikh tiket lagi...Kali ini harap2 yang muktamad. Kos urusan pengghantaran jenazah pun dah di bank-in tadi. Insyallah jenazah akan tiba pada malam esok. Mudah2an semuanya akan berjalan lancar. Kesian kat isteri dan anak2 arwah. Tertunggu2 dan tertanya2 kenapalah susah benar proceedure dia. Dah masuk seminggu masih tak tanam2 lagi.

Dalam pada hubby dan saya dok sibuk hal jenazah ni banyak pengajaran yang boleh diambil. Anak2 pun nampak lebih bertanggungjawab. Mungkin depa takut perkara sama berlaku pada kami pulak. Sungguh.. kematian tidak mengenal siapa, tak kira bila dan di mana. Yang penting kita mesti bersedia. Bukan setakat bersedia untuk ke alam barzakh tapi bersedia juga mengamalkan fadhu kifayah dalam menguruskan jenazah..... Wallahualam.

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...