Cuti sekolah ni memang berhajat nak polish balik bakat menulis yang dah sangat berkarat tuh. Mudah2an Allah beri kelapangan masa dan curahan idea. Nak pi masak dinner dulu. Hubby ada kelas malam so sempat la nak mencatat lepas ni.
Tuesday, 15 March 2011
selamat kembali..
Mak ai.. lamanya tidak berblog. Dah kering idea, tak sempat masa, itu lah alasan biasa saya bila anak2 tanya kenapa umi tak update blog. Dulu, sibuk nak buat blog konon nak melakar rasa hati bila tengah tension. Dah masuk 4 bulan tak update blog ni maknanya tak stress lah ye! Hmm.
Tuesday, 23 November 2010
Malam puisi Riong
Baru2 ni saya berkesempatan menghadiri Malam Puisi Riong di Istana Budaya KL. Seingat saya tak pernah pulak saya minat puisi-puisi ni. Tapi sebab hubby ajak teman, saya ikut je la. Ramai la pemuisi (ada ke word ni?) terkenal tempatan berpuisi. Rupa-rupanya puisi ni boleh disampaikan dalam berbagai bentuk. Cara sajak, cara syair, cara pantun, cara seloka, guna band, guitar, style jazz dan macam ceramah pun ada. Hai sedih pulak, dah tua-tua begini pun saya masih buta puisi.
Sepatutnya semua pemuisi malam tu saya kenal, tapi disebabkan saya ni belum mengikuti perkembangan, saya hanya kenal beberapa jemputan sahaja. Antaranya Ust Mohd Zawawi Yusoh (sebab saya biasa dengar ceramah beliau), Anna Rafali dan Suhaimi Meor Hasan. Malam tu baru saya kenal bakat muda Taheera Rosheena menyampaikan puisi Rindu Ibu dan Khazanah karya Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said. Turut menyampaikan puisi ialah Datuk Dr Anwar Ridhwan, Dr Siti Zainon Ismail, Prof Madya Dr Lim Swee Tin, Kumpulan Tilu dan lain-lain saya dah tak ingat dah.
Antara persembahan yang menarik minat saya.
Lepas ni nak kena semai minat pada budaya ni. Kalau saya sendiri kurang minat dengan seni yang indah ni, macam mana nak harapkan generasi muda meneruskan seni budaya Melayu ni. Bak kata pengacaranya, personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya. "Puisi sesuatu yang indah kerana ia memberi banyak penafsiran dalam setiap bait yang digarap pengarangnya, malah melaluinya juga khalayak secara tidak langsung didedahkan dengan akar umbi bahasa, sastera dan budaya."
Wallahu'alam.
Friday, 19 November 2010
Aidil adha..
Rasanya Aidil Adha tahun ni the simplest ever. Kalau sebelum ni seminggu sebelum raya saya dah sibuk packing nak balik kampung. Kalau tak balik kampung pun sibuk fikir apa nak redi di pagi raya. Paling2 pun sebelum subuh saya dah sibuk kat dapur sediakan juadah raya dan segala bagai. Lagi pulak tahun ni kami tak buat korban so lagi la tidak terasa suasana raya nya. Anak2 pun pandai komen raya macam tak raya.

Pagi, solat raya di UIA. Routine kami bila beraya di KL. Ramainya manusia pelbagai kaum.

Sebenarnya Aidil Adha ni bukan untuk bersuka ria. Ianya untuk menghargai erti pengorbanan. Namanya pun Hari Raya Korban. Pengorbanan unggul yang diiktiraf oleh seluruh alam ialah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anakandanya Nabi Allah Ismail. Itulah sebenarnya tarikh permulaan Islam dalam mengabdikan diri kepada Allah. Tapi kenapa ya rata2 orang Islam mengakui Islam hanya wujud 1400 tahun yang lalu. Padahal Islam telah wujud sejak zaman Nabi Allah Ibrahim beribu-ribu tahun yang lalu. Mudah2an akan muncul Sejarawan Islam yang bakal membetulkan sejarah dunia Islam... Wallahu'alam.Sunday, 7 November 2010
While they are gone..
Wednesday, 3 November 2010
Berakhir sudah...


Sebahagian dari sahabat seperjuangan..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen
Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...
-
Awal tahun baru-baru ini saya decide untuk tukar Astro box baru. Sebenarnya dah lama orang astro tu asyik call suruh saya tukar dekoder astr...
-
Diam tak diam dah lebih tiga tahun saya pindah ke rumah ni. Dalam masa tiga tahun tu dah masuk empat kali saya panggil plumber untuk repair...
-
Tanggal 14 Mac 2015 majlis menyambut menantu sebelah pengantin lelaki pulak. Orang Kedah kata bertandang. Orang Kelantan kata hantar men...


