Tuesday, 26 December 2023

Sayur Goreng Peria

Kalau dulu setiap kali saya beli sayur yang ada biji saya akan semai di halaman dapur. Hidup atau tidak itu tidak menjadi masalah. Maka penuhlah halaman dapur saya dengan pelbagai tumbuhan herba dan sayuran-sayuran. Bila dah nampak semak saya akan pangkas/potong/cabut buang apa yang patut. Tapi sejak kebelakangan ini semua aktiviti di laman seakan terhenti. Laman saya kini hanya dipenuhi rumput rampai yang menunggu masa untuk dipotong setiap dua bulan.

Baru-baru ini saya beli peria lagi. Katanya bagus untuk turunkan bacaan kolestrol dan darah tinggi. Saya memang suka makan peria. Kalau peria katak (kecik-kecik) tu saya hiris buat ulam macam timun sahaja. Kalau peria yang besar tu saya akan masak buat sayur tumis. 

Peria dibelah dua.

Saya akan belah buah peria, buang biji dan hiris nipis-nipis. Lepas tu saya basuh dan rendam dalam air garam selama 10 minit. Kemudian saya bilas hingga bersih. Saya hiris bawang merah, bawang putih dan cili dan tumis dalam minyak panas. Kemudian saya masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar. Lepas tu saya pecahkan telur dan kacau biar masak. Saya tambah sos tiram sebelum masukkan peria tadi. Saya gaul sebati semua bahan. Akhir sekali saya perisakan dengan garam dan gula. Siap.

Peria stir fry… siap.

Semua bahan saya campak masuk kuali ikut suka hati dan perasaan saya ketika memasak. So sebelum memasak saya akan pastikan perasaan saya tenang dan penuh kasih sayang agar setiap hidangan nanti terhasil dengan baik. Semoga Allah kekalkan ketenangan dan kesabaran dalam hati saya selamanya. Amiin.

Sekian. 😊

Seharian melayan cucu nan seorang.

"Caca nak balik umah nenek je, tak nak IOI..." sekian lama hanya membawa mereka jalan-jalan sekitar Putrajaya tiba-tiba nak ikut balik rumah nenek. Plan asal hubby cuma nak pick-up cucu bawa jalan-jalan di IOI Mall Putrajaya lepas tu hantar balik rumah semula. Dek sayangkan cucu, tok ayah akur sahaja menukar plan saat akhir.

Apa nak dikata, kita angkut je cucu nan seorang tu bawa balik Ampang. Duduk main toys dan layan main basikal keliling rumah sebelum Tok Ayah ajak jalan-jalan ke Melawati Mall.



Dah penat jalan-jalan kita singgah makan di Marrybrown.


"Dah nenek... jom balik... Caca dah kenyang." Mudah sangat jaga budak sorang ni. Bawa jenjalan sekejap, belikan buku, singgah makan, dah setel. Jom lah kita balik sambung main kat rumah pulak.

Sekian. 😊

Tuesday, 19 December 2023

Happy Birthday Prof

"Ummi beli apa untuk hadiah ayah?" Haruslah banyak benda yang saya nak beli sempena birthday ayah depa, tapi memandangkan kita ni unemployed,  pencen pun takdok, maka kita beli pakai niat sahaja. 

As for anak-anak, haruslah depa plan something sempena birthday ayahanda terchenta. Semua anak-menantu-cucu balik over the weekend bawa balik bermacam-macam juadah, jenuh nak peghabih. Oleh kerana nenek sibuk melayan cucu, kita create moment dalam kalut-kalut sahaja. 

Kalut dengan cucu walau cuma 4 orang.

Entah kenapa tetiba pulak timbul acara penyampaian hadiah daripada ayah. Dah macam terbalik pulak. Padahal nak distribute free calender & planner/diary untuk tahun 2024 sahaja. 😁

Anak nombor 3.

Anak nombor 1.

Anak nombor 2.

Anak nombor 4.

Kesian pulak anak nombor 5 sentiasa tiada semasa detik-detik bersejarah dalam keluarga. As for anak nombor 5, kita hai-hai secara maya sahaja.😌

Kek pemberian ex-student hubby.

Apa-apa pun... Happy Birthday Prof... semoga terus setia berbakti untuk isteri dan anak-anak serta cucu-cucu. Moga Allah merahmati usia yang berbaki.

Sekian.😊

Sunday, 17 December 2023

Pos Laju @Aeon Big Wangsa Maju

Dah lama tak jalan-jalan di Aeon Big (dulu Carrefour) Wangsa Maju. Kebetulan kami ada urusan nak pos barang kepada anak bongsu di Jepun maka kita cari tempat yang makcik pencen friendly. Kami pilih menggunakan servis Pos Laju, walaupun ada banyak servis lain seperti Easy Parcel, Jnt, Dhl dan lain-lain.

Apa-apa pun, kita singgah mengopi di restoran Mak O Mak, Taman Melawati dulu sebab hubby nak makan menu English Breakfast dan Americano. Seperti biasa saya ambik Latte dengan telur separuh masak dan plain croissont.

Latte for makcik.

Hubby setia dengan Americano/Long Black.

Tempat biasa.

Usai sarapan kami terus ke Pejabat Pos di tingkat 2 (F2) area foodcourt, Aeon Big untuk beli kotak. Saya ambik kotak saiz M berharga RM4 satu serta slip alamat. Lepas tu kami beli barang-barang (packed food, dan makanan kering) untuk diisi dalam kotak hingga penuh. Kemudian kami ambik nombor giliran lagi sekali untuk proses pengeposan. Adik kaunter tu bermurah hati untuk tolong packing dan sealkan kotak dengan bayaran RM2 sahaja. Jumlah berat bungkusan cuma 3.65kg tapi depa caj macam-macam, end up total cost mencecah RM342.

"Kalau pos laju ni sekejap je kak... dalam masa 5-7 hari je nanti barang akan tiba di sana."  Sepatutnya lah, sesuai dengan harga yang dibayar.


Gigih seorang ayah mengisi details di kotak bungkusan...

...lepas tu isi details pada slip pos laju pulak.

Saya cuma uruskan hal-hal di kaunter sahaja. Usai urusan pengeposan barang, kami sambung jalan-jalan kemudian early lunch di restoran Arab.

"Kita makan siap-siap... nanti balik rumah tak payah masak dah..." Begitulah selalunya. Memang sejak akhir-akhir ini setiap kali ada aktiviti di luar rumah hubby akan reward isteri mithalinya ini dengan makan dan makan. As long as belum singgah apa-apa komen tentang pengumpulan lemak di sana sini, makcik menurut sahaja.


Kami pos barang pada hari Selasa. Pada hari Ahad minggu seterusnya anakanda dah wassap kata barang dah selamat tiba di Jepun. Alhamdulillah barangan tiba dalam masa 5 hari sahaja, dan semuanya selamat sejahtera bagai dikata.  

Gambar daripada anakanda... bungkusan diterima dalam keadaan baik dan isi dalam semua okay.

"Ada rezeki nanti kita pos lagi..." kata hubby yang will do anything for anak bongsunya. Begitulah...

Sekian. 😊

Thursday, 14 December 2023

Overnight @PD: Creating Moments

Kata orang, bila dah mencapai umur senja, banyakkanlah create moments buat kenang-kenangan di hujung usia. Masa muda dahulu sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan anak-anak. Jadi bila dah tinggal berdua begini kita create moments untuk diri sendiri pulak seiring dengan fasa Sakinah, Mawaddah wa Rohmah. So bila hubby ajak break away haruslah kita menurut tanpa banyak soal. Maka ke PDlah kita pada suatu pagi nan indah. 

Kami check-in di Hotel Avillion Admiral Cove. Walaupun tak ada pantai private, cukuplah dengan pemandangan yang cantik di sekeliling hotel. Dan bila hanya ada kami berdua sahaja, pepandailah makcik dan pakcik pencen ni nak merakam memori. Biasanya you take my picture and I take yours. Tapi sejak akhir-akhir ini hubby dah makin terer bab selpi-melpi. Lagipun front camera hp hubby lebih baik dari hp saya maka urusan selpi-melpi kita serahkan sahaja pada yang pakar. 

Hasil dari (hp) atas tembok pagar.😄




Esoknya usai sarapan, kita sambung bersiar-siar di sekitar hotel lagi. Tak cukup bergambar semalam, kita sambung selpi lagi. 

“Okay... dok kat sana..., berdiri kat situ..., kanan sikit..., sana sikit..." Oleh kerana hubby exited nak jadi paparazi kita turutkan sahaja sambil sengih selagi boleh hingga rata semua spot di sekitar kawasan hotel ini.





Dah lah... jom balik." By pukul 10:30 pagi kami dah check-out dan terus gerak balik KL. Tapi tak terus balik rumah. Kami singgah Bangi untuk makan tengahari di Restoran Nasi Berlauk (Kelantan). Lepas tu barulah boleh balik rumah dengan senang hati.

The best ever ikan telapia goreng sambal.

Alhamdulillah berakhir sudah break-away makcik pakcik pencen untuk kali ini. Ada rezeki lepas ini kita ke tempat lain pulak. Moga Allah mudahkan.

Boleh baca cerita sebelum ini di sini

Sekian. 😊

Menunggu sunset @PD

“Jom check-in kat PD. Boleh tengok sunset… rehat-rehat ambik angin, makan-makan…” Agak random aktiviti makcik pakcik pencen kali ini. Biasanya kalau ke mana-mana haruslah ada tujuan tertentu. Samada atas urusan keluarga, mengikut hubby atas urusan kerja atau holiday dengan anak-anak. Kali ini hanya ada hubby dan saya sahaja, bolehlah kita ala-ala honeymoon di usia senja.

So pada hari Rabu minggu lepas kami gerak dari rumah dalam pukul 10 pagi, terus ke Port Dickson dan singgah makan tengahari di Restoran Citarasa Kampung. Lepas makan kami heal-time di pantai Bagan Pinang sementara menunggu waktu untuk check-in. 

By pukul 2:00 petang kami gerak ke hotel, walk-in sahaja tanpa buat apa-apa booking. Kami request bilik Sea View. Alhamdulillah ada bilik kosong di tingkat tujuh. Biliknya memuaskan walaupun agak run down. Yang penting air-condition, air panas dan kipas berfungsi dengan balik. Kami duduk berehat dulu sementara menunggu hari teduh. By pukul 5:30 petang kami keluar bersiar-siar di Pantai Cahaya Negeri (PCN). 

Pantai yang tenang.

Tiada pasir pantai… hanya tanah keras sahaja.

Batu-batu dan akar pokok sepanjang pantai.

Kami berjalan-jalan di sepanjang pantai hingga ke jambatan/jeti ke kawasan hutan paya bakau dalam cuaca yang teduh dan berangin. Kawasannya agak tenang dan lengang, mungkin disebabkan hari itu adalah hari bekerja. Yang ada hanya beberapa keluarga warga asing yang sedang memacak khemah mungkin untuk camping dan berkelah.

Selpi satu atas jeti.

Selpi lagi sebelum tiba di kawasan paya bakau.

Awan tebal dan laut bergelora…

Makcik dan kemboja berpisah tiada.

Kami berjalan hingga ke kawasan paya bakau. Kawasan paya bakaunya sangat bersih tanpa sampah yang melekat atau tersangkut di antara akar pokok. 

Bersih.


Tanda nama Pantai Cahaya Negeri (PCN), tapi hurufnya banyak yang dah tanggal.

Setelah puas berjalan ambik angin di PCN kami ke Pantai Saujana pulak. Melihatkan awan yang makin menebal seakan tiada harapan untuk melihat sunset maka kita hanya duduk-duduk sambil sambung snap gambar apa yang patut.

Awan makin tebal.

Sepatutnya spot untuk matahari jatuh, tapi bayang matahari pun tak nampak. 

Cantik pulak kejadian pasir ini.

Bekas pasir selepas ditinggalkan ombak.

Bila tetiba terdengar guruh di langit, kami ambik keputusan untuk simpan dulu hajat nan satu itu. Biarlah matahari itu turun dengan tenang mengikut aturan alam. Kami ambik keputusan untuk balik ke hotel sahaja. Tapi sebelum itu haruslah singgah di Gerai Ikan Bakar PD untuk dinner.

Kailan ikan masin, telur bistik dan sup ekor.

Ikan siakap bakar. (RM28).

Mudah-mudahan ada rezeki, kita cari sunset di tempat lain pulak. Moga Allah mudahkan.

Sekian.😊

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...