Monday, 28 June 2021

Teman setia setiap masa.

Saya tak bela kucing tapi kucing sentiasa ada di rumah ni. Tak tahu datang dari mana. Jantan, betina, hitam, putih dan pelbagai warna. Alhamdulillah kami masih ada rezeki untuk dikongsi. Depa datang kami bagi makan. Kalau ada berak kencing saya akan basuh walau tanpa rela hati.

"Takpe... dapat pahala..." pandai je ahli rumah saya bagi kata-kata semangat. Padahal bukan depa yang kutip pahala tu. 

Kucing-kucing yang datang tu ada yang sekadar singgah buat jamban, ada yang kencing untuk tanda kawasan, ada yang tumpang beranak dan ada yang buat macam rumah sendiri. Apa-apa pun depa cuma boleh duduk luar sahaja. Masuk dalam rumah... nehi.

Always there...🥰

Yang penting setiap pagi saya di sambut dengan meowan mesra. Buka sahaja pintu rumah depa dah tercongok depan pintu tunggu makanan. Apalah sangat nak dibanding dengan cuci/buang najis depa berbanding dengan rasa bahagia untuk memulakan hari kita. Moga Allah rahmati hari-hari seterusnya.

Friday, 25 June 2021

Sepagi di laman sejemput

Hari ini tetiba rasa terlebih sihat. Pagi tadi dah keluar berjogging keliling taman dengan hubby. Lepas tu ke Ampang mencari nasi air dingin. Maka penuhlah meja dengan nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang serta kuih muih. Apa nak dikata... kita jogging kita makan lepas tu jogging pulak lepas tu makan lagi.

Kemudian berbekalkan lebihan tenaga yang ada kita melawat laman sejemput sambil berbual mesra dengan makhluk yang yang ada sambil kuis tanah tanih.

Re-arrange pasu-pasu di laman dapur. Kesian semuanya macam dah tak bermaya.

Pokok basil galak berbunga.

Pokok kari galak mengeluarkan pucuk baru selepas di pangkas minggu lepas.

Anak pokok hydrangea nampak subur. Saya semai dari batang induk yang dah patah. Lupa pulak bila saya semai. Rasanya macam dah berzaman.

Pokok ivy pun mula segar. Saya potong dari induk yang dah nak mati dan semai dalam beberapa pasu.

Pokok bunga ros juga mengeluarkan pucuk baru. Haritu dah nak mati, saya potong batang yang dah reput, salin pasu dan tambah tanah baja.

Semua dah beratur di bawah panas mentari.

Mudah-mudahan semuanya terus subur menghiasi halaman rinduku. Moga Allah bantu.

Monday, 21 June 2021

Selamat hari bapa

Kata orang, father's day is for memories. Semakin lama kita hidup semakin banyak memori yang datang bertandang.

Saya tak ingat bila saya mula kenal hari bapa sebab sejak kecik saya tidak pernah diajar sambut hari bapa. Saya mengingati ayah saya setiap hari. Bila dah ada anak sendiri saya mula kenal hari bapa sebab nak instill rasa kasih sayang anak-anak terhadap ayah mereka. 

Ihsan: google

Sungguh, sejak menginjak usia emas saya semakin rindu dengan kasih sayang ayah saya yang tiada galang ganti. Tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang ayah terhadap saya. The best thing ever... sharing a cup of strong tea together. Setiap kali minum teh, ayah akan tuang separuh ke dalam piring supaya cepat sejuk untuk saya. Dan kami akan bersembang hingga habis air di minum. Cawan dan piring 888 itu sentiasa menghadirkan kenangan indah hingga kini.

Ihsan: google

Hari ini mungkin tidak berapa menggembirakan tapi ada beberapa nikmat kecil yang membuat hati rasa gembira. Cherish that moment. Moga Allah pelihara kita selamanya.

Friday, 18 June 2021

Vaksin AZ: Dose 1 day 2

Hari ni bermula seperti biasa. Walaupun badan masih terasa seram sejuk saya tetap mandi sebelum subuh. Mulut masih terasa payau tapi selera makan tetap ada. So saya mulakan hari dengan sarapan simple.

Roti bakar sapu kaya pandan.

By pukul 8 pagi anak bujang pi keluar cari sarapan. Nak beli bubur nasi katanya. Kalau rasa tak sedap badan saya memang suka makan bubur... nasi moi kata orang utara.

Bubur ayam.

By pukul 10 pagi (24 jam lepas cucuk) badan saya panas semula. Saya telan sebiji panadol lagi, lepas tu tidur. Masih kurang selesa sebab badan masih lenguh-lenguh. Hari ini memang saya peruntukan masa untuk berehat sahaja. 

"Have a good rest". 

Hal makan minum dan urusan dapur semua anak-anak yang uruskan walaupun masing-masing sibuk dengan kelas online. Untuk tengahari depa order nasi lemak grab. Anak menantu bawa lauk siakap stim untuk makan petang/malam. Alhamdulillah saya hanya perlu makan tidur, makan tidur sahaja untuk sepanjang hari ini.

By maghrib, saya dah tak demam lagi. Kepala pun dah tak pening. Dan malam dapat tidur dengan lena sehingga subuh. Esoknya dah boleh teruskan hidup macam biasa. Alhamdulillah. 

Moga Allah mudahkan urusan seterusnya. Ameen.

Vaksin AZ: Dose 1 Day 1 (Part 2)

By tengahari (3 jam lepas cucuk) kepala dah mula rasa pening. Berjalan pun dah macam nak melayang-layang. Jadi saya cuma duduk diam-diam sahaja, tak perlu sibuk ke dapur sebab hubby dah order nasi kukus untuk makan tengahari. Saya asyik minum air kosong dan jus buah dan asyik keluar masuk bilik air buang air kecil. By pukul 4 petang (6 jam lepas cucuk) badan dah mula rasa dedar. Saya cuba baring tapi badan rasa lenguh-lenguh serba tak kena. 

Alhamdulillah ada anak-anak nak melayan umi depa. By maghrib (10 jam lepas cucuk) mulut dah rasa payau, semua benda rasa masam dan tekak rasa loya. Saya cuma nak makan nasi panas sahaja. Dah macam alahan mengandung pulak.

Nasi by Nina, ayam goreng by Amin.

Lepas Isya' (10 jam lepas cucuk) badan makin panas dan saya mula menggigil kesejukan. Saya ambik sebiji redoxon dan telan 2 biji panadol lepas tu terus tidur berselimut tebal.

Bekalan air dan ubat.

Pukul 11 malam (13 jam lepas cucuk) saya terjaga sebab badan berpeluh dengan banyak hingga basah baju tidur. Saya bangun buang air kecil dan teruskan tidur semula walaupun badan terasa lenguh-lenguh. Pukul 2 pagi saya terjaga lagi sebab terasa sangat sejuk dan badan mula menggigil semula. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk bangun buat air susu panas dengan sekeping roti bagi memanaskan badan. Masa ni tekak masih tak betul. Minum susu dan makan roti terasa sangat masin.

Segelas susu Anlene dan sekeping roti.

Selesai minum susu dan badan mula rasa stabil, saya telan sebiji panadol saya cuba tidur semula. Mudah-mudahan selepas ini badan akan lebih segar. Moga Allah bantu.

Wednesday, 16 June 2021

Vaksin AZ: Dose 1 day 1 (Part1)

Sejak semalam saya dah mula nervous. Paling payah, nak cari baju yang boleh selak sampai ke pangkal lengan. Sebabnya kebanyakan baju saya berlengan sempit. Ex-cikgu kan... semua lengan baju haruslah kena fit supaya tak melorot semasa menulis di papan putih.😁

"Pakai t-shirt Amin ngan cardigan je Umi.." Pandai pulak bujangku bagi cadangan.

Alhamdulillah ada cardigan. Tapi segan pulak nak pakai t-shirt sahaja, jadi saya tambah dengan dress tanpa lengan. Dah jadi tebal berlapis-lapis pulak. Takpelah asalkan aurat terjaga.

Makcik excited nak gi vaksin.

Double mask.

Sepatutnya appointment saya pada pukul 4.30 petang sementara hubby pula pada pukul 4.00 petang. Tapi disebabkan puteri sulong saya pun dapat appointment pada hari yang sama pada pukul 9.30 pagi jadi kami keluar sama-sama di awal pagi. Alhamdulillah kami dibenarkan masuk bersama-sama asalkan pada tarikh yang sama walau waktu berbeza. Sampai sahaja di pintu masuk utama, kita hanya perlu follow semua arahan yang diberi. Semuanya berjalan sangat lancar dan kami siap divaksinasi dalam masa 1 jam.

Kena simpan borang dan kad ini untuk next appointment.

Lepas siap semua urusan vaksinasi haruslah berposing sakan sempena peristiwa yang penuh bersejarah ini.😁

Port utama selepas selesai urusan vaksinasi.

Alhamdulillah kami telah divaksinasi.





Mudah-mudahan keadaan akan bertambah baik selepas ini. Moga Allah bantu.

Tuesday, 15 June 2021

Bersara pun berbunga-bunga

Beberapa kali hp saya berdering masa saya tengah kalut memasak tengahari tadi. Saya abaikan saja sebab malas nak mengganggu proses masakan saya. Hubby pulak sedang meeting online, lagi la saya malas melayan apa-apa panggilan. Ye.. hubby dah bersara bermula hari ini tapi masih jugak ada meeting untuk kerja-kerja yang tak pernah selesai.

"Saya ada kat depan rumah ni puan... nak deliver barang untuk prof." Laju je jawapan sipemanggil bila saya angkat hp setelah tak berhenti berdering.

Rupa-rupanya staf ofis hubby buat kiriman sempena persaraan semalam. So hari ini dapat la kami merasa makan pulut kuning dan rendang pulak.

Macam tahu-tahu je warna favourite saya.

La ni depa buat pulut kuning berhias menggantikan kek.

Kata je dah bersara tapi kerja masih memanggil.

Akhirnya... baru dapat mengadap juadah di depan mata.

Alhamdulillah. Moga-moga Allah mudahkan segala urusan selepas ini.

Nak bersara awal katanya.

"Hasben kak Mas dah bersara ke?"

Tengah dok sibuk di dapur tetiba masuk mesej dari seorang sahabat sejati yang sentiasa mengikuti perkembangan saya dari jauh.

Alhamdulillah semalam merupakan hari terakhir hubby bertugas sebagai TNC dari sebuah universiti. Lepas depa buat majlis persaraan hubby bawa balik beberapa cenderahati sebagai kenangan.

Dah macam barang hantaran pulak.

The best ever... sekejap je dah habis separuh.

Set al Quran size A3.

Boleh guna idea buat hantaran.

Tanjak

As always.. ada je member nak tumpang melawa.

Dah lama hubby dok sebut nak bersara awal dan menikmati hasil penat lelah selama ini serta mengisi masa untuk diri sendiri. Sebagai isteri mithali kita sokong sahaja apa-apa perancangan masa depan yang telah di susun. Moga Allah bantu.

Monday, 14 June 2021

Asam pedas lockdown.

Ada jiran bagi bunga kantan. Saya biarkan dulu menjadi hiasan di dapur untuk beberapa hari. Cantik pulak bila ia mula mengembang. Maka hari ini kita biarkan ia berenang-renang di dalam periuk bersama ikan jenahak pulak.

Kantan mekar mengharum.

Kata orang, ikan di laut asam di darat  dalam periuk bertemu juga. Maka hari ini kita datangkan asam pedas ikan jenanak.

Asam pedas ikan jenahak,.done.

Oleh kerana hubby ada urusan di ofis hari ini maka saya ambik kuah sahaja buat makan tengahari sorang-sorang sementara menunggu hubby pulang untuk makan malam nanti. Takkan la isteri mithali nak hidangkan lauk yang terusik pulak.😁

Nasi haruslah panas-panas.

Terimbau kenangan manis pekena nasi dengan ikan goreng garing panas-panas masa di kampung dulu. Sedapnya hingga menjilat jari. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih mengurniakan rezeki dan kesihatan yang baik hingga kini.

Sunday, 13 June 2021

Mask extender

Bila dah asyik berkurung ni terpaksalah cari aktiviti yang nak dibuat selain dari masak memasak dan bersantai di laman.

Dah masuk usia senja kita cari aktiviti mudah-mudah sahaja. So semalam kita test jari jemari buat mask extender pulak.

Disebabkan yang kristal tu agak pendek dan susah nak pakai maka saya gabungkan dengan yang benang kait warna pink. Bila dah bergabung tu nampak makin naik serinya.

"Macam makcik-makcik la Umi ni..."

Anak-anak selalu komen umi depa ni taste makcik-makcik. Gamaknya depa lupa yang umi depa ni dah bercucu dah pun. Of course la taste orang tua... sebab dah tua.

Taste makcik-makcik katanya.

Taste orang muda katanya.

Kita layan je depa bagi mask extender plastik getah buat reserve dalam beg tangan in case mask yang saya jahit terputus di tengah jalan. 

PS: Sentiasa melayan anak-anak biar sehati walau tidak sejiwa. Moga Allah bantu. 

Friday, 11 June 2021

Merah itu menawan.

Sejak hujan mula reda ni baru ada masa untuk saya turun ke laman. Sebelum ini saya biarkan sahaja semua makhluk di laman itu membawa diri sendiri. Alhamdulillah disuatu pagi yang nyaman bertambah serinya dengan kehadiran bunga-bungaan yang terang menawan. Asalnya saya cuma tanam suka-suka sahaja sebab saya lebih suka bunga-bunga putih/kuning yang berbau wangi. Tak sangka pulak kehadiran bunga pelbagai warna ini telah menambah seri halaman rindu ini.

Pokok sepit udang yang sentiasa merimbun.

Beberapa kali saya tanam kemboja putih tapi asyik mati sahaja so kita beralih kepada yang lain pula.

(Lupa nama spesis)

Bunga ros yang setia berbunga sejak dulu.

Pokok cili... saya selalu biarkan buahnya layu di pohon juga sebagai sedekah untuk sesiapa sahaja yang berminat.

Sejak musim covid ni apa lagi yang boleh dibuat selain mereput dalam rumah atau melepak di laman. Alhamdulillah setakat ini semuanya masih setia menemani saya bersembang. di halaman rindu.

PS: Moga Allah bantu.

Thursday, 10 June 2021

Pondok gazebo pulak.

Sejak musim covid ni saya banyak menghabiskan masa di belakang rumah. Sambil bercucuk tanam sambil berangan. Kerap kali saya suarakan nak letak meja dan kerusi batu di kawasan lapang yang sekangkang kera ini. Habuan duduk-duduk melepak waktu petang.

"Kita pasang gazebolah." Short and sweet je hubby bagi cadangan. Maka saya pun apa lagi, kecik tapak tangan nyiru ditadahkan. Terus saya cari beberapa supplier  dan minta quotation. Setelah buat shortlist akhirnya kami bersatu hati membeli gazebo dengan saiz 6x6 kaki. Oleh kerana permintaan tinggi kami kena place order dulu dan bayar 10% untuk lock order. Depa berjanji untuk buat delivery dalam masa 3 bulan. Saya komfem order hujung bulan Disember tahun lepas. Alhamdulillah hujung bulan Mac baru-baru ni depa buat delivery terus ke rumah.

"Kami on the way ni kak." Pada hari yang dijanjikan, dari pukul 11 pagi pagi depa dah bagitahu kata on the way. Rupa-rupanya depa angkut gazebo tu terus dari kilang di Kelantan. Patut la saya tunggu punya lama. Depa gerak lepas subuh dan tiba di rumah saya dalam pukul 3 petang. 

By lorry straight dari Kelantan.

Berhati-hati bawa turun dari lori.

Sedang elok sahaja melepasi bumbung awning kami.


Setelah bertungkus lumus selama lebih kurang 3 jam, akhirnya sebuah gazebo siap tersergam indah. Lepas ni tiada alasan untuk rasa bosan duduk di rumah. Kalau bosan duduk dalam rumah, kita lepak di luar rumah pulak.

"Nanti bila-bila boleh la berkelah minum-minum kopi sambil makan jemput-jemput..."

PS: Mudah-mudahan cepatlah masalah covid ini berlalu pergi. Moga Allah bantu.

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...