Friday, 14 May 2021

Aidil fitri 2021

Seperti tahun lepas, tahun ini juga semua rakyat Malaysia meyambut hari raya dalam suasana Covid-19 tapi dengan SOP yang lebih ketat. Aidil fitri hanya boleh disambut bersama dengan ahli rumah sahaja. Tiada rentas daerah apatah lagi rentas negeri. Namun walau apapun keadaan, hidup mesti diteruskan dan sambutan hari raya harus diraikan dengan kemeriahan sebagai tanda kemenangan. 

Dua hari sebelum hari raya saya dah siap beli ayam dan daging serta aksesori buat rendang untuk dimakan bersama nasi impit dan lemang dipagi hari raya. Dan sehari sebelum raya, pepagi lagi saya dah siapkan perkara-perkara yang perlu sebelum memulakan aktiviti masak-memasak. Blend bawang dan lada kering, potong daging dan ayam dan sebagainya disamping menyediakan juadah berbuka untuk hari terakhir Ramadhan.

Memproses tulang buat sup untuk juadah berbuka.

Oleh kerana puteri sulong tak dapat rentas daerah untuk pulang beraya, maka Umi tercinta ni pun cepat-cepat siapkan juadah raya dan suruh dia order Grab untuk hantar juadah ke sana. Alhamdulillah ada Grab yang sudi ambik order di malam raya. Depa caj RM40 untuk perjalanan dari Ampang ke Putrajaya. Kesian pulak putri yang lagi sorang tu...duduk jauh di Pahang, tiada daya bonda nak carikan orang untuk tolong hantarkan juadah.

"Sedapnya rendang Umi..." hmm begitulah

Pagi raya kami hanya bersolat raya di rumah sahaja. Hubby jadi Imam solat dan anak bujang jadi Tok Khatib untuk baca khutbah raya. (teks khutbah kita print daripada google sahaja). Usai solat dan menjamu selera sudah pastilah aktiviti berposing sakan. Anak-anak siap bertik-tok bagai. Mak ayah ni pandai berdiri tegak je. Dari muda sampai tua.. gitu jelah rupa posingnya.

Bukan senang nak berposing ngan En hubby.


Yang wujud dipagi raya. Alhamdulillah.



Walau tak dapat bersua muka secara fizikal, memadai dapat melihat secara maya. Thank you to the teknologi terkini yang dapat menghubungkan kita walau di mana jua. Kita berface time secara berjemaah sahaja agar terubat rindu ayah bonda atuk nenek di pagi hari raya. 

Temerloh+Putrajaya+Ampang

By pukul 12 tengahari selesai aktiviti raya.. dan semua ahli rumah kembali ke rutin asal buat hal masing-masing. Mudah-mudahan Covid ini berlalu pergi dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.

PS: Apa-apa pun, raya tahun ini terasa lebih aman tanpa keluh kesah terperangkap dalam kesesakan jalan raya...

Ampang-Bangi-Nilai-Bangi-Ampang

Sejak tuan puteri tu sambung belajar kat Bangi, seronok pulak Umi dok menyinggah ulang-alik Ampang-Nilai. Sebelum ni hanya mampu berangan je bila nampak Jakel dan Bangi Gateaway dari tepi Hiway. Sekarang ni, given chance, anytime boleh singgah. Biasanya saya singgah Bangi Gateaway cuci mata tengok kain baju, tudung serta aksesori dengan harga yang berpatutan. Kadang-kadang saya lajak ke nurseri pokok yang berdekatan. Anytime nak pergi memana kita google sahaja. 

Ada suatu masa, kebetulan hubby nak ikut serta maka kita pun singgah makan tengahari di D'Salai Bangi. Depa jual macam-macam jenis masak lemak. Saya pilih masak lemak daging salai dan ikan siakap goreng pedas. Memang pedas hingga berasap telinga. 

Lepas makan hubby ajak tengok buku-buku kat bazaar karat. Kat sini depa jual barang-barang lama (karat) ala-ala antik gitu. Memang banyak menggamit memori zaman saya kanak-kanak dahulu. 

Banyak kenangan dengan basikal tua ayah.

Kemain, pilih buku.

Mirror, mirror on the wall....

Banyak betul pilihan buku-buku lama.


Tapi itu cerita sebelum kes Covid-19 mencanak naik. Sekarang ni semua orang dah tak bebas nak bergerak ke mana-mana. Tiada rentas daerah tiada rentas negeri. Kalau tak ada keperluan, semua orang duduk rumah sahaja.

PS: Tak sabar tunggu covid ini berlalu pergi. Rindu nak resume balik hobi-hobi yang dah lama terbengkalai...

Monday, 3 May 2021

Pindah barang rumah : Nilai-Ampang

Beberapa kali hubby dok sebut nak balik Kelantan, nak buat rumah pencen kat kampung katanya. Dan beberapa kali juga saya sokong, tak sokong, sokong, tak sokong cadangan or rather hajat nan satu itu. Banyak perkiraan pro and con yang bermain dalam kotak fikiran saya. Yang pasti kalau kami bermastautin di Kelantan bermakna akan berjauhan dengan anak-anak yang kebanyakanya akan settle down di KL. Dan saya lebih memerlukan kehadiran anak-anak untuk mengisi saat-saat akhir di usia emas ini. Of course sebagai isteri mithali saya akan sentiasa berada di sisi hubby walau di mana sahaja. Namun biarlah di sisi itu turut serta bersama anak-anak. Dan saya percaya last wish every mother di hujung usia adalah untuk sentiasa dekat dengan anak-cucu.

"Kita keep rumah Ampang as rumah famili... kita jual rumah Nilai dan beli rumah kat Kelantan." Nampak mudah benar perancangannya.

"Seminggu atau dua minggu sekali kita datang KL jenguk rumah..." Hmm... tiba-tiba datang covid, habis semua plan kena hold dulu. Tak boleh rentas negeri waima rentas daerah pun kena restrict. Dan sejak masalah Covid yang dah masuk tahun kedua ni baru sekali saya travel dari Ampang ke Nilai. Bila masalah covid semakin meningkat, travelling rentas negeri tidak lagi dibenarkan. Maka rumah Nilai pun seakan terbiar tanpa penghuni.

Awal tahun baru ni,  hubby dah putuskan niat untuk bersara awal. Dah siap hantar surat untuk bersara pada pertengahan tahun ini. Bermaka tiada lagi keperluan untuk kami tinggal di Nilai. Lagipun sekarang ini hubby banyak work from home di Ampang. Akhirnya kami membuat keputusan untuk membawa balik semua perabot ke Ampang. Kebetulan pulak anak bujang yang dah tak bujang lagi tu dah plan untuk duduk rumah sendiri di Wangsa Maju, maka bolehlah kita hadiahkan sahaja mana-mana perabot yang ada. Jimat belanja depa laki-bini.

Oleh kerana masih dalam musim Covid, kami cari lori yang boleh angkat barang dan pindah rumah rentas negeri. Sebelum itu kami dah siap dapatkan surat kebenaran untuk rentas negeri dari balai polis terdekat. Alhamdulillah pihak polis memberi kerjasama yang sangat baik. Maka pada hari yang telah ditetapkan kami pun bergerak ke rumah Nilai setelah beberapa bulan tidak diziarahi dek sekatan PKP. Alhamdulillah rumah masih dalam keadaan baik walaupun agak berhabuk di sana sini.

Ruang tamu yang simple.

Katil ni sentiasa diselimutkan setiap kali saya balik ke Ampang.

Meja makan simple.

Midi fridge.

Katil anak dara yang kosong sejak tuan badan masuk asrama.


Peralatan dapur yang simple

Kawasan laundry

Sebelum mengemas saya dah siapkan semua master plan... bilik mana yang nak kena kosongkan dulu, barang mana nak kena balut, apa yang nak kena masukkan dalam kotak dan label, apa yang nak kena naik lori dan apa yang nak akan masuk dalam kereta saya... bla, bla, bla. Yang penting saya akan pastikan semua orang  mengikut arahan big boss. Sebabnya big boss inilah yang akan setelkan semua benda hingga ke small details. Orang lain hanya angkat dan campak sahaja. Kitalah yang nak kena hadap segala benda hingga ke titisan yang terakhir. Alhamdulillah semuanya berjalan according to plan.

Bilik anak dara..done.

Ruang tamu... done.

Master bedroom... done.

Dapur... siap.

Routenya adalah, lori akan bergerak dari Nilai terus ke Wangsa Maju, lepas tu baru ke Ampang. Oleh kerana barang-barang dan perabot agak banyak maka saya perlu agihkan yang mana perlu letak di Wangsa Maju dan yang mana nak bawa balik Ampang. Depa akan wrap/balut semua barang yang perlukan lebih sentuhan sebelum load masuk dalam lori bermula dengan barang-barang yang nak di bawa ke Ampang dahulu.


Sofa... siap.

Extra cautious dengan meja makan kaca.

Bila dah siap balut, depa pun mula loading dalam lori. Mulanya anak bujang tu order lori satu tan sahaja. Rupa-rupanya penuh mencecah sampai 4 ton. Alhamdulillah depa terbawa lori besar so saya cuma perlu adjust resit order yang asal. Depa buat kira-kira yang baru. Mak aih... kos mencecah RM1500 instead of harga asal RM300. Pada saya, boleh tahan jugak harganya tapi fikirkan kos pengangkutan pindah rumah dari Nilai ke Ampang enroute ke Wangsa Maju, rasa macam berbaloilah jugak. Lagipun masa tu musim PKP, semua orang dalam kesempitan, kalau depa overcharge pun saya anggap sedekah sahaja. Depa tambah extra kos plastik balut sebanyak RM100 dan saya tambah lagi duit kopi sebanyak RM50 tiap seorang. Mudah-mudahan ada doa-doa yang baik untuk kami sekeluarga.

Penuh.

Kosong.

Perjalanan dari Nilai ke Wangsa Maju mengambil masa lebih sejam (plus trafik jam). Lepas dah punggah semua barang yang perlu naik ke rumah Wangsa Maju, kami bergegas ke Ampang pula.


Nearly there.

Separuh perabot saya pindahkan/hadiahkan kepada pengantin baru hingga penuh rumah. Selebihnya saya bawa balik ke Ampang. Maka penuh bertambun-tambunlah segenap penjuru rumah. Saya ambik masa beberapa hari untuk clearkan segala apa yang ada. Sambil-sambil tu saya buat spring clean rumah Ampang. Clear dan buang apa yang patut. Nampaknya terpaksalah saya korbankan sedikit sifat pengasih dan penyayang selama ini.


Alhamdulillah segala proses kemas mengemas selesai dalam masa seminggu. Saya gunakan konsep 5S... Sisih > susun > sapu > seragam > sentiasa amal. Rupa-rupanya banyak barang-barang yang dah layak untuk disisihkan dan buang.

PS: Lepas ni nak kena buat lawatan ke dalam setor pulak.  

Saturday, 1 May 2021

Menantu baru

Selepas beberapa kali majlis tertunda akhirnya kami nekad meneruskan majlis apabila suasana Covid-19 sudah mula terkawal. Maka pada 28hb Februari 2021 secara rasminya anak bujangku bergelar suami kepada surihati setelah bercintan-cintun sejak dari tingkatan dua katanya. 

Bagi menjayakan majlis, first thing first haruslah nak kena sediakan hantaran berupa wang tunai, duit mas kahwin dan hadiah barang-barang yang sesuai. Untuk wang hantaran kami terus bank-in sahaja dengan jumlah yang telah dipersetujui. Manakala duit mas kahwin saya cuma susun dalam bingkai gambar yang sesuai. Sebelum itu saya dah siap belikan gelang emas sebagai hadiah untuk menantu.

Duit mas kahwin dan bekas gelang... siap

Set dulang mas kahwin dan gelang.

Tambah lima dulang/bekas hantaran misteri. 

Awalnya saya berangan untuk menjadikan tema Melayu dengan batik dan songket sebagai tema nikah. Tapi disebabkan musim covid yang membataskan pergerakan untuk membuat persiapan maka kami terpaksa berpada dengan apa yang ada sahaja. Buat yang ringkas-ringkas sahaja. Akhirnya kami memilih tema hantaran warna gold sementara pihak pengantin perempuan memilih tema warna silver. Untuk baju keluarga kami pilih songket. 


Majlis nikah di rumah pihak perempuan akan bermula pada pukul 10.00 pagi. Oleh kerana jaraknya hanya sepelaung sahaja maka sempatlah kami berfoto-foto dahulu sebelum memulakan perjalanan. 

Saat-saat terakhir sebelum menjadi suami orang.

Lepas ni tinggal bujang sorang

One with all the heroes in the house.

Full house.

Usai bergambar kenang-kenangan kami memulakan perjalanan ke rumah pengantin perempuan dengan lafaz Bismillah. Alhamdulillah selamat tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan. Walaupun dengan SOP yang ketat kemeriahan sambutan tetap terasa. Akad nikah dijalankan oleh bapa pengantin perempuan dengan Imam masjid yang hadir secara online sahaja. Seperti biasa kalau dah buat online akan ada hick-up di sana sini. Walaubagaimanapun semua masalah teknikal dapat diselesaikan dalam kadar segera. Sempat la bagi masa untuk pengantin lelaki menghafal perkara-perkara yang perlu sebelum tangannya digenggam. Antara soalan yang ditanya oleh Imam
  • Nyatakan nilai wang hantaran
  • Tunjukkan duit mas kahwin berserta hadiah
  • Sebutkan rukun Iman dan Islam
  • Lafaz Syahadah
  • Lafaz Selawat ke atas Nabi
Rasanya ada lagi soalan-soalan lain, tapi saya dah lupa.

Live online... dengan Tok Imam masjid.

Alhamdulillah, selamat bergelar suami dengan sekali lafaz.

Selesai akad nikah sesi berfoto-foto pun bersambung semula.

Welcoming the new member of  Umi's girls.










PS: Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga.

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...