Monday, 8 February 2021

Gigi oh gigi

Pabila Cik Mek bongsu tu dok mengadu sakit gigi maka Umi penyayang ni pun terus kalut cari dentist yang buka dan boleh terima pesakit on the spot. Agak sukar jugak nak dapatkan dentist yang buka pada hari Ahad, waktu PKP pulak tu. Alhamdulillah selepas tujuh kali cubaan ada dentist yang sudi terima. Saya call pada pukul 2 petang, depa bagi slot pada pukul 3.30 petang. Kami keluar terus walaupun perjalanan ke sana hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Oleh kerana klinik gigi dalam kawasan Melawati maka sempat lagi kita pusing-pusing cari barang dalam Melawati Mall sebelum tiba waktu temujanji. Of course kita follow semua SOP.  

Kami tiba ke klinik tepat pukul 3:20 petang. Rupa-rupanya masih ada dua pesakit lagi sebelum kami. Depa saja bagi appoinment pukul 3:30 petang sebab nak slot in sahaja. Akhirnya pukul 5:00 petang baru dapat jumpa dentist. Alhamdulillah dentistnya sangat baik  dan explain keadaan gigi juga dengan baik.


"Gigi berlubang agak dalam. Mungkin kena buat root treatment atau cabut terus. Kares gigi pun banyak..." Doktor terus memberi penerangan tentang root treatment, procedure serta kos yang terlibat yang berjumlah RM1600. Boleh bayar ansur-ansur.

Oleh kerana root treatment melibatkan kos yang agak tinggi maka saya cuma minta doktor untuk buang kares gigi dahulu. Kos hanya RM140. Doktor tidak usik gigi yang sakit tu, hanya bekalkan ubat tahan sakit untuk sementara waktu. Sekiranya masih sakit boleh teruskan dengan root treatment.


Doktor buang kares gigi sahaja dulu.

Selepas lima hari rasa sakitnya masih on and off. Maka pada hari Jumaat pagi saya call beberapa dentist lagi. Kali ini dapat slot di klinik gigi Taman Permata pulak. Sengaja saya tukar dentist untuk mendapatkan second opinion. Alhamdulillah depa bagi walk-in sahaja. Kebetulan semasa saya tiba di klinik, patient hanya ada seorang sahaja. Rezeki hari Jumaat. Selepas doktor check apa yang patut, maka benarlah gigi geraham tu perlukan root treatment. Katanya sayang kalau dicabut sebab gigi itu adalah gigi geraham utama. Lagi pun Cik Mek ni masih muda, lama lagi nak guna gigi tu. 

Selepas mendengar segala keterangan daripada doktor, maka saya tandatangan borang persetujuan untuk pembedahan root treatment. Sebelum tu depa buat x-ray gusi untuk melihat kedudukan dan kedalaman sebenar lubang yang terbentuk pada gigi geraham tersebut. Daripada x-ray tu memang nampak lubang tu sudah menembusi nerves dan salur darah dalam gigi. Lubang pulak di bahagian tepi gigi menyebabkan gusi dah mula tumbuh masuk dalam lubang gigi tu. Doktor terangkan bahawa procedure root treatment ada beberapa fasa. 

Untuk fasa pertama doktor buat beberapa procedure.
1. Bubuh bius,
2. Potong gusi yang tumbuh tu.
3. Korek lubang properly
4. Cabut buang urat nerve dalam gigi
5. Tampal sementara.

Sekiranya tiada sebarang masalah, fasa pertama ini boleh bertahan hingga beberapa lama. Lepas tu akan ada dua atau tiga kali procedure bergantung kepada progres seterusnya. Yang pasti untuk fasa kedua depa akan buka balik tampalan tu, masukkan apa ntah untuk isi kelompongan bekas urat dan nerve yang dah dicabut sebelum itu. Fasa seterusnya depa akan letak apa ntah keliling gigi geraham tu supaya bakteria tak dapat masuk. Fasa last sekali depa akan buat crowning pada gigi supaya tidak retak dan berlubang semula. Dan bayaran boleh dibuat selepas selesai setiap fasa. Jumlah kos boleh mencapai hingga RM1800. Lepas tu pepandailah kita jaga gigi hingga akhir hayatnya.

Setelah berpuas hati dengan semua keterangan daripada doktor, saya tinggalkan Cik Mek tu seorang diri dengan doktor sambil berdoa dari luar bilik treatment. Parent hanya dibenarkan masuk untuk anak dibawah umur 18 tahun sahaja. Alhamdulillah doktor dapat selesaikan fasa pertama dalam masa dua jam. Depa caj RM400 untuk sesi fasa pertama ini.

"Penat giler... nak kena nganga bukak mulut. Sakit giler masa doktor cabut urat-urat nerves tu. Ada warna putih, merah, hitam... Sakitttt... Nina menangis-nangis." Adoyai kesiannya anak dara Umi. 


PS: Lepas ni silalah jaga gigi anda dengan baik.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...