Monday, 27 August 2018

Eidul Adha 2018

Tahun ini kami tak ada special planning nak beraya. Saya pun takde planning nak masak beriya-iya. Tapi of course la nasi dagang menjadi menu wajib. Hubby memang suka makan nasi dagang di pagi raya. Manakala anak-anak pula suka makan rendang. So sehari sebelum raya tu saya pi cari ayam untuk dibuat gulai nasi dagang dan sedikit daging untuk dibuat rendang. Malam raya tu saya dah siapkan gulai ayam dan rendang daging. Seawal subuh pagi hari raya pula saya mula mengukus nasi dagang dan merebus ketupat nasi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam alunan takbir raya dihening subuh.

Kami bersolat Eidul Adha di masjid sebelah rumah sahaja. So pagi raya tu tak perlu tergesa-gesa nak kejar trafik. Sempat lagi berposing sebelum pi masjid.


Dah rupa warga emas dah....

Kali ini kami beraya dengan anak-anak yang bujang sahaja. Iman dan Hidayah beraya dengan mertua masing-masing. Sebab itulah kami hanya berpada dengan apa yang ada sahaja. Usai solat raya kami balik rumah untuk makan-makan dan seperti biasa tak sah kalau tidak bergambar kenangan.....

Posing lagi....

Buang tebiat.....

Tinggal tiga perlima sahaja....

Sementara menunggu petang saya pi jenguk-jenguk orang buat korban di masjid. Depa buat rewang. Saya cuma tolong potong-potong organ dalaman dan sedikit daging pejal. Rasanya depa plan nak masak gulai dan sup. Tapi saya terpaksa balik awal sebab anak cucu nak balik beraya. So tidaklah dapat merasa keenakan daging korban yang dimasak secara berjemaah.





Iman tiba-tiba decide nak balik beraya di rumah kami walaupun sepatutnya depa ikut balik beraya di  rumah keluarga mertua di Terengganu. Oleh kerana disebelah pagi depa dah beraya di rumah keluarga di Semenyih so ayah mertuanya cadangkan tak perlulah nak ikut balik ke kampung lagi. Maka beraya sakan lah kami dipetang itu. Tapi apalah sakan sangat raya kat KL ni. Pi jalan-jalan kat shopping centre jelah ceritanya sambil minum petang membawa ke malam. Malam tu kami pekena  kedai mamak sahaja.


Rupa-rupanya ramai juga yang beraya kat KL nih sambil melepak kat mall......

Layan cucu mewarna.....

PS: Semakin bertambah usia semakin saya memahami nikmat Eidul Adha adalah untuk mereka yang menjalankan ibadah korban....

Spek lagi.....

Beberapa kali Nina dok komen pening kepala serta tak berapa nampak dalam kelas. Tapi apabila betul-betulkan kedudukan spek nampak okay pulak. Saya selalu pesan suruh duduk di bahagian depan masa dalam kelas. Selain boleh nampak tulisan di whiteboard dengan lebih jelas, boleh dapat first hand info daripada guru mengajar. Boleh terus tanya soalan pada guru kalau tak paham.

"Umi.... spek Nina bengkok....."  Skrip baru masa balik cuti raya baru ni. Kesian pulak tengok kedhaifan spek itu. Nak betulkan pun takut patah.

"Jom lah kita pi buat yang baru....."  Dah alang-alang nak buat yang baru kita pilih la yang elok sikit. Kami pi cari kedai spek yang sesuai kat Jusco Aeon Setiawangsa. Setelah buat pemeriksaan mata maka terserlah punca sebenar kenapa Cik baby tu asyik sakit kepala.

Patutla dok mengadu sakit kepala....

Sambil menunggu spek siap kami pi jenjalan dulu. Saja pusing-pusing kawasan sambil cari lunch.

"Lama tak makan Nandos...." Hmm dah tau dah. Setiap kali balik cuti mesti nak pekena menu nan satu ini. Saya pun tak pasti ntah apa yang sedap sangat depa makan benda-benda ni. Saya lebih suka makan nasi dengan ikan goreng panas-panas. Dan seperti biasa juga tak sah kalau tidak menggedik depan kamera... Hmm.....kita layan jelah.




Alhamdulillah spek siap dalam masa yang dijanjikan. Ambik yang simple sahaja tapi masih mengekalkan bingkai bulat. Maknya yang suka bingkai bulat sebenarnya.....


Sedar tak sedar dah habis cuti selama 10 hari. Sepatutnya balik semalam tapi katanya tiket ETS dah habis maka ada parent minta izin guru asrama untuk balik hari Isnin. Alhamdulillah ada parent tolong belikan tiket untuk satu geng anak-anak tingkatan 4 dari KL dan Selangor. First trip in the morning. Alhamdulillah ada kakak dan abang ipar tolong temankan cik baby. Maka usai solat subuh tadi kami gerak pi hantar Nina ke KL Sentral. Alhamdulillah jalan masih lengang dan tenang. Kami ambil masa 20 minit sahaja untuk tiba sana. Sempat singgah isi minyak kereta, beli T&G dan pastri untuk bekal dalam ETS dengan masa kecederaan selama 10 minit.


Bye baby..... jumpa lagi dua minggu depan.

PS: Dah habis rutin bas sekolah. Sekarang masuk rutin baru.....hantar dan ambik anak-anak balik asrama pulak.

Monday, 20 August 2018

Batu karang lagi.....

"Hari ni saya gi ngan driver.... kalau takde apa-apa saya terus gi Nilai...." 

Selepas dua minggu bertahan dengan pain killer hubby ada check-up dengan Urologist untuk buat CTU semula. Sepatutnya kena buat regular check-up tapi biasalah, kita ni kalau tidak sakit memang tak ingat apa dah. Lagi pulak kalau asyik sibuk dengan kerja opis, kalau setakat sakit ala-ala manja gitu, kita tolak tepi sahaja.

Sebenarnya dua minggu sebelum tu hubby dah mengadu sakit pinggang. Masa on the way balik kerja hari Jumaat dua minggu lepas tiba-tiba rasa sakit tak boleh nak tahan. So driver terus singgah A&E kat Ampang Putri. Terus depa cucuk pain killer dan buat ujian air kencing. Komfem ada batu karang so doktor cadangkan masuk wad malam tu juga untuk buat CTU dan jumpa doktor pakar. 

So malam tu terpaksalah saya belajar independent drive ke Ampang Putri sorang-sorang malam-malam buta. Sebelah rumah jer pun tapi cuaklah jugak apabila selama ini kita hanya jadi ma'am.

Saspen je dok menunggu kat luar bilik ultrasound ni.

Daripada CTU doktor dapati ada tiga biji batu dalam saluran ureter. So malam tu hubby tidur kat wad sebab doktor nak buat observation. Kalau boleh bertahan, doktor hanya bagi pain killer sahaja serta ubat untuk melancarkan perjalanan batu karang itu. 

Seperti biasa wad penuh. Yang ada hanya bilik untuk lapan orang. Tak kisahlah sebab stay untuk observation sahaja dan sakit pun tidak setenat mana. Alhamdulillah dapat wad tingkat 5 katil tepi tingkap. Cerah dan ceria boleh tengok keluar tingkap melihat pemandangan sekitar Ampang. Maka berkampunglah kami di sana selama dua malam.....


Suasana cerah. keesokan harinya....

Tukang peghabih makanan.....
Kemain tak lalu makanan hospital, pi pekena Gloria Jean's....

Disebabkan hubby boleh bertahan dengan pain killer maka doktor benarkan keluar dulu dan datang semula dalam masa dua minggu...... Akhirnya selepas bertahan selama dua minggu maka kita decide untuk keluarkan batu keramat itu. Lagipun sooner or later terpaksa buat pembedahan juga. Jadi dah alang-alang belum sakit tenat ini maka kita ambik sahaja rezeki kelapangan masa yang Allah dah sediakan.....

Maka pada hari Jumaat baru ni hubby pi jumpa pakar. Hasil CTU menunjukkan batu karang tu dah bergerak ke bawah cuma prosesnya agak perlahan. So doktor cadangkan buat laser sahaja. Disebabkan masih boleh bertahan maka hubby terus pi Nilai untuk siapkan kerja-kerja kat opis dulu. Hospital dah sediakan admission letter untuk masuk wad pada awal pagi Sabtu esoknya. Sementara itu kena puasa bermula pukul 12 malam sebab depa akan terus buat operation as soon as OT kosong pada hari Sabtu tu.

Proses masuk wad agak lancar sebab masih awal pagi...

"Wad single semua penuh Prof.... kami ada VVIP Premier Suites sahaja...." Biasanya kalau melibatkan pembedahan kami akan ambil wad single. Nak privasi untuk berehat selepas pembedahan. Tapi sebab nak jugak duduk sorang-sorang  maka terpaksalah terima apa yang ada. 

Premier Suites ni agak traditional. Perabot semua masih guna kemasan kayu. Bilik pun macam gelap.... gamaknya nak dapatkan kesan exclusive. Siap ada attached kitchen area mungkin untuk keluarga yang datang melawat. Soalah-olahnya macam pesakit nak kena stay lama menunggu rawatan hingga hujung nyawa. Rata-ratanya bukan taste saya.... Kalau saya mungkin makin sakit tenat kot dengan suasana gelap dan suram macam tu....:(

Suasana suram seakan menunggu mati.... 

Kawasan dapur....

Alhamdulillah kami tidak menunggu lama. Dalam masa dua jam selepas masuk wad, depa dah panggil untuk masuk bilik bedah. Selepas tiga jam menunggu akhirnya hubby dihantar ke wad semula. Depa keluarkan batu sebesar 0.5cm. 

Batu hitam saiz 0.5 cm


Panduan solat...

Pembedahan berjalan lancar dan hubby recover dengan cepat. Kata doktor, hubby boleh keluar esoknya. Maknanya kami hanya guna bilik VVIP tu untuk satu malam sahaja. Alhamdulillah. Tak sanggup saya nak berlama-lama dalam tu. Selayaknya untuk orang-orang besar sahaja.....

Sementara menunggu doktor datang untuk review sebelum discaj, saya pi cari sarapan dulu. Suasana hari Ahad sangat lengang. Maka duduklah kita makan sorang-sorang dengan aman-damai.

kosong

By pukul 12 tengahari doktor datang. Siap boleh berborak panjang. Biasalah kalau dah jumpa 'set-set demo' ada sahaja topik untuk diborakkan. 

Peramah nau Tuan Doktor

"Misi kalu tok sir denga buleh gi wat kijo lain....." Bagus juga doktor tu ambik peluang borak dengan pesakit yang dah tak sakit. Laju je nurse tu keluar bilik. Kesian tadi tengok nurse tu terkebil-kebil tunggu doktor berborak dengan hubby. Maka dengan saya sekali duduk tercongok mendengar depa berborak. Macam-macam isu yang timbul. Sekali-sekali saya menyampuklah jugak....

Alhamdulillah semuanya selesai dengan lancar. By pukul 4 petang Ahad tu kami dah sampai ke rumah semula. Done my weekend, berbakti sebagai isteri mithali......


PS: Sungguh.... saya dapat melihat perbezaan layanan manusia pabila kita dianggap berduit....

Tuesday, 14 August 2018

Chess....?

Sejak habis matrik bujang sorang tu asyik melepak je. Kalau kat kampung boleh juga suruh pi masuk hutan ke, membajak ke, bela ayam ke.... Kat rumah ni tak ada benda nak buat maka mengadap laptop jelah. Kalau tidak pun merenung hp. Hopefully terselit jugaklah benda-benda bermanafaat daripada dalam hp tu. One good thing anak-anak bujangku ini tidak suka melepak dengan kawan-kawan. Paling-paling pun depa pi main futsal lepas tu makan-makan sekejap lepas tu terus balik rumah. Kadang-kadang naik risau jugak takut depa tak pandai bersosial. Tapi bak kata hubby, lebih baik depa melepak di rumah depan mata kita daripada melepak kat luar tak tahu apa benda yang mendatang..... 

Tak sangka pulak dalam diam bujang ni pi register masuk chess tournament. Katanya nak test power. Alhamdulillah daripada dok saja, sekurang-kurangnya adalah juga benda nak buat. Maka hari Ahad baru ni pertama kali saya menjejakan kaki ke Sunway Velocity Mall. Tak pernah terniat pun nak ke situ. Kalau takde hal memang malas nak masuk shopping mall. Penat nak berjalan-jalan tanpa tujuan. Dah puas dah berwindow shopping masa muda-muda dulu.... Nak cari parking pun satu hal. Jenuh memusing baru jumpa. Lepas tu nak kena menapak cari eskelator dan lif pulak. Hmm....


Alhamdulillah kami tiba on-time. Sempat dengar taklimat tapi sepatah haram pun saya tak paham. Yang saya tahu depa dah susun kedudukan ikut komputer. Depa guna sistem Swiss. Advantage untuk yang dapat buah putih sebab boleh jalan dulu lead the game. Apa-apalah labu.... Main jelah sampai habis tujuh round dari pagi sampai petang.

Lama jugak taklimatnya....

Awal-awal masih boleh senyum lagi.....

Serius tiba-tiba....

Khusyu' pakat dengar taklimat....


Saya tunggu sambil tengok round pertama. Suspense jugak dok menunggu tengok depa main. Alhamdulillah bujangku dapat kalahkan peserta lawannya dalam masa 15 sahaja walaupun depa peruntukan masa selama 30 minit. Lepas tu rehat selama 15 minit sebelum masuk round seterusnya. Lepas round pertama kami pi minum-minum sekejap nak bagi hilang tension sikit. 


Konon buat muka gangster padahal nervous nak masuk second round...

Hubby suruh saya tunggu sampai habis. Tapi malas pulak nak duduk tercongok kat situ sampai petang. Banyak benda boleh buat kat rumah. So, masuk je second round kami balik. Singgah pi cari lunch kat Taman Maluri. Bawa balik empat bungkus nasi kukus daun pisang. Setel lunch membawa ke dinner....

Aturcara.

By pukul 3.30 petang kami gerak semula ke sana. Sekali lagi timbul masalah mencari parking. Setelah empat lima kali pusing akhirnya kami dapat parking kat bahagian residence. Depa ada dua tower. Satu untuk residence satu lagi untuk shopping mall. Disebabkan kami parking kat bahagian residence maka kena naik eskelator keluar bangunan residence lepas tu masuk ke bangunan shopping mall. Seterusnya naik lif ke tingkat 5. Alhamdulillah program habis seperti yang dirancang. 

Tahniah untuk bujangku....Out of seven rounds menang 3 kali, kalah 3 kali dan seri 1 kali.....

Sijil kosong untuk isi nama sendiri....


PS: Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya....


Friday, 3 August 2018

Tebang pokok..... akhirnya.

Sejak musim hujan sekarang ini pokok-pokok sekitar rumah saya bertambah segar dan makin galak mengeluarkan daun. Seperti selalu pokok mangga kat belakang rumah tu menjadi juara rimbun. Dan seperti biasa juga daun-daun yang merimbun tu menyesakkan pandangan mataku. Lagipun dahannya dah menghampiri tiang elektrik dan daun-daunnya makin mencecah wayar elektrik yang tergantung sepanjang jalan belakang rumah. Maka sebelum apa-apa berlaku baik saya cepat-cepat ambik tindakan. Tebang ajelah jalan penyelesaiannya. Sebenarnya dah lama saya dok merancang nak tebang pokok tu tapi ada sahaja halangannya.....


Dah masuk kali ketiga saya buat temujanji dengan pemotong pokok. Awalnya saya tak letak harapan sangat sebab yang dua kali sebelum ini bukan  main manis janjinya nak datang siap bawa lori untuk angkut batang-batang pokok tu. Kita ni punya la setia menunggu dah siap redi dengan duit cash. In the end bayang pun takde..... Sabo jelah.

"Saya cuba datang esok Kak. Kalu tidak boleh, saya datang hari Jumaat. Boleh siap dalam masa 1-2 jam."

Beriya-iya saya pesan suruh datang dengan lori angkut. Saya suruh depa datang awal pagi sebab pada jam 12 tengahari saya ada lunchdate dengan cikgu-cikgu pencen. Lepas tu saya nak terus gerak ke Nilai pulak. Alhamdulillah seperti yang dijanjikan tepat jam 9.30 pagi depa datang siap bawa mesin pemotong. Tapi depa naik kereta sahaja. Saya tinjau-tinjau cari lori.

"Nanti dah siap potong lori datang ambik....." Agaknya depa faham apa yang ada dalam fikiran saya. Risau pulak saya takut depa tinggal batang-batang pokok tu begitu sahaja. Kang tak pasal-pasal kena saman dengan MPAJ. Dah la saya dok kalut nak keluar dating.



Sekejap je dah siap potong. Cara kerja depa nampak profesional. Siap ukur angle untuk pastikan batang pokok tu tumbang di tempat yang selamat.


Lepas siap potong batang-batang pokok tu depa campak keluar pagar belakang rumah. By pukul 11 pagi semua kerja punggah memunggah siap dan depa pun minta diri nak balik.

"Nanti tengahari lori datang Kak..... sekarang lori ada kerja di Sentul....." Hmmm.... lagi lah saya risau bila tengok longgokan batang pokok kat belakang rumah. Doa je dalam hati mudah-mudahan depa tak mungkir janji.


By the time saya balik dari lunchdate semua dah setel. Seperti yang depa janji, semua batang-batang tu depa dah angkut naik lori masa saya tengah bersuka-ria dengan kawan-kawan tengahari tadi. Alhamdulillah berbaloi bayar RM750 untuk servis yang tip-top begitu. 

Dah clear, buruk pulak nampak togel macam tu....

Lepas ni bolehlah teruskan dengan projek makcik pencen....Nak cat dinding tembok, nak tanam pokok baru (???), nak pasang bumbung.... nak extend dapur, nak tambah bilik...... bla, bla, bla... adeh!

Sebelum dan selepas....


PS: Tetiba macam-macam benda bertandang dalam kepala.

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...