Tuesday, 30 January 2018

Cleaner, plumber, supir.....

Beberapa hari ni saya banyak buat kerja-kerja rumah sahaja. Hubby kerja luar kawasan so saya isi masa dengan planning 'kerja-kerja' yang sesuai dengan jiwa saya sahaja. Biasanya selepas hantar Nina pi sekolah saya terus balik rumah catch-up to do list yang tertangguh. Sejak masuk apartment ni baru perasan banyak benda nak kena buat. Sebelum ni, apartment ni jadi rumah hinggap je. Sekali-sekala saya datang teman hubby untuk maintain dan mengemas sikit-sikit. Hubby pun dah malas nak hinggap sini sebab bosan duduk sorang-sorang. Tapi sejak saya dah duduk sini, saya upgrade sikit-sikit to make it a home. First thing first sudah tentulah kena rasa selesa. Kena tukar langsir dulu. Alhamdulillah selepas dua hari selesai kerja-kerja menjahit langsir untuk ruang tamu. Untuk bilik tidur dan lain-lain kita tangguh dulu. Saya buat langsir french pleat biasa sahaja. Kain beli kat Nagoya Aeon Big. Kain kosong tanpa corak, simple plain

Hari Rabu baru ni, lepas balik hantar Nina pi sekolah, jam 8.00 pagi saya sarapan dua biji croissont dengan air teh tanpa gula. Lepas tu meneruskan operasi mengelap cermin sliding door dan kipas. Gigih panjat tangga naik turun lap kipas. Terlupa pulak yang diriku ini seorang yang gayat. Bila dah habis lap baru perasan yang lantai itu sangat la jauh ke bawah. Kemain gayat nak turun, padahal semasa leka mengelap kipas tu suka hati je berangan macam-macam. Bila terpandang ke bawah tu mula lah tetiba kaki ini jadi wobbly-wobbly. Kata orang, itu cuma mainan perasaan..... it's all in the mind. Alhamdulillah, kuatkan semangat, selamat je sampai ke bawah, takde la teruk manapun,. Lepas tu sibuk pulak memvacuum dan mengemop segala habuk dan debu yang berterabur atas lantai. Sedar tak sedar it takes nearly two hours to clear everythings. Alhamdulillah terbakar jugak lelemak tepu yang tersimpan selama ini. Berpeluh-peluh seakan baru balik marathon lima kilometer gayanya..... :) Kemudian saya berehat sebentar sambil menghabiskan seketul dunkin' donut dan secawan teh tanpa gula lagi sekali.

Jam 11.00 pagi saya meneruskan operasi menyental laundry area pulak. Sejak masuk rumah ni, kawasan ni belum pernah disentuh. Kawasannya clear sahaja, takde sampah, cuma penuh dengan habuk dan debu. Suci dalam debu gitu. Saya cuma perlu sapu sawang, lap dinding dan tingkap serta basuh lantai. Dek kerana terlebih semangat menyental segala habuk dan debu, tetiba tertanggal pulak kepala paip yang dah sedia ada kat situ. Maka tersembur-sembur air keluar memenuhi lantai. Kalut la pulak pi cari sumber air tu. Alhamdulillah dengan skil KHB yang ada, walaupun tak pi sekolah, saya dapat tutup sumber air dari tangki. Sementara tunggu lantai tu kering saya keluar pi kedai hardware cari kepala paip yang baru. Tak susah mana pun. Cabut yang lama, pasang yang baru. Saya beli yang dah tersedia untuk sambung ke mesin basuh. (dah siap planning nak letak mesin basuh baru.....:)) So petang tu terus pi order mesin basuh, malam tu jugak depa datang hantar, dan-dan tu juga saya mula mendobi. Pantang larang  saya kain-baju berlonggok tak basuh.
Ruang sempit muat mesin basuh sahaja...

Sebelum ni setiap kali hujung minggu saya angkut baju-baju busuk bawa balik Ampang. Sepanjang dua hari di Ampang tu la terpaksa cramp-in kerja-kerja membasuh, menjemur, mengangkat, melipat dah menggosok untuk seminggu. Tambah lagi sekarang musim hujan tak menentu. Belum lagi nak buat kerja-kerja lain. Kebetulan pulak setiap kali hujung minggu ni penuh dengan jemputan kenduri, memang tercungap-cungaplah nak menyiapkan semua kerja. Nak menikmati kesegaran  pokok-pokok di halaman rindu pun tak sempat.....

"Kenapa la Umi tak panggil cleaner je? Bukannya mahal pun?" Iman selalu jugak membebel. Ya, betul la tu... bukannya mahal pun. Tapi persoalannya bukan mahal atau murah. Saya lebih suka buat kerja-kerja rumah sendiri. Biar kalut macamana pun saya akan lebih bahagia melihat hasil tangan sendiri. Kepuasan dalam kepenatan itu yang sukar digambarkan.

"Tapi Umi membebel bila penat....." Haha..... itu sudah pasti. Tapi duduk sensorang begini takde sapa yang akan mendengar bebelanku. I'll do my work in my own sweet time.......Bak kata seorang sahabat, "...being alone is heavenzzzzz...."

Lepas ambik Nina dari sekolah tengahari tu kami singgah makan. Lepas tu pi beli barang-barang dapur nak penuhkan peti sejuk. Kesian pulak beriya-iya minta hubby belikan peti sejuk baru tapi dibiarkan kosong. Semua barangan adalah dapur-free sahaja sebab saya belum bijak menggunakan dapur elektrik tu. Tunggu nak prektis entah bila. Reason, sebab cooking is not my passion..... :D

Malam saya cuma nak makan yang simple sahaja. Menu salad dan buah-buahan. Azam tahun baru nak kurangkan makan, tapi masih suam-suam kuku. Dah nak masuk bulan Februari, azam tu asyik berterabur sahaja. Ada hari 'terpaksa' abaikan azam dan hasrat maka terpaksa ganti dengan hari lain. So malam tu kebetulan nak qadha kurangkan makan maka kita cuma ambik salad sahaja. Masa beli tu saya take for granted tak check ingredient. Confident je kat Malaysia ni makanan kat pasaraya tu semuanya halal unless otherwise stated. Dah balik rumah baru rasa dressing salad tu lain macam rasa masam dia. Nak kata rasa cuka pun tidak, rasa lemon pun tidak. Rupa-rupanya depa letak balsamic wine vinegar. Setakat pengetahuan saya, kalau wine vinegar tu Insya Allah boleh dimakan sebab process dia dah melepasi tahap penghasilan wine. Bila dah jadi vinegar (cuka) maksudnya alkohol dalam wine tu dah takde. Sama macam cuka Melayu, depa panggil cuka padi. Sama juga macam air nira (orang kelantan panggil tuak), boleh di minum selagi dia tidak mencapai tahap masam yang memabukkan tu. (Saya tak minum sebab fobia nama tuak tu. Fahaman saya berbeza. Tuak Kelantan dan tuak Kedah berbeza. Orang Kedah tak minum tuak....) Okay berbalik pada cerita wine vineger, maka saya pun terus ragu-ragu tentang kehalalan balsamic wine vinegar itu. Hasil google (seperti biasa) ada dua pendapat : 
  1. Sekiranya semua wine itu dicampur sebelum atau semasa proses penyediaan, semua bahan akan bertukar menjadi vinegar. Pada tahap itu, wine itu sendiri pun akan bersama-sama bertukar menjadi cuka juga. Maka status wine tu dah jadi halal maka balsamic wine vinegar yang di proses itu halal di makan.
  2. Ada manufacturer yang menambah wine lagi  selepas selesai proses penghasilan wine vinegar sebagai penambah perisa. Dalam hal ini balsamic wine vinegar tu kiranya dah bercampur dengan elemen yang tidak halal. Maka keseluruhannya menjadi tidak halal. Makanya tidaklah boleh di makan. 
Hmmm..... disebabkan ada keraguan di situ maka saya mengambil jalan selamat untuk tidak terjebak dalam hal-hal yang tidak pasti. Malas pulak nak pi soal-siasat manufacturer tu tentang proses penyediaan balsamic wine vineger yang depa guna.  Kot-kot depa guna cara pertama, boleh la saya bersuka-ria menghabiskan makan malamku. Tapi kalau cara kedua maka ke tong sampahlah saladku itu. Apa-apa pun sebagai jalan selamat saya relakan aje ia berakhir di tong sampah....:(

Maka malam itu saya hanya membanyakkan pengambilan buah-buahan sahaja. Usai menyoroti apa yang telah saya lakukan sepanjang hari serta muhasabah diri, saya sangat pasti being alone is just a new beginning. Alhamdulillah tidur lena tanpa gangguan.....


PS: Sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan....


Friday, 19 January 2018

Melaka, Melaka lagi.....

Hari tu teman hubby lagi. Kami pergi berdua sahaja. Nina tinggal rumah ngan Dayah dan Umair. Program hubby kat Melaka je, perjalanan pun lebih kurang dua jam sahaja so takde lah penat mana.. Depa buat kat Hotel Novotel, dekat je dengan bandar Melaka. Masa hubby berprogram, saya tak pi mana-mana pun sebab malas nak berjalan sensorang.  Duduk je kat bilik hotel berehat cara orang tua. Lepak-lepak sambil membaca, berfikir, tengok TV..... golek-golek, tidor......zzz. Teringin juga nak turun berenang bila nampak swimming pool dari bilik hotel ni. Tapi segan pulak. Depa buat swimming pool open air macam tu, semua orang boleh tengok. Kang terkejut pulak orang tengok makcik dok tergedik-gedik dalam air sorang-sorang. Kalau teman cucu tu lain cerita.
Swimming pool melambai tenang di awal pagi.

Hubby selesai program sesi 1 dalam pukul 6.00 petang. So kami keluar pi ambik angin petang sekitar Dataran Pahlawan. Setiap kali datang Melaka, kami pasti akan luangkan masa di sini. Hubby suka bercerita tentang sejarah Melaka. Kat mana pun kami pergi, ada je bahan sejarah yang dia nak cerita. Dah banyak kisah sejarah yang saya dengar, satu pun tak lekat dalam memori saya. Buta sejarah sejak azali diriku ini. Sejak asyik kena denda dengan cikgu sejarah kat sekolah dulu-dulu terus padam semua kisah sejarah dalam batu jemala ini.

Cuaca agak mendung akhir-akhir ni so pemandangan sekitar Dataran Pahlawanpun agak terbatas. Tapi saya suka tengok batang hiasan sepanjang dataran tu. Gaya antena komunikasi ngan makhluk asing. Dalam cuaca mendung begitu lagi la nampak real. (Pengaruh cerita sains fiksyen nih....)


Dah puas sedut angin petang kami pi cari dinner sambil jalan-jalan sekitar Hatten Hotel. Dia attacthed dengan shopping mall. Banyak ruang kedai yang masih kosong. Tak pasti pulak samada belum disewakan atau memang tiada penyewa. Yang pasti kebanyakan ruang kedai tu nampak kosong je.

Lepas dinner saya tapau megi goreng untuk supper. Malam tu hubby ada program sesi kedua, so bolehla saya meneruskan sesi duduk sensorang sambil menambahkan lemak di badan serta proses pengembangan abdomen.

Pertama kali masuk hotel yang ada bilik air lutsinar. Sangat sesuai untuk mood honeymoon. Kalau nak masuk bilik air tekan je button up/down untuk turun atau naikkan bidai. Udah bercucu ni takde la pulak tergamak nak menggunakan segala kelengkapan lutsinar itu. Sebelum masuk bilik air lagi saya dah turunkan bidai..... :D

Kami stay satu malam sahaja. Masa nak check-in hari tu depa suruh tukar tiket parking. Bayar deposit RM30 tunai, boleh keluar masuk parking anytime tak kisah berapa kali. Bila nak check-out, serahkan balik kad tu, nanti depa bagi balik deposit penuh RM30. Kiranya macam parking free jelah, complimentary daripada pihak hotel. Rasanya parking tu terbuka untuk orang awam juga sebab tu depa buat sistem camtu.

Dah alang-alang sampai Melaka, esoknya tu lepas check-out kami terus lajak pi Tangkak ziarah Amin kat hostel.

"Nak belanja Amin sebab dapat result bagus baru ni....." Hubby memang selalu ingat kat anak-anak, in his own way.


[Cerita Melaka 28-29 Disember 2017]

Sunday, 14 January 2018

Autogate dan tayar kereta.....

Bangun pagi-pagi tetiba hubby kata ada meeting ngan sapa tah. Sebagai isteri mithali, (ehem) saya jarang bertanya hubby nak jumpa siapa. If it is a meeting, then it is a meeting, walaupun hujung  pada minggu.

"Gate tak boleh buka....." Biasa la tu kalau ada apa-apa masalah mesti nak kena cari umi. 

Mulanya saya ingatkan bateri remote hubby yang kong, so saya cuba guna spare remote. Masih tak boleh buka. Cuba guna suis secara manual, pun tak boleh. Of course la tak boleh sebab dah buat bypass hari tu. Masa buat bypass hari tu depa potong wayar asal, yang dah tanam dalam tanah. Kalau nak repair terpaksa hack lantai dan dinding rumah. Sayang pulak nak rosakkan rumah.  So depa terpaksa potong wayar tu dan sambung melalui luar rumah. Akibatnya suis manual tu terpaksa diabaikan.
Suis asal yang terabai.

Nak buka ngan screw driver pun tak boleh sebab dah berkarat. Hmmm.... 

"Ayah naik kereta Ein jelah....." Alhamdulillah kereta Ein parking kat luar rumah. Sementara hubby pi meeting saya pun masuk 'ofis' full-filling all the expectations of a housewife, yang semua orang expectedSediakan breakfast, (masak nasi goreng je pun), kemas dapur, buang sampah, setel makanan kucing bla,bla,bla..... (macam la banyak benor). Lepas tu saya setel down untuk cari orang repair autogate. Seperti biasa kita google je nombor yang kita nak.

"Akak cuba tengok main suiz. Ada yang ke bawah tak?"
"Dah tengok, takde. Semua on." 
"Ok.... akak tutup semua suiz tu. Lepas tu buka satu satu...."

Alhamdulillah saya dah biasa on-off  button kat main switches board tu. Dah tutup semua button tu of couse lah habis black-out satu rumah semua. Malangnya lepas on balik semua pun autogate masih tak boleh buka. Komfem masalah motherboard. So saya terus buat appointment. Depa datang tengahari tu jugak. Memang sah masalah motherboard. Dah hitam terbakar. Kejadian malam tadi gamaknya. Katanya disambar petir masa hujan malam tadi. Saya pun tak pasti. Tido mati diriku ini gamaknya. Masa saya balik petang semalam semuanya elok je.

Depa ganti dengan motherboard baru. Lepas tu offer untuk letak bateri spare dalam kotak tu. Katanya senang kalau tetiba blackout takde masalah nak buka tutup pagar, sebab dah ada bateri spare kat dalam tu. Katanya lagi jangka hayat bateri tu boleh tahan blackout selama dua hari. Malas nak fikir panjang, saya setuju je apa-apa yang depa rekomen. Dah tua-tua ni malas nak fikir kemungkinan-kemungkinan negatif dalam hidup. Saya cuma mengharapkan kehidupan yang tenang-tenang hingga akhir hayat..... gitu.

Harga motherboard masih sama seperti setahun lepas. Saya tak pasti model jenis apa  yang depa ganti.  Asalkan boleh berfungsi sudah cukup bagi saya. Depa bagi waranty setahun.  First time pakai autogate dulu tahan selama tiga tahun, yang kedua tahan setahun setengah sahaja. Harapnya yang ini tahan lebih lama.

Selesai satu bab, hal lain pulak menyusul. Sebenarnya tayar kereta saya tu dah mula kembung kempis kembung kempis sejak beberapa minggu yang lepas. Dah dua kali saya pi pam tayar, namun selepas seminggu dia kempis balik. Alhamdulillah hujung minggu ni ada banyak masa so lepas setelkan hal autogate tu saya pi setel hal tayar kereta ni pulak. 
Laju je depa buat kerja. Hubby suka pi servis kat tempat ni sebab katanya efficient. Setakat ni hubby berpuas hati dengan servis kat sini walaupun saya tak berapa setuju sebab depa caj agak mahal. 

"Takpe lah bayar lebih sikit kalau servis dia elok....." Hubby selalu berpesan kepada isterinya yang suka berkira ini.

Setelah dibuka baru nampak ada paku cantik je tertusuk kat tayar tu. Sepatutnya kalau cabut paku tu dan tampal tempat bocor tu pun dah okay. Tapi banyak pulak dia dok pujuk suruh ganti tayar baru.
Mana tah datang paku ni......

"Tayar ni dah pecah-pecah.... elok ganti yang baru." 
Sungguh, saya pun dah lupa bila last saya ganti tayar kereta tu. Rasanya lima tahun lepas saya dah tukar keempat-empat tayar tu sekali gus. Logik la hingga kini semua tayar tu hampir nazak, walaupun pada pandangan saya yang buta kereta ni nampak tayar tu macam okay je lagi. Setakat yang saya tahu, boleh je guna selagi tayar tu tak botak. tapi hubby kata tukar jelah demi keselamatan.  Tukar semua keempat-empat tayar. Hmmm..... suka hatilah, bukan saya yang keluar duit.

Sebelum ni saya selalu guna tayar Bridgestone sebab katanya bagus terutama kalau musim hujan sebab dia ada sistem grip yang bagus untuk mengelakkan tayar skidding. Harga RM320 sebijik. Last time beli harganya RM270 sebijik. Itu masa lima tahun lepas. Maknanya depa naik RM10 setahun. Hmmm.....

"Kita buat servis sekalilah. Buat yang minor je. Tukar minyak hitam dan lain-lain minor services." Servis kereta memang dah due pun. 

Maka berbelanja sakan lah kami hari tu. Kos repair pagar RM500 plus kos repair kereta RM 1500. Total RM2000. Alhamdulillah rezeki Allah datang berbagai cara.....


PS: Hidup ini tiada yang percuma..... 





Wednesday, 10 January 2018

Makcik pencen..... the beginning.

Dah masuk minggu kedua kami berkampung di Nilai. Alhamdulillah setakat ini semua perancangan berjalan lancar. Kami mula angkat barang pada pagi Selasa buka sekolah 2018. Awal pagi sebelum subuh dah gerak dari Ampang. Singgah subuh di RnR Nilai, lepas tu terus hantar Nina pi sekolah. Perasaan saya? Of course laaa..... cuak giler. Dah lama tak biarkan anak-anak pi sekolah sorang diri. Biasanya saya sentiasa ada di sisi. Anak-anak boleh masuk je bilik guru anytime kalau nak jumpa Umi. Tapi bak kata hubby, sampai bila kita nak berkepit dengan depa. Sampai masa nanti tinggal kami berdua sahaja. Nasib tak baik duduk le sensorang mengenang nasib diri....

Hari Sabtu sebelum tu dah pi daftar sekolah. Sekolah buat hari orientasi pelajar baru. So sempat la kami meneroka dan melawat kawasan. Alhamdulillah saya suka aura yang ada di sekolah itu. Satu pembaharuan untuk Nina. Sekolah baru dengan suasana baru serta rakan-rakan saingan yang baru. Mudah-mudahan semua itu memberi erti baru dalam fasa hidupnya.
Macam-macam warna baju .....
Peneman setia Umi.

"Iman otw datang Nilai ....." Sungguh-sungguh Iman ngan Marwan datang all the way dari Kajang sebab nak hantar adik masuk sekolah baru. Semua orang semangat nak bagi sokongan moral pada baby bongsu tu. 
Mekca pun excited hantar Ciksu.....
Meeting new friends

Selesai urusan suai-kenal kami pi jalan-jalan sekitar Messamall. Kebetulan bawa adik ipar Dayah sekali so boleh la melawat kawasan.


Sebenarnya rumah kat Nilai belum ada apa-apa renovation lagi. Masa mula-mula masuk hari tu kami hanya beli katil, almari, kerusi sofa dan meja makan serta TV. Sekarang ni baru nak mula upgrade sikit-sikit. So untuk sementara ni kami hanya makan luar. Kalau nak homecook kami guna yang instant sahaja. Dapur pun takde lagi. Mengimbau kenangan masa remaja pulak. Zaman  duduk berdua memula nikah dahulu. Cuma sekarang ni ada sorang baby besar gajah tu.

Disebabkan hubby suka makan menu air tangan saya maka kami beli lah satu dapur elektrik, induction cooker. Saya ni mana la reti nak guna peralatan cecanggih macam tu. Bercinta nak start masak. First time guna dah hangit segala benda. Dah macam budak baru belajar masak gayanya. Nasib baik masak nasi pakai rice cooker. Adeh!....
Malasnya nak baca arahan.

Nak tekan butang mana pun gagau.....

Penyelamat keadaan.

So lepas ni nak kena pi cari tukang pasang kabinet dapur, pasang unify dan lain-lain yang dirasakan perlu. Pasang apa yang perlu sahaja. After all ini hanyalah rumah sementara, so tak perlu nak renovate beriya-iya. Kalau umur panjang, at the end of the day nak balik pencen kat rumah Ampang juga. 

Setakat ni saya akan cari jalan untuk balik Ampang during midweek. Sekali pun cukup. Kesian kat pokok-pokok tanaman dan anak-anak kucing yang ditinggalkan. Semalam kebetulan hubby ada meeting kat PJ. Maka saya dengan rela hati jadi peneman setia. Lepas hantar Nina pi sekolah kami terus ke PJ. Berhenti kat RnR Nilai untuk sarapan. Sampai PJ agak lambat sebab jalan jam. Sepatutnya perjalanan hanya ambik masa 1 jam sahaja tapi makan 2 jam. Alhamdulillah meeting hubby mula pukul 10 pagi jadi sempatlah nak bernafas sebentar. Lepas drop hubby saya terus balik Ampang melepas rindu pada bunga-bunga dan anak-anak kucing comel tu. 
Baby kucen belum bernama....

Bunga mekar sepanjang peninggalanku.

Alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan selamat. Dalam pukul 12.15 tengahari saya gerak semula ke PJ untuk pick up hubby. Balik semula ke Nilai sebab hubby kena jaga students exam pukul 2.30 petang. Saya balik rumah untuk rehat sekejap. Pukul 4.30 petang keluar semula gi ambik Nina kat sekolah, kemudian pusing balik USIM untuk ambik hubby. Lepas tu kami terus keluar pi dinner dan balik rumah sebelum pukul 7 malam. Such a hectic day. Sehari dalam hidup seorang supir.... :) Alhamdulillah tak perlu memasak. Mudah-mudahan skill memasak saya tidak hilang ditelan masa.


PS: Pension life is not so bad after all. Well, may be not yet.... :)




Sunday, 7 January 2018

Fly higher boy.....

"Ein ada exhibition. Umi datang tau. Open to public....." Awal-awal lagi bujangku dah ingatkan.

So hari Khamis baru ni kami gerak dari rumah Ukay jam 6 pagi. Subuh tengah jalan, lepas tu terus hantar Nina pi sekolah. Lepas drop Nina kami take away 2 bungkus nasi lemak dan kuih. Singgah apartmen hubby untuk breakfast. Then hubby pi USIM untuk meeting. Sementara tu saya tinggal kat apartmen, mengemas apa yang patut. Kol 9.45 pagi kami gerak ke UM. Tiba sana lebih kurang pukul 11 pagi. Melilau cari parking. Punya la banyak kereta. Kebetulan masa ni musim exams, parking memang penuh. Students sekarang memang kaya. Masing-masing bawa kereta. Setelah puas bertawaf akhirnya dapat parking kat fakulti Engineering. Kami ikut laluan short-cut dari bangunan Engineering. Tak terasa penatnya panjat tangga hingga tingkat 4. Lepas tu baru masuk ke bangunan Alam Bina. Bangunan baru. Exhibition kat tingkat 4 juga. Alhamdulillah ada lif.

Bengkel pemotongan. Katanya share antara Alam Bina ngan Engineering

Sebelum sampai kepada peringkat exhibition tu banyak stages yang depa kena lalui. Daripada site visit, analisis, konsep dan macam-macam lagi lah. Memang penuh dengan blood, sweat and tears. Saya pun tak sempat nak follow apa yang depa buat. Yang pasti, banyaklah peralatan DIY saya yang bujangku angkut pi UM. Segala mertun, skrew, spana, gergaji, gerudi dan macam-macam peralatan dari stor hardware saya hilang tak dapat dikesan. Saya tak perlu risau kalau barang-barang hardware saya tu tiba-tiba lesap. Depa pi masuk universitilah tu. Kalau nak jumpa balik, tunggu bujangku habis grad nanti. Itupun kalau barang-barang itu masih menjadi rezeki saya.

Kadbod ke papan lapis, entahlah, depa potong-potong.....

Lepas tu cantum buat model bangunan 

Terbeliak jugak biji mata saya tengok hasil kerja budak-budak Architecture ni. Tak tercapai dek akalku. Patutlah Allah tidak takdirkan saya mengambil jurusan ni. Saya ni memang jenis yang susah nak keluarkan idea. Takde idea pun sebenarnya. Nak cari idea, konsep, lakaran dan entah apa lagi yang memerlukan kadar imaginasi dan tahap penguasaan yang tinggi sah-sah la di luar batu jemalaku. Mujurlah saya ambik jurusan perakauanan sahaja. Hanya perlu masuk kelas, dengar lecturer mengajar, ambik nota, balik buat homework, assignment dan ulangkaji sikit-sikit. Hujung tahun study untuk pereksa. Apa yang saya belajar, itulah yang keluar dalam exam. Tak perlu nak perah otak nak cari idea baru dan bernas bagai.

Presentation depan examiner.

Seni halus. Ini bukan bidang saya.


Model bangunan. Depa ukur, potong pastu bina satu-satu.

Model bandar sebenar

Pada saya yang buta seni nampak rata-rata students menunjukkan bakat yang tinggi. Depa susun hasil kerja tu mengikut ranking kedudukan yang diberi oleh external examiner. So by this time kita dah boleh agak di mana kedudukan CGPA kita. Final assessment akan dibuat setelah semua external examiner, internal examiner, dekan dan lecturer duduk berbincang.


"Certified Music therapist datang tadi. Dia ambik no hp Ein......"
Alhamdulillah.


PS: Apa-apa pun mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. May Allah ease.....


Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...