Friday, 20 October 2017

Melaka lagi....

Alhamdulillah Jumaat lepas berakhir peperiksaan PMRI menandakan berakhirnya alam persekolahan puteri bongsu di Tingkatan 3. Peperiksaan PT3 selesai pada hari Khamis dengan kertas Bahasa Arab. Jumaat tu cuma ada kertas Tajwid dan Tasawwur Islami sahaja.

Sebenarnya saya dah plan nak mohon cuti sekolah dengan anggapan kertas PMRI tu depa bawa ke hari Isnin lepas cuti Depavali nanti. Kebetulan weekend tu hubby ada program kat Melaka so kami plan menumpang sekaki sambil jalan-jalan bawa diri. Hajat awal nak ikut hubby terus pi USIM pagi Jumaat tu sebab depa nak bertolak terus lepas kerja petang Jumaat tu. Hajatnya juga sambil menunggu hubby habis kerja sempat la saya mengemas rumah hinggap kat sana yang dah lama tak dijengok. Tak perasan pulak pagi Jumaat tu hubby ada meeting apa tah kat UIA. Disebabkan Nina masih ada exam PMRI hari tu dan saya pulak kena jaga exam dari pagi hingga tengahari maka semua perancangan terpaksa bertukar kepada plan B.
  • 6.30am: Gerak pi sekolah 
  • 8.00am - 9.00am: Jaga exam lepas tu pi breakfast. Kemudian siapkan cenderahati untuk ahli Kelab Angklong
  • 11.00am - 12.30pm: Jaga exam lagi lepas tu terus pecut  pi hantar Amin solat Jumaat. Sementara tunggu dia habis solat saya balik packing barang. Lepas tu pi ambik Amin semula hantar balik rumah. 
  • 2.00pm : Pecut balik pi sekolah sebab petang tu ada jamuan Kelab Angkolng. 
  • 4.15 pm: Gerak ke Nilai
Makanya agak kalut jugak la dengan perubahan planning ni. Tapi Alhamdulillah dengan Rahmat Allah saya dapat gerak ke Nilai seperti yang dirancang. Sebenarnya saya malas nak drive sendiri. Sebab tulah seboleh mungkin saya buat perancangan untuk ikut hubby pagi Jumaat tu. Tapi apakan daya, perancangan lain telah tersedia untuk saya. So terpaksalah saya pecut sendiri ke Nilai sebab nak gerak dari sana pukul 6.00 petang. Tak boleh pecut sangat pun sebab biasalah jalan MMR2 trafik jam terutama hari Jumaat petang.  Alhamdulillah saya tiba Nilai kol 5.30 petang. Cari parking yang sesuai sebab nak tinggal kereta selama dua malam. Join hubby minum teh tarik dan roti canai kat restoran Manna Salwa.  Kol 6.30pm baru kami gerak ke Melaka. Tiba sana dah malam. Terus check-in. Terus dinner.
Kemain buka je TV depa welcome kita dulu. (Peghak la aih.....)

Esoknya pepagi lepas subuh kami pi briskwalk sekitar hotel. Hubby memang cari hotel dalam bandar supaya senang saya nak pusing-pusing nanti. Takyah nak kena drive masuk bandar. Biasanya weekend begini Bandar Melaka jam teruk. Jalan kaki lagi laju dari naik kereta.

Hotel kami bersebelahan Dataran Pahlawan sahaja. Dekat juga dengan Mahkota Parade. Boleh jalan kaki je ke kota A'Famosa dan tempat-tempat bersejarah yang lain. Masa kami briskwalk tu suasana tenang dan damai sahaja. Yang nampak hanya pasangan dan mereka yang sudah berumur buat briskwalking macam kami. Ada yang nampak masih sihat dan bertenaga depa pi berjogging. Kebanyakannya pakcik dan makcik Cina. Kagum saya tengok. Rupa-rupanya area tu memang tempat depa beriadhah pepagi sebelum sesak dengan pelancung, bas dan kenderaan lain menjelang tengahari hingga malam nanti.

Sambil-sambil briskwalking tu kami sempat singgah tengok-tengok tinggalan sejarah kat Melaka ni. Saya bukan peminat sejarah, so tengok jelah. Tak reti nak appreciate apa-apa.

Kota A' Famosa


Kereta perisai diraja

Lepas keluar peluh sikit-sikit kami pi lepak kedai mamak depan hotel. Sebanyak-banyak pilihan breakfast kat hotel, restoran mamak jugak jadi pilihan.
Cuba menu roti puri... tapi tak kena dengan selera 
Akhirnya pekena roti canai telur juga

Lepas sarapan, hubby pi program. Sementara menunggu kedai-kedai buka saya lepak je kat hotel sambil sambung mengait. 

By pukul 11 pagi baru saya dan Nina keluar jalan-jalan. Konon nak shopping tapi malas pulak. Kesian pulak Nina tak berapa sihat sebab penat  buat exam seminggu belum recover lagi. Tiba-tiba kena selsema dan panas badan. So kami jalan-jalan cuci mata sahaja sambil cari 'brunch'. 
Seni kraftangan daripada rempah ratus untuk Depavali.


Saya belikan ubat Cetirizin bagi Nina makan. Balik hotel dia qadha tido sampai petang. Saya, seperti biasa isi masa baca novel dan sambung mengait lagi. (Dah dapat hobi baru rupanya.....)

Lepas hubby habis program dalam pukul 6 petang kami keluar pi pusing-pusing kawasan Umbai. Sepatutnya depa ada dinner kat restoran Ikan Bakar Terapung jam 8.30 malam. Disebabkan kami tiba agak awal maka sempat la lepak-lepak tepi pantai menikmati kejadian alam sambil makan rojak buah.
Sunset dalam cuaca mendung....

Bring back memories...

Dinner dengan staf hubby

Mark the centre piece. (Sungguh gemuk diriku ini rupanya....)

Hari Ahad pepagi lagi kami dah check-out sebab nak tiba KL sebelum tengahari. Alhamdulillah kami tiba Nilai dalam pukul 11.00 pagi untuk ambik kereta Unser. Lepas isi minyak saya teruskan perjalanan berdua dengan Nina sahaja. Sian pulak hubby kena drive Honda sensorang. Mentang-mentang berdua-duaan (ngan  Nina) sahaja maka kami pun buat planning singgah beli kek birthday Amin, beli lunch, beli tanah dan pokok lagi.... Hikmah bawa kereta sendiri. Suka hati singgah sana-sini....
Lekar daripada lidi kelapa, buah tangan dari Melaka, 

PS: Perancangan Allah sentiasa yang terbaik kerana Dia memberi apa kita perlu, bukan apa yang kita mahu.



No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...