Tuesday, 27 June 2017

Aidil Fitri 2017


"Umi..... kita nak tema apa eh tahun ni?"

Seperti biasa dekat-dekat nak raya baru nak fikir tema baju. Saya tak pasti sejak bila tema dondon ni mula bertapak dalam family kami. Seingat saya sejak anak-anak kecik dulu baju raya depa semua saya yang jahitkan. Beli kain cukup-cukup untuk satu famili, potong dan jahit sendiri. Agaknya dek kerana beli secara pukal, secara kebetulan semua orang akan sedondon. Tapi sejak anak-anak dah besar ni, depa dah ada taste dan fesyen sendiri, tak tercapai dek akal saya nak jahitkan fesyen baju pelik-pelik zaman sekarang nih.... Maka "Hangpa pi carilah sendiri. Ummi redi duit je......" Reason nak sedondon? Sebab nak nampak cantik dalam gambar.

So tahun ini saya pilih je warna kegemaran saya. Dusty purple dan pink belacan. Sapa tah bagi nama macam tu. Tapi okay lah, senang nak cari warna-warna macam tu. Oleh kerana last minit shopping makanya susah juga nak cari yang sesuai dengan jiwa. Ada warna, saiz tak kena. Saiz dah betul, corak pulak tak berkenan.  
Hubby lari tema
Beranak banyak mana pun ni je yang tinggal..... 

Usai solat sunat Aidil Fitri dan makan-makan, kami pi jalan-jalan raya. Cadangan awal nak melawat Istana Negara tapi punya la ramai manusia. Parking pulak nun jauh dari pintu istana. Tak kuasa lah saya nak menapak dalam cuaca yang panas pulak. Maka kami hanya lalu ambik syarat sahaja. 


Destinasi seterusnya ke Sri Perdana Putrajaya. Sama juga keadaannya. Manusia yang ramai dan parking yang padat. Alhamdulillah Sri Perdana ni agak mesra rakyat. Semua orang boleh masuk parking di perkarangan Sri Perdana. So tak perlu nak menapak jauh-jauh. Cuma kena beratur panjang untuk masuk ke pintu utama. Tak sangka pulak depa buat screening kat pintu utama. Kena buat body check macam nak naik International flight pulak. Yang sedihnya cuma ada tiga lorang sahaja untuk seramai-ramai rakyat nak nak datang berziarah. Agak tidak logik di situ. Tapi tadah jelah, pilihan sendiri, takde sapa pun paksa kita nak pi ziarah kat sana.....:)
Beratur bawah panas mentari. 
Terima kasih makcik depan saya tumpangkan teduhan payungnya.

Alhamdulillah makanan memang tip-top. Macam-macam ada. Faveret saya mee kari, laksa penang, mihun sup, rojak dan cendol. Musnah fadhilat puasa selama sebulan. Lepas ni kena diet pulak. Kami lepak kat situ lebih satu jam sambil melihat gelagat lautan manusia. Ada kot dalam 10 000 rakyat jelata dari pelbagai lapisan.

Dinner @Nandos sebab nak fulfil wishlist cik baby mengidam lepas operate apendiks.
Muka bangga dapat peha ayam.
My 3 Abduls
Akhirnya....
(Payah benor nak capture wajah bujang ni)


PS: Syukur Alhamdulillah atas segala kurnia yang diberi walaupun program raya tahun ni banyak yang tergendala kerana faktor-faktor yang tak dapat dielakkan. Benarlah. Kita hanya merancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Sejak pemergiaan arwah abang ipar depan mata saya pada 21 Ramadhan hari tu, diikuti dengan Nina masuk wad hari berikutnya, program raya kami pun terpaksa berubah juga. Perancangan nak balik kampung pun terpaksa ditunda mengambil kira faktor cik baby tu baru lepas operate. 


Monday, 26 June 2017

Apendiks pulak.....

Baru je seminggu sebelum ni kalut pi jumpa doktor, tetiba sakit perut cik baby tu datang balik. Sepatutnya pagi tu ada bengkel PI (PT3) kat UIA, tapi terpaksalah memontengkan diri. Kebetulan pulak hari tu dia dapat first day period makanya suka hati saya je memandai diagnos sakit perut sebab period pain. Beriya-iya lah saya ni suruh sapu minyak Mustajab untuk tahan sakit. Lepas tak berkesan saya bakarkan tungku pulak nak bertungku kot-kot ada darah ketul tersangkut takleh keluar. Malangnya setiap kali saya letak tungku setiap kali pulak dia menjerit sakit. Lain macam betul cara sakitnya kali ini.

"Bawa gi hospital cepat........." ayat biasa hubby bila anak-anak sakit.
Maka berkejarlah saya sekali lagi ke APSH, Accident & Emergency. Terus depa refer ke doktor pakar perut. Terus buat full scan untuk tengok apa masalah sebenar dok bergolak kat dalam perut tu. Semuanya normal kecuali ada sedikit abnormality kat kawasan apendiks. Macam ada cecair kat kawasan apendiks tu. Tapi tak pasti pulak samada cecair daripada apendiks ataupun sebab darah period. Lepas tu depa refer ke doktor pakar (General Surgeon) pulak. Sementara menunggu tu termuntahlah pulak cik baby tu penuh sinki. Sah-sah lah simpton budak sakit apendiks. Lagi pun sakitnya lebih terasa pada bahagian kanan abdomen. Pantang tekan sikit terus menjerit sakit. Terus sahaja doktor tu diagnos sakit apendiks dan terus schedule for operation. Masuk wad hari Sabtu petang, buat operation hari Ahad pagi. Laju sungguh depa buat kerja. Mentang-mentang la kita ada insuran nak cover. Asalkan cukup dokumen (hanya perlukan IC dan kad insuran pesakit sahaja) serta sokongan doktor pakar, mudah sahaja pihak insuran proses untuk bayar caj hospital.
Muka excited sebelum operate.

By jam 8.30 pagi nurse datang suruh salin baju untuk operation. Nampaknya operation untuk apendiks ni dah macam common pulak buat masa ini. Selalu pulak dengar budak-budak kena operate apendiks. Tapi bila kena pada anak sendiri, still rasa cuak juga perasaan ibu ni bila anak kena masuk bilik bedah. But knowing she's in the best of hands, serta mengambil berkat bulan Ramadhan, saya mengisi masa menunggu dengan perkara-perkara positif. 
Lorong sunyi....

Alhamdulillah by kol 1.00 tengahari depa dah tolak masuk wad semula. Dah namanya pun baby memang cepat dan  mudah sahaja masa untuk recover. Lepas berpuasa selama 36 jam baru doktor benarkan makan. Tapi kena mulakan dengan air dan bubur dahulu. Kalau semua okay, takde muntah-muntah, boleh teruskan makan benda-benda lain pulak.
Sedapnya nampak walaupun hanya bubur tawar....

Makin sihat apabila kawan-kawan sahabat setia datang berziarah.
(Friends indeed.... masa susah dan senang)

With adoreable Dr Hamizah.....  (rupa Vivi version senior, kata mereka).... :) 

Alhamdulillah selepas berkampung selama 3 hari 3 malam kami dibenarkan pulang.



PS: Doktor kata boleh makan apa sahaja, tak perlu pantang apa-apa. Hmm.....





Wednesday, 7 June 2017

Ke kebun Pisang pulak....

Dah lama saya tidak membelek pokok-pokok pisang kat tepi rumah ni. Sejak saya ubah pokoknya ke hujung laman saya biarkan aje ia menguruskan hidup sendiri. Asalnya ada dua pohon sahaja. Saya tanam sebelah menyebelah (walaupun sepatutnya kena buat jarak yang sesuai). Pertama kali berbuah saya potong tandan dan ambik buahnya untuk diperam. Alhamdulillah dapatlah dibuat pengat, dibuat pisang goreng, buat cekodok dan agihkan kepada kawan-kawan. Tapi saya tak tebang pohonnya. Malas pulak. Lagi pun penat nak angkut buang batang pisang tu. So saya biarkan aja batang tu memburuk dan mereput sendiri. Bila pokok yang kedua tu berbuah, saya biarkan aje pisang setandan tu di pokoknya buat rezeki tupai yang selalu bertandang. Kebetulan pulak tandan pisang tu menjulur ke luar pagar lagi la saya malas nak kisah. Selang beberapa hari tandan pisang tu dah kena potong. Tak tahu siapa yang ambik pisang tu tapi saya anggap sedekah je lah. Lagipun mereka dah memudahkan hidup saya tak perlu nak fikir pasal buah pisang tu lagi. 

Sejak musim hujan baru-baru ni nampak banyak pulak anak-anak pokok pisang tu tumbuh di sekitar perdu induk yang dah memburuk tu. Benarlah kata nenek saya, pisang ni memang mudah dijaga. Depa tak menyusahkan kita. Tanam, lepas tu tunggu je buahnya keluar.

Dan pagi tadi semasa saya melawat kawasan pisang tu, Subhanallah banyak pulak keluar tandan-tandan pisang walaupun pohonnya macam hidup segan mati tak mahu. Semua pokoknya kurus keding tak tahulah mampu ke tidak menahan tandan pisang yang mula mengeluarkan buah tu.
Pisang apatah..... Alhamdulillah nampak segar.

Yang ni pun tak pasti pisang apa. Baru keluar 2 sikat.

Ini sah-sah nak bagi orang ambik. Elok je ia menjulur ke luar pagar.

Ajaib eh!!!!... keluar ikut batang pulak.

"Takpe ummi, nanti kita panggil surat khabar. Ambik gambar pisang ajaib ummi tu....." Ish, ish, ish memandai je anak bujangku.


PS: Sungguh, saya tak pernah tengok pisang berbuah di batangnya sebelum ini. Ajaib ke? Entah lah...



Tuesday, 6 June 2017

Fly high boy.....

"Nak pilih mana ni ummi?"

Untuk kesekian kalinya kami nak kena buat pilihan lagi. Alhamdulillah anak bujang sorang ni dapat tawaran IPT pilihannya. Masalahnya dapat dua tawaran pulak. Satu matrikulasi, satu lagi Diploma UITM. After series of family discussion, akhirnya kami decide supaya dia masuk Kolej Matrikulasi. Lagipun saya memang dah lama berkenan dengan Kolej Matrikulasi Johor tu. Orang kata dah macam ada bonding sejak abangnya jadi alumni di situ. Maka, tanggal 5 Jun 2017 sekali lagi menyaksikan yet another baby leaving mommy's nest
First step ahead..... masih berkepit sebelah ummi lagi.

Ikut schedule kami kena register sebelah petang. So dalam kol 10 pagi kami keluar pi UM dulu ambik abangnya yang baru habis exam. Senang sikit kalau bawa alumni. Kebetulan abangnya dulu memang baik dengan fellow, dan hubungan itu masih kekal hingga lepas habis pengajian. Alhamdulillah jalan tak jamn. Kami tiba di tol Tangkak dalam pukul 1.00 tengahari. Dalam hati dah excited konon dapat tiba ke destinasi sebelum Zohor. Rupa-rupanya sangkaan kami meleset. Lepas sahaja exit tol Tangkak tetiba je traffic jamn hingga ke pintu masuk kolej. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit jadi lebih 45 minit. Bercinta je lah dalam kereta. Apa-apa pun Alhamdulillah, perancangan seterusnya berjalan lancar. Despite ramai orang, kami dapat parking betul-betul depan blok A, Kolej Azzahrawi (betul ke ejaan tah?)

Biasanya selekeh,  mana gayanya nak ber'tie' bagai.....

Dayang pengiring yang terlebih excited.

Beratur untuk pendaftaran. (mark yang tinggi lampai itu)

Sementara Amin beratur untuk pendaftaran kami terus pi naik ke bilik asrama. Kami dah daftar online so nombor bilik semua dah dapat. Tak payah tunggu ambik kunci bilik. Suka hati je kami naik ke bilik sebab dah tahu bilik tu tak berkunci pun. Bilik dah agak rundown berbanding 3 tahun lepas masa hantar abangnya dulu. Habuk merata tempat. Nak pijak lantai pun tak lalu. Tapi biasa lah kan. Namanya pun asrama. Kami yang dah pernah merasa menghuni asrama ni, benda-benda habuk semua tu benda kecik je. Memandangkan kami orang yang pertama tiba, suka hati je pilih memana sudut (sepatutnya kena ikut nombor siri pendaftaran). Semua katil dan tilam dia sama je. Kepam dan penuh dengan peta universe. Kami pilih sudut tepi tingkap untuk keselesaan nak study nanti.
Kakak penyayang.... (mengimbau kenangan ler tu)

Seperti biasa semua benda nak kena lap. Saya cuma bawa kain buruk untuk lap sahaja. Alhamdulillah ada mak-mak dari bilik sebelah siap bawa penyapu sampah dan mop lantai. Bolehlah kami pinjam. Terima kasih orang sebelah. Ada juga yang siap bawa tikar dan karpet bagai. Kami keep it simple je. Yang penting wajib ada mattress cover. Lagipun Amin pasrah je berpada dengan apa yang ada.

Certified by mommy.....

By pukul 4.00 petang hal-hal berkaitan asrama semua dah setel. Lantai dah sapu. Perabot dah lap. Cadar dah siap pasang. Baju dah siap susun dalam lemari. Program seterusnya pelajar diarahkan berkumpul di Masjid untuk mendengar taklimat. 
Mommy pun sibuk nak bagi taklimat.

Alhamdulillah semuanya setel by pukul 4.30 petang. Kami tinggalkan Amin bersama alunan azan 'Asar. Lepas ni kami nak kena mengharung jalan jamn lagi sekali. Nak berebut dengan orang balik kerja dan kesibukan orang nak berbuka pula. 

"Babai Amin. Make the best out of Matrikulasi Johor....."

Singgah berbuka dulu di Restoran Mok Su Nab, Bangi....


PS: Bro Alumni not in the picture. Sebab? Merangkap cameraman for the day...... Fly high 1 (link)

Monday, 5 June 2017

Ujian Allah datang dalam berbagai cara

Tiba-tiba saja cek mek molek tu mengadu sakit perut masa bangun sahur pagi tadi. Sampai nak berdiri pun sakit. Makan pun tak lalu, asyik dok sibuk sakit sampai terlupa nak niat, maka terpaksalah uzurkan diri untuk tidak berpuasa. 

Oleh kerana sakitnya seakan berlarutan hingga menjelang waktu berbuka maka hubby dah mula kalut. Seperti biasa hubby memang cepat panik kalau anak-anak sakit. Malam tu juga terus ke Ampang Putri, accident and emergency. Doktor suruh cucuk pain killer. Lepas tu buat blood test dan urine test. Suspect UTI. Pasrah jelah. Mungkin ada betulnya sebab bulan puasa ni kita kurang minum menyebabkan kurang air dalam badan. Keadaan ini boleh mengakibatkan kencing kotor. Masa nurse ambik darah tu pun nampak darah sangat pekat. Lama juga nak boleh sedut darah bagi penuh syringe tu. Kesian pulak.


Keputusan ujian darah ambik masa sejam. So sementara menunggu tu kami lepak-lepak dulu kat dalam hospital tu. Malam-malam buta pi hospital memang lengang jelah. Hajat hati nak keluar pi jenjalan kat Ampang Point tapi kesian pulak cek mek tu kebas bontot lepas kena cucuk. Lagipun jarum jam dah menghampiri pukul 11 malam. So hubby beli air dari vending machine dan kami hanya duduk-duduk lepak dan borak-borak sahaja. Bukan senang nak dapat us time begitu.


Alhamdulillah hasil ujian darah dan air kencing semuanya negatif. Doktor pun tak tahu nak diagnos apakah penyakitnya. Maka dia hanya bagi ubat tahan sakit dan suruh buat appointment dengan doktor pakar, kot-kot ada penyakit lain yang lebih kronik daripada UTI.

Farmasi yang sunyi sepi @12 tengah malam.

By jam 12.45am kami tiba di rumah semula. Makan apa yang ada untuk puasa esoknya. Mudah-mudahan ini hanyalah ujian sementara. Moga Allah kurniakan ganjaran setimpal dengan kesabaran ini.


PS: Esok nak pi hantar Amin pulak ....




Saturday, 3 June 2017

Lubuk Pahala di Bulan Mulia.....

Sejak masuk bulan mulia ini ramai yang up status dan share post tentang penatnya para isteri dan ibu menyediakan juadah berbuka dan bersahur. Ada isteri dan ibu yang bercerita dari pengalaman sendiri. Tak kurang juga para suami yang mengagumi penat lelah isteri memasing tanpa rasa nak menolong. Ala-ala kagum dari jauh gitu. 

Sejak saya kecik hingga dah besar panjang begini cerita tentang penat-lelah isteri dan ibu menyediakan juadah berbuka dan bersahur macam tak pernah berubah. Isteri atau ibu akan bangun seawal jam 4 pagi sediakan juadah penuh meja, lepas tu kalut-kalut kejutkan suami dan anak-anak. Ada yang liat,  dua tiga kali kejut tak bangun-bangun lagi. Nak nak pulak kalau yang rumah dua tingkat, pepagi buta isteri atau ibu dah buat exercise sampai dua tiga kali panjat tangga. Lepas masak kena kemas dapur. Kalau isteri atau ibu tu bekerja kalut bersiap nak pi kerja pulak. Nak setel anak pi taska tadika pun dia juga. Balik kerja kalut nak sediakan juadah berbuka bagai. Lepas tu sedih makan hati sorang-sorang sebab tengok suami dok lepak depan TV, tak tolong apa-apa. Sambil sedih sambil fikir pasal kebahagiaan orang lain. Untungla bagi pasangan yang sweet-sweet share tanggungjawab gitu. You masak, I kemas dapur. You sediakan sahur I sediakan juadah berbuka. You hantar anak, I ambik anak. You kemas ruang tamu, I cuci toilet bla, bla, bla..... 

"Bulan posa ni pesta orang cari pahala. Kita buatlah apa yang patut ikhlas kerana Allah....." Sungguh, Nenek saya tidak pernah merungut dalam hal rumah tangga. Tak tahulah kot saya kecik lagi masa tu jadi takdelah nenek nak mengadu apa-apa pada saya. Ataupun nak up status kat mana-mana. Mungkin juga nenek ada merungut atau membebel sensorang tapi saya tak faham apa-apa masa tu. Almaklumlah hati masih suci murni bak kain putih mulus. Yang saya nampak, juadah sahur dan juadah berbuka sentiasa tersedia. Dan nenek akan kejutkan semua orang untuk bersahur dan pastikan kami makan walaupun takde selera. Tak pernah lah pulak nenek sibuk-sibuk nak suruh saya menghargai penat lelah dia.

Dan saya, akan selalu ingat pesan nenek. "Kita buat semua benda ni bukan untuk suami, tapi sebab kita taat pada perintah Allah supaya taat pada suami."

Sejak jadi isteri dan ibu saya selalu ambik iktibar dari kecekalan dan kesabaran nenek. Tak perlu bandingkan rumahtangga kita dengan orang lain. Sapa kata mengurus rumatangga ni kerja mudah??? Pengurus kot!!! Memang akan kurus. Penat memang penat, lagi-lagi kalau takde pembantu. Penat macamana pun, kalau kita enjoy dalam ketaatan kepada Allah, Insya Allah semua rungutan dari bisikan syaitan itu akan terkubur dengan sendirinya. Yang penting jaga hati kita supaya tidak dicucuk oleh hasutan syaitan. Jangan banding dengan suami orang lain. Apa yang kita nampak konon sweet-sweet tu mungkin separuh benar sahaja. Walau suami tak tolong dalam urusan rumah tangga mungkin dia banyak tolong benda lain yang kita take for granted. 

Suami itu kita yang pilih. Dan dia datang dengan pakej. Ada baik ada buruk. Sama juga macam kita. Dalam ramai-ramai manusia perempuan dalam dunia dia pilih kita untuk dijadikan isteri. Maka bersyukurlah dengan jodoh yang Allah dah tentukan. Kalau suami tidak pernah merungut pasal kita, siapalah kita nak merungut pasal dia. Selagi larat nak buat kerja rumah, kita buat. Kalau dah tak larat tak payah buat. After all gaduh-gaduh tergigit lidah tu kan asam garam dalam rumah tangga. Tambah gula sikit Insya Allah manis semula. 

*Kredit untuk Hubby sebab: 
  • sediakan tempat tinggal yang selesa. (walau penat nak setel dalam rumah, luar rumah, laman dan sebagainya tapi saya enjoy tengok pokok-pokok saya)
  • sediakan kereta (saya cuma bayar minyak, maintenance, insuran dan roadtax sahaja).
  • sanggup travel ulang-alik Ampang-Nilai setiap hari walaupun dah ada rumah hinggap kat sana (dah tak tahu bagaimana rupanya sekarang sebab dah lama tak jenguk)
  • sediakan semua keperluan keluarga tanpa banyak soal, minta je kad ATM atau kad kredit, (sebab gajimu duitku!).... 
  • yang paling penting, beri ruang sepenuhnya untuk saya uruskan rumah tangga mengikut undang-undang dan acuan saya, menjadikannya Rumahku Syurgaku.....

So, apalah sangat setakat nak sediakan juadah sahur dan berbuka. Sebulan je pun dan pahala yang Allah sediakan berganda-ganda. Yang pasti, hubby dan anak-anak biasanya redha je hadap apa-apa juadah yang terhidang asalkan dari air tangan saya. Alhamdulillah.

(Takde kaitan dengan post)


PS: Suami dan anak-anak adalah jalan ke syurga maka luruskanlah jalan itu.....


Thursday, 1 June 2017

Perjalanan ini: Mekah (2017)

Setelah selesai semua urusan di Madinah kami meneruskan perjalanan umrah ke Mekah. Semasa di Madinah semua jemaah (9 buah bas) menginap di hotel yang sama dan makan di kafe yang sama tanpa mengira apa pakej yang kita ambil. Jadi peluang untuk lebih berinteraksi dengan jemaah lain agak luas. Semasa di Mekah semua penempatan jemaah berdasarkan pakej yang diambil. Kami memilih pakej Ruby daripada Tabung Haji Travel. Dengan pakej ni kami menginap di Hotel al-Safwa Royale Orchird, bersebelahan dengan Makkah Royal Clock Tower.  Alhamdulillah sangat dekat dengan pintu masjid. Keluar sahaja pintu hotel terus pijak lantai masjid. Masjidil Haram ni mempunyai beratus pintu. Lupa dah berapa exactly. Awal-awal lagi Mutawwif dah pesan untuk kami hafal nombor pintu keluar masuk masjid. Saya dan Nina sentiasa menggunakan pintu nombor 92 dan 93. Keluar sahaja pintu Masjid terus cari landmark mercu tanda Clock Tower tu. Banyak kali juga tersasar dalam jemaah yang berpusu-pusu dan bertolak-tolak tapi Alhamdulillah kami sentiasa dibawah peliharaan Allah melalui landmark Clock Tower tu.

Dengan pakej Ruby ni pihak hotel hanya sediakan penginapan dan sarapan sahaja. Selain daripada itu kena cari makan sendiri. Bagus juga sebab tekak Melayu ni harus cari menu Melayu jugak. 

Mekah: Day 1
(Jumaat: 20 Januari 2017)

Oleh kerana semalam semua jemaah selesai menyempurnakan Umrah yang pertama hingga lewat malam maka hari ni kami bebas untuk berehat dan melakukan aktiviti sendiri tanpa terikat dengan apa-apa program Tabung Haji. Selepas breakfast kami cuma jalan-jalan di sekitar bangunan Clock Tower ni sambil cari tempat yang sesuai untuk beli makan lunch dan dinner nanti. Oleh kerana hari ini hari Jumaat, kami tak punya banyak masa sebab nak bersiap untuk solat Jumaat pulak. 
Breakfast. (Tetiba beromantik pulak.....:)

Kata mereka pada hari Jumaat suasana Mekah sangat sibuk dengan lautan manusia yang datang untuk Solat Jumaat di Masjidil Haram. Depa datang seawal lepas subuh hari. By pukul 11.00 pagi pintu masjid dah kena tutup. Dah tak boleh masuk masjid. Sesiapa yang lambat terpaksa kena buat saf selit-selit kat celah-celah ruang kosong tepi jalan sekitar Masjidil Haram. Sungguh bagai dikata, apabila di Mekah, masa kita hanya dihabiskan untuk pergi dan balik masjid untuk beribadah sahaja. Kena pergi awal sebelum masuk waktu solat. Kalau lewat alamat takde rezeki nak masuk ke masjid. Lepas tu kena berebut-rebut lelaki dan perempuan guna laluan yang sama. Takde pemisahan antara lelaki dan perempuan. Pakat berebut tak kira jantina. Alhamdulillah saya dah bersedia dengan suasana bersesak-sesak dan pengalaman berebut semasa di Raudhah hari tu. Tapi berebut antara jantina tu yang saya tak tahan. Dah macam takde hormat kepada wanita pulak. Tak gentleman langsung.
Pukul 11 pagi, semua pintu dah kena seal "No entry, Crowded Area"

Hari pertama ni kami masih terpinga-pinga lagi. Main redah je masuk masjid cari ruang kosong. Sah-sah lah takde ruang kosong. Terpaksa hadap solat selang seli antara lelaki perempuan. Semua jemaah pakat menyelit je kat mana-mana ruang yang ada. Awalnya saya memang tak selesa sebab ada lelaki solat kat belakang saya. Kalau kat Malaysia biasanya jemaah lelaki dan perempuan dipisahkan dengan tirai pengadang bagai. Doa je dalam hati supaya tenang. Beribadah kat Mekah ni antara kita dengan Allah sahaja. Tak perlu peduli keadaan sekeliling. Yang penting, kita dapat bersolat dalam Masjidil Haram yang ganjaran pahalanya hanya Allah sahaja sebaik-baik pemberi.

Selepas solat Jumaat kami pi cari lunch. Alhamdulillah rupanya kat bangunan Hotel Safwa ni ada Restoran makanan Melayu. Menu semua masakan Melayu dengan harga mampu bayar. Biasanya pada hari Jumaat ramai masyarakat Melayu yang bermastautin di bumi Mekah akan datang bersolat Jumaat di Masjidil Haram seterusnya depa singgah makan tengahari kat restoran tu. Kebetulan pulak terserempak dengan beberapa kenalan Hubby yang datang ke Mekah atas urusan memasing. Thanks Prof Datuk Doktor Azmi, belanja kami lunch.

Tak terasa, kat Mekah ni  masa seakan cepat berlalu. Rasa macam sekejap je borak-borak dah masuk waktu Asar. Rehat sekejap dah masuk waktu Maghrib seterusnya Isya'. Alhamdulillah kami sempat ambik masa senggang untuk menelusuri Masjidil Haram selepas solat Isya'. Naik ke rooftop melihat lautan manusia dengan gelagat memasing.


Mekah: Day 2
(Sabtu: 21 Januari 2017)

Selepas sarapan kami berkumpul di lobi hotel untuk keluar ke Miqat untuk Umrah ke2. Sambil tu depa buat program ziarah dulu. Destinasi pertama ialah ke Gua Tsur. Dari Malaysia lagi saya berhajat nak mendaki ke Gua Tsur. Siap bawa seluar dan kasut track. Tapi mengenangkan qudrat dah mula sampai ke penghujung saya pendamkan saja niat itu. Lagipun nak simpan tenaga untuk buat umrah kali ke dua. Jadi kami cuma bersiar-siar di kaki bukit sambil mendengar cerita sejarah Nabi SAW dan Gua Tsur itu sahaja.


Selepas beberapa ketika di Gua Tsur kami ke Padang Arafah pula. Kami hanya lalu sahaja di Padang Arafah sambil Mutawwif memberi penerangan sebelum berhenti di Jabal Rahmah. Berdekatan Padang Arafah ada Wadi Mirna. Di situ juga dibina Masjid yang agak luas diberi nama Masjid Namira khas untuk jemaah Haji yang berwukuf di Padang Arafah. Masjid tersebut hanya digunakan semasa musim Haji sahaja. Di luar musim Haji Masjid tersebut dibiarkan kosong.

Kemain bas VIP

Sama halnya dengan Gua Tsur, di Jabbal Rahmah pun saya berhajat untuk berada di puncak bukit tu. Tapi setelah lama berfikir tiba-tiba saja niat tu terkubur. Takde sunnahnya pun nak bersusah payah panjat bukit tu nak berdoa bagai walaupun kata orang berdoa di tempat tu mustajab untuk minta jodoh. Nak kata minta jodoh pun dah ada depan mata. Takkan lah nak tambah jodoh pulak. Lain la kalau kaum lelaki. Memandangkan hubby pun tak kuasa memanjat ke atas tu so kami pun berjalan-jalan berdua-duaan di sekitar kaki bukit sambil melihat gelagat jemaah yang berbagai ragam. Sebagai abang mithali, Amin paksa rela melayan Nina bergambar kat puncak Jabbal Rahmah tu. Kemain semangat panjat bukit tu.

 Kawasan lapang depan Jabal Rahmah

Cuaca sangat terang dan panas. Kebetulan ada beberapa lori menjual ais krim. Sempat la borong ais krim kon untuk membasah tekak buat kenangan. (Dan selepas itu saya mula batuk-batuk, badan mula seram sejuk.) 

Selepas itu kami di bawa ke Muzdalifah dan Mina untuk merasai pengalaman Haji. Seperti biasa kami hanya lalu sahaja sambil Mutawwif memberi penerangan dalam bas.

Seterusnya kami di bawa ke Masjid Ja'ranah untuk Miqat Umrah 2. Mutawwif kami sangat menjaga masa. Alhamdulillah sebelum zohor kami sudah tiba semula ke hotel. Hubby singgah beli lunch (nasi putih, ayam masak kicap dan kari ayam) kat restoran Melayu hari tu. Usai makan kami terus ke Masjid untuk solat zohor, seterusnya mengerjakan Tawaf dan Saie, Masa agak suntuk juga sebab by pusingan ke7 Saie, Muazzin mula melaungkan azan 'Asar. Maka kami kalut-kalut menyudahkan perjalanan Saei terakhir sebelum join jemaah untuk solat 'Asar pula. seterusnya bertahalul. Alhamdulillah selesai umrah ke 2 dengan pertolongan Allah.

Mekah: Day 3
(Ahad: 22 Januari 2017)

Hari ini kami tidak terikat dengan apa-apa program Tabung Haji. Jadi kami hanya penuhi masa ulang-alik Masjidil Haram sahaja. Hubby dan Amin dah mula demam dan batuk-batuk. Dan sakit belikat saya pula makin menjadi-jadi. Hanya Nina yang masih bertahan.

Selepas zohor pihak Tabung Haji buat taklimat Umrah (siaran ulangan), kot-kot ada yang terlepas pandang sebelum ini, terutama dalam bab membayar dam/denda.

"Setiap kesalahan dalam umrah kena bayar dam/denda iaitu memberi makan kepada 6 orang fakir miskin, setiap orang sebanyak 2 cupak beras. Kadar bayarannya ialah SR5 secupak beras. Maksudnya setiap fakir miskin tu akan dapat 2 cupak beras atau SR10 seorang. (SR=Saudi Riyal). Kalau tak mampu bayar boleh ganti dengan puasa 3 hari."

Mekah: Day 4
(Isnin: 23 Januari 2017)

Hari ni peluang untuk buat umrah kali ke 3. Malangnya semua kami diuji dengan kekurangan kesihatan. Demam Amin makin teruk. Badan panas dan batuk-batuk makin kuat. Sakit belikat saya makin menjadi-jadi. Hubby juga makin kuat selsema dan batuknya. Dek kerana demam dan batuk yang agak teruk, Amin terpaksa kami tinggalkan untuk berehat di bilik hotel. Jadi kami keluar bertiga sahaja. Kali ini kami niatkan umrah untuk arwah-arwah yang kami kasihi. Hubby niatkan untuk arwah Tok Ayah, saya niatkan untuk arwah Tok Wan, sementara Nina pula niatkan untuk arwah Tok Wae.

Kami dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk Miqat. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat daripada pengalamam Miqat di sini terutama kisah Perjanjian Hudaibiyah. 



Mekah Day 5
(Selasa: 24 Januari 2017)

Hari ni juga tiada apa-apa program khusus daripada Tabung Haji. Jadi kami ambil masa untuk jalan-jalan sekitar Masjidil Haram sambil melihat hasil binaan dan pengubahsuaiannya. Hubby dah pernah mengerjakan umrah lebih 5 tahun yang lepas. Jadi memang nampak perubahan yang sangat ketara pada struktur binaan serta perluasan kawasan masjid untuk menampung jemaah yang ramai saban tahun.
Di hadapan Hotel Hilton
Hotel al Safwa 
Depan pintu utama Kaabah.
Bangunan asal Masjidil Haram (yang dah di upgrade)

Di sebelah petang kami jalan-jalan sekitar Zam-zam Tower untuk makan malam. Saja teringin nak makan Turkish doner kebab. Alhamdulillah kebanyakan pengusaha restoran di Mekah ni boleh berbahasa Melayu. So setakat nak order makanan tu taklah susah sangat. Almaklumlah kami ni buta Bahasa Arab.


Mekah day 6
(Rabu: 25 Januari 2017)

Mengikut jadual asal kami sepatutnya berlepas pulang dari airport Jeddah hari ini selepas lawatan ke sekitar bandar Jeddah. Tapi atas masalah teknikal flight kami ditunda ke hari Jumaat dan terpaksa berlepas dari Madinah. Maka hari ini dan besoknya kami hanya memenuhi rutin harian dengan berulang-alik ke Masjidil Haram sahaja. Lagipun kesihatan memasing dah makin menurun. 

Mekah day 7
(Khamis: 26 Januari 2017)

     -Rutin biasa sahaja-

Mekah Day 8
(Jumaat: 27 Januari 2017)

Tawaf Wida' (Entry Khas)


PS: Apa-apa pun kami bersyukur sebab Allah panjangkan masa untuk kami berada di bumi Barakah ini. Mudah-mudahan musafir ini diberkati Allah dan mendapat ganjaran yang setimpal..... amin, amin, amin Ya Rabbal 'Alamin.....



Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...