Monday, 25 November 2013

Sakit selepas sihat..

Bangun pagi tadi ketiak rasa makin bengkak. Berdenyut makin kuat.  

"Boleh drive ke tak ni?" 
Subhanallah...

Pagi tadi pi hantar anak bujang ke sekolah. Sains kertas 1 dan 2. Biasanya saya akan tunggu sampai dia habis paper pertama baru saya balik. Sama-sama baca doa sebelum masuk dewan periksa. Kadang-kadang saya akan tunggu sampai tengahari dan balik sama-sama. Kalau paper nya melarat sampai ke petang, saya akan balik dulu dan datang semula.

Uniknya al-Amin. Pukul 7.30am loceng akan dibunyikan dan semua calon SPM berkumpul di dataran untuk mendengar sedikit pesanan akhir dari guru subjek hari tersebut. Lepas tu seorang murid akan datang ke depan untuk mengetuai bacaan doa sebelum masuk dewan periksa. Setiap hari. Setiap subjek.

Tapi hari ni saya tak tunggu. Drop terus balik. Saya tekad kena pi klinik segera. Takut dapat penyakit yang tak diingini. Denyutan terasa makin kuat. Ngilu sampai ke lengan. Drive guna sebelah tangan je. Kereta manual tu. Nasib baik gear guna tangan kiri. Sepanjang jalan doa saya tak putus. Doa untuk kesejahteraan saya dan keluarga, terutama untuk anak bujangku yang menghadapi SPM.

Sampai rumah saya terus call klinik 24 jam nak pastikan doktor bertugas tu perempuan. Heheh... mesti lah cari doktor perempuan. Malu la nak buka tunjuk ketiak kat orang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doktor bagi antibiotik untuk 5 hari bekalan dan ubat sapu. Tunggu dalam 3-4 hari. Ada dua kemungkinan yang akan berlaku selepas tu. Samada bengkak tu akan berkurangan dan terus kecut. Sihat walafiat.  Ataupun bengkak tu akan makin membengkak, masak ranum, bernanah dan berdarah. Kalau ini yang berlaku, saya kena datang klinik semula untuk check-up. Lepas tu depa mungkin akan refer untuk buat pembedahan di hospital. Aduss...ngeri nya.
Antibiotik. Makan 1 biji 2 kali sehari.
Apa-apa pun berserah je pada Allah. Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita... Redha je dengan apa jua kemungkinan.

Sunday, 24 November 2013

Sihat sebelum sakit....

Dah berkurun dah saya dok simpan benda alah ni. Asyik tertangguh-tangguh je nak pi jumpa doktor. Memang la benda ni dapat free tapi saya yang tak free. Masa mula-mula dapat voucher ni bukan main semangat google cari klinik yang paling dekat dengan rumah nak pi buat check-up. Bila dah buat short list, rupanya ada aje klinik kat kawasan taman perumahan saya. Dekat benor tapi tak pergi-pergi sampai sekarang. Sibuk je memanjang. Aduhai...
(kredit to anak bujangku..)
Saya ni pulak jenis tak suka pi klinik. Kalau setakat rasa macam nak demam tu, saya minum air kosong je banyak-banyak. Beli air Hundred Plus, minum 1 liter. Insya Allah back to normal. Kalau tak tahan sangat saya akan telan panadol atau paracetemol 500mg. Ambik sebiji je minum ngan air kosong 2 gelas penuh. Pastu tido. Bangun tido kalau masih pening2 lalat, minum air lagi 2 gelas. Pastu kencing. Kemudian cuba tido semula. Insya Allah lepas tu badan akan berpeluh dan akan mula rasa segar semula.

Alhamdulillah setakat ni saya tak pernah sakit berat. Tak ada la nak kena warded bagai. Kecuali masa saya muda-muda dulu. Setiap 2 atau 3 tahun mesti kena stay kat hospital. Sakit kena buatan orang. Dalam masa 10 tahun ada dalam 6 kali juga saya kena stay kat hospital. Tapi tak lama. Setiap kali kena warded dalam 3 malam je. Lepas tu dah boleh keluar, sihat walafiat.

Tapi sejak 4 hari lepas saya dah mula cuak semula. Tetiba rasa macam ada ketulan kat bawah ketiak. Mula-mula tu rasa macam besar kacang pea je. Bila tekan rasa macam ngilu. Rasa macam jerawat kena picit. Alhamdulillah orang kata kalau sakit Insya Allah  itu petanda baik. Bukan lump yang breast cancer tu. Biasanya kalau tanda2 breast cancer, ketulan tu kalau kita picit tak sakit. Kalau ketulan tu bila di picit agak sakit, maknanya bukan kanser....itu cuma bengkak kelenjar biasa. Mungkin disebabkan oleh hormon tak balance. Maklum la dah nak masuk usia menopause. Ketulan tu katanya akan hilang dalam masa 5-7 hari. Bengkak kelenjar ni juga dikenali sebagai bengkak nodus limfa. Biasanya orang-orang kita panggil nodus limfa ni dengan kelenjar. Tak kisahla panggil apa pun. Kalau nak rasa lagi hebat dalam Englishnya depa panggil swollen lymph nodes ataupun lymph glands. 

Tapi rasa pelik pulak sebab ketul tu macam makin membesar pulak. Pagi semalam rasa sebesar biji guli. By malam tadi rasa makin besar. Dah macam sebesar bola ping-pong pulak. Eh!..ke perasaan saya je? Sebenarnya ketulan atau lump ni tak nampak dengan mata kasar. Tapi bila dah rasa sebesar bola ping-pong tu baru nampak macam ada bonjol macam bengkak sikit kat bawah ketiak tu. Masa nak tidur malam tadi pun rasa makin sakit. Berdenyut-denyut di kawasan sekitarnya dan sekali-sekala rasa sakit dan ngilu hingga ke lengan. Makin sakit kalau nak angkat tangan.

Pagi tadi sepatutnya aktiviti berjogging. Tapi saya cuma briskwalking je sebab sakit pulak bila lari bergoyang-goyang. Haha...sakit-sakit ketiak pun kesihatan lain mesti diutamakan....:)

"Lepas ni pi klinik buat check-up!"
Hubby memang pantang dengar pasal sakit-sakit ni. 

"Tengok lah dulu.."
Jawapan cliche.. Setakat sakit sikit-sikit malas nak pi klinik. Selagi boleh tahan, tahan je lah. Mudah-mudahan boleh menguji sifat sabar dan menghapus dosa....

Tuesday, 19 November 2013

Lawat tapak pun boleh.....

Pagi tadi pi hantar anakanda periksa SPM. Hari ni subjek Pendidikan Seni Visual. Tak ramai kawan-kawan dia yang ambik subjek ni. Ada kot tak sampai 20 orang. Pereksa mula pukul 8.00 am sampai 11.00 am. So ada masa 3 jam untuk dia perah otak melakar apa yang patut. 

Sementara menunggu tu, saya pi jalan-jalan ngan Nina. Kat UIA je pun. Mula-mula pi breakfast kat HS cafe. Kebetulan Iman stat kelas kol 10.00am so sempat la belanja dia sama.

Lepas tu pi meronda kat bekas tapak pesta konvo. Sebenarnya weekend baru ni adalah Majlis Konvokesyen Graduan UIAM kali keberapa tah. 29 kot. Depa mula hari Jumaat sampai hari Isnin semalam. Biasanya saya tak pernah miss sama-sama menyibuk kat pesta konvo ni. Bukan buat apa pun. Shopping sakan je. Beli jubah, tudung, kek dan makanan. Tapi tahun ni macam tak sempat je. Rasa nak pergi tu ada tak masa tak sesuai. Lagi pun anak bujang nak SPM, so aktiviti saya pun banyak yang beku.. :(

So tadi, pi la juga tengok-tengok bekas tinggalan. 

Sepatutnya boleh bergaya dengan pakaian tradisional negara masing-masing. Tapi dah tak ada orang jaga, segan la pulak ...


"Memang ye, peluk-peluk bawah gambar sultan..." kata Iman.


Tempat-tempat lain tinggal kanopi je.

Tuesday, 12 November 2013

Pasport oh pasport....

Semalam pi Wisma Sri Rampai. Nak buat pasport untuk Amin ngan nina. Kes terpaksa ni. Biasanya kalau kerja-kerja luaran begini hubby yang buat. Saya hanya ikut jadi mem je. Tapi la ni terpaksa buat sendiri sebab hubby asyik sibuk memanjang. Terpaksa la kuatkan semangat bawa Amin ngan Nina je. Kami sampai dalam pukul 9.30am. Orang dah ramai. Tapi ramai pulak penyambut tamu. Siap tunjukkan parking lagi. Kata orang depa tu ulat. Nak cari pelanggan. Tangkap gambar untuk buat pasport. Tak yah layan. Terus je pi ke kaunter pertanyaan. Alhamdulillah orang2 yang bekerja kat Imigresen ni baik-baik dan peramah belaka.

"Puan pertama kali datang ke? Berapa orang?"

Saya cuma perlu renew je. Dah ada pasport yang dah tamat tempoh lebih 15 tahun yang lalu. Tapi Nina dan Amin kena buat yang baru. Sebab depa bawah 18 tahun saya kena jadi saksi. So depa kena ada surat beranak ori dan salinan, IC/Mycard ori dan salinan, IC saya dan salinan serta gambar 2 keping sorang. Alhamdulillah kat situ dah siap ada kedai gambar dan mesin fotostat. Depa semua sedia membantu. Cuma sediakan duit je. Gila mahal depa ketuk. Untuk gambar kami 3 orang dan fotostat semua benda tu depa caj RM37.60. Gambar nak guna 2 keping je tapi kena ambik package 4 keping.

Lepas isi borang pi ambik nombor giliran. Depa akan pastikan semua item lengkap dulu baru bagi nombor. 
Tu dia... nak kena tunggu giliran lebih 140 orang!

So pi pekena capati ngan the tarik dulu. Lepas tu pi cari majalah nak kill the time masa menunggu nanti. Lupa pulak nak bawa bahan bacaan lain.

"Maaf Puan, hari ni sistem kita down. Terpaksa tunggu lama lagi. Mungkin dalam 4-5 jam. Kita nasihatkan Puan pergi ke UTC Sentul. Kat situ boleh siap dalam 2 jam je."

"Kalau puan ikut peta ni mudah je. Buat U-turn kat Bulatan Pahang. Jalan terus, nanti akan nampak Hospital Tawakkal sebelah kanan, lepas tu Mc D. Jalan lagi sampai nampak Shell. First traffic light masuk kiri. Jalan terus sampai nampak traffic lagi. Sebelah kiri tu Masjid. Puan masuk kanan memang terus nampak UTC tu. Tak kan sesat punya." Punya la panjang lebar depa cerita. Masalahnya saya nak pergi Bulatan Pahang tu pun tak reti.....adoi.

"Tak pe Umi. Amin hafal peta. Kita gi ke KL Fest pastu ambik kiri."
Alhamdulillah 10 minit je dah sampai UTC. Memang mudah. Malangnya, orang ramai juga. Kaya sungguh rakyat Malaysia ni rupanya. Sampai je saya terus pi kaunter ambik nombor giliran sebab semua barang dah siap.
Kat sini lagi haru. Nak kena tunggu lagi 160 orang.

“Jom gi balik kat tempat tadi lah.” Haha…buat lawak betul.
Kami patah balik ke Wisma Sri Rampai. 10 minit je pun. Alhamdulillah sistem depa dah okay. Tunggu lagi dalam 2 jam. Pukul 1.30 baru depa panggil untuk serahan borang. Lepas tu tunggu lagi untuk bayaran pulak. Sempat  kami pi lunch kat kedai mamak dulu. 
Megi goreng, RM7.50 sepinggan. Kena ketuk lagi!

Lepas lunch tu buat bayaran. RM100 sorang untuk tempoh 2 tahun. Kanak-kanak bawah 12 tahun bayar RM80 je. Kalau nak tempoh 5 tahun kena bayar RM300. Pasport akan siap dalam masa 1 jam selepas bayaran dibuat. So kami pi cari surau untuk solat zohor dulu. Masa tu dah pukul 2.30pm. Surau kat tingkat 4. Sempat pulak pusing-pusing melawat kawasan. Huh...sangat lengang lagi menakutkan. Memang amat tidak dinasihatkan untuk melilau sorang-sorang.

Apa-apa pun, Alhamdulillah semuanya selesai sebelum pukul 4.00pm. Lepas ni boleh la nak pi jalan-jalan keluar negara…..:)

PS: Bila tah nak gi Beijing.......:)

Tuesday, 5 November 2013

Kalau hendak seribu daya....

"Kak....kita tak buka lagi."
Haha..sian. Kelab kabut saya menonong masuk Giant Bukit Antarabangsa. Dah buka. Cuma sebab belum pukul 9.30 pagi so depa tak beroperasi lagi. Masa tu baru kol 9.10 am. Nak kena tunggu lagi 20 minit. Oh tidak! Masa itu sangat berharga. Lupakan saja :(

Biasanya saya pi Giant hari Ahad. Depa dah buka seawal pukul 8.30 am. Dari semalam saya rasa hari ni macam hari Ahad. Kenapa ntah. Macam dah lost tract of time. Agaknya sebab dah excited nak cuti akhir tahun.

Malam tadi buat kek red velvet untuk Dayah bawa pi Kuantan tengahari nanti. Nak kena letak frosting tapi terlupa nak beli cream cheese. Tu yang kalut pi cari pagi-pagi hari. Kebetulan pulak hari ni cuti Maal Hijrah, so hubby ajak pi jogging pulak. Sejak akhir-akhir ni jogging ni dah jadi routine di pagi cuti. So planning nya lepas jogging, singgah breakfast terus nak singgah beli cream cheese kat Giant. Dengan confidentnya ingatkan depa buka pukul 8.30 pagi.

Tak de rezeki nak beli cream cheese. Akhirnya bantai je buat frosting guna resepi sendiri. Saya letak je apa yang ada dalam peti ais tu. Setengah ketul mentega, biar kejap pada suhu bilik. 3 sudu besar krim masam * dan 2 1/2 cawan gula icing. Campur semua dalam mangkuk. Lepas tu saya putar guna hand mixer sampai kembang dan putih. Lepas tu sapu je pada kek. Simpan dalam peti sejuk. Tak sempat keras sangat sebab lepas tu dah nak kena potong-potong untuk Dayah bawa balik.

Berhasil juga akhirnya. :) Alhamdulillah

Lepas zohor pi hentian bas rapid kat Greenwood. Main agak-agak je tu. First time balik dulu turun kat tepi highway sebelah Masjid Rahimah tu. Secara logiknya masa nak pergi mesti la the other side of the road. Hish ...tak masuk akal pulak tunggu bas kat tempat tu. Bila google, ambik contact number.." Maaf...nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan kami." Rupanya website tu dah outdated. Tah sapa laa... admin dia. So kami pi je la tunggu kat hentian bas rapid tu. Alhamdulillah ada beberapa penumpang lain pun dok tunggu bas tu juga.


First time tu naik bas balik Kuantan. Bas pick-up kat Greenwood. Mula tu cuak juga sebab tak biasa. Suspen pulak ibunda tengok dia naik bas sensorang. Padahal saya dulu travel okay je. Dari Baling-Penang-KL-Kota Bharu. 3 kali tukar bas. Tarik beg sorang-sorang. Hmm...

Bye Dayah. Have a safe journey.

PS: * Krim masam buat sendiri : 1 cawan susu segar/uht, 2 sudu natural yougurt.  Kacau rata. Saya sentiasa simpan stok natural yougut ni sebab suka guna dalam masakan kari ikan.

Saturday, 2 November 2013

Pizza lagi..

Hari selasa hari tu merupakan hari terakhir program ulangkaji intensif untuk subjek saya. So seminggu sebelum tu saya pun mencadangkan la buat sikit doa selamat untuk SPM nanti. Suruh depa pakat bawa pot-luck sorang sikit.Tak sangka pulak depa lagi advance. Rupa-rupanya depa pakat share duit pi order pizza. Kaya sungguh...

Sejak akhir-akhir ni asyik makan pizza je. Sebelum tu ada Majlis Jamuan Tingkatan 3. Makan pizza juga. Lepas tu jamuan perpisahan kat bilik guru, pizza lagi. Senang. Order je. Terus sampai depan sekolah. Dah jadi macam tradisi pulak. Asal jamuan je order pizza. Asal order pizza je buat jamuan. 
Hero-hero harapan ...(Heroin pun ada. Tapi tak sesuai untuk tontonan.)

"Satu kotak untuk cikgu..." Depa dah siap letak satu kotak pizza kat meja guru. Alhamdulillah bumi al-Amin dihuni oleh mereka yang kaya lagi pemurah.... Bacaan doa dari wakil pelajar sangat menyentuh hati saya. Doa yang panjang dan penuh pengharapan.

Alhamdulillah nampak ada peningkatan yang baik dari segi motivasi dan semangat nak belajar. Dah makin rajin buat ulangkaji. Mudah-mudahan depa berjaya dengan cemerlang. Saya pulak yang nervous tetiba...

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...