Monday, 8 July 2013

Pemergian itu...


Perasaan itu datang lagi.Sungguh mudah mengatakan sabar, redha dan pasrah. Hakikatnya hanya Allah yang tahu....

“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” ( Al baqarah :286 )

Adakah saya sedang diuji.

Jumaat 14 Jun

10.50 am
Ada kelas sejak pagi. Banyaknya miss call kat hp. Sangat cemas saya return call…berita yang sangat mengusik perasaan saya.
Bergegas jumpa Pengetua. Alhamdulillah Pengetua sangat memahami.
"Awak balik lah sekarang. Ambil cuti untuk esok sekali. Nanti saya sign...."

11.00 am
Call hubby. Banyak kali. Tak dapat. Hubby ada meeting. Call Iman dan Dayah suruh depa balik rumah segera. Kumpul anak-anak lain.

11.15 am
Bergegas pulang. Packing pakaian dan barang keperluan lain.

11.30 am
Call hubby lagi. Berkali-kali lagi. Masih tak dapat. Tinggalkan Urgent message.

11.45 am 
Hubby return call. Akan balik pulang segera.

12.30 pm
Undecided..... nak drive atau naik flight.

1.30 pm
Dapat call lagi.....
Saya merasakan masa seakan terhenti dan perjalanan ke LCCT sangat jauh........

Baru hari ini saya bermaksud menulis tentang pemergian itu. Pemergian Tok Wan ke kampung abadi terlalu cepat saya rasa. Ketika menghantar Tok Wan pulang ke kampung seminggu sebelum itu saya masih menaruh sepenuh harapan yang dia akan sembuh sepenuhnya dalam sedikit hari. Tok Wan bersungguh-sungguh mahu pulang ke kampung walau dihalang berkali-kali.

"Maaf belako deh....." Itu ucapan biasa saya ketika mahu berpisah. Tapi hari tu Tok Wan yang beria-ia menangis meminta maaf. Saya hanya mengangguk sahaja. Saat bersalam ketika mahu berangkat pulang selepas menghantarnya hari tu saya berjanji untuk balik menjenguknya semula selepas seminggu.

Setelah seminggu barulah saya faham kenapa Tok Wan beria-ia mahu pulang ke kampung. Sungguh sebagaimana yang saya janjikan, saya pulang semula ke kampung setelah genap seminggu. Tapi rupanya seminggu itu sebenarnya sudah terlalu lewat...saya terlambat!

Sepanjang perjalanan saya banyak berdiam.Saya hanya berzikir dan memujuk diri. Entah kenapa tiba-tiba air mata saya sangat mudah mengalir. Air mata kesedihan. Air mata mengenang seorang wanita yang mengajar saya makna hidup yang lebih besar dan bermakna. Kalau mahu dikongsi di sini banyak sekali. Selebihnya, saya tidak mengerti air mata apa yang sangat galak  mengalir berjurut2 dari kolam mata saya.

Sehingga kini saya kurang pasti samada saya redha akan keberangkatan Tok Wan ke kampung abadinya. Sungguh, pemergian Tok Wan seakan menyuntik semangat baru buat saya. Semuanya ada rahsia dari Ilahi. Semoga rohnya di tempatkan bersama golongan yang beriman dan diberi rahmat agung dari Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia. Alfatihah.....

"Umi....let it go!"
Mungkinkah? Hingga kini saya menangisi pemergian itu......dalam diam.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...