Tuesday, 30 July 2013

Buanglah perasaan itu.


"Akak pernah kecik hati dengan anak-anak tak?"
Pertanyaan seorang rakan kerja hari tu agak memeranjatkan saya. Saya hanya memandang mukanya. Lama.
"Kenapa? Awak ada kecik hati ngan anak-anak ke?"
Saya membalas balik soalannya. Dia tersenyum.
"Ye la... Akak kan penuh sifat keibuan, sabar.....tentu tak pernah kecik hati kan?"

Haha...perlukah saya melompat... so flatered.
Kecik hati dengan anak-anak? Satu benda yang sangat subjektif bagi saya. Sebagai manusia sudah tentu saya punya perasaan itu. Tapi biasanya saya tolak tepi atau buang terus...tak yah fikir. Banyak lagi benda lain nak dikecik-hatikan.

Ramai orang tahu bukan mudah menjadi ibu. Masa anak kecik-kecik boleh la kita kawal mereka. Arah je apa yang patut. Mudah je tangan ni nak melayang bila mereka buat salah. Bila mereka besar pastinya mereka juga punya prinsip, keputusan dan pegangan mereka sendiri. Kadang kala bila tak selari dengan acuan dan citarasa kita pasti la kita akan mudah kecik hati.

Bayangkan kalau kita sebagai ibu sikit-sikit nak sentap dengan anak. Macam tak ada kerja lain. Sebenarnya rasa kecik hati kita itu telah mengundang dosa buat si anak. Sebab tu saya sangat ambik berat tentang perasaan ini. Jika ada rasa kecik hati saya akan cepat-cepat tolak ke tepi. Maafkan si anak. Yang penting, sentiasa doakan mereka jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Depa tu harta kita. Kita pasti akan memerlukan mereka untuk mendoakan kita nanti....

Bila dikenangkan kembali, sebagai anak saya juga mungkin kerap sakiti hati ayah saya. Kadang kala terlalu busy sampai saya lupa. Kesian ayah. Tentu ada waktu-waktu yang  ayah sangat rindukan saya. Lagi la pulak zaman saya dulu berhubung pakai surat je. Mana ada sms, wassup dan segala bagai macam sekarang... Tapi alhamdulillah saya tidak pernah lalai untuk mengirim berita setiap bulan. Dan alhamdulillah juga ayah tidak pernah ada rasa kecik hati. Well...at least dia tak pernah tunjukkan pada saya. Dan saya sentiasa happy menjadi anak yang baik...konon. Hmm...adakah ayah menyimpan perasaan kecik hatinya jauh disudut hati hingga saya sukar untuk menerka? Astaghfirullah...

Sebagai ibu, saya tahu saya punya kuasa besar terhadap dosa dan pahala anak-anak. Kuasa saya 3 kali ganda kuasa ayah depa. Wah...big bos tuh. Jangan sesekali hangpa engkar terhadap ibumu ini ye anak-anak! Hangpa kena ingat kisah Alqamah.

Tapi bak kata rakan sekerja saya tu.. Saya kan penyabar...oh! mudah-mudahan. Amin ya Allah. Sebagai ibu saya akan sentiasa memaafkan kesalahan anak-anak saya dari saat mereka dilahirkan hingga saya memejamkan mata nanti. Every bit. Kesalahan terhadap saya je lah. Kesalahan dengan Allah, hangpa pandai-pandailah tanggung sendiri. Moga setiap ibu di dunia ini sentiasa mendoakan kebaikan buat si anak dan jangan lah hukum anak dengan sumpahan atau menghukum mereka sebagai anak derhaka. Dosanya balik pada kita juga...

Monday, 8 July 2013

Pemergian itu...


Perasaan itu datang lagi.Sungguh mudah mengatakan sabar, redha dan pasrah. Hakikatnya hanya Allah yang tahu....

“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” ( Al baqarah :286 )

Adakah saya sedang diuji.

Jumaat 14 Jun

10.50 am
Ada kelas sejak pagi. Banyaknya miss call kat hp. Sangat cemas saya return call…berita yang sangat mengusik perasaan saya.
Bergegas jumpa Pengetua. Alhamdulillah Pengetua sangat memahami.
"Awak balik lah sekarang. Ambil cuti untuk esok sekali. Nanti saya sign...."

11.00 am
Call hubby. Banyak kali. Tak dapat. Hubby ada meeting. Call Iman dan Dayah suruh depa balik rumah segera. Kumpul anak-anak lain.

11.15 am
Bergegas pulang. Packing pakaian dan barang keperluan lain.

11.30 am
Call hubby lagi. Berkali-kali lagi. Masih tak dapat. Tinggalkan Urgent message.

11.45 am 
Hubby return call. Akan balik pulang segera.

12.30 pm
Undecided..... nak drive atau naik flight.

1.30 pm
Dapat call lagi.....
Saya merasakan masa seakan terhenti dan perjalanan ke LCCT sangat jauh........

Baru hari ini saya bermaksud menulis tentang pemergian itu. Pemergian Tok Wan ke kampung abadi terlalu cepat saya rasa. Ketika menghantar Tok Wan pulang ke kampung seminggu sebelum itu saya masih menaruh sepenuh harapan yang dia akan sembuh sepenuhnya dalam sedikit hari. Tok Wan bersungguh-sungguh mahu pulang ke kampung walau dihalang berkali-kali.

"Maaf belako deh....." Itu ucapan biasa saya ketika mahu berpisah. Tapi hari tu Tok Wan yang beria-ia menangis meminta maaf. Saya hanya mengangguk sahaja. Saat bersalam ketika mahu berangkat pulang selepas menghantarnya hari tu saya berjanji untuk balik menjenguknya semula selepas seminggu.

Setelah seminggu barulah saya faham kenapa Tok Wan beria-ia mahu pulang ke kampung. Sungguh sebagaimana yang saya janjikan, saya pulang semula ke kampung setelah genap seminggu. Tapi rupanya seminggu itu sebenarnya sudah terlalu lewat...saya terlambat!

Sepanjang perjalanan saya banyak berdiam.Saya hanya berzikir dan memujuk diri. Entah kenapa tiba-tiba air mata saya sangat mudah mengalir. Air mata kesedihan. Air mata mengenang seorang wanita yang mengajar saya makna hidup yang lebih besar dan bermakna. Kalau mahu dikongsi di sini banyak sekali. Selebihnya, saya tidak mengerti air mata apa yang sangat galak  mengalir berjurut2 dari kolam mata saya.

Sehingga kini saya kurang pasti samada saya redha akan keberangkatan Tok Wan ke kampung abadinya. Sungguh, pemergian Tok Wan seakan menyuntik semangat baru buat saya. Semuanya ada rahsia dari Ilahi. Semoga rohnya di tempatkan bersama golongan yang beriman dan diberi rahmat agung dari Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia. Alfatihah.....

"Umi....let it go!"
Mungkinkah? Hingga kini saya menangisi pemergian itu......dalam diam.

Sunday, 7 July 2013

Hmm...


Dah siap basuh dapur. Dah siap mop lantai. Dah siap basuh kain dan jemur sekali. Dah siap basuh porch belakang tempat jemur kain tu. Dah pukul 5 pagi....huh? Okay, done with the exercises....Eh! nak cakap bangun awalkah? Haha..awal la kan. Rise and shine as early as 3.30 am. Nak qadha exercise yang dah lama tak sempat nak buat. Biasanya kalau hujung minggu begini saya berpagi-pagi dengan berkebun dan merumput. Tapi sejak jerebu hari tu aktiviti luaran tu terpaksa dibataskan. Sian kebun saya. Kebun...?

Minggu ni lagi sekali saya tak ada weekend. Hari Sabtu semalam ada program KAKUM sekolah. (KAKUM = karnival Kokurikulum, nama manja yang dicipta oleh mantan Ketua Jabatan Koku suatu masa dulu). Hari ni ada bengkel menjawab Matematik PMR.

Banyak lagi housechores nak kena buat untuk menyambut kedatangan Ramadhan ni. Ewah ..sibuk dengan persiapan rumah pulak. Persiapan diri? Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang lepas-lepas...Hmm.

*Buat posting sebab nak break jap. Penat..Dah tua eh? Kejap lagi nak buat breakfast. Pastu nak bersiap pi bengkel....

Tuesday, 2 July 2013

Sehari di Bandar Muazzam...

Hari Sabtu baru ni berpeluang ikut hubby pi Uniten kat bandar Muazzam Shah. Ada program ngan Accounting students. Sepatutnya hubby pi ngan driver dia je tapi tak jadi pulak. Nak juga ajak isteri terchenta ni temankan. Maklum la nak drive ke sana tu memakan masa lebih 3 jam setengah. Takut boring dok dalam kereta lama-lama.  Ada saya ngan anak-anak yang comel ni dapat jugak buat peneman bicara. Kalau ngan driver apa sangat la yang boleh diborakkan.

Seawal 6.30 pagi kami dah shoot off. Exit Gambang. Alhamdulillah kol 10.15 pagi dah sampai depan Uniten. Program hubby mula pukul 10.30 pagi hingga pukul 3 petang. Sementara tunggu hubby habis program tu terpaksa lah saya ngan anak-anak buat program sendiri.

"Ayah buang tebiat ke umi?"
"Hmm entah lah......" Sebelum ni tak pernah pulak hubby benarkan saya drive kereta dia. Biasanya saya dengan unser manual tu je lah. Ni tetiba pulak suruh saya pepandai sendiri guna kereta accord auto  tu. Pi lah mana-mana sementara tunggu dia habis program. Nak pi mana lah sangat kat Bandar Muazzam tu. Pusing-pusing dok tang tu lah juga. Mula-mula tu panik juga. Manalah saya pernah pegang kereta auto ni. Nak cari punat adjust tempat duduk pun kalut. 

Bila fikir-fikir, best juga duduk kat bandar kecik macam tu. Sangat tenang dan damai. Semua benda within distance. Hari Sabtu pun nampak tenang je. Sempat singgah solat zohor berjemaah kat masjid dia.


"Umi tau tak?...Amin sorang je budak. Yang lain semua pakcik-pakcik. Dia orang pandang je...." Haha... sian Amin. Dia sorang je pi solat pakai seluar jeans and T-Shirt.  Pakcik-pakcik tu semua lengkap berbaju melayu, kain pelikat dengan songkok atau kopiah. Hmm.., masyarakat kita mungkin tak leh terima lagi kalau bersolat tanpa pakaian yang lengkap....

Petang tu cadang nak singgah bermalam kat Bukit Gambang resort City. Konon berangan nak pi Safari Park. Malang sekali hotel semua penuh, Carribean Bay Resort penuh. Arabians Bay Resort pun penuh. Tak pernah pulak tengok hotel penuh macam tu. Macam-macam rupa manusia ada. Macam-macam jenis program. Tu la pasal. Sapa suruh pi redah je. Lain kali buat booking dulu. Sebelum puasa ni memang la banyak agensi-agensi buat macam-macam program nak habiskan bajet.

Bye-bye je lah.....
 Akhirnya kami buat keputusan untuk balik je. Lagi pun malam tu ada perlawanan akhir bolasepak antara Kelantan melawan Johor. Tak la rasa terkilan sangat. Boleh tengok bola dengan selesa.
Saja peghak tengok tiket tol cam ni...

Semangat anak bujang saya tunjuk tiket dia pi tengok bola kat stadium.
 First time tuh. Hantu bola sungguh. nasib baik Kelantan menang....

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...