Wednesday, 14 March 2012

Bila sesekali...

Bila sesekali ada kesempatan duduk sorang2 ni, saya selalu terfikir zaman saya muda2 dulu. Sekarang ni pun terasa masih muda lagi tapi bila tengokkan anak dara saya tu dah besar gajah mengalahkan ketinggian ayah dia, terasa pulak diri macam dah tua. Ada pulak andaian mengatakan kalau kita ni asyik teringat zaman kita remaja dulu, itu adalah antara tanda2 penuaan. Hmm…

Bila sesekali melihat anak2 sedang membesar, teringat pulak masa saya sedang membesar dulu. Sebenarnya hajat menjadi ibu telah tertanam di jiwa saya sejak saya mula akil baligh lagi. Pesan nenek saya, sebelum menjadi ibu mesti mencari bapa kepada anak2 tu dulu. Nak dapat anak2 yang baik bapanya mesti baik. Nak dapat bapa yang baik, ibunya mesti baik dulu. Semuanya mesti bermula dengan diri kita dahulu. Itu yang saya pegang sejak saya mula menghayati Islam semasa di sekolah menengah lagi. Pesan nenek saya lagi kalau dah mula ada rasa gatal nak menikah kena terus dan sentiasa berdoa untuk dapat suami soleh. Dan jangan putus asa kalau doa tersebut mengambil masa yang panjang untuk dimakbulkan Allah. Jadi kena mulakan seawal yang boleh.

Tak cukup dengan doa, mesti ada usaha. Antara usaha yang saya mulakan adalah memperbaiki akhlak diri. Antara akhlak yang saya berjanji untuk perbaiki adalah akhlak kepada ibu bapa. Saya tak pasti samada tindak tanduk saya semasa remaja ada yang menimbulkan kemarahan orang tua saya. Saya bukanlah anak yang cukup sopan dan berbudi bahasa. Kadang2 hanya berlagak pandai dan tak berapa rajin… :(

Dulu semasa belajar , tiap kali pulang bercuti saya berazam di dalam hati bahawa saya ingin pulang sebagai anak yang menyejukkan hati. Saya ingin menghabiskan masa dengan gembira di kampung, ingin solat penuh lima waktu, ingin membantu orangtua saya dengan terbaik, ingin bercakap sopan santun dan lemah lembut pada mereka.

Saya selalu ingat satu pesanan- jika ingin berbuat baik, ibubapalah orang yang paling berhak mendapat kebaikan kita atas puluhan tahun usaha mereka memanusiakan kita. Saya tak pasti apakah harapan mereka pada saya. Saya juga tidak pasti adakah saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai anak. Yang pasti mereka telah berjaya memanusiakan saya.

Bila sesekali keluar berita di TV tentang nasib ibubapa yang ditinggalkan anak2, masyarakat akan terus menyalahkan anak2 dan menghukum mereka tidak bertanggungjawab. Padahal ibubapa itulah sendiri yang menentukan takdir mereka. Apa jua tindakan anak2 sebenarnya adalah hasil didikan ibubapa. Baik didikannya baiklah hasilnya.

Apabila saya betul2 menjadi ibu barulah saya sedar ianya bukan mudah. Banyak dugaan dan cabarannya, untuk menguji saya sebenarnya. Anak2 adalah amanah, jadi ibubapalah yang bertanggungjawab memenuhi amanah itu. Seboleh mungkin saya tidak mahu menyalahkan anak2 sekiranya mereka gagal menjadi anak2 yang saya inginkan.Keinginan manusia berbeza2. Apa yang saya impikan mungkin bukan yang terbaik buat mereka. Asalkan mereka senantiasa mengikut landasan syariat, itu sudah cukup buat saya. Apa saja perlakuan mereka biarlah Allah yang membalasnya. Yang penting, mulakan dengan diri sendiri menjadi isteri dan ibu yang baik, Insyallah akan lahir anak2 yang soleh dan solehah. Wallahualam.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...