











Harap2 pokok orkid saya tu dapat bertahan lama. Hubby selalu pesan bila nak buat sesuatu benda mesti ikhlas. Insyallah pertolongan Allah akan datang dari sumber yang kita tak sangka-sangka. Saya selalu idamkan sekolah yang cantik ceria dan sangat 'welcoming'. Saya bukan nak pindah sekolah tapi saya ingin sekolah saya ini berubah wajah. Memang saya akui sekolah selalu tak cukup bajet. Kata pengetua bajet yang ada hanya cukup2 untuk bayar gaji guru. Katanya lagi tak kisahlah macamana pun rupa sekolah asalkan guru2 mendapat gaji mereka dihujung bulan. Sungguh, saya kagum dengan sifat ketua saya yang selalu mendahulukan stafnya. Tapi pandangan saya berbeza.
Alhamdulillah dengan pertolongan beberapa guru lain dan murid2 Kelab Kebajikan serta murid2 lain yang berminat, pokok2 bunga mula tumbuh disekitar kawasan sekolah.

Projek lepas PMR murid2 banin juga sudah menampakkan hasil. Dengan bajet yang seciput saya dan cikgu Hasnah serta cikgu Shida pi cari pokok2 bunga kat Sg Buloh. Angkut pokok2 tu penuh Unser sampai tunggang terbalik tumpah segala baja tahi ayam dalam kereta tu. Sorry hubby, sebab buat Unser tu macam kereta sendiri. Hihi nanti saya kena bayar untuk servis. Adus.

Projek mural pun berjalan lancar. Saya mohon bajet, Pengetua luluskan, saya terus cari orang cat. Saya buat dinding sekolah tu macam dinding saya sendiri. Bermula dengan kawasan tangga pejabat dan kawasan tangga lain, seterusnya dinding2. Sukahati saya je nak buat tema apa, lukisan apa, konsep apa. Yang penting semua kerja-kerja tu kena siap sebelum buka sekolah awal tahun depan.
Mudah2an apa yang diusahakan ini akan mendatangkan kebaikan untuk semua. Amin.

Tahun ni saya semacam dah pencen jadi orang KL. Satu open house pun saya belum ada kesempatan nak pergi. Sibuk apa tah. Biasa la kalau kat KL ni selagi ada Syawal selagi tu la ada open house. Biasanya kalau gi open house saya akan cari laksa Johor. Entah kenapa saya memang suka makan laksa Johor. Mula kenal laksa ni masa saya kat UK lagi. Kawan saya orang Johor memang expert masak laksa ni. First time makan saya terus jatuh cinta. Lepas tu kalau ada peluang saya mesti cari laksa Johor. Nama je laksa tapi guna spagheti. Kuahnya pekat macam laksa Kelantan, berempah macam laksa Sarawak, masam pedas macam laksa Penang. Pendek kata memang terbaek lah.

Alhamdulillah kami sekeluarga berpeluang mengiringi jenazah dari bilik mayat hingga ke liang lahad. Satu pengalaman yang amat berguna terutama untuk anak2 bujang saya. Mudah2an roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah disampaing orang2 yang benar. Wallahualam.
Haha.. tak pasal2 batang paip sinki dapur saya jatuh tergolek di pagi raya. Apo nak dikata. Semua plumber cuti raya. Terpaksa la saya apply survival course angkut air nak masak and basuh pinggan mangkuk periuk belanga yang bertambun tuh. Nasib baik juga ada anak2 dara saya balik cuti raya. Boleh jugak ajar depa jadi perempuan melayu terakhir cuci pinggan mangkuk sambil mencangkung..kesian, kesian.




Pada hari Jumaat yang lepas, tiba-tiba saya rasa tidak sihat. Pukul 2:30 pagi saya terjaga dari tidur. Perut rasa tidak selesa dan kepala ra...