Sabtu 4hb Oktober 2025
Hujung minggu adalah hari untuk pergi kenduri. Namun ada juga undangan yang tidak dapat dipenuhi. Biasanya setiap kali menerima jemputan kenduri, hubby akan buat screening dulu. Ada jemputan yang wajib dipenuhi (tidak boleh tidak), ada yang sepatutnya pergi tapi boleh minta excuse jika ada aral yang melintang, ada yang so and so dan sebagainya.
Dan kenduri kali ini memang berstatus wajib, tidak boleh tidak kerana jemputan adalah daripada besan kami. Dan haruslah kita datang awal meraikan majlis dan menjadi antara tetamu yang paling awal tiba. Sempatlah bersembang sebelum depa sibuk melayan tetamu yang lain pula. Depa buat kenduri di Majestique Palace, Ampang. Tahniah untuk besan saya menerima menantu kedua dan terakhir. Semoga pasangan pengantin baru berbahagia hingga keakhirnya.🌹
![]() |
| Dengan besan no-4. |
![]() |
| 4/5 cucus. |
Usai kenduri di Ampang kami ke Ulu Langat untuk kenduri sahabat sekolah (rendah) hubby. Kebetulan beliau juga adalah rakan sekolah (menengah) saya, maka ada reason yang kuat untuk memenuhi undangan seorang sahabat. Depa buat kenduri di Shorea Glass Hall, Ulu Langat. Tempatnya berdekatan dengan dewan kenduri anak bongsu saya dahulu so agak mudah bagi kami mencari walau perjalanan terasa agak jauh.
![]() |
| Hubby and his friend. |
Ramai kawan-kawan sekolah yang hadir tapi ramai juga yang dah balik namun tetaplah kita rakam kenangan dengan kawan-kawan yang tinggal. Dan tentulah saya akan bersama dengan Gogezes KB84.
![]() |
| Gojezes everywhere. |
Alhamdulillah, done aktiviti hujung minggu kali ini. Seronoknya pergi kenduri bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Sungguh, kenduri kawen anak-anak sahabat sentiasa menjadi venue bermini reunion dengan kawan-kawan masa belajar dahulu. Semoga dikurniakan kelapangan dan kesihatan untuk memenuhi jemputan kenduri yang lain pula. Aamiin.🌹
Sekian.😊
























