Saturday, 5 October 2019

Jalan-jalan London Day 4: The Buildings

Rabu: 19 September 2019

Planning hari ini adalah melihat-lihat reka bentuk bangunan yang famous di sekitar Kota London. Sejak dari Malaysia lagi depa dua beranak dah buat shortlist bangunan mana yang akan diberi perhatian. Umi mengikut sahaja.

Destinasi 1: The Moderns

Sebagai orang muda dan baru dalam seni bina haruslah bujangku memilih design terkini di sekitar Central London. So seperti biasa, awal pagi lagi kami dah menapak ke Queensway Tube Station yang terletak bersebelahan dengan Bayswater Tube Station. Dua-dua tube station ni walking distance sahaja dari Hotel tempat kami menginap. Berjalan kaki dalam 10 minit sahaja. Kalau laju, 6-7 minit pun dah sampai. Kami pilih Queensway sebab ada direct line terus ke Liverpool Street Tube Station yang terletak di Central London.

Kebanyakan bangunan di Liverpool Street menggunakan cermin dan kaca. Macam-macam bentuk bangunan ada. Yang bujur, yang bulat, yang kurus, yang tinggi. Entah betul entah tidak term yang saya guna, suka hati je bagi kategori. Kebanyakannya mencakar langit. Jenuh pulak nak kena mendongak-dongak kalau nak menikmati keindahan seni binanya. 

The Skylines of Liverpool Streets.






Kalau dihalusi semua hasil seni bina tu memang sangat mengagumkan. Tak tahulah macamana semua akitek tu boleh berfikir sampai boleh menghasilkan reka bentuk yang sangat mengagumkan ini. Lupa pulak nak tengok nama setiap bangunan tu. Yang saya tahu hanyalah The Gherkin sahaja. 

Pintu masuk The Gherkin

The Gherkins


Liverpool Streets ni penuh dengan bangunan commercial dan office. Kebetulan masa kami tiba sana bersamaan dengan waktu orang masuk kerja, sepanjang jalan kami berselisih dengan mereka yang berpakaian formal, lengkap dengan sut dan tie. Kami je yang pakai santai-santai. 





Setelah puas berpusing-pusing di celah-celah bangunan kami berpatah balik ke Liverpool Street Tube Station untuk ke destinasi seterusnya. Oleh kerana kami belum sarapan maka kami singgah untuk morning coffee di kafe yang ada.

Cheese sandwich and mushroom with egg and cream plus hot coffee.

Destinasi 2: The Traditionals.

Selepas sarapan kami berlegar-legar dalam Liverpool Street Tube Station sambil melihat reka bentuk dan hiasan dalamannya. Walaupun belum dapat menghayati keindahan seni bina sepenuhnya, banyak jugak design yang menarik minat saya terutama cara letak duduk besi sebagai penguat atap/bumbung sesuatu bangunan.

Bahagian dalam bumbung Liverpool Street tube station.


Dari Liverpool Street kami menuju ke Bank & Monument Tube Station. Kat stesen ini agak sibuk dan kelam kabut sikit sebab banyak pintu & jalan keluar. Silap pilih pintu akan timbul di tempat lain. Nak baca tanda arah pun agak kalut sebab ramai orang. Awalnya kami hanya cuba jaya dan akhirnya berjaya walaupun terpaksa berjalan agak jauh. Berbanding di Liverpool Street, di sini kebanyakan bangunan dibina lebih dari 300 tahun dahulu dan masih mengekalkan seni binanya yang asal. 

The Bank of England

The Royal Exchange




Seterusnya kami berjalan hingga ke kawasan Westminster dan berehat di taman yang disediakan. Sekitar kawasan ni ada banyak bangunan yang menarik minat saya. Terutama yang berwarna putih, lebih-lebih lagi apabila ianya disinari cerah mentari di bawah langit yang biru. Jangan tanya bangunan apa sebab saya hanya memuja dari jauh sahaja.


Cuaca agak panas jadi kami terpaksa mencari tempat berteduh. Sambil melepak-lepak di tepi pagar tiba-tiba terpandang momento khas untuk mendiang Keith Palmer di salah satu tiang pagar tempat saya bersandar. Mendiang ialah pegawai polis yang terbunuh (kena tikam) masa peristiwa terrorist melanggar mati pejalan kaki di kawasan ini tahun lepas.

Memorial Keith Palmer.

Kami hanya melihat dan mengagumi binaan bangunan dari jauh sahaja. Dah masuk hari ke 4 ni kaki pun dah penat nak berjalan. Dua tiga hari sebelum ni asyik berjalan tak sedar diri, setiap hari melebihi 12000 steps, hari ni makcik dah kena slow down sikit. Lagipun cuaca agak panas so kami lepak-lepak di sekitar monument sahaja.

Big Ben under construction (kanan sekali)

Westminster Abbey

The Supreme Court


Destinasi 3: Mencari Doner Kebab Ori

Berkali-kali hubby dok sebut nak doner kebab original. Semenjak hari pertama di London, belum tercapai lagi hajat yang satu ini. Dah makan beberapa kali tapi tetap belum berjumpa the original taste. 

"Nak kena cari kat Edgware Road jugak, Turkish doner kebab". Katanya, maka kita layankan saja.

Kami naik bas supaya lebih mudah melihat-lihat sekiranya ada kedai makanan halal sepanjang jalan. Sebenarnya ada banyak pilihan tapi nak pastikan kedai mana yang ada secret resepi itu yang payah. Akhirnya kami singgah di kedai yang betul. Tapi lupa pulak apa namanya. Alhamdulillah tercapai jugak hajat hubby nak makan doner kebab mengikut seleranya. Saya ambik doner dengan nasi sebab rindu nak makan nasi lagi. Tapi nasinya lain sikit dengan nasi kita. Depa rebus beras hingga kembang lepas tu tos. Manakan sama dengan cara kita masak, so kurang sikit umph. Untuk tidak membazir, saya bungkus sahaja lebihan makanan untuk bawa balik hotel.

Nasi campur jagung tanpa perisa.

Setakat hari ini kami sudah memenuhi hampir kesemua program yang telah dirancang. Jadi selepas makan kami hanya berjalan santai-santai sahaja sambil melihat kesibukan kota London dari Oxford Circus hingga ke Bond Street sebelum pulang ke Hotel di Bayswater. Sebelum itu kami terpaksa top-up Oyster travel card yang di beli pada hari pertama di London hari tu. Kami beli/caj £25 plus £5 bonus seorang. Sepatutnya boleh tahan 4 hari tapi over used sebab kami banyak travel naik bas. So kami tambah lagi £15 seorang dan refundable kalau dah tak nak guna nanti. Alhamdulillah by the time kami keluar dari London kami dapat balik refund sebanyak £14 seorang. Kiranya total belanja Oyster travel card hanyalah £31 untuk sepanjang 5 hari berada di London. Card tu valid untuk lima tahun. So next time kalau terasa nak pi London lagi boleh top-up kat mesin sahaja.

Jalal-jalan London Day 3: Academic.

Selasa 18 September 2019

Hari ini kami banyak melawat pusat akademik. Dah namanya berjalan dengan prof, haruslah programnya ala-ala lawatan akademik. Seperti hari-hari sebelum ini, kami masih terbangun di awal pagi. Body dan mental masih tak boleh adjust dengan perubahan masa. Seawal jam 6:30 pagi kami dah mula menapak ke tube station.

"Are you Malaysian?" tiba-tiba kami disapa oleh seorang makcik .

Pabila kami mengiyakan, terus dia memberi amaran tentang ada orang yang menyamar jadi polis dan menahan tourist di tengah jalan. Biasanya depa target tourist yang datang dari Malaysia. Katanya 'polis' tu cuma nak check proof of identiti kita tapi in the end depa ambik semua duit dan semua barang-barang berharga. Kira macam merompak jugak la. Ramai dah yang jadi mangsa. Thank you makcik, mengingatkan supaya kita berhati-hati. Kami terus ke Bayswater Tube Station cari connecting tube ke destinasi seterusnya.

Destinasi 1: The Bartlett School of Architecture, Bloomsbury, University of London.

Dari Bayswater kami turun di Euston Square Tube station. Manusia dah mula ramai sebab dah masuk waktu orang keluar ke tempat kerja. So pakat sama-sama berdiri dalam tube yang sesak. Alhamdulillah semua penumpang mempunyai disiplin yang tinggi, so perjalanan dalam tube sangat memuaskan. 

Sebelum memulakan lawatan haruslah isi perut dulu. Dah alang-alang masuk kawasan U, kami pekena English breakfast kat Student Union Cafe. Student Union kat sini sangat aktif dan powerful sampai boleh buka kafe. Kami ambik vegetarian dish, tuna dan cheese. Harga pun lebih murah berbanding di luar Universiti.

University of London ni sangat luas dan banyak cawangan dan dipecahkan di bawah school tertentu. Kami masuk School of Architecture. Kebetulan depa tengah buat pameran hasil seni. Kami sempat tengok Summer Show 2019. Penuh dengan design berprestasi tinggi yang tak tercapai dek akalku. Macam-macam hasil design yang pelik-pelik. Saya hanya mampu tengok sahaja.

Batang besi yang orang buat konkrit. Meliuk lintuk tak tau bentuk apa.

Polistrin. Tak pasti apa kejadiannya.

The proud father and son.

Dah alang-alang tengok pameran kami masuk sekali ke bahagian Biological Sciences. Maklumlah kita dulu minat sains tapi tak tercapai niat nak jadi doktor. Namun, minat tu masih ada tapi terkubur dan akhirnya mengalir ke dalam darah salah seorang anakandaku. Alhamdulillah dapatlah dia meneruskan cita-cita luhur Umi. 


Anatomi manusia.




Main campus University of London.



Destinasi 2: SOAS, School of Oriental and African Studies, Universiti of London.

Sepanjang lawatan kami hanya berjalan kaki sahaja. Lepas dah puas melayan bujangku melawat hasil seni kami melayan minat hubby pulak. Seperti biasa hubby suka hal-hal sejarah dan kemanusiaan. Maka ke SOAS lah pulak. Di sini banyak hasil kajian tentang negara-negara di bawah jajahan British, buku-buku lama dan sejarah negara yang depa takluk. Katanya bahan sejarah Malaysia banyak tersimpan di sini, depa angkut masa mula-mula takluk Tanah Melayu dahulu. Sepanjang perjalanan hubby banyak bercerita tentang sejarah Melayu, tapi seperti biasa saya hanya nganga. 



Berehat sekejap sementara hubby leka di kedai buku.

Tanda mata untuk kerajaan Brunei sebab bagi sponsor.

Destinasi 3: RIBA, Royal Institute of British Architect, 66 Portland Place.

By this time dah masuk lunch hour. Perut dah mula lapar tapi kami teruskan perjalanan menyusur Tottenham Court Road. Kawasan ni banyak kedai makan tapi banyak yang tak halal. Kami masuk M&S beli roti, sandwic, buah dan air. Konon nak singgah lepak dan makan kat mana-mana park, tapi penuh pulak sebab waktu lunch hour. Alhamdulillah terjumpa pulak kedai kebab halal kat area Tottenham Court Road ni. So kami singgah lunch dulu sebelum meneruskan lawatan. Kebetulan hubby dah target nak makan doner kebab sejak dari Malaysia lagi. So kita layan...

Setambun doner kebab. Puas hati bapak.

Lepas makan kami terus berjalan lagi. Cuaca sangat cerah dek mentari tengahari. Kalau kat Malaysia memang dah tak keluar rumah dah ni. Tapi kat sini walaupun cerah benderang tapi suhu masih nyaman. Boleh lagi berjalan tanpa berpeluh ke destinasi seterusnya.


Bangunan RIBA ni agak unik. Masa kami sampai, bangunannya sedang under maintenance, so tak boleh masuk sesuka hati. Kami hanya berlegar-legar di ruang foyer dan melawat kedai buku. Banyak buku yang relevant dengan studies dua beranak tu. Harga jangan cakap. Orang Kelantan kata mahal supo bedil.  


Abe hansem ambik mood.

Destinasi 4: AA, Architectural Association School of Architecture, Bedford Square.

Dari bangunan RIBA kami kena berjalan agak jauh untuk ke AA. Alhamdulillah, sepanjang jalan kami dapat menikmati pemandangan menarik dalam cuaca yang sangat cerah. Walaupun menghampiri musim luruh masih ada saki-baki bunga-bungaan dihujung musim. Ukiran bangunan juga kelihatan amat jelas di bawah langit yang biru.

The hanging flower.

Sepanjang perjalanan ke bangunan AA banyak bangunan yang tersergam indah. Kebanyakannya daripada pure bricks. Saya tak mahir tentang architecture ni tapi disebabkan bujangku sangat berminat, maka kita follow aje.




Bangunan pejabat AA yang simple.

Selepas dah puas mengumpul ilham kami balik ke hotel untuk berehat sebentar. Usai solat dan berehat kami sambung berjalan ke destinasi seterusnya.

Destinasi 5: The Design Museum, Kensington High Street.

Muzium ni dekat sahaja dengan tempat kami menginap, boleh sampai dalam masa setengah jam sahaja. Dalam bayangan saya The Design Museum ni adalah bangunan usang dan buruk dengan design lama. Rupa-rupanya meleset. Bangunannya agak moden dengan hiasan minimalis.




Seperti lawatan ke muzium sebelum ini, semua bahan pameran adalah unik dan mempunyai nilai tersendiri. Bukan setakat design dalam arkitek tapi depa buat design dalam produk, industri, grafik, fesyen dan macam-macam lagi. Amat unik dan tersendiri hingga saya pun tak faham. Dah la kita ni buta design, hanya mampu mengagumi sahaja.

Daripada bahan plastik, bagaimana nak kembali kepada nature.

Huhu... tak faham.

Sudu pun boleh jadi design.

Huge wonder

Again.. tak paham.

Evolusi komputer

Tak faham jugak. Kita posing sajo.

Kena baca caption baru faham.


Gabungan evolusi: TV+Talipon+Radio+Mesintaip=Handphone.
Yey....faham. Alhamdulillah.

Depa buat banyak sections. Ada design yang senang nak faham, ada yang terlalu unik hingga berkali-kali saya perati pun masih tak dapat nak hadam. 




Puas terteleng-teleng, dop paham setarang.


Keluar sahaja dari muzium, terasa jauhnya daya kritikal thinking dan daya fikir dalam diri ini. Depa boleh fikir untuk mereka-cipta apa sahaja daripada apa sahaja. Walaupun tak tercapai dek akalku, pameran di muzium ini yang paling menarik hati saya sepanjang berada di London. Alhamdulillah.


Katanya.

Umi dan bunga berpisah tiada.
Berangan nak design tempat letak bunga di halaman rinduku.

Pagar pun nampak cantik.

Setelah seharian memenuhi minda dengan hal-hal akademik, kami menapak balik hotel untuk berehat. Untuk dinner kami hanya makan roti dan buah  yang beli dari M&S tadi. Top up dengan maggi dan roti inti serunding daging yang saya bawa dari Malaysia. Alhamdulillah done another day with a total of more than 12000 steps. Makcik bangga dapat berjalan kaki tanpa lelah. Alhamdulillah.

Jogging @ KLCC Dan Kemas Kabinet Bawah Dapur

Dalam dua minggu ini perhatian saya banyak terarah kepada projek declutter dan menyusun semula barang-barang dalam rumah ini. Walaupun sibuk...