Setiap kali balik Kelantan kami pasti pergi ziarah kubur. Kat Kota Bharu ada satu kawasan tanah perkuburan yang sangat luas. Depa panggil kubur Banggol. Famous kot. Di situ lah bersemadi pusara arwah ayah dan mak mertua saya.
Setiap kali juga saya akan menikmati keindahan suasana kubur. Macam-macam rupa keadaan tanah kubur di situ. Ada yang terjaga rapi tanpa sebarang rumput di sekelilingnya. Ada yang siap berpagar macam tanah lot untuk saudara mara dia sahaja. Ada yang letak batu marmar, marble, granite siap dengan jubin. Ada yang terbiar tanpa batu nisan. Cuma bertandakan batu sungai sahaja. Agaknya semua tu boleh menjadi kayu ukur kasih sayang waris terhadap si mati. Kalau kubur pun tidak terjaga agaknya ada ke tidak amalan soleh daripada anak-anak untuk dialirkan kepada arwah ibu dan ayah. Hmm...:(
Dan setiap kali juga saya akan menikmati keindahan pohon kemboja yang ditanam di sekitar kawasan kubur tu. Semacam ada satu tarikan terhadap pohon ini. Terutama yang berbunga putih. Memang banyak pohon kemboja kat kawasan kubur tu. Macam-macam warna bunganya. Pelik juga kenapa orang selalu kaitkan pokok ni dengan tanah kubur. Dah macam sinonim pulak pokok kemboja ni dengan pusara. Sampai ada yang kata pokok ni tak leh tanam kat kawasan rumah. Layaknya hanya di tanah kubur sahaja. Sebab hantu langsuir suka duduk kat pokok ni. Gamaknya depa percaya semua orang mati tu nanti jadi langsuir kot. Kepercayaan apa tah,
Pohon kemboja di salah satu kubur di situ.
Sebenarnya dah lama saya minat nak tanam pokok kemboja ni kat rumah. Tapi asyik tak ada peluang. Alhamdulillah baru-baru ni ada terjumpa pokok ni dekat nursery berhampiran sekolah saya. So apa lagi. Semangat berkebun datang semula. Walau dah agak lama terlupakan hobi tu. Asyik alasan tak ada masa nak berhobi. Saya beli sepohon. Murah je. RM8 sepohon. Tinggi tak sampai 2 kaki. Rasanya Pak Cik nursery tu baru je semai pokok tu. Rasanya dia cucuk dari batang je sebab dia tumbuh kurus tinggi melidi. Katanya berbunga putih. Saya bukannya kenal pun rupa anak pokok ni. Tunggu je lah dia berbunga nanti. Mudah-mudahan betul lah tu.
Anak pokok kemboja.
Biasa lah kalu pi nursery pokok. Pantang nampak pokok yang berkenan. Laju je nak memborong. Bukan setakat pokok kemboja saya angkut pulak pokok bunga cempaka. Sebab katanya bunga tu berbau harum. Saya suka tanam pokok bunga yang bukan sekadar hiasan tapi yang boleh membangkitkan ketenangan dan aura aroma terapi...(padahal bunga china, kemuning, melur dan melati yang dah ada pun tak sempat nak jaga) Harap-harap betul lah bunga cempaka tu. Susah juga orang buta pokok ni. Tahu nama bunga je. Bunga pulak bunga yang old fashion. Macam nama-nama gadis ayu zaman dulu.
Pokok cempaka, katanya kacukan bunga putih ngan kuning.
Seronok pergi nursery pokok sebab boleh bersembang pasal pokok. Sungguh, saya ni buta nama pokok. Tengok berkenan tapi nama tak tahu. Pakcik nursery tu dok cerita khasiat daun belalai gajah. Katanya daun pokok belalai gajah ni bagus untuk pesakit darah tinggi. Ambik je daun dia pastu blend buat juice. Blend ngan epal hijau pun boleh. Nak sedap letak gula sikit dan tambah air batu. Amalkan selalu Insya Allah berkesan mengurangkan darah tinggi. Pak cik nursery tu patahkan batang dan bagi percuma.
Daun belalai gajah.
Saya cucuk je dalam pasu yang ada. Mudah-mudahan hidup lah ye.....
PS : Dah siap pesan kat Ein tolong pindahkan pohon kemboja tu tanam kat pusara umi nanti. Jangan lupa alirkan juga amalan soleh untuk umi dalam kubur nanti.....