Wednesday, 19 September 2012

Semangatnya berdusun...

Dah nak masuk setahun sejak saya berpindah rumah ni. Alhamdulillah saya berpeluang menanam beberapa batang anak pokok buah. Ada pokok mangga epal yang entah bila nak berbuah. Ada mangga siam yang dah merajuk tak besar2 sebab saya gi potong pucuk dia. Ada pokok rambutan yang hubby saya kata satgi banyak la monyet datang bila nampak buah dia yang entah bila nak keluar tu. Saya harap monyet2 tu tak minat lah pada bakal buah rambutan saya tu sebab pak cik yang jual anak pokok tu kata rambutan saya tu moktan gading, buah dia warna kuning. Ada pokok ciku yang hubby kata satgi jadi hutan la rumah ni, sebab pokok ciku ni tumbuh rendang banyak makan space. Malangnya pokok ciku saya ni macam dah bantut sebab kecik hati kat hubby kot. 

Saya juga tanam pokok exotik macam pokok buah katak puru yang dibawakan terus dari Kota Bharu. Susah payah mak mentua saya semai sebelum naik kapal terbang bawa mai KL. Elok je tumbuh dalam dua jengkal habis jadi arwah kena tebas dengan mat bangla potong rumput. Sakit hati saya sampai sekarang saya serik nak upah depa potong rumput. Salah saya juga sebab biarkan pokok lalang subur membiak keliling pokok tuh. Manala mat bangla tu nak nampak. Dia pulak pakai spek untuk tahan takut serpihan batu masuk mata.

Saya juga tanam pokok exotik lain seperti durian belanda, delima, pokok kelapa (kategori exotik ke?) dan lain-lain pokok yang biasa orang tanam seperti pisang yang asyik beranak pinak sampai tak larat nak cabut buang, betik yang dah tinggal pucuk sebab tak sempat siram, ubi kayu serta pokok2 suri rumah seperti serai, lengkuas, kunyit, pandan, pudina, daun kari yang semuanya terpaksa berjuang untuk hidup sendiri sebab tuan dia ni konon karier woman tak sempat nak jaga. Waduh, waduh ....bila dah buat listing begini memang betul kata hubby. Dalam dua tiga tahun mendatang rumah ni bakal dikelilingi hutan. Haha.. itu pun kalau semua pokok tu hidup.

Pisang serendah

Pisang serendah kat belakang rumah yang mula mengeluarkan buah sebelum raya puasa hari tu. Pokok pisang tu memang sangat rendah. Jantungnya macam nak mencecah tanah. Menurut kata Puan Masitah, tunggu benda2 hitam kat hujung buah tu tanggal dulu baru boleh tebang pokoknya untuk ambik buah. Kena tebang, sebab kita tidak boleh membiarkan pisang berbuah dua kali....Hmmm.

Sunday, 9 September 2012

Jalan-jalan Goldcoast

Lama tak buat percutian keluarga. Sebelum ni selalu pi IEP yang UIA buat untuk staf dia tu. Tapi sejak anak2 dah meningkat remaja dan masuk IPT ni jarang ada peluang cuti satu keluarga.
Alhamdulillah kebetulan tersembang pasal goldcoast ni teringin pulak nak merasa angin pantai. Maka hubby pun terus buat plan lawatan satu hari ke goldcoast. Anak2 semua teruja. Ingatkan nak pi Goldcoast Australia nun... Haha sian....



Boleh lah berposing satu famili pakai kamera hp, buat selftimer letak atas batu..


Kemain..Susah payah Iman susun batu-batu kerikil nak letak hp tu supaya dapat spot yang cantik.

Kami pi balik hari je. Kalau tido kt hotel dia tu mungkin lebih happening kot. Tak apa lah asalkan dapat merasa bayu laut yang segar pun dah kira okay. Segar ke? Bau hanyir ikan je.... Okay bau ikan segar.

Bila tiba hari raya...

Bila tiba hari raya perkara pertama selepas balik solat raya dan makan-makan ialah bergambar. Banyaklah gambar-gambar walau kamera tidak canggih. Pakai kamera hp je pun tapi kemain berposing. Satu je yang sesuai tayang kat sini. Yang lain tu koleksi peribadi.



Bukan senang nak posing gini kalau tak ada apa2 hal. Refresh gitu....


Jadi gulai kawah lah pulak.

Alhamdulillah dah siap makan.
"Sedap la gulai ni. Macam gulai kawah... tapi kena cair sikit."
Tu yang nak dengar tuh. Penat menunggu daging tu empuk. Haha.. secara fizikalnya tak penat pun, sempat lagi mengadap laptop.



Menu tengah hari ini. Gulai darat daging, ikan tenggiri masak merah, kacang panjang goreng telur. Ringkas, mudah dan heheh..sedap. Bukan saya kata, anak2 dan hubby kata. Walau apa pun saya masak depa wajib kata sedap. 

Gulai darat daging versi ringkas, sebab kita tidak serajin mak-mak dulu-dulu..


Hamboih tajuk. Lamanya rasa tak update blog. Banyak cerita tersimpan dalam minda. Alhamdulillah pagi ni saya dapat masa untuk menyendiri setelah sekian lama tidak merasa berhujung minggu. Menyendiri? Menyendiri lah sangat... Ni pun tengah dok tunggu daging empuk atas dapur. Entah kenapa lama benor menunggu daging tu masak. Saja nak menerai resepi gulai darat nih. Tak pernah masak pun. Makan pun tak pernah. Kebetulan ada lebihan daging untuk masak rendang raya hari tuh.
Resepi dari Mr Goole. Saya modified dari beberapa resepi untuk kemudahan diri sendiri.

Bahan-bahannya
1 kg daging dipotong kecil.
1 cawan santan segera
3 sudu besar kerisik
2 biji kentang.
2 sudu besar rempah gulai darat (saya beli rempah ni kt pasar sabtu taman melawati)

Bahan-bahan Kisar
2 Ulas Bawang putih
10 ulas bawang merah
15 biji cili kering
1 inci lengkuas

Caranya
Gaul semua bahan kecuali santan. Perap dalam 15 minit, kemudian masukkkan dalam periuk dan masak atas api sederhana hingga daging empuk.

Bila daging empuk masukkan santan, kentang, garam, gula melaka. Biarkan mendidih dan kentang empuk. Siap. Dan sepatutnya sedap. Tunggu je lah dia masak. Nasi dah masak. Ikan tengah goreng. Sayur baru nak potong.
Mr Hubby nak balik lunch jap lagi. Harap2 sempatlah siap.

Jogging @ KLCC Dan Kemas Kabinet Bawah Dapur

Dalam dua minggu ini perhatian saya banyak terarah kepada projek declutter dan menyusun semula barang-barang dalam rumah ini. Walaupun sibuk...