Wednesday, 30 October 2019

Pokok pisang berbuah lagi.

Pokok pisang sentiasa ada di kebun saya. Sejak saya tanam awal dulu hingga sekarang tak pernah putus berkembang biak. Saya tak pasti apa nama pisang tu. Yang pasti ada dua jenis. Satu berbuah kecik-kecik dan jarang-jarang. Satu lagi berbuah agak lebat dan besar-besar saiznya.

"Pisang ni bila dah berbuah, kena buang jantungnya. Barulah dia masak elok." Seorang sahabat datang memberi tips. Itulah... selama hidup baru ini pertama kali saya tahu petuanya.

Pisang emas, katanya.

Sepatutnya pisang tanduk.

Masalah besar apabila menanam pisang ini ialah serangan monyet-monyet yang ada di sekitar taman perumahan ini. Rumah kami bersebelahan dengan kawasan hutan. Jadi apabila kerajaan nak buat jalan baru maka kawasan habitat monyet-monyet itu pun turut ternoda. Maka terpaksalah depa berkeliaran mencari penempatan baru. Kawasan terdekat haruslah di taman perumahan kami. Ramai juga jiran-jiran yang menanam pokok-pokok buah yang menarik minat depa. Ditambah pulak dengan stok pokok pisang dengan buah yang masak mengkal, memang in heavenlah makhluk-makhluk Allah itu. 

Anak pokok sentiasa ada untuk menggantikan pokok baru.

Kebetulan baru-baru ni musim depa keluar cari makan gamaknya, maka  habislah rumah-rumah jiran yang terdedah menjadi mangsa depa. Pandai pulak depa geledah masuk dalam rumah jiran yang terdedah mencari makanan. Masa tu saya tiada di rumah kerana ikut hubby outstation, semua pintu tingkap saya dah tutup rapat. Jadi depa cuma ambik apa-apa yang ada di luar rumah sahaja. Alhamdulillah ada jiran yang prihatin menghalau monyet-monyet tu

Bukan main rileks je depa dok marking buah pisang tu.
(Gambar ehsan jiran sebelah rumah)

Masa saya balik rumah semula, pisang tu dah tinggal saki-baki sahaja. Apalagi, kita tebang sahaja dan berbagi-bagi dengan jiran pulak. Apa yang dah jadi rezeki monyet-monyet tu kita anggap sahaja sebagai sedekah. Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmatNya.

Hujan Rahmat di Daerah Ini.

Kebelakangan ini saya dah kurang masa santai di rumah. Tak sangka pulak banyak masa dihabiskan di luar rumah dengan pelbagai program yang tidak dirancang. Makcik sibuk rupanya, tak sempat nak duduk membelek makhluk-makhluk di kebunku. Alhamdulillah depa pandai menjaga diri, ditambah pulak dengan musim hujan sekarang ini memudahkan kerja-kerja perkebunan saya. Pabila ada masa senggang, saya gunakan sebaik mungkin untuk menyantuni anak-anak pokok yang dah mula mengeluarkan hasil.

Pokok cili dengan buah sulong.

Roselle yang lebat berbuah, nak buat jus dan jem...tapi entah bila.

Bayam brazil yang galak mengeluarkan pucuk baru selepas berkongsi hasil dengan rakan taulan.

Pokok sabung nyawa katanya. Baru mengeluarkan pucuk baru.

Daun kesum, baru nak serasi dengan tuan tanah.

Kangkung nan sebatang. 

Pokok nenas, baru pindah ke atas tanah.

Anak pokok betik.
Induknya saya tebang sebab melonjak tinggi mengganggu wayar elektrik belakang rumah.

Pokok pisang, buah dikongsi dengan jiran.
Baru tebang separuh. nanti sambung tebang lain kali.

Seronok berbudi pada tanah terutama pabila semua tanaman mengeluarkan hasil yang boleh dikongsi dengan orang lain. Mudah-mudahan makcik terus sihat hasil exercise di daerah ini.

Monday, 14 October 2019

Jalan-jalan Southampton: The Memori Lane.

Jumaat: 20 September 2019

Kami tiba di Southampton dalam pukul 2 petang semalam setelah menghabiskan masa 5 hari di London. Tanpa membuang masa, selepas solat dan menyegarkan badan, pada sebelah petangnya kami keluar melawat sekitar City Centre hingga ke Southampton Quay dan Southampton Wall. Malam harinya kami hanya berehat dan lepak-lepak di hotel sahaja.

Alhamdulillah hari ini kami tidak perlu tergesa-gesa kerana keadaan di Southampton ni tenang-tenang sahaja. Pada pukul 8:30 pagi, setelah sarapan ala-kadar dengan left-over pizza dan roti malam tadi, kami memulakan perjalanan dalam suasana tenang dan damai.

Mode of transport kat Southampton ni banyak menggunakan bas samada Blue Bus, Uni Link, dan bas apa ntah lagi yang warna merah. Pabila meneliti route yang kami plan nak guna maka kami decide untuk guna bas Uni Link. Oleh kerana kami plan untuk travel ke beberapa tempat untuk hari ini maka kami ambik tiket Dayrider. Kami beli terus daripada driver bus. Depa bagi Group Uni Link Dayrider dengan harga £7.40 dan boleh guna untuk group maksimum lima orang. Boleh travel dengan bas Uni Link kemana sahaja tanpa had. Sebenarnya tiket Dayrider ni boleh dibeli dengan harga £2 untuk seorang. Sebab kami tiga orang sahaja sepatutnya lebih jimat. Tapi sebab dah terbeli yang group travel, maka kita pasrah sahaja. Masa nak naik bas tu kita scan sahaja barcode pada scanner sebelah tempat duduk driver. 

Depa guna kertas biasa macam resit beli barang,
so kena berhati-hati sebab nak guna sepanjang hari.

Destinasi 1: Southampton University

Dari City Centre kami naik bas terus ke depan University. Rasanya macam tak banyak yang berubah sepanjang lebih 20 tahun kami meninggalkan Southampton dahulu. Jalan dan route bas masih sama. Cuma ada beberapa bangunan sepanjang jalan yang ditambah dan diberi nafas baru. 

Seperti biasa, sebelum meneruskan apa-apa aktiviti haruslah ber-morning coffee dulu. Kami singgah di Student Union Cafe. Seperti mana-mana student union, Southampton University Students Union, ringkasannya SUSU, juga sangat aktif. Ruang kafe sangat luas tapi agak lengang sebab masih awal pagi. 

Simple breakfast,
Wholemeal croissant and homemade flapjack.

Morning coffee

Selepas pekena coffee barulah boleh enjoy the journey. Kami mula berjalan melalui jejak-jejak yang dilalui semasa hubby bertungkus lumus menghabiskan pengajian PHDnya dahulu.

The Memories...

Kami tinggal di Southampton melangkaui dua fasa. Fasa pertama pada tahun 1992-1994 semasa hubby buat Master in Accounting. Masa mula-mula tiba di Southampton kami tinggal di Hartley Court bersebelahan dengan bangunan University. Hubby pergi kuliah berjalan kaki sahaja. Saya jarang keluar rumah sebab pergerakan agak terbatas dengan anak kecik yang baru berumur kurang setahun. Tahun kedua kami berpindah ke Overdell Court jauh sikit dari University, tapi berdekatan dengan City Centre. Pada masa itu kami belum ada kereta, jadi mode of transport hanyalah berjalan kaki atau naik kenderaan awam. Hubby pergi kuliah naik bas awam sahaja. Alhamdulillah pada masa itu juga ramai Malaysian postgrads yang dah ada kereta sendiri. Kebanyakan mereka sangat baik hati tumpangkan kami ke mana-mana bila ada keperluan. Pada tahun kedua saya mengandung dan melahirkan anak kedua, jadi pergerakan seterusnya makin terbatas. Selepas hubby selesai pengajian Masters, kami balik ke Malaysia semula.

Fasa kedua kami ialah pada tahun 1995-1998. Masa ni hubby sambung pengajian PHD pulak. Masa mula-mula tiba kami terus tinggal di Overdell Court semula. Masa tu anak pertama saya berumur tiga tahun lebih dan yang kedua berumur setahun lebih dan saya pulak dah mula alahan untuk anak ketiga. Alhamdulillah pada masa ini kami dah mampu beli kereta. Jadi perjalanan hubby untuk ke University tiada masalah. Saya pula lebih suka duduk rumah menjaga anak sambil melayan alahan yang agak teruk.

Laluan dari SUSU ke bangunan akademik.

Tali air dan mini tasik sepanjang jalan.

Setiap bulan saya akan bawa anak-anak ke kawasan University sambil buat check-up di University Health Service. Alhamdulillah sepanjang dua kali mengandung dan bersalin di UK, saya tidak mengalami apa-apa masalah yang besar. Hubby sentiasa ada pada setiap kali temujanji samada di Klinik atau Hospital. Saya tak pasti bagaimana hubby membahagi masa antara kuliah dan kerja-kerja PHDnya tapi dia sentiasa ada bila diperlukan.

The University Health Service, masih seperti dulu walau nampak agak usang.

Ofis hubby masa buat PHD dulu, sekarang dah jadi Department of Music

Tak tahu bunga apa tapi saya suka.

Macam bunga lalang.

Signboard baru.

Baru juga.

Saki-baki bunga ros menghampiri musim gugur.

Depan The HartleyLibrary, laluan hantar anak ke Playschool dulu-dulu.

Masuk tahun kedua PHD kami dapat offer untuk pindah rumah betul-betul di sebelah University. Hubby pergi dan balik ofis berjalan kaki sahaja serta boleh balik makan tengahari. By this time kami dah ada 3 orang anak. Anak sulung saya dah masuk pre-school. Yang kedua pulak masuk nursery/playschool. Jadi hari-hari saya makin sibuk dengan urusan keluarga dan rumah tangga, ambil dan hantar sekolah dan baby kecik yang perlukan perhatian penuh.

The House, betul-betul sebelah bangunan universiti.

The Street

Setiap hujung minggu kalau tak ada apa-apa program, hubby akan bawa kami keluar berjalan ke City Centre shopping apa yang perlu. Selebihnya saya akan singgah di mana-mana convenient store (macam kedai runcit) untuk beli barang keperluan selepas hantar atau ambik anak dari pre-school dan nursery/playschool. Mode of transport, haruslah berjalan kaki sambil tolak pushchair. Setiap minggu saya akan ke library untuk maintain sanity. Kat library tu ada section untuk dewasa dan kanak-kanak. Siap boleh pinjam toys lagi. Macam-macam toys ada, pinjam sahaja, tak perlu beli dan boleh tukar-tukar setiap minggu supaya anak-anak tidak jemu. 

Public and Toy Library masih seperti dulu.

Sebenarnya saya sendiri pun tak berapa ingat keadaan sebenar semasa kami tinggal di sana lebih 20 tahun yang lalu. Masa tu sibuk dengan anak-anak yang masih kecil. Kalau keluar berjalan pun asyik dok kepung anak-anak sahaja, tak sempat nak melihat keadaan sekeliling. Hubby pulak sibuk bertungkus lumus menyiapkan PHDnya yang Alhamdulillah siap dalam masa tiga tahun sahaja. Terimakasih kepada supervisor yang banyak membantu.

Sepanjang jalan-jalan sekitar universiti hubby banyak bercerita untold story masa zaman belajar dulu. Disebabkan saya hanya kisahkan hal-ehwal rumah tangga jadi tak pernah ambik port the struggle of doing PHD. Apa-apa pun tahniah kepada the now Prof sebab dapat menggunakan masa yang amat berharga semasa di UK dulu sebaik mungkin.

Bangunan Business School yang baru.

Dalam ofis yang baru, dengan biodata Mr Supervisor dahulu.

Ofis department yang baru.

Dah seratus tahun rupanya usia Universiti ni.


First time saya masuk library. Dulu cuma lalu lalang sahaja.

Dah puas mengimbau kenangan di sekitar Universiti, kami cari bas untuk ke destinasi seterusnya. 

Destinasi 2: The Hospital

Setahu saya di sini ada dua hospital. Saya ke Princess Anne Hospital untuk bersalin sahaja. Semua check-up dibuat di klinik Universiti dan kita simpan semua rekod. Bila dah rasa contraction nak bersalin baru kita call hospital dan bagi nombor medikal. Depa akan ready everything untuk sambut kita. Amazingly depa tahu semua rekod kita walaupun saya rasa masa tu semua depa buat manual. Yang paling best semuanya free under National Heath Service (NHS). Servis tip top mengalahkan hospital berbayar di Malaysia. Itu cerita lebih 20 tahun dahulu. Anak-anak yang lahir dulu tu pun dah besar panjang. 

Tempat lahir anak kedua dan ketiga.

Lagi satu ialah General Hospital. Saya tak pasti apa beza antara keduanya. Yang pasti kedua-duanya menawarkan servis percuma. 

Genaral Hospital

Hubby pernah warded di Genaral Hospital disebabkan batu karang. Itulah pertama kali hubby disahkan ada masalah batu karang. Sejak dari itu, bila balik Malaysia ni dah beberapa kali jugak kena warded kat Ampang Putri. Alhamdulillah hubby ada Medical Insurance, bayar setiap bulan untuk isteri dan setiap anak. Kalau tidak jenuh la nak membayar kos rawatan setiap kali masuk wad.

Bujangku (anak ke3) juga ada masalah kidney. Depa detect sejak baby dalam perut lagi. Lahir-lahir je terus depa buat treatment dengan antibiotik. By umur 6 bulan depa buat operation. Hingga sekarang, bangga je bujang tu tunjuk parut bekas operation kat hospital UK. Dan seperti biasa semuanya percuma. 

Destinasi 3: Santai Petang

Dari hospital kami patah balik ke universiti semula, singgah SUSU cari cenderahati. Kami cumi beli T-Shirt University dan sedikit makanan ringan.

On the way balik hotel kami singgah beli fish and chips homemade. Lupa pulak apa nama kedainya. Depa guna ikan kod yang fresh dan ubi kentang potong besar-besar gedabak. Ikan kod sebesar lengan dewasa hanya £6.90 sahaja. Chips £1.50 untuk satu portion, melambak macam nak makan 10 orang. Saya makan 2,3 ketul pun dah kenyang.

Lepas berehat dan solat kami keluar ke City Centre naik bas untuk beli coklat dan sedikit cenderahati untuk anak-anak di rumah.

Hajat awalnya nak melawat stadium bola Southampton tapi disebabkan pada malam itu ada perlawanan bolasepak antara Southampton VS Bournemouth jadi terpaksa batalkan niat. Takut pulak bertembung dengan peminat-peminat fanatik yang dah mula berkumpul sejak awal petang lagi. So kami hanya jalan-jalan sekitar hotel sambil cari makanan halal untuk dinner pulak. Kami beli ayam goreng, roti pita dan of course another doner kebab untuk hubby. Masuk kali ini dah 4 kali hubby pekena doner kebab kayak orang mengidam lepas gian.


*****

Sabtu: 21 September 2019

Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi UK. Seawal pagi saya dah siap-siap packing barang-barang dan susun dalam luggage. Motif, supaya beg tidak overloaded. Kami hanya bawa 3 beg sederhana besar untuk memudahkan pergerakan. Oleh kerana tidak shopping sakan maka beg kami tidak perlu beranak. Cukup apa yang ada sahaja. 

Dari bilik hotel 1111.

By pukul 11.30 pagi kami dah siap check-out untuk ke Southampton Central. Kami order taxi dari hotel front desk. Depa caj £6.00 untuk perjalanan dari hotel Jurys Inn ke Southampton Central. 

Southampton Central Station.

Hubby dah siap booking tiket bas National Express dari Malaysia lagi. Bas ke Heathrow Airport sepatutnya tiba di stesen ni pada pukul 1:15 tengahari tapi delay hampir satu jam. Katanya sebab hari tu hari Sabtu jadi trafik agak sesak. Sebagai orang KL, setakat jam sejam dua tu takde apa hal. Alah bisa tegal biasa. Sementara menunggu bas tiba, kami lepak-lepak sambil minum kopi panas dan makanan ringan di kafe yang disediakan.

Cuaca terang dan agak panas.

Perjalanan dari Southampton ke Heathrow airport mengambil masa selama 2 jam melalui country side yang sangat cantik. Sebelum ini saya tak pernah perasan pun mana-mana jalan yang kami lalui. Asyik sibuk dengan anak-anak hingga tak sempat nak menikmati suasana.

Area Winchester, dari dalam bas.

Kami selamat tiba di airport terminal 4 pada pukul 4:00 petang. Masih banyak masa sebelum flight pada pukul 9:30 malam nanti. Sementara menunggu waktu berlepas, kami tinggalkan beg di kiosk left luggage. Depa caj £7.50 per item untuk tempoh 0-3 jam. Depa kira per item, tak kira kecik atau besar. So kami bayar £22.50 untuk tiga beg besar. 

Selepas dah setel letak beg, kami cari surau untuk solat jama' Zohor dan 'Asar. Suraunya agak selesa cuma tempat wudhu terbuka dan perlu berkongsi lelaki dan perempuan. Jadi saya terpaksa cari altenatif lain. Nak ambik wudhu di toilet memang tak nampak jalan sebab keadaan toilet mat saleh ni tidak mesra air. Nak qada hajat pun siksa. So saya tawakkal cari toilet OKU sebab kat situ siap ada sinki dan agak luas. Awalnya cuak juga sebab makcik segar bugar masuk toilet OKU. 

"Takpe Umi, kira darurat la."

Pepandai je anak bujangku yakinkan diri dan dengan selambanya jadi jaga kat luar pintu sementara saya beroperasi dalam toilet OKU. Saya bawa botol mineral untuk tadah air buat basuh kaki. 

Usai solat, kami pi cari makanan halal di Hounslow Central, beberapa stop daripada Heathrow Airport. Kami naik tube sahaja sebab nak habiskan saki-baki duit yang ada dalam Oyster Card. Keluar sahaja dari stesen terus nampak ada kedai makanan halal di seberang jalan. Apa lagi, kita pekena nasi pilau buat kali terakhir sebelum balik Malaysia.

Nasi pilau, terbaik.

Kami tidak berlama-lama di situ. Selepas makan kami terus patah balik ke terminal 4 untuk urusan check-in pulak. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami selamat boarding flight MH002 dan mendarat di KLIA seperti yang dijadualkan.

Friday, 11 October 2019

Autogate masalah lagi.

Semenjak dua menjak ni banyak pulak barang-barang yang dah rosak. Biasanya kalau ada apa-apa yang rosak saya DIY sahaja. Itupun setakat yang termampu dalam kudrat yang ada. Kalau yang yang melampau, akhirnya kena panggil tukang juga. Masalah timbul apabila ada kerosakan yang berlaku dalam rumah. Bukan senang nak tunggu mana-mana Abdul tu free. Maka penyelesaian masalah asyik tertunda sahaja dek menantikan depa free untuk teman umi kat rumah.

Pagi semalam, tiba-tiba sahaja pintu pagar tak boleh buka. Driver pulak cuti so hubby nak kena drive sendiri. Beberapa kali mencuba buka pintu pagar untuk keluarkan kereta tapi gagal. Sebelah pintu sahaja yang terbuka. Sebelah lagi macam jam. Alhamdulillah kereta saya parking kat luar pagar, so hubby pakai kereta saya untuk pergi kerja.

Sebagai Domestic Manager haruslah kita bersikap pro-aktif. Oleh kerana tidak melibatkan masalah dalam rumah, maka cepat sahaja diambil tindakan. By pukul 9 pagi saya call repairmen  untuk tengokkan apa masalah autogate tu. Alhamdulillah cepat sahaja depa respond. By tengahari depa dah tercegat depan pagar.

Sebelum tu depa suruh hantar gambar pagar umtuk tengok rupa dan jenis motor yang digunakan supaya senang depa bajet apa yang perlu di buat.

Tang mana motor pun saya tak pasti.

Dapat gambar sebelah pagar sahaja sebab sebelah lagi dihalang oleh kereta.

Sampai-sampai je terus depa start buat kerja macam pro.

"Wiring rosak ni kak. Yang dalam tanah tu dah reput..."

So depa ganti wayar baru sahaja. Motor dan motherboard semua masih elok. Alhamdulillah siap semua kerja dalam masa satu jam sahaja.

Nampak macam dok buat training.

Kos RM180 sahaja.

Sebenarnya sejak pakai autogate ni dah kali ketiga dia rosak. Pertama kali dulu dalam bulan June 2016. Masalah wiring jugak. Depa tebuk dinding rumah untuk buat wiring baru. Depa potong terus wiring lama dan buat bypass lalu kot celah-celah tile dan tanam dalam tanah cross halaman saya. Depa tak pecahkan tile takut rosak. Selepas setahun lebih (1 tahun 6 bulan), pada bulan January 2018 rosak lagi. Kali ini masalah motherboard pulak. Depa ganti motherboard baru. Selepas setahun lebih (1 tahun 9 bulan) rosak yang terkini pulak. Wayar dalam tanah tu dah reput, katanya. Depa ganti wayar baru sahaja. Tak perlu tebuk tile segala bagai. 

First repair June 2016
Second time January 2018 (After 1 year 6 months)
Now October 2019 (after 1 year 9 months)

Kalau ikutkan trend kesrosakan tu kena bersedia setiap satu tahun setengah. Mudah-mudahan dapat bertahan lebih lama.

Sunday, 6 October 2019

Jalan-jalan London Day 5: London-Southampton

Khamis: 19 September 2019

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di London. Destinasi seterusnya ialah ke Southampton, yang terletak jauh di selatan UK. Dah alang-alang terbangun awal kami buat plan untuk isi masa sebelum nak check out pada pukul 10:30 pagi nanti. Sebelum subuh lagi saya dah search tempat yang senang dan boleh setel dalam tempoh masa 2 jam yang ada. Kami dah malas nak naik tube so pilihan yang ada hanyalah naik bas, plus jalan kaki. Oleh kerana tempat penginapan kami di Bayswater ini termasuk dalam kawasan Central London, jadi banyak access untuk ke mana-mana. Kami pilih naik bas.

Destinasi: Regent's park

Tepat pukul 8:30 pagi kami keluar dari hotel berjalan kaki ke Lanchester Gate ambik bas 274 untuk ke Park Road. Sebelum keluar saya dah kemas bilik, siap packing luggage dan ready depan pintu. Yang tinggal hanya beberapa keperluan last minutes sebelum nak check out nanti.

Kami ambik masa 10 minit berjalan kaki ke bus stand Lanchester Gate, tunggu bas 10 minit, naik bas 10 minit dan tiba di Regent's Park dalam pukul 9 pagi.

Awal pagi, bas masih kosong.

Plan asalnya nak masuk London Central Mosque yang famous kat Regent's Park ni tapi tutup pulak. Opening hours bermula pukul 10 pagi. Tak daya nak tunggu hingga pukul 10 sebab nak jimat masa. Kami hanya meninjau-ninjau dari luar ambik berkat. Seterusnya seperti biasa kami hanya bersiar-siar menikmati keindahan Regent's Park yang luas.

Pintu pagar masjid.

Peta taman yang sangat luas.

Seperti biasa, haruslah ber-morning coffee dahulu. Kebetulan ada cafe kat tengah-tengah taman siap dengan mini tasik. Bolehlah lepak-lepak sambil menikmati kesegaran pagi yang terang.

"First day datang London kita buka dengan coffee kat Hyde Park, last day ni kita tutup dengan coffee kat Regent's park pulak..." 

Begitulah yang tersurat.

Morning coffee yet again.

Tenang dan damai dengan langit yang biru.

London Central Mosque dari kejauhan.

Last moment in the park.

Kami tidak dapat berlama-lama kerana kesuntukan masa. Alhamdulillah sepanjang 5 hari di kota London kami banyak menikmati keindahan dan ketenangan di taman-taman sekitar London. Walaupun banyak berjalan kaki tapi tidak terasa kepenatannya. 

*****

Destinasi: London Waterloo, Train Station

By pukul 10:30 pagi kami dah siap check-out dan tunggu teksi. Asalnya kami dah order Grab car, dah siap bayar pakai credit card £17. Tiba-tiba dia cancel order dan tukar page untuk new order. Page yang dah siap booking tu hilang begitu sahaja tanpa sempat kami tahu siapa driver yang dah setuju tapi tetiba cancel tadi. Nak tak nak terpaksalah order teksi biasa dari kaunter hotel. Depa caj £27 untuk ke Waterloo Train Station. Pasrah jelah. Kena tunggu bil kad kredit masa balik Malaysia nanti nak tengok samada depa betul-betul caj ke tidak. Kalau convert duit Malaysia mau dekat RM100 jugak tu. Tapi kata hubby, halalkan jelah kalau dah rezeki depa. Hmm...iyalah.

Perjalanan dari Hotel Holiday Villa ke London Waterloo memakan masa lebih kurang 30 minit melalui City of London. Maknanya, masih sempat cuci mata melihat bangunan dan pemandangan kota London yang cerah dari dalam teksi. Dah alang-alang melalui kawasan Buchingham Palace kita snap je gambar dari dalam teksi. Kami tidak melawat Buckingham Palace sebab dah tukar plan haritu. 

Buckingham Palace.

Kami tiba di Waterloo Train Station dalam pukul 12 tengahari, cukup masa untuk boarding train pukul 12:35 tengahari ke Southampatom. Hubby dah siap beli tiket dari Malaysia lagi. Dah siap booking tempat duduk sebab takut penuh. Sebelum boarding kami sempat beli bekalan makanan di M&S Food untuk lunch dalam train nanti. Saya pilih sandwic udang ngan mayo, tuna corn dan cheese, air dan buah serta makanan ringan. Seperti biasa, kita baca label dahulu untuk memastikan apa yang kita beli tu halal ke tidak.

London Waterloo Train Station.

Perjalanan ke Southampton mengambil masa hampir dua jam. Kami selamat tiba di Southampton Central Station pada pukul 2:00 petang. Ambik teksi terus ke hotel Jurys Inn, Charlotte Place. Tambang £5 sahaja. Alhamdulillah bilik dah ready so kami terus masuk dan berehat.

King sized bed plus single bed.

Selepas solat dan berehat kami keluar ke Southampton City Centre dan berjalan hingga ke Southampton Quay. Kawasan bandar Southampton ni kecik sahaja. Ada dua shopping mall, Marland dan West Quay Shopping Centre. Oleh kerana hubby lebih suka melawat kawasan, maka kami terus ke Sothampton Quay tengok laut dan berangan naik feri. Southampton ni famous dalam cerita Titanic, kapal gah yang karam di lautan North Atlantic dalam tahun 1912 dulu.

Berangan naik cruise.


Cuaca agak panas dan makin hangat sebab berhampiran laut. Kami berjalan menyusur West Quay hingga ke Southampton Old Wall. Banyak juga tinggalan sejarah sepanjang dinding/kubu pertahanan. Bagi yang minat sejarah boleh membaca ringkasan sejarah yang depa letak sepanjang wall. Saya hanya excited bergambar je sambil mendengar celoteh hubby yang hantu sejarah. Penat nak membaca.

Southampton Wall

Beriya-iya Prof dok terangkan, kita nganga je.


Bot Titanic.

Setelah penat berjalan dalam panas kami beransur ke dalam taman pulak. Yang bestnya di mana-mana sahaja kami pergi akan sentiasa ada taman-taman yang seakan mengalu-alukan kedatangan kami. Agaknya pabila dah memasuki usia pencen ni, jiwa hanya inginkan ketenangan. Maka ke tamanlah tempatnya. So natural and so calm.

Tempat anak-anak pernah bermain back 20 years ago.

Akhir sekali haruslah mencari makan lagi. Kali ini kami cari bekalan untuk dinner dan supper pulak. Dan seperti yang hubby idam-idamkan kami cari doner kebab lagi. Kali ini yang betul-betul menepati cita rasa. Lupa pulak apa nama kedainya. Betul-betul dekat dengan City Centre. Kami makan kebab eat-in dan take away pizza saiz besar untuk supper.

Kebab with garlic sauce and fresh salads.

By the time balik hotel, semua dah kepenatan setelah melalui hari yang panjang. Malam nak berehat sahaja. Dan hari ini saya berjaya berjalan lebih daripada 15000 steps. Alhamdulillah.

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...