Monday, 24 June 2019

Tukar kepala paip pulak.....

Dah lama saya dok perati paip air ni. Alhamdulillah sejak pindah ke sini tak pernah lagi dia buat hal. Dah masuk lapan tahun sedia berkhidmat hingga kini. Cuma baru-baru ni macam ada sedikit bocor. Dah tutup ketat-ketat pun air masih menitik. Maka dengan sedikit kepakaran yang ada saya pun memulakan operasi mengganti kepala paip pulak. Sebenarnya boleh je nak panggil plumber tapi seperti biasalah, 'old habit die hard', suka buat kerja sendiri selagi terdaya....


Sementara tu kita kemas dan susun dulu apa yang patut. Bathtub tu untuk kegunaan cucu apabila balik sekali sekala. Tapi sejak dah boleh berjalan dan berlari ni dia lebih suka mandi macam orang besar. Dah tak perlu guna bathtub lagi. Maka kita gantung tinggi-tinggi untuk kegunaan masa akan datang. (Untuk adik-adik dan sepupunya pulak nanti) Maka sibukah nenek pepagi hari memasang penyangkut dalam bilik air tu.


First thing first haruslah kena ada barang baru kalau nak ganti barang lama. Maka ke kedai hardware lah kita melihat-lihat apa yang perlu. Saya pilih kepala paip yang ada dua laluan air. Menghampiri usia senja ni saya selalu mengambil kira perkara-perkara untuk kemudahan warga emas. Siapa lagi nak tolong kita kalau kita tak tolong diri sendiri. 


Setelah cukup keperluannya maka bertukanglah kita lagak seorang profesional. Tak perlukan banyak barang pun. Cukup dengan satu spanar hidup sahaja. Saya tutup sumber air utama lepas tu pulas sahaja kepala paip tu dengan spanar hidup. Lepas tu masukkan kepala paip yang baru. Alhamdulillah siap dalam masa tak sampai lima minit. 

Mudah-mudahan dapat bertahan lama.

Biasalah kalau makcik pencen duduk rumah, mana boleh duduk diam. Ada sahaja projek yang berlegar dalam kepala. Lepas ni mata akan mula melilau ke tempat lain pulak maka akan ada penampakan yang perlu dimurnikan lagi.

Friday, 14 June 2019

Pokok limau purut.

Pokok limau purut ni saya beli dari nursery pokok di Sungai Buluh. Masa beli dulu kecik je, tinggi dalam setengah kaki tapi nampak segar bugar dengan daun yang menghijau. Saya terus tanam atas tanah. Masih lagi segar tapi banyak pulak ulat yang datang bertandang. Habis daun-daun segar menjadi hidangan depa. Sabo jelah. Hampir setiap hari saya kuis buang makhluk Allah tu. Tidak pulak saya nak sembur racun ulat. Al-maklum la makcik hati tisu tak sampai hati nak jadi pembunuh. Lagipun rezeki Allah haruslah kita kongsikan...

Setelah beberapa lama pokok tu naik tinggi, tapi kurus meleding. Daun-daun pun dah mula nampak longlai macam terkena penyakit. Ulat pun dah tak datang lagi. Setiap hari pulak saya dok tilik dan tenung hingga ke akar umbi. Rupa-rupanya pokok tu dibuat 'cantuman baji'. Baru perasan ada plastik depa balut keliling pangkal pokok tu. Patutlah pokok tu macam sakit, memang sakit pun sebab pangkalnya macam terjerut. Saya pun buka ikatan plastik tu biar ianya lega. Mudah-mudahan lepas ni pokok tu kembali segar mengeluarkan hasil lagi.

Kesian tengok daunnya tidak segar lagi.

Plastik balut masih utuh dipangkal pokok.

Setelah dibuka plastiknya. Dah elok cantuman.

Hasil pembacaan saya baru tahu yang teknik cantuman baji ni adalah untuk menggalakkan buah. Depa cantumkan bahagian batang pucuk pokok dengan bahagian pangkal pokoknya. Lepas tu balut bahagian cantuman tu supaya tidak masuk air. Setelah keluar pucuk baru, biarkan pucuk tu membesar dan segar baru dibuka balutan plastik tersebut. Pokok saya ni dah mengeluarkan pucuk beberapa kali. Sepatutnya dah lama plastik tu dibuka. Tapi disebabkan tuan tanahnya tak perasan cara pembiakan tu maka duduklah pokok tu merana sendirian. 

Biasanya saya main taram je, beli pokok pastu tanam. Siram. Bila rajin baru bubuh baja.


PS: Banyak lagi nak kena belajar tentang penjagaan pokok-pokok ni. Mudah-mudahan kita tidak berlaku zalim terhadap mereka.

Wednesday, 12 June 2019

Roselle bercambah?

Sejak bulan posa baru ni saya dah jarang menilik pokok-pokok di halaman rinduku. Konon nak fokus pada ibadah khusus maka cukup hanya siram sahaja. Itupun sekali sekala terbabas juga. Bila tengok dedaun mula menguning baru kalut siram. Baja pun ke laut. 

Alhamdulillah saat pulang beraya baru ni hari asyik hujan sahaja. Pokok-pokok saya pandai jaga diri sendiri dan hidup subur dengan siraman air hujan. Yang peliknya pokok roselle saya menunjukkan fenomena luar biasa pulak. Tak pernah pulak saya tengok anak benih keluar dari kelopak bunga. Masa memula tengok tu nampak ada anak siput babi bertenggek kat batang pokok tu. Sukahati dia aje menyibuk kat pokok roselleku. Lepas dah buang semua siput babi tu baru perasan ada batang kecik-kecik ala-ala pokok taugeh keluar daripada kelopak bunga. Biasanya kelopak bunga tu akan berkembang mekar menjadi bunga. Gamaknya sebab hari asyik hujan maka kelopak tu tak sempat kembang dan benih dalam tu menjadi tua sendiri. Dengan siraman air hujan setiap hari maka ianya subur bercambah.

Cambah pokok keluar dari kelopak bunga.

Macam pokok taugeh pulak.

Pelik...

Kesian pulak tengok induk pokok tu, daun pun dah mula menguning seakan sarat menanggung beban anak-anaknya, maka saya pangkas semua kelopak bunga yang ada. Lepas tu bukak satu-satu. Nampak biji-biji benih penuh dalam kelopak bunga tu. Apa lagi, kita semai sahaja ke dalam pasu yang ada. Mudah-mudahan anak-anak pokok roselle tu mendapat nutrisi yang baik dan induknya dapat hidup subur semula.

Pokok roselle yang togel. Mudah-mudahan merimbun selepas ini.

Anak-anak benih dari kelopak bunga.

Siap berpasu. Moga menjadi pokok yang sihat.

Saya memang tak pandai sangat dalam bab penjagaan pokok. Baru nak berjinak-jinak dengan pokok yang boleh mengeluarkan hasil. Biasanya saya tanam pokok heavy duty je...


PS: Mudah-mudahan lepas ni boleh berkongsi jus roselle dengan rakan taulan pulak.

Tuesday, 11 June 2019

Aidilfitri 2019, jom raya.

Sejak sebelum Ramadan hubby dah buat planning pulang beraya. Kebetulan kakak ipar ajak semua saudara mara berkumpul di rumahnya pada hari raya kedua maka kami tidak melepaskan peluang untuk bertemu saudara-mara yang jarang bersua. 

Sejak orang tua dah tak ada dan anak-anak pun dah besar kami tidak duduk menumpang di rumah saudara demi mengelakkan masalah menjaga aurat dan batas pergaulan. Lagipun masing-masing keluarga dah besar dan bilik tidur pun terbatas.  Saya lebih suka duduk homestay sebab ada kemudahan asas untuk memasak. Boleh feeling-feeling duduk rumah dengan hidangan juadah dipagi raya. Walaupun hanya bawa rendang dan rebus nasi impit segera, cukuplah nak merasa suasana indah dipagi hari raya.

Oleh kerana last minute booking kami terpaksa menyewa homestay yang agak luas. Homestay biasa semua dah fully booked. Yang tinggal hanya banglo dua tingkat dengan enam bilik tidur. Hendak tak hendak terpaksalah ambik juga sebab tiket flight pun dah beli. Cukup untuk famili kami dapat sorang sebilik. Kalau kat rumah pun kena share bilik sebab rumah kami hanya empat bilik sahaja. Harga RM380 untuk satu malam. Kami menyewa untuk empat malam. Minta kurang pun tak lepas sebab katanya dah best price. Okay lah juga daripada sewa hotel kena booking tiga bilik, lagi la mahal.  

The bujang solo in the family.

Kami solat Aidilfitri di Masjid Kubang Kerian. Walaupun dah bersiap awal pagi dan tiba di masjid sebelum jam 8, ruang  solat wanita di bahagian bawah dah penuh. Alhamdulillah ada ruang tingkat atas yang masih kosong. Kami dapat duduk dibarisan hadapan. Sekejap sahaja ruang belakang kami penuh dengan jemaah. Usai solat semua jemaah berpusu keluar hingga laluan tangga jadi sesak. So  sementara menunggu keadaan reda kami yang hantu selfie ni pun suka hati berwefie dalam masjid. 

Pertandingan gigi cantik.

Perjalanan trafik, 5 langkah seminit.

Ni je yang ada dipagi raya.

One for formality.

Destinasi pertama untuk ziarah raya haruslah ke Kampung China. Tempat tinggal arwah mak mertua saya. Generasi mak mertua semua dah tak ada. Yang tinggal kini ialah generasi hubby dan sepupu-sepupu sahaja.

Hubby's bestest cousin ever. 


Selesai rumah pertama kami ke Demit pulak ke rumah kakak ipar dan seterusnya ke rumah anak saudara hubby. Hari raya pertama kami selesai sebelum Maghrib. So malam tu kami pi cari pizza untuk dinner sebab dah tak larat nak makan juadah raya.

Day 2

Seperti biasa pagi hari raya kedua adalah aktiviti ziarah kubur arwah ibu dan ayah mertua saya di Banggol. Alhamdulillah setakat ini kami tidak pernah miss untuk sedekahkan beberapa potong ayat suci al-Quran di pusara mereka. Semoga roh mereka tenang di sana.


Usai ziarah kubur kami pi cari sarapan. Biasanya kami beli nasi berlauk tepi kubur tapi kali ni nak ubah selera pulak. Kami mencuba nasi kerabu di warung Kak Na. Menu nasi kerabu daging bakarnya memang meletops. 


Punyala berselera makan. Kena pulak dengan kopi kampung. Alhamdulillah memang boleh repeat lagi. Padahal lepas tu dah ada jemputan raya di rumah saudara-mara lagi. Macam-macam menu depa hidang tapi saya hanya mampu lihat sahaja. Lepas tu baru slow-slow tambah bebanan dalam perut.

The besan at Guchil Bayam.

@ Pasir Tumbuh

Berpesan-pesan dengan kebenaran.

With Kak Aini.

Tak cukup dengan makan di rumah depa tapaukan pulak untuk bawa balik ke homestay. Memang pesta makan sungguh. Malam tu ada jemputan lagi tapi terpaksa minta maaf sebab dah agak lewat. Sungguh... pabila berjumpa saudara mara memang tak pernah puas.

Day 3

Hari ni hari terakhir kami di Kelantan. Sepatutnya jumpa tuan rumah untuk check-out pada pukul 10 pagi. Tapi disebabkan tuan rumah tersangkut dalam jam, maka kami tinggalkan saja kunci pintu dalam rumah dan manggakan grail. 

Bye...

Oleh kerana masa masih awal, kami panjangkan destinasi ke Kampung Pulau Gajah di Pantai Sabak melawat Masjid Ar-Rahman. Masjid ni siap dibina dan ditanggung sepenuhnya oleh Dato Wan Arif, awal tahun ini dengan belanja RM6 juta.  Kebetulan semasa melihat-lihat terserempak dengan sepupunya sendiri maka sempat lah saya menyibuk bertanya perihal masjid yang unik ini. Katanya semua hasil ukiran adalah daripada idea dato sendiri dan diukir tangan oleh 10 orang pekerja Indonesia. Semua ukiran adalah doa-doa dan ayat suci al Quran. Terteleng-teleng juga kepala saya yang tak berapa mahir membaca tulisan ala-ala khat ini. 


Tempat ambik wudhu'.

Cari spot nak posing

Tanpa menghirau panas terik..

Tempat sujud imam.

Ukiran bahagian dalam kubah masjid,

Saliran air sekeliling masjid mencipta udara yang nyaman.

Dah puas menikmati hasil seni  masjid kami terus gerak ke airport Pengkalan Chepa yang hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Alhamdulillah satu pengalaman yang sangat berbaloi.

Sempat lagi mengopi sementara menunggu waktu berlepas.

Selamat tiba di KLIA2

Terus ambik kereta kat parking lot. Depa caj RM164 untuk parking dari Isnin pagi hingga Jumaat petang. Malas nak kira berapa jam. Tapi rasanya secara kasar depa caj RM2 sejam.


PS: Raya lebih indah bila bersama yang tersayang....

Aidilfitri 2019, jom balik kampung

"Homestay dah setel, tiket flight dah booking, jom balik raya."

Tahun ni tak perlu booking kereta sewa sebab dah ada anak menantu orang Kelantan yang dah bawa balik kereta awal-awal lagi. Kita sponsor duit minyak dan tol sahaja.

Oleh kerana flight kami pukul 1.30 tengahari maka boleh lah melepak dulu selepas sahur. Sempat la saya perangat rendang dan setelkan urusan dapur sebelum bertolak. Pukul 9.30 pagi baru kami turun dari rumah. Kiranya agak awal jugak tu sebab nak elakkan jalan jam. Alhamdulillah jalan via MEX  tenang je. Kami tiba KLIA2 sebelum pukul 11.00 pagi. Parking pun agak mudah. Make sure ambik gambar petak parking takut lupa nanti.


Manusia agak ramai. Alhamdulillah kami dah check-in online so tak perlu nak beratur panjang kat kaunter. Kami tak ambik luggage. Masing-masing bawa cabin bag sahaja. Air Asia bagi maksimum 8kg setiap cabin bag. Punya la strict, tak boleh lebih walau 100g. Maka ramai lah yang terpaksa susun semula beg masing-masing. Macam-macam drama yang berlaku termasuklah kami yang tak bernasib baik. Beg kami purata 9kg setiap satu. Dalam keadaan biasa sebelum ni boleh je lepas tapi sebab nak raya so depa saja buat strict. Oleh kerana malas nak bersoal-jawab maka hubby pi buat payment kat kaunter. Sorang boleh beli up to 15kg. Kami beli untuk 2 orang sahaja. So dapat lah 30kg. Kos dalam RM160. Tak kisah berapa buah beg asalkan total up to 30kg sahaja. So kami bagi 3 beg total 27kg. Tinggal satu cabin bag sahaja saya susun semula make sure tak lebih muatan 8kg. Lepas tu kita cuma lenggang kangkung bawa handbag sahaja.


Selesai urusan beg, kami terus masuk ke balai pelepasan. Cukup-cukup je masa yang ada. Alhamdulillah kami dah bagi masa kecederaan untuk elakkan jam tadi. Rupa-rupanya jalanraya yang clear, ganti dengan jam nak masuk boarding pulak. Apa-apa pun, kita hanya merancang, perancangan Allah itu yang lebih baik. 

Dah macam pelarian pulak cari port lepak.

Akhirnya dapat tempat duduk sementara menunggu boarding.

Kami selamat tiba di Kota Bharu mengikut masa yang ditetapkan. Dayah jemput dengan BRV terus check-in kat homestay F&Z di Kubang Kerian. Berehat sekejap. Petang tu hubby keluar ke bazaar Ramadan Kubang Kerian cari juadah berbuka. Saya membuta kat homestay je sebab kengkonon penat sangat. Tahun ni kami balik dua hari sebelum raya. Dah lama planning nak berbuka di Kelantan sambil merasai nikmatnya makanan Kelantan yang serba manis. 



Malam tu sempat bersolat terawih di Masjid berdekatan homestay sebelum pekena colek Kelantan, yang hanya wujud di musim bulan puasa sahaja.


Choleq Mek Mung...

Day 2

Hari ni 30 Syawal. Kami hanya bersahur dengan left-over berbuka malam tadi. Homestay ni ada kemudahan memasak yang asas. Cukup lah untuk sediakan makanan yang simple. 

Sebelah pagi kami hanya berehat sebelum keluar jalan-jalan untuk last minute shopping raya. Petang ada jemputan berbuka di Kg China. Alhamdulillah setelah sekian lama kami dapat berbuka puasa bersama-sama dengan mereka yang sangat banyak berjasa sepanjang usia pernikahan kami.

Meriah berbuka di Kg China.

Seperti biasa selepas berbuka tak sah kalau tak pekena kopi. Maka kami singgah mengopi di D'Klasik Cherang sebelum balik homestay semula.


Sempat lagi pekena roti kukus.

Sambung makan kuih manis pulak

Alhamdulillah sempurna sudah Ramadan 1440 Hijrah. Esok raya.... kejap lagi operasi menggosok baju raya pulak.


PS: Semoga Allah menerima amalan kita semua dan memanjang umur untuk berjumpa Ramadan sekali lagi.

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...