Friday, 20 June 2014

Hari-hari Hari Bapa

Ramai orang dok sambut Hari Bapa pada hari Ahad 15 Jun 2014 baru ni. Kami ni tak pernah buat apa-apa sambutan pun sempena hari bapa nih. Entah kenapa tahun ni tetiba tergerak hati nak buat something. Anak-anak pun excited semacam. Iman ngan Nina la yang semangat nak tunjuk kasih sayang kat ayah. Hmm....macam la depa je ada ayah. Saya yang dah lebih 40 tahun ada ayah ni pun tak beriya....:D
Layan je lah untuk kebaikan apa salahnya. Bulan lepas depa sambut hari ibu. Siap beli hadiah.
Glove dan apron nak suruh umi rajin masak....
Puas bincang apa nak beli akhirnya ini je lah...padahal!!!
Pakat tak sabar tunggu ayah potong black forest cheesecake....
Happy father's day hubby. Thank you for being a great father all this while..

P.S Hari-hari adalah hari yang istimewa...hmm

Wednesday, 18 June 2014

Singgang Ikan Tongkol

"Lengkuas banyak ni sedap juga buat masak singgang..." Tetiba je hubby buat cadangan. Lengkuas yang saya gali tempoh hari masih berlonggok kat dapur. 

Biasanya hubby jarang suggest apa-apa menu. Saya main masak je apa yang terlintas di kepala. Hubby cuma makan dengan rela hati atau telan je jika terpaksa....huhu. Lupa dah bila last time saya masak singgang. Agaknya dah bertahun yang lampau. Singgang tidak pernah menjadi menu masakan saya. So saya tak berapa pandai masak. Alhamdulillah saya pernah belajar masak singgang dari arwah mentua dulu. So boleh la memenuhi impian hubby hari ini.
Simple je bahan-bahannya.
Ikut arah jam: Ikan tongkol, hirisan lengkuas, asam gelugur, cili api, hirisan bawang putih, nnise, bendi.
Campak je semua bahan kecuali bendi dalam periuk. Tambah air hingga ikan tenggelam. Rebus hingga mendidih. Masukkan bendi. Tambah garam secukup rasa. Siap.

Nnise atau gula merah Kelantan adalah bahan wajib dalam masakan saya. Wajib tambah sebesar ibu jari dalam kari, gulai lemak, rendang, masak kurma atau apa saja masakan yang memerlukan rasa manis. Boleh juga ganti dengan gula melaka tapi rasanya tidak seenak nnise.
Nnise.. hanya di Kelantan.


P.S Ikan tongkol mesti segar dan bersaiz besar. Kalau tidak nanti kuahnya hanyir...hmm.




Thursday, 12 June 2014

Medical Check up pulak...

"Kat Hospital Ampang tak boleh buat Puan. Boleh cuba Klinik Kesihatan Ampang ataupun kat Cheras Baru.Yang paling bagus Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kat situ semua ada puan....." Bagus sungguh budi bahasa hamba Allah yang jawab talipon saya tu..

Lama juga saya dok menggoogle cari info pasal medical check up ni. Baru saya tahu rupa-rupanya kalau nak kerja dengan kerajaan kena buat medical check-up ngan klinik atau hospital kerajaan sahaja. Klinik atau hospital swasta tidak diterima. Memang pun. Kalau ikut borang medical check-up tu memang kena buat kat klinik/hospital kerajaan sahaja.

So saya pun call HKL.

"Puan cari bangunan kayu. Depan hospital bersalin. Dekat-dekat dengan masjid. Nama dia Wisma Kayu.. Tapi tak boleh siap dalam satu hari puan. Mungkin beberapa hari baru dapat result.." Hamba Allah yang ni pun bagus budi bahasanya.

So pepagi Isnin baru ni kami decide untuk pergi HKL. Hmm...kata je pagi. Pada hal kol 8.00 baru keluar rumah. Redah je walaupun tahu susahnya nak dapat parking. Tiga kali kami pusing dengan penuh harapan. Kereta penuh melimpah hingga ke luar kawasan hospital. Memang sah-sah satu kotak parking pun tak de yang kosong. Tengok manusia kat Wisma Kayu tu pun punya la ramai. Hmm.... Sabo je lah...:(

So terpaksa lah buat plan B pulak. Malas pulak nak ke Ampang atau Cheras Baru sebab masalah jalan jam sukar dijangka. So saya cuba call Klinik Kesihatan Keramat AU2.

"Kat sini tak ada X-Ray. Buat Medical check-up biasa boleh la. Kalau nak X-Ray kena datang ambik borang dulu lepas tu buat X-Ray kat HKL... " Hmm HKL lagi..

Akhirnya kami pi Klinik Kesihatan Keramat AU2. Cuba nasib. Masa tu dah dekat kol 11.30am. Alhamdulillah terus dapat parking. Orang pun tak ramai.

"Okay, boleh buat kat sini. Tapi hari Selasa, Rabu dan Khamis kol 2.00 ptg sahaja...." 
Kenapa la depa buat sistem yang pelik-pelik. Sungguh! Urusan begini memang memerlukan sifat sabar yang sangat tebal. Adoyai.

"Okay. Kita balik. Singgah beli lunch. Makan-makan dulu....." Hubby memang cool.

Hari Selasa kami pi jenjalan ke Shah Alam. Shopping-shopping. Makan-makan. Hari Rabu kami pi Nilai pulak. Hari Khamis hubby keje. Eh! Bilanya nak pi buat Medical check-up ni. Minggu depan dah buka sekolah.

"Tak payah kalut lah. Kita hantar borang acceptance dulu. Report Medical check-up boleh hantar masa report duty nanti..." Hubby maintain cool je.

Alhamdulillah masa hantar borang, pegawai tu sendiri cakap boleh buat check-up tu kat mana-mana hospital/klinik panel depa. Depa tau betapa lecehnya sistem yang depa sendiri buat tu. So depa bagi pilihan nak buat medical check-up tu kat mana-mana hospital. Kalau nak murah pi yang kerajaan. Kalau mampu apa salahnya guna yang swasta. At least jimat masa. Bak kata hubby, duit boleh dicari. Tapi masa menunggu yang terbuang tak dapat di cari ganti....

Akhirnya kami pi ke Damai Service Hospital, Melawati. Alhamdulillah, semua siap dalam masa 1 jam setengah je. Parking senang. Staf pun friendly. Bayaran pun tak mahal. Register RM5, X Ray RM30, Urine Test RM10, lain-lain RM25. Jumlah semua RM70. Ujian darah tak payah buat sebab kami dah tahu kumpulan/jenis darah.


P.S Sila bertanya walaupun semua perkara dah jelas tertulis. Tak yah nak skema sangat....

Tuesday, 10 June 2014

Projek Cuti Sekolah 2 : Samperit Nina

Dah lama saya tak buat kuih samperit. Dulu masa anak-anak masih kecil samperit dah jadi macam biskut wajib untuk hari raya. Sangat simple. Di hujung jari je..So sekarang nak perturun pada Nina pulak. Saya cuma tolong sukat je. Yang lain Nina buat. Guna acuan samperit beli kat Giant minggu lepas. Acuan ori saya dah lama jadi arwah sebab dah lama tak guna. Maklum la selama ni biskut pakai tunjuk je.. 
Hentam saja la labu.... 
Tak ada ceri merah, hijau pun jadi. 
Samperit in the making. 
Cubaan pertama...
Dah last-last jadi malas. Dia main tekan je keluar panjang-panjang. Suka hati la...yang penting sedap dimakan.

Seperti biasa saya hanya guna resepi yang simple.
1 cawan buttercup (separuh daripada yang saiz 250 gram tu)
1 cawan gula icing
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum.
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila.
ceri untuk hiasan.

Caranya:
Pukul butter ngan gula icing hingga kembang. Pakai senduk kayu je. Tak perlukan mixer pun.
Masukkan telur. Kacau lagi. Lepas tu masukkan esen vanila.
Dah sebati, masukkan semua jenis tepung. Kacau rata. Masukkan dalam acuan. Tekan sampai keluar bunganya. Hias dengan ceri.
Bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 10-15 minit.

P.S Lepas ni tak payah buat biskut tunjuk dah..

Monday, 9 June 2014

Kenduri kawen di Kelab Darul Ehsan

Sejak akhir-akhir ni hubby kerap juga menerima jemputan kahwin anak kawan-kawan atau rakan sekerja. Buat pulak kat club house, hotel atau ala-ala hotel. Saya cukup 'bercinta' kalau terpaksa menemani hubby pi kenduri kat tempat-tempat macam ni. Ada dress code dan protokol bagai. Tak boleh bawa anak sebab jemputan tu kata '..and spouse' saja. Sian anak-anakku kena tinggal. 

"Umi ni ...baju tu lah pakai gi kerja. Baju tu lah pakai gi jenjalan shopping. Baju tu juga ke nak pakai gi kenduri? Dah la malam-malam. Pakai la yang lip-lap lip-lap..."

Dah banyak kali dah saya kena leter ngan Iman. Dia ingat umi dia ni suka sangat ke berfesyenista, hijabista apa ke benda tu..Leceh betul nak kena fikir benda-benda remeh ni..

"At least pakai lah sedondon ngan ayah.." Adoyai...

Semalam ada jemputan kenduri di Kelab Darul Ehsan. Kami keluar awal sebab takut jalan jem. Kawasan Ampang ni memang dah biasa dengan masalah jalan jem. Kol 7.45pm dah keluar rumah. Alhamdulillah jalan okay pulak. Dalam kol 8.15pm dah sampai. Terus register kat pintu masuk.

"Table 2, Prof..."

Ni lagi satu hal. Depa dah tetapkan meja kita. So tak ada peluang la nak duduk dengan geng-geng yang kita kenal. Ada sorang dua je pun yang saya kenal. Yang lain semua muka-muka orang besar-besar. Rasa out of place betul.  Ikut nasib lah kena duduk kat spot mana atau dengan siapa. Tan Sri, Datuk-datuk...

Kemain… meja VIP

Meja pulak betul-betul depan pengantin..

Nak makan kena tunggu pengantin tiba dulu. Sepatutnya program mula kol 8.30pm. Tapi tunda kejap bagi menghormati azan Isya'. Kena tunggu habis acara tepung tawar dan merenjis pengantin. Lepas tu ada ucapan nasihat untuk pengantin pulak. Patut la hubby siap pesan suruh makan dulu sebelum datang. Kalau tidak boleh dapat gastrik. 


Suap pun kena sangat bersopan santun. Kena kontrol ayu. Sebabnya yang duduk semeja tu orang yang saya tak kenal. Hubby je kenal sebab sama-sama rakan sekerja. Kira hipokrit juga la. Sampai akhir baru saya tahu rupanya yang duduk kat sebelah saya tu Mak Datin. Beriya-iya bersembangyang I, you, I, you.. Adoyai...

Alhamdulillah program sangat teratur dan berjalan lancar. By kol 9.30pm dah mula makan. Tapi bercouse-couse la pulak. Lepas hidang nasi depa hantar desert pulak. Kuih manis. Bubur kacang. Buah-buah. 

Lepas selesai pengantin bersantap, ada acara potong kek pulak. Dah siap suap menyuap depa buat acara 'Table to table'. Pengantin akan pergi ke setiap meja tetamu untuk bersalam. Lepas tu baru tetamu boleh balik. 

Extra doorgift untuk VIP. Ferrero Rocher untuk anak-anakku yang kena tinggal.
Dah tinggal bekas je....

P.S Susah juga nak fikir pasal kenduri anak-anak nanti..hmm

Saturday, 7 June 2014

Projek Cuti Sekolah 1 : Berkebun.

Awal-awal cuti pulun menanda kertas soalan. Kertas Matemartik T3 dan Prinsip Akaun T4 dan T5. Buat kat rumah je. Ala-ala work from home gitu. Menanda kat rumah ni yang best nya, kalau stress boleh pi konar buat benda lain. Boleh makan-makan. Sambil-sambil kemas rumah. Basuh kain sidai kain. Pendek kata boleh buat macam-macam house chores lah.
Masak pun ala kadar je. Jenguk je kat dapur, buat apa yang ada. Paling simple masak western. Spageti lah selalu menjadi sasaran. Carbonara lah, bolognese lah. Hmm...macam belagak je western-western. Saya rasa makanan western ni memang sesuai untuk orang simple (dan mmmm..) sahaja. Persediaan 5 minit. Masak 10 minit. Makan 5 minit. Siap! Kalau rajin sikit buat spageti goreng. Tak pun nasi goreng je lah...
Nasi goreng simple. 
Plating oleh anak bujangku...
Alhamdulillah dah siap menanda seperti yang dirancang. Dah key in markah dalam sps. (sps = sistem pengurusan sekolah). So boleh lah bercuti...:D
Dan bermula lah projek cuti. Sebenarnya antara projek cuti sekolah ni nak setelkan pokok2 kat kebun tu. Tapi asyik tertangguh je. Macam banyak halangan pulak. Terutama ngan pokok delima yang sangat bermanafaat sebagai anti kanser ni. 
Delima yang setia mengeluarkan hasil.
Batang pokok nya kecik je. Tapi buah besar-besar. (Rahsia? Baja organik, tabur 2 kali sebulan )
Saya selalu melayan pokok delima ni. Macam pilih kasih pulak.  Hampir setiap petang balik sekolah saya akan bercakap-cakap ngan pokok ni. Sebab tu la kot dia rajin berbuah.
Punya la berat. Dahan dia dah mula mencecah tanah. Bila tah nak letak sangga untuk tahan berat...
Pokok bunga kemuning yang dah merajuk tak nak berbunga. Siap salin pasu dan tukar tanah. Pangkas dahan-dahan yang rosak. Saya suka sebab bunganya yang harum. 
Lengkuas yang sesak nafas. Bersaing untuk hidup..
Asalnya letak border bata simen untuk nampak kemas. Tak sangka pula depa hidup subur. Membiak-biak sampai sesak. So petang semalam sama-sama mengerah tenaga dengan bujang sorang tu mengetuk dan mencabut border tu.
Hasilnya, buruk pulak nampak tunggul...Nak kena tambah tanah nanti. Hmm 
Hasil tuaian. Boleh share ngan sahabat handai. 
Sebenarnya lengkuas ni banyak khasiatnya. Anti kanser juga.

P.S Hmm..lepas ni semua masakan kena letak lengkuas.

Thursday, 5 June 2014

Cuti Cuti Kolej Matrikulasi Johor

Hari Sabtu baru ni kami ke Selatan lagi. Saja nak pi visit bujangku yang sorang tu. Kebetulan pulak Dayah balik so boleh la sama-sama melawat kawasan. 
"Kena keluar awal pagi. Paling lewat pun kol 7.30 am. Takut jem kat exit Seremban." Hubby the expert, selalu sangat lalu jalan tu. Dah tahu sangat tang mana nak kena hati-hati.

So pepagi lagi kami dah bertolak. Tak pagi sangat pun. Dalam kol 8.15 am.  Elok je sampai kat Nilai sah-sah lah kami terpaksa mengharungi jem kat highway tu. Padahal lewat sikit je pun. Dah alang-alang tu singgah  terus kat RnR Nilai. Boleh pekena nasi lemak teh tarik kat warung Manjo. Hubby kata nasi lemak dia famous. 
Ramainya peminat. Kenapa tah gerai dia je ramai orang. Terpaksa beratur panjang.
Dah pekena nasi lemak ngan teh tarik baru sedap nak mengharungi jem. Nasi dia memang sedap walaupun agak berminyak. Pilihan lauk pun banyak. Harga? Berpatutan...
Kami selamat tiba ke destinasi dalam kol 12.30. Bujangku dah siap tunggu kat lobi asrama. Pick up terus keluar. Mulanya nak ronda-ronda bandar Tangkak je. Tapi banyak demand pulak nak pi tempat lain. Puas pusing-pusing akhirnya kami cuba bandar Jasin. Saja melawat kawasan. Tak jauh sangat pun. Dalam 20 minit dah selamat sampai. Pekena lunch kat warung Kak Dah Masakan Kampung. Sedap juga rasa gulai kampung daging cincang ngan nangka muda. (Tak de gambar pulak sebab camera girl tak ikut..)
On the way balik beli dodol. 
Dodol Melaka asli RM23 sebungkus. (1/2 kilo kot)
Macamana tah nak makan. Liat bebenor...Ceduk ngan sudu pun habes bengkok. Dodol liat ke atau sudu tak de kualiti? Hmm...

P.S Dah dua kali pi Tangkak, kain tak beli-beli juga...

Monday, 2 June 2014

Betik betik betik

Pokok betik ni saya beli kat nursery pokok. Masa beli tu tinggi dalam 1 kaki je. Harga RM15 sebatang. Dah lama saya tunggu betik ni berbuah. Dah beberapa kali dah keluar bunga pastu gugur. Berbunga balik. Gugur balik. Batang pun keding je. Apa ntah masalah dia. Entah-entah betik jantan.
Dah lebih setahun dah umur dia tapi macam terbantut je...
Kata akak nursery tu, betik ni jenis cepat berbuah. Pokoknya memang kecik dan akan mengeluarkan buah yang kecik2 juga, tapi lebat dan manis. Hmm...macam dah kena kelentong je...:( 

Lain pulak dengan betik yang sepohon lagi ni. Nina tanam. Tak semai pun. Dia campak biji betik tu lepas makan. Tetiba tumbuh. Pokok betik ni macam pelik sikit. Mula-mula keluar banyak putik buah. Orang kata buah sulung. Lepas tu gugur satu persatu. Tinggal la 2 biji. Lepas beberapa lama dia berbuah pulak untuk sesi kedua. 
Setiap hari saya dok belai buah yang tinggal 2 biji tu.
 Alhamdulillah. Semalam dah nampak menguning. Terus petik . 
Nampak luka-luka sebab kucing saya suka buat akrobat kat batang betik ni.
Manis dan juicy segar dari ladang.
Gugusan sesi kedua. Mudah-mudahan dapat bertahan sehingga masak juga..

P.S Hmm....macam tak ada life je...

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...