Saturday, 26 October 2013

Senyum je lah manis-manis.

Balik sekolah tadi pi singgah kedai runcit. Beli barang dapur dan barang basah. Tu dia....gula dah naik harga. Last time beli sekilo RM2.50 saja. Tup-tup hari ni dah jadi RM2.85 sekilo.

Baru semalam Abe Jik bentang bajet. Hari ni gula dah naik harga...adoyai. Rupa-rupanya subsidi gula sebanyak 34 sen telah dimansuhkan berkuatkuasa hari ini.

Saya jarang komplen pasal harga barang ni. Tak tau nak komplen kat sapa. Ramai cendikiawan dan cerdik pandai dok bercakap pasal harga barang yang asyik naik. Tapi macam tu lah jugak. Cakap banyak pun harga barang tetap naik. Yang merana dan susah payah ikat perut nak berjimat adalah golongan marhaen. 

Dalam bidang sejarah golongan marhaen dikelaskan kepada golongan bawahan atau rakyat biasa dalam tata tingkat masyarakat pada zaman Rom purba, sebab itulah dalam Kamus Dewan rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan sebagainya dikatakan sebagai golongan marhaen.

Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan ...The malaysian insider.

'Persatuan Perubatan Malaysia puji langkah naik harga gula'.. Yahoo News Malaysia.

Orang yang senang dapat duit tentu tidak merasa sangat kesan kenaikan harga barang ni. Tapi kalau yang kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Makan karipap dengan minum air kosong je lah.... 
Hmm....


Monday, 21 October 2013

Perfect Chopper Deluxe

Saya selalu masak guna bawang besar yang kuning tu. Bawang Holland. Setiap kali nak masak saya akan dadukan dia. Lagi banyak bawang lagi sedap masakan tu. Dan setiap kali pulak saya akan menanges beriya-iya macam anak dara tak pernah buat kerja. Kata orang tua kalau asyik keluar air mata masa kopek bawang tu maksudnya badan kita ni terlebih satu enzim. Enzim apa tah. Nenek selalu bagi petua supaya tak nanges. Tapi saya malas nak ikut. Saja cari peluang nak nanges puas-puas. Boleh bersihkan jiwa tanpa orang syak apa-apa.

Hari ni kebetulan pulak ada kawan sekerja saya bawa beberapa jenis barangan untuk di jual. Terbekenan la kat chopper bawang ni. Katanya boleh dadukan apa-apa jenis sayuran terutama bawang. Tak perlu lagi nak pedih-pedih mata. Murah pulak tu. Dia letak RM20. Tapi untuk saya dia bagi RM17 sahaja. Balik rumah tadi saya google kat e-bay. Rupanya depa buat lelong starting USD2.50. Dalam RM8.75 gitu. Now final bid dah jadi USD17.99. Kalau nak compare harga, Alhamdulillah rasa berbaloi-baloi sangat. Katanya boleh guna untuk hiris, potong dadu, kisar dan sebagainya. Senang dicuci sebab boleh tanggal satu-satu. Harap benda tu bukan yang fake atau tiruan. Tapi belum cuba guna lagi. Sebab hari ni masak simple je tak perlu nak dadukan bawang bebanyak. Cukup hiris-hirisan saja

Saturday, 19 October 2013

Cawan Pyrex Pinggan Arcopal.

Saya bukan la peminat pinggan mangkuk. Tak pernah pun terfikir nak buat koleksi hiasan penuh lemari. Yang ada kat rumah tu pun semuanya untuk keperluan harian dan untuk tetamu yang datang bertandang. 

Yang anehnya saya dah mula terfikir nak beli pinggan mangkuk ni masa saya mula buat A-Level lagi. Masa tu kebetulan ada kawan saya yang sibuk nak nikah muda. So dia pun sibuk dok mengumpul pinggan mangkuk Pyrex made in England. Sungguh dia memang beli the complete set. Dari kaserol, dinner set, tea set, dan segala bagai. Semuanya Pyrex. Saya ni sebab selalu sangat pi teman dia shopping tergerak hati lah jugak nak membeli. Beli cawan ngan piring je pun. Sedozen. Set itu lah yang saya guna sampai sekarang. Setelah lebih 20 tahun, cawan dan piring Pyrex saya tetap utuh. Tak pecah walaupun guna hari-hari. Ke sebab tuan punya pandai jaga? Jimat duit hubby.
Dah lebih 20 tahun usia set cawan pyrex ku ini.

Suatu hari kawan saya tu datang bertandang ke rumah setelah lama tidak berjumpa. Seperti biasa saya hidang je juadah apa yang ada kat rumah.

"Tu dia....ada lagi cawan ni??.. Design zaman bila nih?????....Payah nak jumpa kat kedai ni!!. Kena pi cari kat kedai antik ni..."


Alahai.... Nak kutuk kutuk pulak. Dah tak hingat la tu sapa yang dok teman dia pi shopping dulu. Pinggan mangkuk dia pulak semua dah masuk muzium dan banyak yang dah pecah. Saya pulak tak pernah kisah, guna je selagi boleh.


Untuk pinggan mangkuk saya lebih suka set Arcopal made in France sebab design lebih lembut dan lebih ringan. Set-set ni depa biasanya jual samada set 4 atau set 6. Saya beli la dua set dinner untuk 4 orang. So dapat la 8 set. Alhamdulillah tetap utuh juga sampai sekarang. Sepatutnya ada mangkuk tapi semua dah arwah sebab anak-anak selalu guna untuk makan cereals.
 Set arcopal.

Hubby pun tak pernah komen hari-hari saya hidang pakai pinggan yang sama. Sebab makanan sedap kot. Cuma baru ni terfikir nak  tukar angin. So beli lah set dinner baru. Pinggan porcelain. Design empat segi. Tapi berat la pulak. Nak terseliuh tangan saya. Agak mengada la kan. Bila dah biasa guna pinggan arcopal yang ringan, berat sikit pun dah terasa. 
Set untuk 6 orang. Cantik tapi sangat berat.

So baru-baru ni terus teringin nak beli pinggan mangkuk baru. Apa lagi. Google cari pinggan online. Sesuatu yang tak pernah saya buat. Last-last berkenan kat pinggan Corelle empat segi pulak. So malam tadi terus order online dan bayar guna Maybank2u.

"Boleh percaya ke Umi? Takut scam!!" Susah payah pulak Iman menggoogle nak make sure Uminya tidak tertipu. Mudah-mudahan okay bukan scam. Tak ada report kata dia scam. Dia dah pos guna Gdex. Insya Allah akan tiba pada hari Isnin nanti. Tengok testimonial ramai kata pinggan ni bagus. Tahan lama. Harap-harap dapat bertahan for another generation. Dayah dah cop buat pusaka.. 





Thursday, 10 October 2013

Jalan-jalan Tanjung Lumpur

“Tanjung Lumpur is a traditional fishing village located near the mouth of the Kuantan River. It is loosely translated into English as the " Cape of Mud". Wikipedia

Masa hantar Dayah register Medic Kat Kuantan hari tu sempat la berjalan-jalan kat Tanjung Lumpur ni. Kami pi a day before registration day. Saja nak tengok-tengok kawasan dulu sebelum kalut nak register nanti. Masa mula tiba UIA kosong je sebab student masih bercuti. Yang ada pun AJK sedang buat persiapan untuk sambut pelajar baru. So sempat la pusing-pusing kampus dulu sebelum check in MS Garden.
Ahlan..serasa kehadiran kami dialu-alukan  
Ambik aura. Dulu saya juga minat medic tapi part nak kena belah tikus hidup-hidup tu yang tak tahan. Nanges! Terus drop Bio ambik Akaun..huhu.

Dah menjadi tabiat saya kalau berpeluang pi mana-mana yang sepatutnya ada pantai wajib la nak tengok sunset. Peghak? Entah...Yang pasti saya memang suka fenomena alam yang satu ni. Macam ada satu kepuasan yang tak dapat diungkap dengan perkataan kalau dapat tengok matahari tu terbenam secara live. Satu fenomena alam yang amat menakjubkan. Subhanallah! Masya Allah!

Bila sampai di sana, la....macamana nak nampak sunset ni? Muara sungai. Sunset tak ada...So jalan-jalan je la ambik aura suasana kampung. Dah lama tak merasa pijak tanah dan pepasir secara live. Barefoot...

Masih awal. Sun tak set lagi....
Teringat kat Scotland pulak.... 
Seronok juga kalau boleh main beach ball...sedap rasa kaki pijak pepasir tu..
Menuju kejayaan...
Sahara? Hero sorang tu tukang snap gambar je.
Suka tengok pokok ni. Menjalar kat atas pepasir....
Berbunga purple ala-ala lavender....
Perahu nelayan mana tah. Mesti depa dok gelak-gelak tengok budak-budak peghak ni naik perahu atas darat.

Sebenarnya tujuan utama pi Tanjung Lumpur ni bukan nak tengok suset pun. Kata orang tarikan utama tempat ni ialah ikan bakar dia. So kami pun survey lah beberapa kedai yang nampak menarik. Cara hubby nak pilih kedai makan biasanya tengok customer dia ramai ke tidak. Kalau ramai pelanggan tu maknanya masakan dia sedap. Lepas tu tengok kedai dia bersih ke tidak. So pilih lah yang ramai pelanggan dan bersih kedainya.

So kami pun pi lah makan kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai...agak memenuhi kriteria pilihan. Depa akan bakar ikan tu dengan sambal petai bungkus dalam daun pisang. Kena pilih ikan dulu. Lepas tu dia timbang dan bagi harga. Lepas tu baru dia siang dan masak ikut pilihan resepi kita. Kami pilih ikan bawal bakar., siakap masak halia, sotong celup tepung, sayur kailan ikan masin dan nasi putih. Tambah nasi goreng kampung, Amin punya. Sotong celup tepung dihantar dulu. Tak tau kenapa cepat sangat. Jeng..jeng.. Memang sedap sangat sotong celup tepung ini. Selain rangup, tepungnya bersalut dengan sotong. Sekejap je licin. Tak sempat makan dengan nasi. Ratah je.
Ikan siakap masak halia...favourite saya.
Tu dia......licin.
Esoknya baru la pi UIAM semula untuk registration. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Beriya- iya kami pi awal sebab nak dapat bilik bawah. Rupa-rupanya depa dah set ikut abjad nama student. Dapat bilik tingkat atas. Jenuh lah panjat tangga mengangkut barang-barang. Nasib baik ada hero sorang tukang angkut barang.
Nina tekun mengemas katil kakak...Dalam hati...hmmm.
Bilik style compartment macam kat Gombak jugak. Agak sempit kalau nak solat...tak pe Masjid kat sebelah Marhalah je.
"Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan." Cedok motto sapa tah.

"Umi, Dayah dah beli tiket. Bas malam. Sampai kol 12 ...."
Naik bas? Malam-malam? Karak Highway? Hmm....

Sian Dayah. Diam tak diam dah nak balik cuti Raya Haji dah. Sejak duduk jauh ni dah susah nak balik. Terpaksa la naik bas. Masa kat PC dulu boleh naik flight je. Senang. Masa kat PJ pun almost every week boleh balik rumah. Kejap ayah ambik, kejap umi ambik. Kadang-kadang Iman ambik. How nice to have a loving and caring family. Tapi la ni tak ada sapa nak redah Karak Highway tu.


Tuesday, 8 October 2013

Cadangan jawapan Matematik PMR 2013 kertas 1

Alhamdulillah dah selesai peperiksaan Matematik kertas 1 tadi. Sambil-sambil tunggu depa bersedia untuk kertas 2 sempat la conteng-conteng cari jawapan untuk kertas 1 ni.

1 C 11 C 21 B 31 D
2 D 12 A 22 B 32 A
3 D 13 C 23 B 33 B
4 C 14 B 24 D 34 D
5 A 15 D 25 A 35 D
6 B 16 C 26 B 36 B
7 A 17 C 27 A 37 B
8 A 18 B 28 D 38 A
9 C 19 C 29 A 39 D
10 D 20 B 30 B 40 C
Mudah-mudahan depa diberi ketenangan untuk menjawab soalan yang diberi dengan baik Insyaa Allah. Amin.....

Sunday, 6 October 2013

Jogging membawa bahagia...

Hari ni berjogging lagi. Alhamdulillah setelah lama bercuti dah dapat two in a row. Minggu lepas pusing kat kawasan taman perumahan ni je. Minggu ni dapat pusing sampai UP1. Bangga? Oh sudah semestinya. Bukan senang dah tua-tua nak jogging. Penat. Semput.

"Tu la...selalu ajak jogging tak nak."
Bukan tak nak. Tak ada kasut. Baik punya alasan. Beli kasut asyik kena rembat. Masa awal dulu share ngan anak bujang tu. Biasa la kalau dah namanya share cepat la rosaknya. Asyik beli rosak, beli rosak. Lepas tu asyik dia je yang dapat. Bila kaki dia dah besar dah tak payah dah ambik kasut saya. Saya beli baru. Iman pulak rembat bawa pi matrik PJ. Beli lagi. Dayah pulak ambik bawa pi Kuantan. Last-last kebetulan Nina nak beli kasut gi camping hari tu saya beli je kasut sorang satu. La ni semua orang ada kasut jogging.
Ambik kasut jogging....hangpa pakai sorang satu.
Beli yang biasa je sebab kaki depa akan membesar dengan cepat. Umi punya je lebih sikit..

Sebelum ni pun sayik beli kasut je. Especially untuk bujangers tu. Kejap-kejap kasut bola, pastu kasut futsal, pastu kasut kasual. Belum campur kasut sekolah lagi. Sekejap je dah ketat. Tak muat. Rasanya setiap bulan pi kedai kasut. Tak sangka pulak kaki depa ni cepat benar membesar. Dah sama ngan kaki ayah dah. La ni asyik rembat kasut dan selipar ayah pulak.
Saya dah lama tak berbasikal...takut gayat pulak dah tua-tua ni.

Tu dia...lepas jogging pi pekena capati ngan teh tarik. 
Tambah balik kalori berganda-ganda....

Rasanya ramai dah tahu berjogging ni banyak manfaatnya. Antara lain membantu menurunkan berat badan, merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah. Tapi kalau lepas jogging pi bantai teh tarik...err...

Dari sudut psikologi pula, dengan berjogging seseorang itu boleh mengurangkan tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Disamping itu dapat melihat keindahan taman perumahan yang tak pernah dilihat sebelum ini. Cantik rupanya kawasan Ukay Perdana ni. Hijau. Selama ni pergi balik kerja naik kereta je. Tak sempat nak melihat-lihat keadaan sekeliling. Maklum la pemandu berhemah. Kalau kat rumah pulak asyik terperap je jadi gadis pingitan. Paling-paling pun sibuk dok membelek taman dan kebun saya tu...

Tapi yang lebih penting bila berjogging berdua-duaan ni dapat mengeratkan kasih sayang suami isteri. Mengimbau kenangan silam dan menyulam harapan masa depan....ewah!.

Saturday, 5 October 2013

"Umi guna cili domino eh?"
Haha....life is so simple. Malam ni masak spageti aglio olio je. Tak pernah masak pun sebelum ni. Anak bujang saya tu sibuk jadi chef. Tak susah pun. Google je. Pilih yang simple dan sesuai dengan jiwa dan adjust di mana perlu. Tang chilli flakes tu saya tabur je chilli flakes Domino. Dah alang-alang ada stok....
Hasil tangan bujanger. Plain...sebab tak ada parsley. 
INGREDIENTS
2 servings of pasta
1 1/2 tbsp olive oil
10 cloves garlic peeled and sliced or chopped (but not too finely)
1/2 tsp dried chilli flakes may substitute with finely chopped chilli padi
30 grams Italian flat-leaf parsley finely chopped
20 grams butter cubed
 sea salt to taste
 freshly cracked black pepper to taste

INSTRUCTIONS
Bring a pot of water with 1 tbsp sea salt to a boil. Cook pasta according to the timing indicated on the packet, until al dente. Drain and set aside the pasta, reserving a small cup of pasta water.
Heat olive oil in a sauce pan, add garlic and chilli padi/chilli flakes (if using). Saute the garlic until it turns light golden brown.
Turn off the stove. The garlic will continue cooking in the hot oil on its own for a few more seconds in the hot oil, until they turn a lovely golden brown.
Add cooked pasta, 1-2 tbsp reserve pasta water, chopped parsley and cubed butter to the garlic & oil mixture. Stir to coat all the ingredients evenly. Season with sea salt and freshly cracked black pepper.
(http://www.noobcook.com/aglio-olio/)

Friday, 4 October 2013

Mewangikan taman....naturally.

Lately angin berkebun saya datang balik. Semalam pi nursery pokok kat tepi Kemensah Height. Cari pokok lidah jin, ros kuning dan pokok daun apa tah.Pokok lidah jin ni dulu dah hidup subur sepanjang pagar depan rumah saya. Lepas tu kena cangkul dengan orang yang tanam rumput hari tu. Habis semua. Sedih betul. So semalam pi beli yang baru. Nak tanam semula dalam pasu pulak.

Tak tau pokok apa. Katanya boleh hidup dalam rumah. Saya suka daun dia...nak suruh produce oksigen banyak-banyak..

Tadi on the way balik dari kelas tambahan (pecutan terakhir Matematik PMR) singgah kat Aji Nursery pulak. Saya suka pi kedai dia sebab layanan mesra dan harga pun berpatutan. Makin banyak pokok baru. Terbekenan pulak dengan pokok bunga melati yang wangi. Saya memang suka pokok-pokok bunga yang ada bau wangi. Saya dah ada pokok bunga melur tanam dalam pasu. Tapi kurang belaian. So berbunga pun macam nak tak nak je. Nak tambah pokok melati pulak. Biar wangi satu rumah.
Pokok bunga melati. Dah siap ngan pasu-pasu. Bila la nak mula projek ni...

Pokok bunga cina dan bunga kemuning saya dah lama tanam. Beli dari Aji Nursery juga. Mula-mula beli dalam pasu. Lepas tu masa dok sibuk-sibuk nak tanam rumput hari tu saya letak atas tanah.

"Kenapa tanam atas tanah? Pokok bunga wangi elok letak dalam pasu. Kita boleh alih-alihkan dia untuk wangikan kawasan mana yang kita nak."

"Ye ke Pak Cik? Habis tu camana?"

"Awak korek balik. Akar putus sikit-sikit tak apa. Letak tanah dalam pasu.Sikit je tanah tu dalam 2 jari. Tabur baja organik lepas tu masukkan pokok tu. Tambah tanah sikit lagi. Siram hari-hari sampai dia subur. Nanti kalau ada kucing berak kat rumah awak angkat pasu tu letak la dekat tempat tu supaya bau taik kucing tu tenggelam. Bunga ni wangi..." 
Panjang lebar pak cik tu ceramah.

Haha...Pak cik tu nak mengata saya malas :( Kat atas tanah tak perlu siram sebab akar dia boleh cari air kat bawah tanah. Tapi pokok tak cantik. Kalau dalam pasu kita boleh trim selalu supaya pokok tu galak berbunga.
Pokok bunga kemuning saya dihiasi dengan rumput. Batu bata hiasan tu pun dah nak tenggelam.
Patut la pokok kemuning saya ni dah jarang berbunga. Subur sangat. Mabuk daun. Kesian. Lepas ni nak kena korek dan tanam balik dalam pasu. Bila la tu...

Wednesday, 2 October 2013

Minah dan Lili...

"Umi!!! Kucing berak atas carpet...!!"

Adoyai.. Saya baru sudah hidang nasi lunch. Hubby yang dah redi dok kat meja makan terus mati selera. 
Bertuah betul anak kucing tu. Nasib la...dah mengada nak bela kucing pandai la tanggung akibat.

Entah dari mana datang hajat  nak bela kucing ni pun saya tak pasti. Yang pasti anak bujang saya tu beriya-iya nak jaga kucing sejak dua menjak ni. Asalnya ada kucing menumpang tidur dengan dia masa balik kampung baru ni. Kucing kampung tu dah besar, comel dan manja. Asyik nak duduk atas riba orang je. Tu la gamaknya teringin nak bela-membela pulak ni.

Sibuk la mengajak ayahanda pi pet centre nak beli kucing. Saya tak minat nak beli kucing. Kalau memang nak bela kucing untuk dapat pahala lebih baik ambik kucing yang terbiar. Kebetulan pulak hari Sabtu baru ni lepas jogging pi singgah makan capati kat kedai mamak. Nampak la dua ekor anak kucing ni dok main manja-manja kat kaki orang. Kesian pulak. Sebelum ni tak pernah pulak terdetik hati nak pelihara makhluk Allah ni. So kami pun kutip la bawa balik. Mula hubby izin ambik sekor je. Tak sampai hati pulak nak pisahkan mereka. 

Punya la belemuih, comot, busuk...almaklum la kucing jalanan. Balik tu terus saya mandikan. Budak-budak pakat lap guna hair dryer. Lepas tu biar depa berehat atas carpet. Tu yang suka hati depa buat projek atas carpet tu. Susah payah la kami nak kena basuh carpet-carpet tu. Haha....dua bidang carpet dan empat orang jadi mangsa. Hubby siap pi beli sangkar untuk depa tidur malam tu. 
Minah. Sama kaler ngan carpet. Kalau tak hati-hati boleh mati terpijak.

Lili. Lebih kehitaman. Tetiba perut buncit makan banyak tak sedar diri...
 .
Saya nak ajar depa makan bersama. Akrab adik beradik. Memula tu bergaduh sakan...

Selalu Minah yang kontrol. Lili yang banyak mengalah.

Minah..

Lili...

Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 depa dok ngan kami. Dah nampak berisi sebab asyik bagi makan je. Saya bagi makan 3 kali sehari. Pagi sebelum saya pi sekolah, petang lepas balik sekolah dan lagi sekali sebelum kurung depa tidur.Setiap kali saya bagi nasi gaul dengan ikan goreng. Minum air kosong je. Tak payah la nak bagi produk makanan kucing yang kat pasaran tu. Bagi nasi ngan ikan sudah. Selamat dan suci. Murah. Setakat ni depa nampak sihat. Anak bujang saya tu dah beberapa kali ajak pi vet. Saya tak minat sangat dengan vet-vet ni. Jaga je sendiri. Insya Allah selamat.

Saya tak reti nak teka berapa usia depa ni. Agak-agak dalam 2 bulan kot sebab gigi pun tak penuh lagi. Hari pertama tu saya tersilap. Pi bagi depa minum susu pekat cap teko bancuh ngan air suam. Konon kesian takut depa nak susu. Lepas tu depa cirit-birit. Jenuh la nak kena setel bekas taik depa pulak. Punya la busuk. Baru ni terlekat tulang kat gusi kecik tu. Gelojoh sangat. Jenuh juga saya cuba keluarkan. 

Saya memang tak ada pengalaman bela kucing. Masa kecik dulu saya ada kucing nama Tompok. Tapi nenek yang jaga. Sakit demam semua nenek yang setelkan. Saya cuma bermain-main ngan dia. Sangat manja sampai tidur pun dengan saya. Sekarang baru saya tahu susah sebenarnya nak bela kucing ni. Kalau nak bela kucing ni perlu sanggup berkorban masa dan tenaga. Perlu ikhlas dan sabar. Nak sediakan makan, buang taik depa yang busuk tu. Kena sentiasa belai depa macam jaga anak yatim. Lepas ni meghenyut la nak bela cucu-cucu pulak. Depa dua ekor ni anak-anak dara belaka. Insya Allah banyak pahala menanti...

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...