Wednesday, 8 April 2026

Tanam Pokok Baru di Laman

Sejak pokok-pokok saya mula pupus dek terbiar ditinggalkan selama dua bulan, dua tahun lepas, baru sekarang berpeluang untuk mengembalikan seri di laman. Sedih memang la sedih bila pokok yang dijaga dan dibelai sekian lama mati terbiar kekeringan. 

Selepas sebulan berpuasa tibalah Syawal. Diselang waktu dalam kesibukan Syawal saya curi masa untuk singgah di nursery pokok tepi MRR2. Walau dalam cuaca panas terik tengahari (rembang) tidak menghalang kecekalan dan semangat untuk menambah suasana tenang di rumahku syurgaku. Saya mulakan dengan pokok-pokok berdaun dahulu. Semoga dedaunan warna hijau ini memberi suasana tenang dan damai di halaman rindu ini. 

@Nursery pokok tepi MRR2, Kg Pasir.

Penuh bonet kereta.

Setelah dibeli kita perap dulu sehari-dua dek sibuk beraya di sana-sini. Hinggalah tiba suatu hari yang diizinkan Allah untuk saya menunjukkan cara-cara bercucuk-tanam kepada cucu tercinta. Walaupun saya yakin tidaklah mereka perlu tahu itu semua dek perubahan masa, tetaplah saya teruskan niat sambil mengimbau indahnya rasa bermain tanah dengan nenek saya dahulu.🥹 [Semoga Allah cucuri rahmat kepada Arwah nenek saya. 🤲]

Cucu-cucu sebagai peneman di suatu pagi nan indah.

Mudah-mudahan pokok-pokok ini subur menghijau memenuhi ruang hidup saya. Moga Allah mudahkan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Pasang (ganti) Meja Sudut Sofa

Saya beli meja Ikea ni sejak sebelum Ramadhan lagi. Setelah lebih sebulan tersadai saya bukak bungkusannya dan buat pemasangan. Mudah sangat kerjanya. Tak perlu skrew driver, kita pulas guna tangan sahaja. Siap tak sampai 10 minit.


Sebenarnya meja ni untuk menggantikan meja bucu sofa selama ini yang agak kecil. Meja baru ni double the size memberi ruang tambahan untuk letak barang. Another good reason untuk beli barang baru.😁


Mudah-mudahan kurang sedikit sepahnya dan memberi lebih ketenangan dalam rumahku syurgaku. Moga Allah mudahkan. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Teman Hubby Buat Kerja @Datum Jelatek

Setiap kali menemani hubby buat kerja di kedai kopi saya akan bawa Ipad dan buat 'kerja' saya sekali. Biasanya kedai kopi menyediakan free wifi. Kalau di Datum Jelatek sebelum ini, kami akan mengopi di Jamaica Coffee. Depa bagi free wifi. Malangnya Jamaica Coffee dah tutup dan diganti dengan Kenangan Coffee. Saya tak pasti Kenangan Coffee sediakan free wifi atau tidak sebab tidak dinyatakan dalam resit. Malas pulak nak bertanya sebab saya memang ada tnet sendiri. So kita guna sahaja selagi ada data. So far kedai kopi yang saya paling suka ialah Coffee Bean & Tea Leaves di Alpha Angle. 

Adakala saya cuma duduk membaca novel kemudian jalan-jalan cuci mata sekitar shopping Mall. Malangnya di Datum Jelatek ini, banyak kedai yang dah tutup. Yang tinggal hanya beberapa kedai termasuk kedai Mr DIY, yang masih bertahan hingga kini. Ada kedai Eco baru dibuka tapi saya belum terasa hendak menyinggah lagi. Ada kedai bunga PISB yang juga masih bertahan. Kali ini saya berlama-lama dalam kedai bunga PISB menikmati keindahan bunga-bunga hiasan dalam kedai sambil berangan. 

Usai urusan kami singgah makan tengahari di Chicken Rice Shop. Dah lama saya mengidam nak lepak makan di sini. Kami ambik lunch set for two. Alhamdulillah kenyang hingga kepetang... ala-ala OMAD pulak.😁

Chicken Rice Shop.

Lunch set.

Saya sempat membeli sepasu pokok hiasan di PISB tadi bagi menambah ketenangan dalam rumah.

Pokok hiasan dari PISB.

Mudah-mudahan suasana tenang dalam rumahku syurgaku kekal terpelihara. Moga Allah mudahkan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tanam Pokok Baru di Laman

Sejak pokok-pokok saya mula pupus dek terbiar ditinggalkan selama dua bulan, dua tahun lepas, baru sekarang berpeluang untuk mengembalikan s...