Monday, 21 August 2017

Tenggelamnya Sebuah Memori

Dah banyak kali saya dok merenung-renung akan nasib kolam ni. Masa memula buat 4 tahun lepas bersemangat nak bela ikan bagai. Masa tu semangat tengah kuat seiring dengan kudrat yang ada, so macam-macam la berangan nak buat. Rupanya menjaga kolam ini bukannya mudah. Dua minggu sekali  kena cuci dan salin airnya. Kalau tidak kolam akan berkulat dan berbau. Lebih malang kalau ada makhluk aedes pulak datang menumpang.
Saya letak pokok kiambang konon nak bagi naik seri kolam.
Kucing-kucing ni memang suka menjenguk-jenguk dalam kolam tu.
Takut pulak depa pakat berkuak lentang dalam air tu.

Maka setelah berfikir panjang dan menimbang baik buruknya maka saya decide untuk timbus balik kolam tu. Saya terus je call orang yang pernah pasang tile sebelum ni. Senang sebab saya dah tahu cara kerja dia. Alhamdulillah puas hati setakat ni. Saya bajet dalam RM4000, tapi dia quote RM3700. So kira okay lah sebab masih dalam bajet. 

"Orang yang buat kolam sebelum ni bagus kak. Bagus buatannya....."
Saya tak pasti betul ke tidak dia nak puji orang sebelum ni atau dia cuma nak naikkan kos sebab katanya simen konkrit tu utuh sangat. Perlu lebih masa dan tenaga nak robohkan binaan tu. Saya malas nak fikir negatif. Asalkan depa dapat penuhi spesifikasi saya pun dah kira bagus. Tak perlulah lagi saya nak bersusah payah nak cuci kolam dengan kudrat yang dah di hujung usia nih. Setelah berunding apa yang patut depa terus mulakan kerja 4 hari kemudian. 
Depa ambik masa 2 hari je nak robohkan binaan tu. Laju jugak sebenarnya. 
Sedih pulak macam tugu tinggalan.... 

Separuh daripada robohan tu depa campak dalam kolam untuk timbus. Selebihnya depa punggah buang dengan lori. Depa masukkan dalam guni dulu sebelum punggah masuk lori. Ada dalam 20 guni semuanya. Saya tanya kenapa tak guna khidmat Tong Sampah King tu.

"Mahal kak. Kami sewa lori biasa jimat RM100....."

Dah siap timbus ngan runtuhan batu bata tu depa ratakan dengan simen dan pasir sebelum letak tile. Depa letak separuh kawasan sahaja. Separuh lagi saya simpan untuk tanam rumput. 
Tile dah siap dipasang.

Kawasan tanah tu saya tabur pasir dulu. Sementara nak tunggu beli tanah dan rumput selamat lah jadi tempat kucing melepas hajat. Sabo jelah


PS: Lepas ni nak kena upgrade kawasan tu semula. Banyak berangan je setakat ni memandangkan kudrat yang tinggal seciput. 


Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...