Tuesday, 29 September 2015

Buni oh Buni

Sejak sebulan ni selera makan si Buni bukan main naik lagi. Pantang nampak manusia dalam rumah ni terus minta makan tanpa segan silu. Alhamdulillah seisi rumah semua dianugerahi Allah sifat penyayang. Maklum lah ayahnya Abdul Rahim, berdatukkan pulak Abdul Rahman. Sewajarnya lah semua keturunan mereka berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan. Alhamdulillah. Maka nikmat mana lagi yang saya dustakan....

Dek kerana asyik memenuhi selera je, kejap friskies, kejap whiskas, kejap ikan rebus, kejap ikan goreng kejap ayam goreng makanya makin bulat lah perut siBuni tu. Terboyot-boyot mengusung perut keliling rumah. Lepas makan tido suka hati dia. Macam-macam gaya bebas.
Terbungkang kuak lentang.
Berehat bawah meja makan.
Lain macam pulak tumbesaran perut si Buni ni. Kalau dihitung2 umurnya baru 6 bulan. Gigi pun tak habis tumbuh lagi. Nak kata cacing tak logik pulak. Tak kan lah sampai memboyot macam tu. Surely dah berkoyan-koyan cacing kat dalam tu. Surely dah nazak. Suruh Dayah test ngan stetoskop pun tak dapat kesan juga apa benda dalam perut tu.

"Bawa pi Vet lah.." Senang je Hubby bagi solution. Saya je malas nak pergi. 
So hari Jumaat lepas Raya Haji baru ni berjaya lah juga Hubby pujuk bawa Buni pergi Vet. Kat Melawati je pun. Tempat biasa kami bawa Ali ngan Abu sebelum ni.
Sabar je menunggu giliran
Sah Buni bunting. Kata doktor, Buni boleh beranak anytime this week. 
Adoyai. Sabo je lah. Malas nak memikirkan apa akan berlaku pada hari-hari mendatang. Nak kena hadap kucing beranak pulak. Doktor tu pulak siap bagi taklimat dan tips macamana nak jadi bidan sambut kucing beranak. Satu profession yang tak pernah saya idamkan. 

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." ( Al-Baqarah: 214)

Sedih je Buni. Kecik-kecik dah terpaksa memikul tanggung jawab besar.
Doktor cukur perut Buni sebab bulu gebu sangat. Kang susah baby Buni nak cari puting susu.

Sebenarnya takut nak terima hakikat yang Buni macam dah bunting. Sian. Kecik sangat lagi. Nak jaga diri pun tak pandai lagi. Inikan pulak nak jaga anak. Tapi hingga hari ni, selepas 4 hari jumpa vet Buni belum bersalin juga lagi. Risau juga takut dia terberanak masa kami semua tak ada kat rumah. Saya dah sediakan kotak untuk tempat besalin dia. Semoga Allah mudahkan Buni menghadapi dugaan hidup ini. 

PS: Fikir balik sebenarnya excited juga nak tengok bakal baby Buni. Meramaikan semula penghuni rumah saya yang semakin susut.....:)

Monday, 28 September 2015

Berkebun lagi

Awal cuti penggal hari tu tetiba semangat berkebun datang semula. Rupa-rupanya dah agak lama saya tinggalkan hobi nan satu ini. Sejak terjumpa pohon kemboja hari tu Alhamdulillah setiap petang saya dapat luangkan masa mengadap laman saya. Kesian pokok-pokok tu. Tak terurus. Yang hidup atas tanah dah macam hutan belantara. Pokok-pokok membesar suka hati. Bercampur aduk dengan pokok-pokok yang tidak diundang. Yang dalam pasu pakat nazak kering kontang. Hanya mengharapkan air hujan yang datang sekali sekala. Paling sedih tengok rumput cowgrass tu. Macam hidup segan mati tak mahu. Kena buli dengan rumput-rumput liar yang galak membiak. 
Apa tah nama pokok ni. Ada orang kata pokok tadah doa.
Bukan main sihat walafiat dia membesar. Suspen pulak tengok takut tumbang. Awal-awal tanam dulu tak sangka dia boleh naik setinggi ni. Tapi bagus juga buat teduhan depan laman.
Semua yang dalam pasu tu nak kena salin, Terutama pokok bunga mahkota duri.
Kemuning pun macam malu-malu nak berbunga.
Lidah jin macam dah kena ulser pulak.
Sepatutnya bunga ros. Kesian tinggal batang je.
Saya salin pasu, letak tanah baru dan bubuh baja. Alhamdulillah umur masih panjang. Sekarang dah mula mengeluarkan pucuk baru.
Melur juga tinggal batang sahaja.
Saya tambah sepohon lagi bunga melur kampung sebagai pemangkin.
Melati yang kering kontang.
Lepas dah salin pasu dan bubuh baja mula galak bebunga.
Terselit di celah-celah rumput. Macam pokok kaduk. Tunggu dia besar sikit. Kalau betul baru nak ubah masuk pasu. 
Pokok-pokok yang ditanam sepanjang pagar pun terpaksa saya cantas dan tebang. Baru nampak clear sikit. Yang paling subur dan segar bugar ialah pokok bunga raya saya. Terpaksa tebang semua. Sayang pulak tengok bunga yang segar mekar. So saya kutip setakat yang sempat. Buat hiasan di meja makan....
Penghias meja untuk beberapa waktu.
Cowgrass yang gersang. 
Mudah-mudahan dengan turunnya hujan sejak dua tiga hari ni akan memberi nafas baru pada laman saya. Sedih pulak mengenangkan hubby susah payah cari rumah nak memenuhi impian bini. Nak yang ada tanah untuk hobi berkebun. Tanam pokok-pokok buah lah. Tanam bunga lah. Tanam sayur lah. Tanam herba lah dan segala macam tanaman....hmm.

PS: Aktiviti kebun terpaksa ditangguh ekoran jerebu yang datang semula. Harap-harap lepas jerebu nanti mood berkebun saya ni masih dapat bertahan...

Thursday, 17 September 2015

Mengukis cookies

Hari ni tetiba rasa nak makan cookies. Tadi kat sekolah ada kawan offer cookies. Sedap pulak tapi segan nak minta tambah. So balik sekolah tadi terus masuk dapur cari bahan-bahan apa yang patut. Alhamdulillah masih ada stok lebihan projek kuih raya baru ni.

So seperti biasa saya hanya suka kerja yang simple, nice and easy kata orang putih. Guna je apa bahan yang ada, campak je dalam oven. Setengah jam siap. 
Cookies in the making. 
Sedapnya cookies umi..Sekejap je licin sedulang. 

"Umi buat macamana?" Nina semangat bertanya.
"Guna je apa-apa bahan yang dah ada kat rumah. Guna resepi asas. Lepas tu ubah suai suka hati. Ikut cita rasa sendiri. Sebab sendiri yang nak makan. Sedap tak sedap sendiri tanggung."

Bahan asas:
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan butter
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
Kacau semua bahan diatas kemudian masukkan bahan berikut:
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk koko
Kacau hingga sebati, lepas tu tambahkan bahan di bawah:
1/2 cawan cokolat chip
1/2 cawan badam cincang (atau apa2 kacang yang disukai)
Gaul rata.


Last sekali sudukan dan atur atas kertas dalam loyang pembakar. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


PS: Alhamdulillah. Pertolongan Allah datang dalam pelbagai cara.

Tuesday, 15 September 2015

Kemboja Putih

Setiap kali balik Kelantan kami pasti pergi ziarah kubur.  Kat Kota Bharu ada satu kawasan tanah perkuburan yang sangat luas. Depa panggil kubur Banggol. Famous kot. Di situ lah bersemadi pusara arwah ayah dan mak mertua saya. 

Setiap kali juga saya akan menikmati keindahan suasana kubur. Macam-macam rupa keadaan tanah kubur di situ. Ada yang terjaga rapi tanpa sebarang rumput di sekelilingnya. Ada yang siap berpagar macam tanah lot untuk saudara mara dia sahaja. Ada yang letak batu marmar, marble, granite siap dengan jubin. Ada yang terbiar tanpa batu nisan. Cuma bertandakan batu sungai sahaja. Agaknya semua tu boleh menjadi kayu ukur kasih sayang waris terhadap si mati. Kalau kubur pun tidak terjaga agaknya ada ke tidak amalan soleh daripada anak-anak untuk dialirkan kepada arwah ibu dan ayah. Hmm...:(

Dan setiap kali juga saya akan menikmati keindahan pohon kemboja yang ditanam di sekitar kawasan kubur tu. Semacam ada satu tarikan terhadap pohon ini. Terutama yang berbunga putih. Memang banyak pohon kemboja kat kawasan kubur tu. Macam-macam warna bunganya. Pelik juga kenapa orang selalu kaitkan pokok ni dengan tanah kubur. Dah macam sinonim pulak pokok kemboja ni dengan pusara. Sampai ada yang kata pokok ni tak leh tanam kat kawasan rumah. Layaknya hanya di tanah kubur sahaja. Sebab hantu langsuir suka duduk kat pokok ni. Gamaknya depa percaya semua orang mati tu nanti jadi langsuir kot. Kepercayaan apa tah,
Pohon kemboja di salah satu kubur di situ.

Sebenarnya dah lama saya minat nak tanam pokok kemboja ni kat rumah. Tapi asyik tak ada peluang. Alhamdulillah baru-baru ni ada terjumpa pokok ni dekat nursery berhampiran sekolah saya.  So apa lagi. Semangat berkebun datang semula. Walau dah agak lama terlupakan hobi tu. Asyik alasan tak ada masa nak berhobi. Saya beli sepohon. Murah je. RM8 sepohon. Tinggi tak sampai 2 kaki. Rasanya Pak Cik nursery tu baru je semai pokok tu. Rasanya dia cucuk dari batang je sebab dia tumbuh kurus tinggi  melidi. Katanya berbunga putih. Saya bukannya kenal pun rupa anak pokok ni. Tunggu je lah dia berbunga nanti. Mudah-mudahan betul lah tu.
Anak pokok kemboja. 

Biasa lah kalu pi nursery pokok. Pantang nampak pokok yang berkenan. Laju je nak memborong. Bukan setakat pokok kemboja saya angkut pulak pokok bunga cempaka. Sebab katanya bunga tu berbau harum. Saya suka tanam pokok bunga yang bukan sekadar hiasan tapi yang boleh membangkitkan ketenangan dan aura aroma terapi...(padahal bunga china, kemuning, melur dan melati yang dah ada pun tak sempat nak jaga) Harap-harap betul lah bunga cempaka tu. Susah juga orang buta pokok ni. Tahu nama bunga je. Bunga pulak bunga yang old fashion. Macam nama-nama gadis ayu zaman dulu.
Pokok cempaka, katanya kacukan bunga putih ngan kuning. 

Seronok pergi nursery pokok sebab boleh bersembang pasal pokok. Sungguh, saya ni buta nama pokok. Tengok berkenan tapi nama tak tahu. Pakcik nursery tu dok cerita khasiat daun belalai gajah. Katanya daun pokok belalai gajah ni bagus untuk pesakit darah tinggi. Ambik je daun dia pastu blend buat juice. Blend ngan epal hijau pun boleh. Nak sedap letak gula sikit dan tambah air batu. Amalkan selalu Insya Allah berkesan  mengurangkan darah tinggi. Pak cik nursery tu patahkan batang dan bagi percuma.
Daun belalai gajah. 
Saya cucuk je dalam pasu yang ada. Mudah-mudahan hidup lah ye.....


PS : Dah siap pesan kat Ein tolong pindahkan pohon kemboja tu tanam kat pusara umi nanti. Jangan lupa alirkan juga amalan soleh untuk umi dalam kubur nanti.....




Jerebu tiba lagi...

Sejak semalam perbincangan tentang sekolah perlu tutup ke tidak. Pelajar dah semangat tak nak datang sekolah. Guru-guru masih berkira-kira sebab ada yang belum buat ujian pertengahan Semester 2. Mengikut pekeliling Kementerian Pengetua boleh decide untuk tutup sekolah jika bacaan IPU mencecah 200. Hanya buat pemakluman kepada PPD.

Melihat keadaan alam sejak pagi macam semua orang tak nak keluar rumah. Tekak mula perit. Mata mula pedih-pedih. Tapi tengok budak-budak selamba je sepak bola kat padang futsal. Lepas kelas pun ramai je dok main bola keranjang tak ingat dunia. Sampai kena buat announcement suruh depa berenti buat aktiviti luar. Tapi mereka jugak la yang beriya-iya mohon supaya sekolah cuti. Alasan jerebu. 
Dari balkoni rumah saya.

Petang tu selepas apabila bacaan IPU meningkat ke 170 ramai yang macam berharap supaya bacaan meningkat lagi. By malam bacaan IPU meningkat 183 orang dah mula buat countdown. Masing-masing tertunggu-tunggu dan berharap supaya ianya mencapai tahap 200. 

So terjaga pagi tadi tengok hp berjela-jela messege. Hanya satu yang saya cari...Alhamdulillah sekolah cuti. Ramai yang gembira sebab dapat cuti hari ni. Kebetulan pulak esok Hari Malaysia. So dapat cuti berganda.


PS: Tapi..bagaimana pula kalau esok dah hari-hari seterusnya bacaan IPU meningkat lagi. Jerebu makin menebal dan cahaya nentari tidak lagi kelihatan. Tiada lagi udara segar.....Allahualam. Allah sebaik-sebaik-baik perancang.

Sunday, 13 September 2015

Abu Abuni

Dah lama saya tak bercerita tentang kucing. Take for granted depa sentiasa ada dok teman saya bila kesunyian. Daripada arwah Minah dan Lili kemudian Abu dan Ali, kini berteman baru bernama Abuni setelah Abu tak balik-balik hingga kini. Saya pun dah tak ingat bilamasa exactly si Abu tu hilang atau menghilangkan diri. Dah puas dah kami pusing satu taman Ukay Perdana ni. Merata ceruk longkang kami jengok kot-kot dia terjatuh dalam longkang. Hingga ke Bukit Mulia dan Bukit Antarabangsa. Kot-kot la dia sesat tak reti nak balik. Akhirnya kami pasrah je lah. Abu sudah tidak bersama kami lagi. Sama je macam kisah Lili. Terkubur tanpa pusara...:(
Pelayan setia Abuni. 
Sebenarnya Abuni ni datang tak diundang. Lepas Abu hilang saya dah agak serik nak bela kucing. Dah penat rasa kehilangan. Tapi fikirkan si Ali tinggal sendirian bagus juga Abuni jadi teman. Ein la yang jadi mangsa tukang buang najis dan temankan Abuni bila kami semua pegi sekolah. Nasib baik juga masa tu dia baru habis matrik. So berbaloi lah juga cuti 5 bulan tu. Tapi sejak Ein masuk masuk UM, Abuni seperti kehilangan. Macam murung je. Dah tak aktif lagi. Termenung sana termenung sini. Sian Abuni. 
Nampak sangat tak ceria..
Masa kecik dulu Abuni memang sebijik replika Abu versi betina. 
Teman setia saya sepanjang masa. Terutama waktu menanda kertas peperiksaan semester 1 baru ni.
Masa awal-awal dulu macam bapak ngan anak. Ali pun macam malas nak layan budak kecik. 
Setelah 6 bulan badan Abuni dah semakin bulat.
Macam kucing bunting pun iya juga.

Silap pulak si Abuni ni betina. Memang cari pasal lah duduk dengan Ali. Risau pulak takut rumah saya nanti jadi pusat ternak kucing.  Sabo je lah.

PS : abu dalam kenangan

Pulut Ikan Kering

Pagi tadi tetiba teringin nak makan pulut ngan ikan kering. Padahal dah siap buat nasi lemak untuk breakfast. Siap bersambal sotong lagi. Tu la padahnya buat kerja depan TV. Rancangan apa tah tunjuk makanan pulut ikan kering tu.
"Jom ayah pi R n R Nilai...." Tetiba pulak nak menyusahkan hubby. Kami pernah singgah breakfast kat situ masa on the way gi USIM. Boleh tahan juga rasanya. Sebenarnya pulut tu makanan pagi orang-orang Utara. Dah lama tak pekena makanan warisan ni.
"Ala..buat lah sendiri. Nasi lemak boleh buat, tak kan kukus pulut tak boleh."
Hmmm..

Kebetulan petang tadi hubby teringin nak makan dim sum so dapatlah saya penuhi hajat sendiri. 
Dim sum beli ready made kat Az Zain. Frozen. Balik rumah kukus je. 

Sementara kukus dim sum tu saya sukat beras pulut dalam 2 cawan. Mujur ada pulut lebihan buat nasi dagang raya puasa hari tu. Basuh dan rendam pulut tu lebih kurang setengah jam. Lepas tu sejat dan kukus hingga masak.
Alas lubang periuk ngan daun pandan supaya kurang tiris. Pulut pun akan berbau harum nanti
Guna kukus tradisional aje walaupun hari tu ada kawan offer beli periuk Noxxa..:) 
Saya guna ikan gelama. Rendam dahulu untuk mengurangkan masinnya. Lepas tu digoreng garing. Sebenarnya nak guna ikan apa pun boleh asalkan ikan kering. 
Pulut +kelapa parut+ikan kering (+sambal sotong+sambal ikan bilis+ bilis goreng leftover nasi lemak pagi tadi)

Alhamdulillah. Tercapai juga hajat nak makan pulut ikan kering. Biasanya orang makan pulut ni waktu pagi. Saya buat minum petang. Lajak sekali untuk dinner. 

Masa saya kecik-kecik dulu makan pulut ni time menuai. Kadang-kadang depa masak untuk bagi makan orang baca tahlil kenduri arwah. Pulut tu letak dalam piring kaca warna putih lapik daun pisang. Letak sejemput kelapa parut dan sehiris ikan kering goreng. Pastu bungkus piring tu dengan sapu tangan. Lepas tu agih-agihkan kepada jemaah yang baca tahlil tu untuk dibawa pulang. Sapa yang nak makan terus pun boleh. Tuan rumah akan jamu kopi 0 buatan sendiri bersama biskut empat segi yang orang sekarang panggil cream crackers

PS: Mungkin banyak lagi makanan tradisi yang semakin dilupakan...

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...