Friday, 20 January 2023

Seharian mengisi masa hujung minggu, IOI City Mall, makan dan makan lagi.

Sabtu 14hb Januari 2023

Awal-awal lagi hubby dah buat planning untuk sarapan di Stabak sebelah rumah. Walau menu Stabak tak pernah masuk dalam senarai sarapan saya, kita turutkan sahaja sebagai peneman setia.

Sebelum ni saya selalu ambik pastri atau sandwic tapi sebab depa reheat guna microwave, tak berapa kena dengan tekak saya. Kali ini saya minta depa reheat dalam oven. Alhamdulillah, baik budak barister tu... layan je makcik yang banyak songel ini.

Ciabatta rangup lepas keluar oven.👍

Hazelnut Dolche Latte... terlebih pahit pulak.

Kita berdating dulu.😁

By pukul 11:00 pagi kami tiba di IOI City Mall, Putrajaya. Oleh kerana kami baru sudah maka tadi, kita duduk-duduk sahaja sambil melihat keindahan alam di luar jendela. Tapi selepas beberapa ketika, kami order semangkuk yong tau foo share tiga orang. Mana boleh duduk sahaja tanpa makan-makan.😁

Yong tau foo... sedap.

Peneman setia ummi dan ayah.

IOI Mall, new wing.

Dah penat duduk-duduk melepak, kita sambung cuci mata dalam kedai Objet yang penuh dengan barang-barang hiasan dalam rumah lebih kurang macam Kaison minus bunga-bunga. Macam small version of IKEA pun iya jugak. Terpesona dengan barang-barang hiasan rumah yang depa display, kita belilah sebiji dua.😁

Hiasan kek tiruan.

Hubby pulak yang shopping sakan.

Usai shopping kita pi sambung makan pulak. Kali ini kami singgah di Restoran Sepiring. Kebetulan anakanda putri pun nak join sekali maka kita sambung acara melepak sambil makan-makan seterusnya.

Rojak buah.

Kemain penuh meja: Cendol, pasembur, bubur pulut hitam, tea dan rojak buah.

Cheat day katanya.🤣

Behind the scene.

Tambah nasi ulam.

Nasi ulam untuk anakanda sebenarnya sebab dia belum lunch lagi. Datang memeriahkan suasana dating ummi ayah.🤣

Sedar tak sedar dah lebih 4 jam kami dok melepak dalam IOI Mall ni. 4 jam 29 minit to be exact. Saya baca kat board masa nak keluar parking. Sekarang ni senang je nak masuk parking. Mesin parking akan imbas nombor kereta masa masuk dan imbas sekali lagi masa keluar. Bayaran parking boleh bayar secara online sebelum keluar. Boleh juga guna TnG atau bank debit card kat mesin tepi palang keluar tu. Jenuh jugak makcik nak keep up dengan teknologi yang semakin canggih ni. Semua benda nak cashless.

Sebelum balik kami  singgah ke rumah anakanda di Conezion, lepak- lepak lagi. Masa untuk bersama cucu-cucu pulak.

Tok ayah dan cucunya.❤

By pukul 7 malam kami gerak balik Ampang. Singgah solat Maghrib di stesen minyak sebelum singgah dinner dengan anak menantu di Sukhumvit, Keramat AU pulak.

"Hari ni hari perjumpaan ngan anak cucu ke Ummi?" Hmm... entahlah. Yang pasti saya cuma follow perancangan hubby menghabiskan masa hujung minggunya. Oleh kerana saya tidak punya apa-apa kerja secara spesifik, kita follow sahaja aktiviti hujung minggu secara santai. Gitu.😁

Tomyam seafood.

Sotong celup tepung.

Shellout.

Dengan anak menantu di area Ulu Kelang pulak...😊

Bila balik rumah baru rasa lenguhnya kaki dan penatnya badan asbab banyak sangat menapak lengkap dengan pakej makan-makan dari pagi hingga ke malam.

Sekian cerita hujung minggu kali ini.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...