"Kita nak gi raya kat mana eh?" Soalan biasa setiap kali hari raya tiba.
"Umi rasa nak gi swimming la...." Dah kenapa orang sibuk beraya Umi pulak sibuk nak berswimming.
"Kita gi holiday lah. Kat tempat yang ada private pool." So hubby cadangkan kami ke Lexus Hibiscus, Port Dickson. Redah je. Takde prebook apa-apa.
"Mak aih... " Komen saya dalam hati. Setakat yang saya tahu harga biliknya sangat mahal. Tapi dah kata hubby nak belanja, apa salahnya.
So, lepas solat Aidil Adha kami siap-siap packing barang apa yang perlu. Gerak usai solat zohor. Alhamdulillah jalan lengang so kami selamat tiba ke destinasi dalam masa 2 jam sahaja. Manusia agak ramai. Parkir pun agak sesak dengan bas pelancong. Sementara hubby pi check any kekosongan kami gedik-gedik dulu. At least kalau tak de bilik pun dah selamat berposing kat situ...
"Ada kosong. Jom gi pilih bilik. Tapi jangan tanya harga dia ye..." Tetiba je hubby muncul. Tak sempat nak peghabih sesi fotografi..
Depa ada 3 jenis bilik. Bilik premium kat bahagian kelopak bunga dan bilik executive kat bahagian daun. Dua-dua jenis bilik tu kat tengah laut. Memang sah-sah la saya tak akan pilih bilik atas air macam tu. Serik weh memalam tidur dihantui deruan ombak laut. Cukup lah pengalaman bercuti kat Hotel Avillion dulu. Sepanjang malam saya takleh tido memikirkan tsunami. Lagipun swimming pool dia open air. Semua orang boleh nampak. So saya pilih Sky Pool Villa kat tower building tu. Konsep bilik semua sama je. Semua ada private pool kat bilik. Cuma kat bangunan tower tu pool dia agak tertutup sikit. Kami dapat bilik kat tingkat 6. So memang terlindung dan selamat dari pandangan yang tidak wajar.
Dua katil king size, cukup untuk kami 5 orang.
Teruja tengok toiletries yang tersusun rapi....:)
Santai-santai kat balkoni sambil minum teh.
Yang penting..... swimming pool dia tertutup.
Boleh berenang bila-bila sahaja, suka hati tanpa bertudung litup.
Pandangan dari balkoni bilik kami. Nampak bilik premium dan bilik executive kat atas air tu dengan private pool yang tak private pun...
Seperti biasa kalau gi pantai mesti nak tengok sunset. Malangnya kat Lexis ni sunset terlindung ngan bukit pulak. Depa ada sediakan kawasan untuk tengok sunset tu kat tingkat berapa tah. Tapi rasa tak menarik pulak. Bak kata orang tak ada feel. So lepas bagi peluang anak-anak berendam di kolam seketika, kami keluar pi jalan-jalan sambil cari dinner kat Pantai Teluk Kemang.
Pengunjung juga ramai. Parkir pun penuh. Pantainya agak bersih. Kami bersantai di pasiran pantai sahaja sementara tunggu sunset sambil gedik-gedik.
Sabar je dok tunggu sunset.....
Feeling-feeling romantik gitu.....:)
Tenggelam akhirnya.....
Gigih Nina snap gambar Amin memalam buta...
(Nampak kepala je kat kelopak bunga tu)
Suasana malam depan hotel. Lampu-lampu yang bertukar warna.
Berkenan pulak tengok ceiling hotel ni, ngan lampu berjurai-jurai.
"Nina tunggu fountain tu tukar warna hijau dulu tau baru snap....." Taat je baby tu melayan kerenah umi. Ambik gambar air pancut tu dari tingkat 6. Gayat pulak takut terlepas handfone tu ke tanah.
Fountain tu pun bertukar-tukar warna. Saya minat hijau je..
Malam tu giliran hubby dan saya pulak terjun kolam. Walaupun terlindung, cuak juga nak berendam beriya-iya dalam kolam tu. So kami feeling-feeling romantik mandi kolam berdua-duaan. Dah rasa macam buang tebiat pulak. Maklum la dah nak mencecah usia emas ni. Hmmm......yang penting sakinah, mawaddah wa rahmah.
Esoknya pepagi lagi dah turun tengok sunrise pulak sambil berjalan menelusuri pantai.
Sunrise, nampak serupa macam sunset juga.
Depa dah sediakan laluan khas. So kami ikut je Hibiscus walk yang dah ada tu. Sambil-sambil sedut udara pagi yang nyaman.
Hai makcik... soon to be nenda.
Sebenarnya pagi tu kami nak gi cari breakfast. Sebabnya harga bilik tu tidak termasuk breakfast. Rasa kelakar jugak la..... pasai apa tah depa caj mahal-mahal tapi tak termasuk breakfast. Walaubagaimanapun depa ada sediakan buffet breakfast RM45 satu kepala. Rasa tak berbaloi pulak sebab kami semua ni ayu-ayu belaka. Kalau makan pun seciput je tak padan nak bayar memahal camtu. So dah alang-alang tu kami pi ronda-ronda cari sarapan kat bandar PD. Malangnya kebanyakan kedai makan masih belum buka sepenuhnya. Kami singgah di Khadijah Kitchen tapi menunya juga terhad sebab masih dalam suasana raya. Nak order roti canai, tukang canai pulak takde sebab katanya gi klinik. Sakit apa tah. Tepung dohnya sahaja yang ada.
Pekena nasi lemak ngan teh tarik je lah...
Lepas sarapan kami singgah jalan-jalan kat Pantai Cahaya Negeri sambil beromantika kat atas jambatan yang menyambungkan ke Pulau Burung. Kat situ kawasan paya bakau. Konon nak dapatkan udara pantai yang segar tapi aromanya kurang menyelerakan. Bau semacam je. So tidak lah kami dapat berlama-lama kat atas jambatan tu.
Konon berangan ambik angin pantai sambil cari idea untuk menulis.
"Biasa pun kita sewa 2 bilik. Takpe la bayar lebih sikit. For convenience. Facilities dia pun macam untuk 2 bilik juga. Cukup untuk 5 orang. Kita cuma bayar extra untuk swimming pool private tu je....." Beriya-iya pulak hubby rasionalise ngan saya. Padahal bukan saya bayar apa-apa pun.
So kira berbaloi la walaupun bayar RM980 untuk satu malam, walaupun tak termasuk sarapan..... Terimakasih hubby for the wonderful breakaway..
PS: Sakinah, mawaddah wa rahmah are priceless...