Sunday, 25 January 2026

Family Lunch Date @Rembayung

Rabu 21hb Januari 2026

Sejak dibuka awal bulan ini bukan main lagi anak-anak dok battle untuk dapatkan slot untuk makan di Restoran Rembayung, Kg Baru, KL. Restoran ini milik KA, seorang anak muda yang aktif berniaga secara online. Kali ini dia buka restoran, so haruslah kita pakat-pakat support. Kalau nak masuk/makan kena buat booking secara online. Katanya dah fully booked hingga entah bila.

Saya pun tak pasti bagaimana booking systemnya beroperasi. Kita turuti sahaja apa kesudahan cerita. Selepas semua anak-anak lain asyik gagal battle, akhirnya anak no-4 berjaya buat booking untuk 8 orang. Kami dapat slot kedua, pukul 11:45am-1:30pm. 

Seawal 11:15am saya dan hubby dah keluar dari rumah. Kami tiba di parking lot sebelah Rembayung pada pukul 11:30 pagi. Alhamdulillah, rezeki betul-betul menyebelahi kami. Tinggal satu parking lot sahaja seakan menunggu kami tiba.

Parking rate. RM10 untuk 2 jam pertama. Tambah RM4 untuk setiap jam seterusnya. 

Oleh kerana masih terlalu awal untuk masuk ke dalam restoran, kami duduk di luar dahulu sambil menunggu anak-anak tiba dari rumah masing-masing. Depa sediakan kerusi yang cukup serta kipas angin yang besar untuk keselesaan pengunjung yang tiba awal.

Kami dapat slot pukul 11:45am-1:30pm, meja no-48 di tingkat atas.

Senarai menu yang ada.

Duduk menunggu di luar dahulu.

Teh O ais.

Ayam masak kicap dan sambal udang petai.

Masak lemak sayur campur.


Kami duduk berborak hampir dua jam. Slot kami berakhir pada pukul 1:30 petang. Lepas makan kita posing dulu di tingkat atas sebelum sambung di bawah pulak.


Tak cukup dalam restoran kita posing depan pintu masuk utama pulak. Ramai jugak yang beratur menunggu giliran untuk berposing depan pintu masuk utama.




Missing anak no-2 dan anak bongsu.

“Nak datang lagi ke.?” Boleh saja kalau ada orang nak belanja dan battle booking slot. Banyak lagi menu yang boleh dicuba. Semoga ada rezeki yang boleh dikongsi bersama. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Sogo & KL by Night

 Jumaat, 9hb Januari 2026

"Jom cari kebab kat Sogo lepas Maghrib.."  Bila tetiba hubby ajak keluar, ayuhlah kita turuti. Mula-mula cuak jugak sebab macam buang tebiat ajak keluar memalam. Sesuatu yang jarang berlaku. Apa-apa pun kita terus bersiap usai solat Maghrib. 

Kami terus ke Sogo, KL. Ramai orang keluar shopping atau sebenarnya singgah shopping lepas balik kerja, mungkin buat last minute shopping barang-barang sekolah sebab hari Isnin nanti dah nak bukak sekolah tahun baru. 

Kami dapat partking di Basement 2. Kemudian naik eskalator ke Ground Floor ke kedai Kyros Kebab. Kami order dua set kebab dan air, dine in.

While waiting. (Makcik letak hp front camera atas meja). 😁

One for the memory. Hubby je yang pandai selpi/wefi.

Usai makan kami naik lif ke bahagian lelaki di tingkat dua. Hubby nak cari baju batik namun tiada yang berkenan di hati. Akhirnya kami beli selipar sahaja. By the time kami habis membayar, Sogo pun dah nak tutup. Sempat kita posing depan pintu utama Sogo, kemudian singgah beli apple strudel di kiosk level GF sebelum keluar ke parkir di Basement 2. 

Selpi satu depan Sogo.

On the way balik tiba-tiba rasa macam belum cukup kenyang. Sebagai penutup malam kami singgah Restoran Mamak berdekatan dengan rumah dan sambung makan roti canai dan teh tarik. Rupa-rupanya ramai je orang lain masih duduk melepak kedai mamak malam-malam. Tapi tidaklah saya ingin memulakan habit menjadi salah seorang dari mereka.

Kami tiba di rumah semula hampir pukul 11:00 malam. Tiba-tiba mata terasa mengantuk almaklumlah makcik ni biasa tidur dan bangun awal. Kitakan morning person. Kalau takde pasal pukul 10:30 malam makcik dah selamat belayar. Semoga terus sihat untuk hari-hari seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Thursday, 22 January 2026

Lunch @Restoran Mohd Chan

"Jom gi Mohd Chan... cari dumpling..." Wow! Tetiba terasa hendak melompat hingga ke bintang.

Dah lama juga saya dok sebut nak cari dumpling (gyoza) halal. Haritu pernah try buat sendiri tapi tak menjadi. Pernah juga order via Shopee tapi hampeh tak sedap. So bila hubby ajak keluar ayuhlah kita bersegera.

Kita browse through buku menu dahulu.

Kami order dumplings, mee tarik dan sup abalone dengan isi ketam. Portion dia agak besar lebih-lebih lagi sup abalone. Sebesen dia bagi, memang tak boleh nak habiskan. So kita tapau bawak balik.

Kemain penuh meja... padahal berdua sahaja.

Kemain banyak sup depa hidang.


Dumpling yang yummy for makcik. 😘


Done.

Alhamdulillah, craving fulfilled. Thank you hubby, memenuhi selera isteri terchenta. Semoga bertambah rezeki untuk belanja yang lain pulak. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Repair Lampu & Ganti Mentol

Selepas beberapa kali tertunda akhirnya semua lampu di rumahku syurgaku mula bercahaya semula.

Biasanya kerja mengganti mentol-mentol lampu yang dah arwah ini dilakukan oleh dua orang hero terchenta saya. Tapi sejak mereka tidak bujang lagi dan dah ada rumah sendiri susah pulak nak set masa yang sesuai untuk berbakti di rumah bonda.

Akhirnya saya buat temujanji dengan adik kedai elektrik berdekatan kawasan perumahan ini. Saya dah biasa berurusan dengan mereka dan pernah beberapa kali depa datang buat wiring di rumah saya.

Semua padam.

Saya ganti dengan lampu berdiri untuk sementara waktu.

Done.

Lampu tangga pun padam.

Done.

Lampu belakang dapur pun padam. Tapi disebabkan ianya within ketinggian saya, kita cuba ganti mentol sendiri. Namun lepas beberapa kali cubaan memulas kepala mentol tiba-tiba dengan bekas mentol itu pun tercabut sekali. Rupa-rupa kepala mentol tu dah stuck dalam socket lampu... maka tertanggallah semuanya. Saya guna mentol long life. Rasanya dah lebih 5 tahun mentol tu bertahan menerangi ruang belakang dapur rumah ini.

Tinggal kepala lampu sahaja.

Barang-barang yang tertanggal.

Work in progress.

Done.

Depa caj RM170 untuk 7 biji mentol dan servis pemasangan. Semoga semuanya baik-baik sahaja selepas ini. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Tampal Tayar BRV

15hb Januari 2026

Selepas dua hari tersadai hari ini kita bawak kereta BRV kesayangan masuk bengkel untuk repair tayar belakang yang pancit. Saya suspect ada kebocoran sebab macam ada paku/skrew melekat di tayar. 

Asalnya saya nak panggil adik mekanik tu datang tengok kat rumah. Tapi bila call direct line asyik tak angkat je maka kita tawakal drive kereta slow-slow bawak kereta pergi bengkel. Lagipun tayar masih belum flat sepenuhnya. Dengan angin tayar yang masih berbaki kita tawakal pegang stering kereta kuat-kuat. Saya drive di hadapan sementara hubby bawak kereta lain mengawal dari belakang. Kot-kot jadi apa-apa pada isteri terchentanya ini mudahlah nak ambik tindakan.

Kami ke bengkel berdekatan dengan rumah. Saya memang dah biasa berurusan dengan adik-adik mekanik tu. Baik budi bahasa semua. Semua urusan pun sangat mudah.


Sementara depa buat kerja, kita mengopi di kedai (mamak) sebelah. Seperti biasa saya akan order tosei garing dengan teh-O ais. Hubby order capati dan teh-O limau panas.

Tosei garing sementara menunggu.

Saya minta adik mekanik tu check semua tayar takut-takut ada masalah yang terlepas pandang. Alhamdulillah cuma satu tayar sahaja yang bocor disebabkan paku. Depa buat tampalan dalam agar tahan lebih lama dan isi angin untuk tiga tayar yang lain. Kos semua RM45. Sedikit mahal sebab buat tampalan dalam. Kalau letak tube dari luar mungkin lebih murah.

Lepas dah setel tampal tayar saya sambung dengan membasuh kereta pulak alang-alang tempat basuh kereta pun hanya sebelah menyebelah. Biasanya saya basuh kereta sendiri di rumah, tapi kali ini kita jimatkan tenaga. Saya minta depa basuh dengan wax sekali agar kereta nampak lebih berseri. Semoga baik-baik sahaja selepas ini. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Family Lunch Date @Rembayung

Rabu 21hb Januari 2026 Sejak dibuka awal bulan ini bukan main lagi anak-anak dok battle untuk dapatkan slot untuk makan di Restoran Rembayun...