Tuesday, 8 April 2025

Survey Wedding Hall, Food Testing & Decoration Meeting

Usai majlis bertunang puteri bongsu pada 16hb September 2024, maka sibuklah Ummi & Ayah mencari dewan untuk majlis kenduri pulak. Seperti majlis bertunang, saya tidak banyak campur tangan memandangkan bakal pengantin dah ada wedding dream siap dengan segala perancangan nikah kawen. Selagi tidak melanggar batasan Ummi dan ayah menurut sahaja dan menyokong dari belakang. Kali ini kami decide untuk buat intimate wedding dengan para jemputan/tetamu hanya dari keluarga terdekat dan sahabat yang rapat sahaja.

"Nina nak garden wedding...." Begitulah hajat dan niat anakanda sejak dari mula. Maka berbincanglah anakanda dan ayahnya dua beranak. Kata sepakat dicapai... segala persiapan dulang girls, barang hantaran, busana pengantin, make up dan lain-lain adalah tanggungan sendiri. Hubby akan cover kos majlis akad nikah, kos majlis resepsi, sewa dewan, katering, extra makanan, doorgifts dan penginapan (homestay) untuk saudara mara yang datang dari jauh. 

Oleh kerana konsepnya garden wedding haruslah nak kena cari garden. Awal-awal lagi saya dah cuak... mana la nak cari garden yang tak panas dalam iklim Khatulistiwa ini. So kita survey indoor garden yang dalam bajet. Kami decide untuk cari Glasshall. Pilihan pertama adalah Forest Valley, Cheras. Dewannya luas dan kita boleh custom nak bentuk garden macamana. Dan haruslah banyak props yang perlu ditambah. Malangnya ia cuma ada beberapa kekosongan untuk slot malam sahaja. Awalnya kami setuju untuk ambik satu slot malam sebab hubby memang teringin nak buat kenduri waktu malam, all seated. So kami bayar deposit RM5000 untuk secure booking.

Dewannya besar, boleh muat 500 tetamu sekali seating, tapi kosong tanpa hiasan.

Ruang pelamin, kosong tanpa hiasan.

Holding room.

Kawasan outdoor pun luas.

Depa ada lagi satu dewan besar tapi yang ini fully booked. Semasa kami datang, mereka sedang menyediakan dewan untuk kenduri pada hari itu. Jadi sempatlah kami melihat contoh hiasan yang ada.

Ummi & Ayah ambik mood di pelamin yang siap dihias.

Kita ambik mood dulu.

Malangnya kami terpaksa tukar tarikh wedding atas sebab yang tertentu dan terpaksa mencari tempat baru kerana semua dewan di Forest Valley fully booked. Akhirnya anakanda terjumpa tempat wedding yang lebih sesuai di Berernhill Event Space, Hulu Langat. Alhamdulillah tempatnya lebih cantik dan menepati konsep garden wedding idaman anakanda. Kami booking untuk slot siang hari memandangkan tempatnya agak terpencil dan mungkin agak susah untuk tetamu mencari kalau dimalam hari. Kami bayar RM2000 untuk secure booking.

Pintu utama.

Konsep dalam taman.

Holding room.
 
Ummi & Ayah ambik mood pengantin baru pulak.

Bila dah betul-betul komfem dengan booking dewan, kami buat lagi bayaran sebanyak 50% daripada jumlah kos dan depa jemput untuk food testing. Depa sediakan beberapa pilihan untuk menu utama, dan kami tambah kuzi kambing, kambing bakar, ais krim, apam balik dan kuih-muih.

Kemain menjamu selera.

Tiga pilihan nasi, kami pilih nasi Arab.

Dua pilihan ayam, kami pilih ayam masak merah.

Dua pilihan menu daging, kami pilih daging masak hitam.

Dua pilihan acar, kami pilih acar buah.

Kenyang…

Budak-budak lepak kat holding room sementara nenek meeting.

Sebulan sebelum majlis pihak dewan mengadakan meeting decoration dewan bersama coordinator majlis. Kami sekalikan majlis nikah dan sanding dalam hari yang sama. Koordinator akan susun perjalanan majlis dari awal hingga akhir majlis dengan bayaran tambahan sebanyak RM2500.

Merancang dekorasi majlis.

Bakal pengantin yang makin berseri-seri.

Ambik mood lagi sekali.

Satu perkara yang mengganggu fikiran saya adalah dewan ni terbuka, tiada air-cond dan parking space agak bermasalah. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga segala perancangan berjalan lancar sehingga tarikh yang ditentukan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 7 April 2025

Jalan-jalan Jepun 02: Haneda-Hachioji

Isnin, 17hb Mac 2025

Kami bangun sahur pukul 3:30 pagi dan tunggu hingga waktu subuh pada pukul 4:20 pagi. Kemudian sambung tidur hingga pukul 9:00 pagi dan bersiap untuk check-out pada pukul 10:00 pagi.

Sahur hari pertama.

Done check-out. 

Posing dulu sementara menunggu train. 

Dalam train pun jadi.😁

Tunggu another train.

Depan stesen Hachioji.

Di Hachioji, hubby booking Apa Hotel untuk 3 malam. Malangnya bilik hotelnya sangatlah comel, muat satu katil kelamin dan ada sedikit ruang untuk solat sahaja. Memang betul-betul bilik untuk tidur sahaja. Kami cuba cancel booking tapi tiada hotel alternatif yang available untuk malam tu. Semuanya fully booked. So kami stay je untuk satu malam. Depa bagi refund untuk dua malam. Alhamdulillah ada hotel lain yang available untuk dua malam seterusnya.

Perbincangan untuk cancel booking dan dapatkan refund oleh anak menantu yang pandai cakap Jepun. Pihak hotel sangat memberi kerjasama.

Ruang bilik yang haluih… kita duduk atas katil sahaja.

Lupa nak bawa kepala charger hp yang compatible dengan socket di Jepun.

Usai urusan masuk hotel, anakanda balik ke rumah sewa sendiri. Tinggallah Ummi ayah berehat di hotel. By malam kami keluar cari makanan. Tekak Melayu haruslah nak cari nasi. Berbekalkan pengalaman semasa datang je Hachioji sebelum ini kami ke Restoran Kuta Bali. Kami berjalan kaki sahaja berpandukan Google Map. On the way balik kami singgah beli charger USB di Seven Eleven dan makanan untuk sahur keesokannya.

Nasi goreng for hubby.

Nasi Padang for makcik.

Alhamdulillah, done hari pertama di Hachioji, Tokyo. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Jalan-jalan Jepun 02: KLIA2 - Haneda Airport

Ahad, 16hb Mac 2025

Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Seawal 3.30 pagi saya dah bangun untuk bersahur dan mengemas rumah sebelum keluar bermusafir. Kami menunggu anak no-3 untuk menjemput ke KLIA2. Kali ini kami akan berkampung di Tokyo selama seminggu sambil menghadiri majlis konvo puteri bongsu di Tokyo University of Technology. Semoga Allah berkahi permusafiran ini.

Cucu bersiap sedia nak hantar nenek ke airport.

Siap beli data untuk roaming selama seminggu di Jepun.

Kami tiba di KLIA2 dalam pukul 12 tengahari. Anak menantu (pengantin baru) sudah sedia  menunggu. Depa tiba awal dari Shah Alam. Usai drop luggage di kaunter kami lepak-lepak sembang dan bergambar. Oleh kerana semua orang berpuasa, kita hanya berlegar-legar di hadapan pintu pelepasan antarabangsa sahaja. Kali ini saya tidak masuk campur apa-apa urusan. Kita jadi mem besar. Semuanya hubby dan anak menantu yang uruskan.

Girls...

Ummi's girls.

Us all… dengan family besan.

By pukul 1:00 tengahari kami dah masuk untuk solat jamak Zohor & Asar dan bersedia untuk boarding. Flight pukul 2:50 petang dan berlepas on schedule. Oleh kerana kami ambik penerbangan Air Asia maka kita berpada sahaja dengan servis mereka. Saya hanya duduk rileks menunggu waktu berbuka pada pukul 6:25pm, local time. Lepas berbuka saya sambung duduk dan berangan sahaja. Nak tidur pun tak selesa dek keadaan/suasana yang kurang enak. Nak gerak ke toilet pun malas. 

Kami berempat. Saya dan hubby duduk row depan, anak menantu duduk row belakang.

Order nasi untuk berbuka atas flight. 

Kami tiba di Haneda Airport, Tokyo pada pukul 10:30 malam waktu tempatan (Malaysia pukul 9:30 malam) awal dari schedule. Saya terus ke toilet kerana dah lama 'menahan' sepanjang perjalanan. Dan bermulalah episod penggunaan bidet untuk kesekian kalinya. Jenuh jugak la nak ingat balik pengalaman semasa datang ke Jepun pertama kali dahulu.

Kita gagau je baca arahan.

Done.

Alhamdulillah urusan imigresen sangat mudah kerana kami dah register online. Depa bagi QR code so kita scan sahaja di mana perlu. Sedar-sedar dah keluar ambik bag dan kami terus gerak untuk check-in di hotel Villa Fontaine Grand yang terletak di sebelah airport sahaja. Hubby booking dua bilik, satu untuk kami dan satu lagi untuk anakanda pengantin baru. Bilik hotel sederhana luas dan selesa.

One for the memory.

Proses daftar masuk hotel agak mudah.

Siap ada pijama, tapi saya tak pakai pun.

Shower.

Toilet dan sinki.

Jadual waktu solat di Haneda, Tokyo pada 17hb Mac 2025.

Alhamdulillah selesai hari pertama. Sempat tidur selama 3 jam sebelum bangun untuk bersahur ala kadar. Lepas subuh kita sambung tidur sebelum menyambung perjalanan ke Hachioji pula. Semoga Allah mudahkan. 🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian. 😊

Sunday, 6 April 2025

Syawal Day 7

Hari ini dah masuk hari ke-7 Syawal. Sebulan berpuasa kita tumpukan pada ibadat khusus dengan mengharap pahala berganda dari Allah. Dan pagi tadi saya meneruskan kerja-kerja yang dah lama tergendala dek kekangan masa dan kudrat sambil meneruskan kerja-kerja harian seorang makcik pencen.  Pepagi lagi saya dah turun ke laman menyapu sampah. Sebelum itu saya siapkan house chores membasuh dan menyidai kain. Kemudian saya goreng mee buat sarapan. Usai sarapan saya basuh bilik air dan sental mana yang patut.

By tengahari hubby ajak keluar jenjalan. Kita mengikut sahaja bila semua kerja rumah dah selesai buat sementara waktu. Yang pasti kerja rumah takkan pernah habis....

Kami ke Wangsa Walk dan singgah makan di A&W bagi menghilangkan rasa muak makanan raya nasi dagang semalam.

Usai makan kita jalan-jalan cuci mata sambil singgah beli buah di MGB sebelum duduk lepak mengopi di Roti Boy Cafe.

"Ada lagi satu port buat kerja ni..." Sejak dah berhenti kerja, memana sahaja tempat yang kami singgah, hubby akan scan dan masukkan kedalam senarai tempat lepak sambil buat kerja.

Lama tak pekena roti boy.

Cantik cuaca hari ini.


Kacang rebus RM7.90 sebekas.

Dapat lah semangkuk.

Alhamdulillah, done another day of Syawal. Walau kata orang raya sebulan tapi tetaplah kita berpada-pada sahaja. Begitulah... semoga kita sentiasa berada dibawah perliharaan Allah hendaknya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Survey Wedding Hall, Food Testing & Decoration Meeting

Usai majlis bertunang puteri bongsu pada 16hb September 2024, maka sibuklah Ummi & Ayah mencari dewan untuk majlis kenduri pulak. Sepert...