Sejak beberapa minggu lepas koloni anai-anai semakin membiak di halaman rindu rumah ni. Asalnya saya tambah beberapa keping rumput karpet pada kawasan yang dah mula gersang. Tak sangka pulak orang nursery tu jual rumput karpet yang ada anai-anai. Dah susun-susun kat laman baru nampak anai-anainya. Dan tak sangka pulak anai-anai tu cepat benor membiaknya. Awalnya saya biarkan aje depa nak menumpang cari makan asalkan tidak mengganggu gugat keharmonian hidup saya. Rupa-rupanya spesis makhluk perosak ni tak boleh diberi muka. Suka hati pulak depa buat terowong kat pangkal pokok-pokok tanaman saya. Mula-mula depa bina terowong kat pokok mangga epal, lepas tu pokok delima seterusnya pokok rambutan. Apa lagi, saya kikis semua terowong kat pangkal pokok-pokok tu dan korek sampai ke dalam tanah. Alhamdulillah depa dah tak kacau dah pokok-pokok tu.
Tapi sejak hujan asyik mencurah-curah sejak akhir-akhir ni kelihatan terowong anai-anai semakin banyak kat bawah rumput dan sekitar pasu bunga saya. Risau pulak takut depa korek bawah rumah dan cari jalan untuk naik atas rumah pulak. So hari tu saya call beberapa pest control. Mak aih..... boleh tahan juga depa bagi sebut harga. Ada yang cecah sampai RM2000!!! Sebulan gaji ambe tuh! Makna kata, untuk pencegahan sementara ni saya DIY beli racun anai-anai kat kedai hardware dulu. Bancuh je racun tu dalam baldi dan siram kat mana-mana tempat yang disyaki. Agak leceh juga sebab nak kena berjaga-jaga dengan keselamatan diri sendiri.
Ikut je arahan kat label tu. RM14 sebotol.
Tiba-tiba dua hari lepas, saya perasan koloni anai-anai tu buat terowong kat pokok mangga siam pulak. Cepat betul depa bina terowong tu. Depa dah panjat sampai ke pucuk. Apa lagi.... saya panjat dan kikis semua terowong tu. Habis jatuh bergelimpangan semuanya. Gemuk-gemuk montel belaka. Harapannya depa tak buat terowong baru. Rupa-rupanya tak serik lagi. Hari berikutnya depa bina terowong baru sampai ke pucuk juga. Memandangkan tanahnya pun masih basah lagi, saya tak perlu panjat dan kikis. Memadai siram dengan air pancut daripada bawah sahaja. Habis bertepek-tepek terowong anai-anai tu jatuh ke lantai. Lepas tu saya tuang racun terus dari botol kat pangkal pokok tu. Malas nak bancuh dengan air. Saya biarkan racun tu larut bersama air simbahan tadi. Alhamdulillah tengok hari ni dah takde dah terowong baru. Harap-harap depa serik nak mai sini lagi. Lepas ni nak kena bersihkan kawasan bawah pokok tu pulak. Kikis tanah, sapu daun dan basuh lantai mozek tu. Hmm.....sabo jelah.
Kesian tengok batang pokok manga ni. Habis luka-luka kesan terowong anai-anai. Lepas saya kikis tanah-tanah yang tinggal tu saya siram dengan air. (Dalam hati berdoa supaya lukanya tak pedih kena air....haha)
Bangun pagi hari ni terasa kesegaran selepas hujan semalam. Hari ni mood melawat laman. Sambil tabur baja organik kat pasu-pasu bunga sambil menikmati bunga-bungaan yang mula segar.
Kemboja putih.
Pokok selasih.
Lepas ni nak petik biji buat sirap bukak posa.
Bunga mahkota berduri
Bunga alamanda di celah-celah ranting kemuning.
Bunga raya jenis apatah tah. Lupa pulak.
Teratai yang tunduk malu-malu.
Roses....
PS: Ramadhan Kareem.....menyedut udara segar di pagi Ramadhan yang ke 5 hari ini. Dalam kepala dah bersarang macam-macam projek sempena cuti sekolah ni....:)