Monday, 8 December 2025

Autumn in Tokyo: KLIA2-Myoden, Ichikawa

Day 1: Sabtu 29th November 2025

Semalam kami keluar rumah naik Grab Car pada pukul 10:00 pagi dan tiba di KLIA2 pukul 11:15 pagi. Terus drop off luggage. Kemudian main-main dengan cucu no-5 sambil makan-makan di Tea Garden sebelum naik flight Air Asia dari KLIA2 pada pukul 2:50 petang ke Tokyo Haneda.

One with cucu no-5.

Telur separuh masak dengan teh-O ais for makcik as always.

Kami selamat tiba di Haneda Airport pada pukul 11:50 malam (waktu Tokyo) di sambut oleh anak-menantu no-5. Kami check-in hotel Villa Fontaine Grand untuk satu malam. Hubby booking satu bilik extra untuk anak menantu. 

Selamat tiba di Haneda Airport.

Kami pernah menginap di sini semasa datang ke Tokyo sebelum ini. Hotelnya agak selesa dan dah ada improvement. Beriya saya bawak charger dari Malaysia, rupa-rupanya hotel dah sediakan charger pelbagai kepala untuk caj henfon.

Charger pelbagai kepala... kita cucuk je yang mana perlu.

Hari ini kami check-out pada pukul 10 pagi dan terus cari sarapan. Kami ke Tully’s Coffee Haneda Airport. Memang sukar mencari kedai halal so kita pilih yang paling kurang rasa was-was.

Menu air.

Roti yang diyakini kehalalannya.

Hot Chocolate for makcik.

One for the memory... di hadapan Tully's Coffee.

Usai sarapan kami naik Uber Taxi dari Haneda Airport terus ke Super Hotel Tozai Line, Ichikawa. Depa caj ¥14000 (RM375). Walau terasa agak mahal, terpaksalah ditanggung demi keselesaan. Kami tiba di hotel dalam pukul 12:00 tengahari. Oleh kerana kaunter check-in hanya akan dibuka pada pukul 3:00 petang, kami simpan beg di left luggage hotel dahulu.

Sementara menunggu waktu check-in kami berjalan kaki ke rumah anak-menantu yang terletak sejauh 7 minit perjalanan. Seronok melihat saki-baki bunga-bunga yang masih ada disepanjang perjalanan.

Macam tanglung.

Macam bunga taik ayam.

Oleh kerana belum makan tengahari, saya ambik peluang untuk masak. Kebetulan anak no-5 dah rindu makanan air tangan Ummi, ayuhlah kita main masak-masak di negara orang.

Hubby berbangga dapat bawak stok barang makanan untuk anak bongsunya.

Sambal kerang (modified) dan telur mata goreng pedas for lunch.

Usai masak dan makan lunch kami beransur ke hotel semula untuk check-in. Lobi hotel terletak di tingkat 6 dan kami dapat bilik di tingkat 7. Dalam bilik hotel, depa sediakan keperluan asas sahaja seperti selipar, tuala, ketel & cawan, sabun mandi dan shampu. Barang-barang lain seperti bantal extra, bahan minuman, sudu garpu, lotion dan sebagainya boleh ambik sendiri di lobi.

Self service… ambik sahaja barang-barang yang perlu.

Sunset dari tingkap lobi hotel.

Bilik double muat satu katil queen sized, lengkap dengan TV, free wifi, kerusi meja dan mini fridge.

Ruang laluan hotel yang lengang.

Lepas berehat dan tidur selama sejam, kami keluar semula ke rumah anak-menantu. Kebetulan menantu saya keluar ke Universiti untuk buat kerja, kami ambik peluang menemani anak bongsu sambil masak untuk makan malam pulak. 

Sayur sawi untuk buat stir fry campur cendawan.

Dinner is ready, saya buat rendang ayam dan sayur stir fry.

Menonton Awani Live sementara menunggu makanan jatuh ke perut. 

Hampir pukul 10:00 malam kami berjalan kaki balik ke hotel semula untuk berehat. Tak pernah lagi saya dan hubby buang tebiat berjalan kaki malam-malam hatta di negara sendiri. Bila di Jepun tiada langsung rasa cuak untuk berjalan kaki malam-malam. Rasa sangat selamat. Alhamdulillah.

Done kehidupan hari pertama di Tokyo dengan perjalanan lebih 10 000 langkah. Semoga kekal sihat untuk hari-hari seterusnya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Kenduri @Taman Tasik Ampang & Rumah Abang Jamil, SA

15hb November 2025

Bila dah masuk hujung tahun begini, banyak pulak jemputan kenduri yang datang. Haruslah semuanya ingin dipenuhi jika tiada aral melintang. Jika ada double or triple wedding, kita susun perjalanan agar tiada yang tertinggal. 

Biasanya kami akan penuhi undangan yang dekat dengan rumah dahulu. Baru-baru ini ada dua jemputan kenduri. Satu daripada sahabat hubby dan satu lagi dari sahabat Gojezes. Dan kebetulan jemputan kenduri daripada sahabat hubby dibuat di Dewan Taman Tasik Ampang maka kami penuhi undangan di sini dahulu. 

Hubby bersama sahabat A-Level back in the 80’s.

Hubby bersama sahabat sekolah rendah back in the 70’s. Pakat tahan nafas, menyorok perut buncit masing-masing.

Isteri-isteri, common friends.

Usai kenduri di Ampang kami ke Shah Alam pulak. Sahabat Gojezes KB84 buat kenduri di Rumah Abang Jamil. Sepatutnya jemputan Gojezes adalah pada pukul 12-1 tengahari dimana semua yang hadir akan berkumpul bermini re-union dengan rakan-rakan Gojezes KB84. Tapi kita minta excuse untuk tiba mengikut masa sendiri. Yang penting undangan dapat dipenuhi.

Dengan mak pengantin, sahabat Gojezes KB84.

Usai memenuhi undangan kami ke Cyberjaya melawat cucu-cucu terchenta.

“Nenek pergi mana? Kenapa pakai baju tidur?” Sungguh jujur pertanyaan dari cucu nan seorang itu. Apa nak dikata…bila baju kurung batik nampak macam baju kelawar tidur.  Lepas ini nenek akan stop beli baju batik corak baju kelawar. 😁

Mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang baik untuk memenuhi undangan seterusnya. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Happy Birthday Prof

Semalam, balik sahaja dari Tokyo, anak-menantu dan cucu buat surprise birthday untuk Tok Ayah mereka. Tema biru katanya. Nenek dan tok ayah layankan saja kemeriahan yang datang sekali sekala. 

Anak sulong dan no-2 bawa kek serta set nasi kerabu, anak no-3 bawa kuih-kuih manis, anak no-4 buat air dan bubur caca. Hanya anak no-5 sahaja yang menambah seri dari jarak jauh.

Dengan 5 ketui cucu-cucu.

Demo menghias nasi kerabu... tapi cucu-cucu lebih suka makan kek.😁

Full house, missing anak-menantu no-5.

Hadiah birthday in advance daripada anak bongsu di Jepun.

Alhamdulillah, balik penat-penat terus dapat makan nasi kerabu dari tengahari hingga ke malam. 

"Ummi kena cuti masak seminggu..." katanya sebab dah bertungkus lumus memasak selama seminggu di Tokyo. 

Happy 58th birthday untuk orang sebelah saya. Semoga diberi kesihatan dan rezeki yang baik, boleh bawa isteri mithalinya jalan-jalan melancong lagi. 🌹

Sekian. 😊

Monday, 1 December 2025

Study @Coffee Beans & Lunch Nasi Padang

 21hb November 2025

Setiap minggu akan ada satu atau dua hari saya akan menemani hubby buat kerja di kedai kopi. Kalau rajin saya akan buat sarapan di rumah dahulu sebelum keluar terutama kalau kedai kopi dalam Shopping Mall yang hanya akan dibuka mulai pukul 10 pagi.

Hari ini saya menemani hubby buat kerja di Coffee Beans & Tea Leaves, Alpha Angle, Wangsa Maju. Saya suka menemani hubby buat kerja di sini sebab kedainya bersebelahan (adjacent) dengan AEON Mall. So, masa hubby buat kerja kita curi masa pergi jalan-jalan (window) shopping dalam Mall. Tidak kosong, kita sentiasa ada reason untuk shopping. Dan kali ini kita beli sweatshirt untuk pakai naik flight ke Tokyo nanti.

Biasanya hubby akan buat kerja selama dua jam maksimum. Usai hubby buat kerja, kami akan cari lunch pulak. Kali ini kami ke Restoran Sari Ratu, Melawati untuk makan tengahari.

Nasi putih dengan gulai ikan merah for makcik.

Hubby order jus alpukat sementara saya hanya ambik air mineral, kengkonon nak kurangkan pengambilan gula.

Ini hanya gambar hiasan dinding.

Padahal dah tibai Matcha ice-blended di Coffee Bean pagi tadi.

"Ummi ni asyik berdating je..." Kita senyum sahaja mendengar komen dari anak-anak. Apa nak dikata, sekarang baru boleh recover balik waktu-waktu (berdating) yang hilang semasa sibuk dahulu. Kini dah masuk fasa pencen barulah dapat santai-santai berdua menuai hasil bekerja keras selama ini. Semoga Allah sentiasa kurniakan Sakinah, Mawaddah wa Rahmah dalam rumahtangga ini. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Autumn in Tokyo: KLIA2-Myoden, Ichikawa

Day 1: Sabtu 29th November 2025 Semalam kami keluar rumah naik Grab Car pada pukul 10:00 pagi dan tiba di KLIA2 pukul 11:15 pagi. Terus dro...