Monday, 25 November 2019

Bateri Accord Kong (i)

Mengikut jadual biasanya hari ini sepatutnya saya ke Nilai. Hubby akan keluar awal pagi dengan drebarnya dan saya akan menyusul selepas dah setel semua kerja-kerja rumah. Tapi disebabkan drebar MC maka hubby terpaksa drive sendiri. Tapi tetiba pulak keretanya tak boleh start. Bateri dah kong gamaknya. Jadi terpaksalah hubby guna kereta BRV saya.

Dan seperti biasa dah alang-alang duduk rumah, kita setelkan apa yang patut. Pepagi lagi saya dah standby tunggu bengkel bukak. Kebanyakannya buka pukul 9:00 pagi. Ada yang buka pukul 9:30 pagi. Disebabkan kita nak BMF, maka saya call beberapa kedai di sekitar Keramat tapi depa tak buat servis di luar bengkel. Kalau nak cepat kena bawa kereta ke bengkel. Katanya boleh juga beli bateri sendiri nanti lepas dah habis kerja, depa boleh datang tolong pasangkan kat rumah. 

"Macamana saya nak keluar gi beli bateri? Kan kereta saya tak boleh start!!!" Adeh... tetiba pulak makcik rasa kelakar. Rasa nak marah, tapi nak gelak pun ada. Nasiblah sapa yang angkat call makcik tadi. Maaflah ye kot-kot makcik ternaik suara. 

Kemudian saya call bengkel non-muslim lain. Dia kata boleh datang dalam masa satu jam. Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba. Selepas hampir dua jam menunggu baru dia call semula kata boleh datang dalam masa setengah jam lagi. Itupun dia cuma akan datang dan tengok dulu apa masalahnya. Panas pulak hati makcik ni. Padahal kita dah bagitahu kata bateri kong. Tapi tetap dia cuma akan datang tengok dan bawa kereta balik bengkel, baru boleh bagi sebut harga. Kalau betul masalah bateri, dia cuma bagi dua pilihan jenis bateri. Satu harga RM250 dan satu lagi harga RM330. Saya memang tak suka depa ambik kereta bawa balik bengkel. Konon nak check masalah, last-last depa sendiri yang timbulkan banyak masalah. Kang ada aje benda yang rosak konon nak kena ganti.

Malas nak cakap banyak, saya pun call bengkel non-muslim yang lain pulak. Terus dia suruh saya snap gambar bateri sedia ada. Lepas saya dah sent gambar bateri tu terus dia bagi sebut harga. Bila saya setuju dengan harga terus dia datang bawa bateri dan pasang kat rumah. Tanpa banyak cerita semua masalah selesai dalam masa setengah jam. Kos semua sekali RM240 sahaja.

"Nanti kakak pergi bengkel, kita bagi resit.." Tak payah resitlah dik oii... saya bukannya nak claim apa-apa pun. Semuanya perabih duit laki.😄

Bateri lama yang dipasang tahun lepas.

Tarikh pasang 10 November 2018. Baru masuk setahun.

Alhamdulillah setel kerjaku. Lepas tu basuh kereta dan basuh porch sekali. Cukup sudah exercise untuk hari ini, udah berpeluh sampai ke kaki.

PS: Sering kali nak BMF, ada sahaja cerita yang kurang menarik. Moga Allah bantu.

Wednesday, 20 November 2019

Majlis Graduasi Nina @ MRSM Berseri.

"Hari graduasi Nina nanti Umi datang tau." Seperti biasa puteri bongsu tu sentiasa nak kongsi hari bahagianya.

"Pergi jelah, dok rumah pun bukannya buat apa pun..." Hmmm... macam la depa nampak apa yang kita tak buat kat rumah. Rasanya lebih sibuk daripada waktu bekerja dulu.

MRSM Beseri mengadakan Majlis Graduasi kali ke34nya pada hari Jumaat, 18hb Oktober 2019 bermula pukul 8:00 pagi. Maka sehari sebelum hari kejadian, usai packing apa yang perlu saya terus gerak ke Nilai pick-up hubby di USIM dan terus ke KLIA untuk flight MAS pukul 7:25 malam. Jangka tiba di Alor Setar Airport pada pukul 8:20 malam. Tapi disebabkan musim hujan, flight delay hampir satu jam. Walaubagaimanapun, kami selamat mendarat di airport Alor Setar hampir pukul 9:30 malam. Terus ambik kereta sewa dan menuju ke bandar Alor Setar cari dinner. Haruslah pekena Nasi Lemak Royale dulu sebelum check-in hotel untuk berehat. 

Esoknya seawal jam 6:30 pagi kami dah check-out dan meneruskan perjalanan ke Perlis pula. Kami tiba agak awal, jadi sempat pergi sarapan di kantin Maktab sebelum acara bermula. 

Awal pagi, suasana masih lengang.

Sempat posing dulu sebelum orang lain keluar.

The proud daddy.

Sebelum majlis bermula sempat lagi curi-curi ambik gambar masa depa beratur. Semua excited mengalahkan orang yang dah habis degree. Padahal SPM pun belum lagi. Apa-apa pun kita layankan sahaja. Sekali seumur hidup katanya.


Usai majlis pakat sibuk berposing kat luar dewan pulak.

With the presents received. Tahniah baby. 




Seperti biasa, tak sah sesuatu pertemuan kalau tidak ada acara makan-makan. Kebetulan Nina belum makan sejak pagi maka kami bagi peluang dia pilih menu dan tempat makan.

"Apa-apa sahaja asal bukan nasi... " Amboi bukan main demand, dah lupa darah Melayu gamaknya.

Kami cari kedai ala-ala hipster. Walau terletak nun jauh di utara, Beseri tidak jauh dari arus semasa. Banyak je kedai hipster yang ada sekitar Beseri dan Bandar Kangar.

@ Hannah's Cookies.

Kambing bakar. dengan sos cendawan lada hitam.

Usai menjamu selera kami keluar ke pasaraya Giant, Kangar mencari makanan dan barang keperluan untuk bekalan sehingga waktu SPM selesai nanti. By pukul 6 petang dah nak kena hantar cik mek molek tu balik asrama semula. Lepas tu terus patah balik ke airport. Kami tiba di airport Alor Setar pukul 7:00 malam. Pulangkan kereta sewa dan terus daftar masuk. Flight sepatutnya pukul 8:55 malam tapi delay lagi sehingga pukul 10.20 malam. Tiba di KLIA hampir pukul 12:00 tengah malam. Oleh kerana kepenatan sejak pagi, hubby decide untuk transit di Hotel Sama-Sama, KLIA. 

"Apa salahnya bayar lebih untuk kesihatan badan. Simpan duit pun nanti bila kita mati, dapat kat anak-anak je. So sementara ada ni kita nikmati dulu rezeki yang Allah sediakan." Panjang pulak hubby bagi reasons. Sebagai isteri mithali, kita follow saja apa-apa descision terutama yang membawa banyak kebaikan. :) Alhamdulillah sempat merehatkan badan sebelum balik ke Ampang esoknya.

Pemandangan jauh dari bilik hotel dengan parking tambahan untuk KLIA.

Dalam lif.

Depan foyer hotel, dalam mood deepavali

Alhamdulillah, home sweet home akhirnya.

Tuesday, 19 November 2019

Nasi Kerabu mudah.

Sejak musim hujan ni saya dah jarang turun ke kebun. Biasanya saya cuma cabut rumput dan siram pokok sahaja. Tapi disebabkan musim hujan saya cuma jenguk-jenguk dari jauh. Alhamdulillah semua tanaman (termasuk rumput rampai) segar bugar disirami air dari langit.

Kebetulan sejak akhir-akhir ini saya dah mula kurangkan makanan bergoreng maka sambil melihat keindahan kebun sambil berfikir menu yang sesuai untuk makanan keluarga. Setelah meninjau keadaan kawasan maka kita kutip sahaja bahan masakan dari kebun.

Pokok bunga telang galak berbunga.

Saya blend bunga telang dengan daun pandan dan ambik airnya untuk memasak nasi. Campak dua helai daun limau purut, sebatang serai dan daun pandan buat penambah aroma, maka jadilah nasi kerabu biru. 

Masak nasi pakai rice cooker.

Untuk kuah tumis saya cuma gunakan santan kotak, tambah cili boh serta bawang merah, bawang putih dan halia yang telah diblend. (Saya memang sentiasa sediakan stok bawang blend dan cili boh dalam peti sejuk). Campakkan serai yang telah diketuk serta asam keping. Tambah garam, gula melaka dan budu sebagai perisa.

Tumis bahan blend.

Tambah santan dan kacau hingga pekat.

Kuah tumis is done....

Untuk sambal kerisik, saya gunakan kelapa parut yang sedia ada dalam freezer. Ratakan dalam dulang, masukkan dalam oven dan bakar selama 5-10 minit supaya sedikit kering dan garing. Sebenarnya malas nak kacau atas dapur. :)

Kelapa parut dah keluar dari oven.

Ikan kembung saya rebus dengan sedikit garam dan asam keping. Bila dah sejuk, saya ambil isinya sahaja dan tumbuk dengan lesung batu peninggalan arwah nenek saya. Sebelum tu saya tumbuk bawang merah dan serai serta sedikit lada hitam. Lepas tu baru masukkan isi ikan dan tumbuk semua sekali. Kepala dan tulang ikan tu saya bagi kucing makan.

Tumbuk menumbuk haruslah guna old school...

Kemudian campurkan bahan tumbuk dengan kelapa parut dari oven. Gaul rata dalam kuali. Lepas tu masak atas dapur dengan api sederhana hingga sambil dikacau rata. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga kelapa masak garing.

Sentiasa kacau supaya tiada yang hangit.

Sambal kerisik ikan is done...

Selain dari bahan wajib, bolehlah tambah apa sahaja lauk-pauk lain yang kita suka. Saya buat solok lada. Kebetulan ada lebihan cili hijau Siam yang bawa balik dari Perlis hari tu. Solok lada versi saya mudah sahaja. Saya cuma siatkan isi ikan kembung mentah dan tumbuk dengan lesung batu beserta bawang merah dan sedikit lada hitam. Kemudian gaulkan bahan tumbuk dengan sedikit kelapa parut. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian kepal-kepalkan bahan solok tu dan masukkan dalam cili yang telah dibelah tengah. Kemudian susun dalam kuali dan letak sedikit air. Tutup kuali dan masak atas dapur menggunakan api sederhana hingga air kering.

Solok lada in the making.

Solok lada is done...

Bahan wajib lain... ulam-ulaman.

Alhamdulillah, seronok tengok suami dan anak-anak makan bertambah-tambah.

Monday, 4 November 2019

Pokok durian nan sebatang.

Masuk bulan September baru-baru ini bermakna dah tiga tahun usia pokok durian ini. Saya tak pernah terfikir nak tanam pokok durian sebab saya bukanlah hantu durian. Tapi disebabkan hubby dah bersusah payah order dari kawan dia, maka kita tanam sajalah. Untung-untung hidup. Kalau tak serasi pun saya redha aje. Almaklumlah waktu itu kengkonon sibuk dengan kerjaya, takde masa nak berlama-lama di halaman rindu kebunku. Lepas tanam, saya biarkan sahaja ia hidup sendiri. Alhamdulillah, satu daripada dua anak pokok tu hidup hingga kini. Yang satu lagi dah arwah selepas beberapa minggu ditanam.

Masa awal-awal menanam pokok sekeliling rumah dulu, saya main belasah aje. Tak pernah ada basic berkebun, tak pernah plan apa akan belaku pabila pokok-pokok tu besar nanti. Mana-mana pokok yang saya berkenan, saya akan tanam. Kalau dah besar dan menyemakkan hati dan mata, saya akan tebang dan tanam pokok baru. Alhamdulillah sejak dah berhenti kerja dan banyak masa di rumah barulah saya mula susun apa yang perlu ditanam dan kat kawasan mana nak tanam. 


Sebelum ini pokok durian ni duduk bersesak-sesak dengan pokok betik. Maka terpaksalah ia bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Tapi sejak pokok betik tu ditebang barulah pokok durian tu nampak ceria dan mula mengeluarkan pucuk dan dahan baru. Selepas lebih kurang 6 bulan dia dah mula meninggi dan galak berdaun. Menurut empunya benih dulu, pokok durian ni jenis baka ringan dan boleh mula berbuah dalam masa 3 tahun. Tapi sekarang dah lepas 3 tahun masih belum nampak bayang bunganya. 

Pokok durian dah mula meninggi.

Batang kurus.

Daun makin lebat sejak musim hujan ni.

Ramai yang bagi petua suruh takek batangnya supaya cepat berbuah tapi saya tak sampai hati nak takek. Lagi satu petua kata potong dahan-dahan yang tak perlu. Biarkan dahan yang besar dan tegap sahaja untuk mengeluarkan buah. Kalau ikutkan hati, saya nak tebang sahaja pokok ni sebab takut menyusahkan di kemudian hari. Setahu saya, pokok durian ni selayaknya tanam di kebun yang lapang atau tanah hutan. Tapi disebabkan nak tengok apa hasil seterusnya, maka kita biarkan dulu buat sementara waktu. 

Selepas tamat kursus dari youtube, maka pada hari minggu baru-baru ni saya memulakan operasi memotong dahan-dahan kecil dan memangkas daun-daun yang rendang. Kalau tak berjaya juga baru saya akan takek batangnya. Kalau masih degil, kita tebang aje.

Pokok dah togel.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil ini akan membuahkan hasil yang yang baik agar dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang bertuah.

Cerita lama:
https://umminina.blogspot.com/2016/09/pokok-durian-pulok.html

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...