Friday, 28 September 2018

Kereta oh kereta....

"Umi, Ein nak guna kereta mana ni? Interview kol sebelas." 

Awal minggu baru ni seharian saya dok setel pasal kereta sahaja. Tak sampai 2 minggu saya setelkan masalah clutch, Unser tu dah buat hal lagi. Kali ini tayar bocor pulak. Saya memang tak perasan sebab dah turunkan hak penjagaan mutlak kepada anak bujangku. Kata orang dah namanya lelaki tu lelakilah jugak. Mana nak boleh diharap menjaga harta setaraf kasih sayang umi. Tayar belakang passenger tu flat terus tak boleh nak diselamatkan lagi.


"Dah lama dah tayar tu asyik kempis. Ein isi angin banyak kali dah. Lepas tu dia kempis balik. Tetiba bunyi zass masa nak korner balik kerja Jumaat hari tu, Tapi Ein tak cek pun...." Hmmm... betullah tu. Typical anak jantan. Bukannya nak cakap awal-awal. Dah last minit takleh gi kerja Umi jugakkk nak kena setel.

Alhamdulillah bengkel kereta sepelaung sahaja dari rumah. So pepagi lagi dah pi tunggu kedai buka ambik mekanik datang rumah. Tak berani nak gerakkan kereta ke bengkel takut kang terbalik pulak masa mendaki bukit nak keluar taman perumahan ini. Dia siap bawa jack dan peralatan yang sepatutnya.


Tertusuk paku ntah datang dari mana...

Pecah dan bengkak teruk.

"Ein cuba kereta Saga lah....." Beberapa kali bujangku cuba hidupkan enjin tapi tak jalan.

Sebenarnya Saga tu pun bermasalah juga. Sejak minggu lepas tak boleh nak hidup. Walau dah tukar bateri baru masih tak boleh ignite. Terpaksa guna jumper baru boleh start enjin. Alang-alang adik mekanik tu dah datang, saya suruh dia tengokkan apa masalah sebenarnya cik Saga.

"Masalah wiring ni kak. Kami kena bawa balik bengkel untuk cek....."

So saya bagi je kunci suruh depa bawa balik Saga tu pi bengkel dan angkut sekali dengan tayar Unser yang dah rosak tu. Pasrah je tengok Saga tu berlalu pergi. Maka tinggallah Unser tu di rumah tanpa tayar sebelah.😅.


"Ein gi interview naik kereta Dayahlah." Kesian pulak tengok bujangku terkulat-kulat nak pergi interview kerja. Masa dah hampir jam 10.30 pagi. Appointment pukul 11 pagi. Alhamdulillah Hidayah takde planning nak guna kereta hari tu. So lepas interview kat Wangsa Maju boleh terus gi kerja kat Damansara. Intern belum habis lagi. Hari tu kira masuk kerja half-day sahaja.

By pukul 12.30 tengahari tiba-tiba dapat mesej dari bujangku.

"Umi kereta kena clamp...."
"Duit takde...."

Maka kelam-kabut lah umi yang pengasih penyayang ni bergegas pi tempat interview tu nak setel bayar saman parking dan buka clamp. Alhamdulillah ofisnya kat Wangsa Maju sahaja. Memang kawasan tu susah parking. Elok pulak dia pi parking kat tempat yang tak sepatutnya memang minta samanlah. Katanya interview sepatutnya sekejap sahaja tapi banyak pulak borak sebab boss tu peramah dan ada common ground. Apa nak dikata, dah salah sendiri maka tanggung jelah.

Kesalahan parking RM50 dan buka clamp RM50, total RM100.

By pukul satu tengahari saya dapat call daripada bengkel kereta pulak. Setelah diperiksa, banyak pulak benda-benda yang rosak. Katanya bukan setakat wayar bateri, segala jenis wayar dah berselirat dalam tu dah rosak. Entahlah... saya bukannya pandai bab kereta ni. Kalau depa nak kelentong pun saya bukannya boleh kata apa. Pasrah jelah dengan ketentuan diri yang yang tak bijak tentang enjin dan motor ni, walaupun masa dulu-dulu pernah ada cita-cita nak jadi engineer. Kalau ikutkan usia Saga ni memang dah layak dapat macam-macam masalah. Dah melepasi usia guna. Biasanya usia guna kenderaan cuma lima tahun sahaja. Kalau pandai jaga bolehlah mencapai usia sepuluh tahun. Saga tu dah over-use sebenarnya. Kesian pulak.

"Awak buatlah apa yang patut, asalkan Saga tu boleh digunakan." Pasrah je saya bagitahu adik mekanik tu. Saya serah je pada yang pakar. Ongkosnya claim ngan hubby...

By pukul 6 petang depa datang pulangkan kereta yang dah siap dibaiki serta tayar baru untuk Unser. Beriya-iya adik mekanik tu buka bonet depan dan bercerita tentang enjin dan penjagaannya. Sepatah haram saya tak paham. Saya angguk-angguk jelah. Jenuh jugak nak paksa neuron-neuron dalam kepala otak saya berhubung semula. Walaupun Fizik SPM saya dapat A tapi jenuh jugak la nak ingat balik apa yang dah belajar dulu.



Bateri baru


Unser bertayar baru.

Sabo je hubby keluar duit. Mudah-mudahan bertambah rezeki selepas ini.

PS: Maintain bini lagi murah dari maintain kereta...


Tuesday, 18 September 2018

Henfon pulak.....

Saya tak berapa mahir tentang gadget zaman moden ni. Walaupun dah lama pakai handphone dan laptop sendiri, yang saya tahu setiap kali nak guna semuanya tersedia. Biasanya anak-anaklah yang tukang set-up apa-apa apps yang umi nak dalam handphone atau laptop. Kalau timbul apa-apa masalah seru je nama nanti pandai lah depa godek-godek apa yang patut. Insya Allah lepas tu boleh guna semula.

"Skrin nak rosak ni Umi....." 

Pagi Sabtu baru ni nampak macam ada titik hitam kat bawah kiri skrin handphone saya. Saya cuba lap dengan kain tapi macam tak ada kesan. By lepas zohor saya dah nak gerak ke Everly Putrajaya teman hubby ada meeting kat sana, so saya abaikan sahaja apa yang bakal terjadi pada hp tu. Masa jalan-jalan sambil minum petang kat Alamanda tengok titik hitam kat hp tu dah merebak. Saya dah mula cuak. Tapi saya biarkan sahaja sebab tak sempat nak cari kedai repair hp. Lagipun katanya kalau nak repair kena tinggalkan hp tu sehari dua di situ. Jauh pulak nak ulang-alik nak pick-up nanti. Maka saya decide untuk tunggu balik KL esoknya. Maybe boleh pergi hantar kat mana-mana kedai-kedai kat Wangsa Walk.

The all time favourite, laksa Johor

By the time sampai KL esoknya, skrin hp tu nak makin kelam. Nak enter pin untuk unlock pun dah tak tau nak gagau kat mana. Nasib baik Amin terer bab menerka dalam kesamaran. Lepas dah unlock dia sambung wayar ke laptop untuk transfer apa-apa file yang penting. Sebenarnya tak ada apa yang penting pun dalam hp saya tu. Hanya gambar-gambar kenangan sahaja. 

Katanya skrin rosak mungkin sebab masuk air....

"Cuba tukar skrin lah... sayang hp mahal boleh guna lagi tu...." Hubby memang penuh dengan sifat pengasih dan penyayang.

"Mahal la tukar skrin. Baik beli hp baru...." kedua-dua bujangku sependapat dalam hal ini. Harga skrin Samsung ori RM780. Kalau tak ori RM460. Belum masuk upah. Tak sepadan dengan harga asal hp tu. Masa saya beli dulu harga hp tu cuma RM1200 sahaja. Tak sampai hati pulak nak keluar duit sebanyak itu semata-mata untuk tukar skrin sahaja. 

Akhirnya saya decide untuk beli saja hp baru dengan kos sekitar harga skrin. Bajet bawah RM1000 sahaja. Anak-anak cadangkan umi beli iphone. Tak tergamak pulak saya nak mengada-ngada pakai hp canggih-canggih. 

"Okay umi nak yang macamana?" Semangat bujangku nak teman umi shopping. Of courselah saya cuma nak simple. Dah nak masuk era warga emas ni saya cuma nak mudah-mudah sahaja. Canggih pun bukannya saya reti guna. Buat lawak je...😀

"Ok takyah Samsung. Kita cari yang made in China pulak. Best....Nanti Ein ajar cemana nak guna..." 


Maka pada hari Isnin, otw balik hantar Amin ke Shah Alam kami pi singgah kat DirectD Petaling Jaya. Rupanya kat situ dah habis stok. Paling dekat yang ada di Subang Jaya dan Publika. Kami pilih Publika sebab dah otw nak balik Amapng. Sebelum pergi depa dah ambik nama dan nombor talipon untuk reserve satu set. Kita cuma pergi dan ambik sahaja di Publika. Pertama kali saya jejak kaki kat Publika. Boleh tahan  juga sesatnya nak cari kedai. Kami parking kat basement so kena pandai nak naik lif yang betul. Silap masuk lif nanti timbul kat bangunan lain sebab area ni ada beberapa tower. Kedai DirectD ni kat block A tapi kami keluar lif kat block C. So terpaksa lah pusing balik. 

"Takpe umi.... kita cari pengalaman.." Bujangku suka je nak test power minda arkiteknya. Ke mana-mana pergi pun dia akan cari pro and cons pada setiap binaan bangunan yang ada. 

Sengih makcik dapat hp baru. 

Alhamdulillah setelah melalui beberapa liku kami selamat membawa pulang hp yang memenuhi spesifikasi umi. 

PS: Dah boleh faham kenapa remaja tak boleh duduk tanpa hp....

Saturday, 15 September 2018

Selamat Hari Merdeka yang ke 61, Malaysia...

Saya tak ingat bila last saya pi sambutan Hari Merdeka. Rasanya masa kat sekolah menengah dulu kot. Kami kena pi stadium ramai-ramai. Cikgu pesan suruh murid-murid yang terpilih semua pergi sebab nak kena penuhkan stadium sebab ada Sultan nak datang majlis perasmian. Masa tu saya tak faham pun apa erti kemerdekaan. In fact sekarang pun masih lagi kelabu asap. Masa tu rasa seronok tengok kawan-kawan dari sekolah lain yang datang ramai-ramai untuk sama-sama penuhkan stadium. Setiap sekolah kena sediakan satu bentuk binaan untuk diusung keliling stadium sambil berkawad. Apa ntah namanya, lupa dah. Saya memang betul-betul datang untuk duduk penuhkan stadium semata-mata. Tidak langsung terlibat dengan perbarisan dan penyediaan binaan tu. Sesungguhnya ambo bukan pelajar mithali. 

Pertama kali dalam sejarah tahun ini Persatuan Penduduk taman perumahan kami ada buat sambutan hari kemerdekaan. Alhamdulillah saya berpeluang turut serta memeriahkan majlis. Kebetulan hubby join sambutan hari kemerdekaan di Seremban maka saya wakilkan diri untuk hadir di majlis kat taman perumahan sendiri. 

Dengan jiran belakang rumah.

Majlis bermula jam 9 pagi dengan sarapan. Macam-macam juadah ada, all sponsored daripada lebihan kutipan untuk jamuan Eidul Fitri baru-baru ini. Lepas selesai makan semua pakat berdiri nyanyi lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.



Selepas tu ada sesi penerangan tentang perkembangan terkini kawasan sekitar Ukay Perdana secara am. Disusuli pula dengan sesi soal-jawab isu-isu berkaitan taman perumahan kami. Saya hanya mendengar sahaja sambil berborak dengan rakan semeja. 



By pukul 11.30 pagi kami bersurai. Alhamdulillah sempatlah beramah mesra dengan beberapa jiran setaman. Selama ini masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau berselisih jalan pun hanya sempat hai-hai bye-bye sahaja. Mudah-mudahan selepas ini dapat lebih mengenali jiran-jiran sekitar dengan lebih dekat.

Depa siap print out lirik untuk para hadirin.


PS: Masih mencari makna kemerdekaan.....

Friday, 14 September 2018

Clutch kereta rosak

Semasa rata-rata manusia menggunakan kereta automatik, saya masih lagi kekal dengan Unser manual. Kereta yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga sejak dari Nina baby hingga dah masuk tingkatan empat, sejak saya kelam-kabut angkut anak-anak penuh kereta berperang pergi sekolah pagi-pagi hingga kini kosong tiada penumpang lagi. Sungguh... Unser itu banyak menghimpun kenangan pahit manis....

"Umi.... clutch dia macam tak naik la. Tak leh nak jalan....."

Haruslah clutch dan gear tu buat hal. Penat naik turun bukit. Sejak hubby belikan saya kereta BRV saya dah pass on Unser tu kepada bujangku untuk dia bawa ulang-alik pi kerja (Intern) kat Damansara. Dah namanya third hand, dapat kat bujang yang tengah galak pecut kereta pulak memang jahanamlah Unserku itu. Baru pakai tak sampai setahun dah timbul masalah. Sepanjang dalam jagaan saya Alhamdulillah tiada masalah besar yang timbul. Cuma masa awal-awal take over daripada hubby dulu saya terpaksa berbelanja untuk service dan make-over. Almaklumlah, manakan sama lady driver dengan male driver. Kita ni punya la berlemah lembut dan bersopan santun bawa kereta, nak tukar masuk gear pun sangat berhati-hati. Dapat kat depa main belasah je bawa sana-sini.

So terpaksalah panggil budak forman datang tengok. Alhamdulillah bengkel kereta sepelaung saja dari rumah. Dia datang bawa minyak clutch dan periksa keseluruhan paip dari tangki minyak clutch tu hingga ke pedal.

"Ada bocor ni....." Tangki minyak clutch tu memang dah kosong. Takde minyak.

Mula-mula dia tuang minyak clutch dalam tangki. Kecik je tangkinya. Sebesar cawan. Lepas tu suruh kita tekan clutch hingga rapat ke lantai dan pam beberapa kali. Bila minyak dah mula mengalir dan clutch dah agak loose baru boleh masuk gear.

"Saya bawa balik bengkel lah untuk tengok apa yang patut. Nanti apa-apa saya call balik.".

Setelah diperiksa dia call balik, memang betul ada kebocoran dan bagitahu details serta sebut harga. Bila kita dah setuju dengan harga tersebut baru depa repair apa yang patut. Lebih kurang 2 jam kat bengkel dia call balik kata kereta dah siap. Depa tunjuk apa yang rosak dan apa yang diganti. Bahagian tangki tu dah rosak dan bocor. Bahagian bawah (clutch pump) kat pedal tu pun dah rosak, spring (ke apa ntah) dah haus dan stuck tak boleh gerak. So depa tukar semua benda. Harga dua barang tu RM320, tambah upah RM80 dan minyak brek RM40. Semua sekali RM460. 


Redha jelah dengan depa yang repair  kereta kita. Saya dah biasa repair kereta kat bengkel ni. Setakat ini saya berpuas hati dengan servis yang diberi. Banyak je dengar ada bengkel kereta menipu pelanggan kata satu-satu benda tu rosak tapi sebenarnya masih elok. Tapi sebab kita tak mampu nak repair sendiri terpaksalah serahkan pada yang pakar. Mudah-mudahan kita terselamat dari tipu daya manusia yang suka menipu.

PS: Gaji intern RM500 sebulan, belanja tol ngan minyak kereta pun tak berapa nak lepas. Makan pun mak-ayah tanggung lagi... Mudah-mudahan lepas ni tak ada benda major nak kena tukar lagi.

Wednesday, 5 September 2018

Fly higher boy.... @Uitm Shah Alam

Sebaik sahaja tiba waktu yang ditetapkan masing-masing sibuk tunggu depan komputer nak tengok apa tawaran yang diberikan. Alhamdulillah Amin dapat pilihan pertamanya. So first thing first, click terima tawaran yang diberi. Lepas tu print-out semua benda yang sepatutnya kemudian baru setelkan apa-apa yang urgent selepas itu.

Kebanyakan borang boleh diisi secara online sahaja. Medical check-up tak perlu buat sebab depa akan buat bila dah mendaftar nanti. Lepas tu pi bayar yuran kemasukan sebanyak RM873 kat ATM Bank Islam. Cuma perlu masukkan nombor IC pelajar, lepas tu follow instruction kat skrin ATM tu. 

Setelah selesai perkara asas baru setelkan benda-benda lain. Pastikan semua sijil yang diperlukan tersedia. Hari tu saya terpaksa drive ke Tangkak untuk ambik sijil MUET sebab tertunggu-tunggu depa tak pos. Kebetulan ada masa terluang maka kita pi ambil sendiri jelah. Untuk barang-barang keperluan asrama saya beli yang asas sahaja. Itupun banyak yang recycle barang-barang yang bawa balik dari Matrik sebelum ni. 

Iman dah siapkan check-list untuk adinda terchenta.

"Amin dah siap ke semua benda nak bawa....?"

Biasala mak-mak ni selagi tak selesai urusan yang sepatutnya selagi itulah sibuk bertanya itu ini. Dah masuk anak ke empat pun saya masih lagi looking forward nak hantar pi register masuk U. Maka pada 26hb Ogos 2018, seawal sebelum subuh lagi saya dah kalut mengarah itu ini. Maklum la satu famili nak pi buat rombongan cik Kiah.

Besau gajah dah baby ni....

Kami turun dari rumah dalam pukul 8.00 pagi. Alhamdulillah di pagi Ahad yang hening itu jalan agak lengang. Tak sampai satu jam kami dah selamat tiba depan main entrance UiTM Shah Alam. Cuma jalan masuk menghala ke kawasan padang kawad agak jam. Semua pelajar dan keluarga akan parking kereta di padang kawad lepas tu naik bas untuk ke kolej yang sepatutnya. Kami tidak menunggu lama  untuk naik bas. Cuma sebelum tu kena menyempit-nyempit cari parking sebab kereta dah mula banyak. 

Beratur naik bas untuk ke Kolej Perindu

Depa sediakan banyak bas. Pertama kali saya hantar anak naik bas masa register. Masa Iman masuk UIA Gombak dulu kami hantar dengan kereta terus depan mahalah. Sama juga dengan halnya dengan Hidayah kat UIA Kuantan dan sibujang masuk UM. Semuanya boleh pi hantar sampai depan asrama, lepas tu pakat angkut barang naik tangga. 

Jakun pulak sebab dah lama tak naik bas....

Semangat mak ayah angkut barang nak masuk asrama.


Masa untuk mendaftar pun tak lama. Dalam masa 10 minit sahaja dah dapat kunci bilik. Satu bilik kongsi 8 orang dengan 4 katil double decker. Ada kawan dari Shah Alam, Rawang, Kelantan dan mana ntah lagi tak sempat nak berkenalan.

Kemain mak.... dok pesan memesan dengan kesabaran.

Mekca tolong rasmi katil asrama Pak Min.

Nak rasmi juga.....

Beriya fotoshoot tengahari buta siap bawa tripod....

Sebelum balik kami pi jalan-jalan kat Aeon Mall Shah Alam sambil cari makan tengahari dan top-up barang-barang keperluan asrama yang belum dibeli. Bila berkumpul semua ahli keluarga haruslah beserta acara makan-makan juga.

@Vivo

Ganti gambar raya korban yang belum ada....

By pukul 2 petang kami gerak balik untuk bagi laluan Amin berehat sebelum menyertai program orientasi yang akan bermula pada pukul 3.30 petang. Mudah-mudahan perjalanan degreenya menemui jalan mudah seperti mana kakak dan abangnya sebelum ini.


PS: Tiada apa yang diharapkan daripada anak-anak melainkan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat..... Moga Allah bantu.

Tuesday, 4 September 2018

Jalan-jalan Floria Putrajaya

Hari Ahad lepas berkesempatan jalan-jalan ke Putrajaya. Adhoc je sebenarnya. Kebetulan hubby malas nak ke mana-mana takkan la nak biarkan isteri terchenta ni berkurung kat rumah juga. Maka dia bagi visa untuk saya keluar bercanda dengan anak menantu dan cucuku. Lagipun  pagi tu dah pi teman hantar Amin ke UiTM Shah Alam. Amin kena hadir di Kuliah Sains Komputer dan Matematik seawal jam 8.30 pagi untuk sesi taklimat dan pemilihan subjek kelas.  So kami dah gerak seawal jam 7.00 pagi. Lepas drop dia kat kolej untuk tukar baju dan ambik fail kami hantar ke bangunan kuliah pulak. Agak jauh jugak kalau nak berjalan kaki. UiTM ni agak luas. Jenuh jugak kalau nak menapak dari kolej ke dewan kuliah bila dah mula kelas nanti. 

Balik dari Shah Alam saya singgah kedai runcit untuk beli barang basah buat stok untuk seminggu. Lepas tu terus masuk dapur untuk prepare lunch. Menu simple je..... ikan singgang, lala masak tumis pedas, ikan bakar, budu tempoyak dan ulam-ulaman. Memang menjilat jari.....😋😋

Rehat sekejap lepas makan tengahari, kami bersiap-siap nak pi Putrajaya pulak. Dah beberapa hari Iman sebut nak pi pameran bunga kat Putrajaya tu. Dia dapat offer tiket free tapi saya malas. Rasa macam penat je nak menapak kawasan pameran tu lebih-lebih lagi dalam cuaca panas tak menentu ni.

"Kita gi masa golden hours la.... tak panas. Ambik gambar cantik...."

Maka kami target untuk tiba sana dalam pukul 6 petang. Alhamdulillah cuaca agak redup-redup manja sebab baru lepas hujan. Tidak panas tapi cerah. Cukup la untuk dapatkan keadaan selesa nak berposing. Cuma parking agak penuh. Tak sangka pulak dah hari terakhir ni pun masih ramai pengunjung. Kena up sikit tahap kesabaran dalam keadaan lautan manusia dan kereta itu. Kami dapat parking yang agak strategik walaupun agak jauh. Berbaloi jugakla untuk misi mengekalkan kesihatan badan diusia emas.....





Replika Istana Kenangan Kuala Kangsar, arca Labu Sayung di tengah kolam dan replika Menara Jam Kuala Kangsar.

Tema '10 Kegemilangan Floria', Floria ni adalah acara tahunan sejak 2007.

Kami masuk dalam khemah 'Pavilion Floria'. Sejuk sangat. Depa buat pameran hasil seni para peserta dari negera jiran.  Saya hanya mampu melihat sahaja. Tak tercapai dek akalku nak fikir nilai seni pada setiap kreativiti mereka. Memang nampak sangat menarik, cantik dan berseni. Tapi kita sekadar tengok jelah.....





Untuk kategori seni hiasan taman depa susun kat satu kawasan luar khemah yang luas. Yang ini pun saya mampu tengok dan tertawan sahaja.

"Oooo..... cantiknya, lawanya..... pandainya depa susun....." Haha... makcik-makcik sungguh.



Hari tu depa lanjutkan waktu lawatan hingga pukul 12.00 malam tapi tak kuasa pulak nak spend masa lelama walaupun rasanya banyak lagi kawasan pameran yang kami tak cover. By maghrib kami decide untuk balik. Lagipun kesian pulak tinggalkan hubby sensorang kat rumah. Padahal seronok je dia melepak sensorang tanpa gangguan isteri terchenta yang selalu sibuk bercerita dan bertanya itu ini.  Singgah solat maghrib di Masjid Besi. (Malas nak ulas pengalaman di sini sebab hatiku tidak sekeras besi).


Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah dalam pukul 10 malam. Sepanjang hari berjalan tak perasan saya dah gunakan semua kudrat yang ada. Pelik pulak penat itu tidak terasa sehinggalah saya merebahkan badan ke katil.


PS:Bila dah rebahkan badan baru sedar diri ini sudah tua....😀

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...